Kanser.Beberapa tips penting mengenai kaedah rawatan alternatif

 

Agak lama juga saya tidak  kemaskinikan  blog ini dengan info2 terkini dan ramai juga yang bertanyakan mengenai artikel yang terdahulu mengenai sodium bicarbonate yang kelihatan seperti tergantung.Saya terpaksa menghentikan dahulu mengenai kaedah penggunaan sodium bicarbonate kerana saya perlu mendapatkan makluman balas dari beberapa orang pesakit kanser yang telah dan sedang menggunakannya  untuk pelbagai jenis kanser yang berlainan.Dalam masa cuti ini saya sebenarnya agak sibuk  mengumpul pelbagai maklumat    dari pelbagai sumber  terutamanya pesakit2 kanser yang sedang bergelut mempertahankan badan dari dimusnahkan olih sel2 kanser.

 

Satu perkara yang perlu difahami  mengenai kanser ialah ia tidak berhenti berkembang  dan menetap disatu2 lokasi.Walaupun anda tidak  berbuat apa2  rawatan ia akan terus membelah  dan mengembara dari satu tempat ke tempat yang lain.
Organ2 yang bersaiz kecil berada dalam risiko yang lebih tinggi untuk gagal secara total dalam tempoh yang singkat kerana sel2 kanser membelah dengan kaedah kuasa dua ( 2/2 ).Umpamanya organ2 seperti pangkerias   akan membunuh mangsanya hanya dalam tempoh 1 ke 3  bulan dari  tarikh ia dikesan.Syugia diingatkan  semua organ dalam badan kita melakukan tugas2 penting dalam menyokong kelangsungan fungsi keseluruhan sistem badan,namun organ2 yang bersifat tunggal  dengan fungsi  yang amat penting harus diberi perhatian dan disegerakan  rawatannya.

 

Pangkerias umpamanya  selain saiznya yang agak kecil ianya bersifat tunggal dan melakukan tugas yang sangat penting dimana  kegagalan pangkerias  akan  menghapuskan semua kaedah rawatan yang sedang diusahakan.
Sebaliknya  organ2 yang  mempunyai lebih dari satu umpamanya buah pinggang dan paru2  atau organ2  yang bersaiz besar seperti kulit  dan usus  memberikan banyak masa  kepada pesakit untuk mencuba pelbagai kaedah rawatan.

 

Saya menyatakan perkara ini kerana adalah amat penting anda menyegerakan rawatan bahkan memilih kaedah rawatan yang tepat  kerana masa sebenarnya amat terbatas  terutamanaya untuk organ yang bersaiz kecil dan  bersifat tunggal.Memilih kaedah yang tepat menjadi sangat penting kerana  selain daripada faktor masa, pemilihan kaedah yang memusnahkan  baki sel2  yang sihat umpamanya kimoterapi akan menyebabkan organ2 penting ini akan gagal sepenuhnya.Mengkimo pangkerias adalah suatu kesilapan  yang amat fatal walaupun onkologis  berpendapat ia mampu  memperlahankan  pertumbuhan tumor.

 

Begitu juga jika anda menelan berpuloh2 atau beratus2 kapsul B17  sehari  atau  beralih kepada kaedah lain dalam masa yang amat singkat  akan menyegerakan mestasis sel2 kanser.Sel2 kanser walaupun dikenali sebagai sel2 yang primitif  namun mereka tergolong dalam kelompok sel yang bijak.Mereka mewarisi dna  sel2 yang sihat dalam soal2 mempertahan diri jika diserang olih unsur2  yang membahayakan survival mereka.Mereka umpamanya mampu untuk membina saluran darah yang berliku2 untuk tujuan mestasis atau mendapatkan bekalan makanan.

 

Onkologis mempercayai ia adalah salah satu sebab mengapa  sesetengah dadah kimo tidak berupaya berttindakbalas dengan sesetengah jenis tumor.Bahkan bukanlah menjadi rahsia lagi apabila tumor2 ini dikimo atau dibedah sel2 kanser dengan pantas melarikan diri ke destinasi2 yang tidak diketahui.Menggunakan dadah kimo yang tidak tepat bakal mengundang kecelakaan yang lebih besar kerana pertamanya ia membunuh sel2 yang sihat dan yang keduanya ia menyebabkan mestasis sel2 kanser.Pernyataan ini mungkin mengundang kritikkan para onkologis namun pembacaan saya dari pelbagai sumber menyatakan  sesetengah jenis dadah kimo berpotensi menyegerakan perebakkan sel2 kanser.Sel2 kanser juga berupaya membina imunasasi terhadap dadah2 kimo terutamanya sel2 kanser yang bermestasis  yang telah melalui pusingan kimoterapi yang terawal.

 

http://www.dailymail.co.uk/health/article-2184277/Chemotherapy-encourage-cancer-growth.html

http://www.wddty.com/chemotherapy-spreads-cancer-scientists-confirm.html

http://www.naturalnews.com/037148_chemotherapy_stem_cells_regeneration.html

 

Kaedah alternative sebenarnya tidak terkecuali dengan fenomena ini.Telah saya nyatakan diatas jika anda memakan berpuloh2 kapsul apricot  sehari   atau   anda memberhentikan  sesuatu protokol kanser  secara tiba2  keadaan yang sama turut berlaku.
Sebab itu Dr  Simoncinni  yang memperkenalkan protokol sodium bicarbonate menyatakan jika anda ingin membunuh tumor  jangan berhenti dari menyerangnya bertubi tubi sehingga ia tidak sempat lari atau membina semula kekuatannya.Sebab itu saya dan beberapa orang doktor yang melakukan protokol Vitamin B17 berpendapat  protokol suntikan 21 hari leaterle tidak wajar diberhentikan selepas 21 hari malah ianya perlu dilakukan secara berterusan SEKIRANYA  kaedah itu mampu menunjukkan kesan positif  dalam penyusutan tumor atau pesakit merasa lebih sihat.

 

Membicarakan mengenai protokol Vitamin B17 ini saya ingin berkongsi sedikit info  yang mungkin agak berlawanan dengan kaedah  yang sedang dilakukan olih majoriti doktor2 disini.Perhatikan dengan teliti perenggan berikutnya kerana saya tahu terlalu ramai sebenarnya yang telah gagal menggunakan kaedah Protokol Vitamin B17 ini.

 

Kesilapan pertama yang dilakukan semasa mengambil suntikkan ini ialah dengan mencampurkan Leaterile,DMSO,Vitamin C dan Glutathione dalam NORMAL SALINE SOLUTION .Jika anda meneliti dan membaca dari beberapa sumber rujukkan ia adalah satu kaedah yang silap kerana dengan berbuat demikian anda sebenarnya memusnahkan SEBAHAGIAN dari elemen2 aktif  terutamanya  Leaterile dan DMSO.Walaupun ia sebenarnya tidak membahayakan namun anda membazirkan wang anda.Malah anda berisiko merebakkan sel2 kanser kebahagian2 badan atau organ yang lain apabila sel2 kanser ini mengesan cynide yang dilemahkan.Malah DMSO itu sendiri telah dilarutkan dengan air  mengikut sukatan yang selamat digunakan olih tubuh.Jika anda melarutkan ia dengan saline  solution  maka ia seperti anda mengurangkan dosagenya.Saline solution mengandungi garam dan ini akan melemahkan Leaterile dan DMSO sekali gus.

Sumber  rujukkan saya dari ahli farmasi di Mexico menyatakan  ia perlu diambil seperti berikut

 

Leaterile hendaklah dicampur dengan DMSO dalam  syringe 30ml mengikut sukatan 9  gram Leaterile dengan 5 ml DMSO.Ia perlu disuntikkan terus kedalam salurnadi tanpa dicampurkan dengn saline solution.( SLOW INFUSSION )Selepas 10 atau 15 minit baru anda masukkan Vitamin C dan glutathione yang dilarutkan kedalam air saline atau yang terbaik Ringer’s Solution.Doktor2 mungkin enggan melakukan kaedah ini atas pelbagai faktor atau sebab diantaranya ialah

 

1.untuk menjimatkan masa beliau

2 kebimbangan beliau mengenai keupayaan anda menyerap simptom tindakbalas

 

Ada diantara mereka yang saya tahu telah membelanjakan sehingga RM15,000 untuk membeli protokol 21 hari  Vitamin B17  olih itu anda perlu menggunakan kesemua nya semaksima mungkin.Sekiranya anda tidak berupaya untuk menyerap simptom tindaka balas leaterile anda perlu memulakkannya dengan dos yang lebih rendah dan dipertingkatkan jumlah dos secara perlahan2.Anda dinasihatkan untuk berihat sebentar  diklinik sebelum pulang dan sekiranya anda merasa pening atau loya  atau menggigil minta doktor untuk dripkan 500ml air  kedalam badan anda.

 

Perkara kedua yang perlu diberi perhatian yang saya dapati amat kurang diamalkan ialah  kebanyakkan pesakit yang membuat Protokol Suntikan 21 hari ini ialah mereka meninggalkan pengambilan perkara2 berikut

 

1. Pengambilan tablet Vitamin B17 500mg sebanyak 3 tablet sehari.( beli yang original )

2.Mengunyah sekurang2nya 10 biji aprikot  setiap 1 atau 2 jam waktu jaga.

3. Pengambilan Pancreatic Enzyme

4.Pengambilan Vitamin C ( 1000mg atau dalam bentuk powder )


Walaupun didalam protokol asal ada digariskan pelbagai supliment lagi yang perlu diambil semasa melaksanakan protokol ini umpamanya emulsified vitamin A dan E,Pngamic acid,shark cartiledge dan sebagainya namun 4 perkara diatas dikira amat vital dan sebolih2nya jangan ditinggalkan.Jika anda tidak mampu mengunyah biji aprikot pahit anda bolih blender  10 biji aprikot ini dan dicampur dalam sebarang jus buah untuk diminum setiap sekurang2nya 2 jam.Ingat jangan ambil biji aprikot atau tablet 500mg dalam keadaan perut kosong.

 

Perkara terakhir yang banyak kali saya tekankan dalam artikel yang lepas ialah proses detokfikasi.Anda jangan pandang rendah mengenai keupayaan protokol diatas untuk memusnahkan sel2 kanser.Ia akan memberikan impak yang besar ke atas sel2 kanser sebagaimana impak yang dikenakan olih dadah kimo.Saya difahamkan sesetengah onkologis mentertawakan pesakitnya yang datang ke hospital setelah gagal dengan penggunaan Vitamin B17.Keupayaan Vitamin B17 bukanlah khayalan atau scam seperti yang mereka jangkakan.Bahkan ia digunakan dengan amat berjaya di hospital2 alternatif kanser terunggul dunia seperti di Mexico,Germany,Canada bahkan ia juga digunakan olih doktor2 terbaik dunia yang mempunyai kelayakkan berlipat kali ganda dari onkologis2 di hospital tempatan.Bahkan saya  pernah bertanya sendiri dengan salah sorang dari mereka yaitu Prof  Dr Alexander Herzogh dari Germany dan beliau mengesahkan menggunakan protokol Vitamin B17 dihospital beliau sebagai protokol sokongan kepada  Hypertemia  Thearapy.

 

Prof. Dr. med. Alexander Herzog (Germany)

Prof. dr med. Alexander Herzog received his medical degree at the university of Heidelberg, in Germany in 1984. In that time in the German Cancer Research center in Heidelberg, he did research about vaccine treatments against cancer in animal models. After his specialization in internal medicine and oncology in the university hospital of Heidelberg he was not satisfied with the results just doing conventional treatments.

 

Even though these treatments showed benefit in some patients at the same time they had sometimes terrible side effects which destroyed their quality of life. So soon he realized that for a better outcome in cancer treatment it was important to optimize the efficacy of conventional treatments like chemotherapy and radiation by at the same time using complementary treatments to maintain or improve the quality of life. In particular the special role of the immune system he found to be of major importance.

 

As senior consultant and head physician in different holistic and complementary cancer hospitals he developed a new system of treating cancer more effective and with less side effects. One of his major interests in treatment and research are the different hyperthermia treatments, in particular the whole body hyperthermia. He has become in the last 10 years one of the most experienced specialists in hyperthermia treatment in Germany.

 

He also researched on factors of healing which could be influenced by the patients themselves. So he published together with Mrs. Kretschmer a standard book about the healthy nutrition in cancer in the well known scientific Haug-publisher. He is member of different German and international cancer societies, lecturing at scientific meetings. Since 2010 he is a teaching professor at the University of Sevilla. In his own private clinic and hospital he treats cancer patients from all parts of the world.

 

 

Apabila sel2 kanser mati dalam badan anda ia bukanlah dalam jumlah yang sedikit.Jumlah mereka amat banyak.Dan ini perlu dikeluarkan dari badan jika tidak ia akan menjadi toksid yang amat berbahaya pada organ2 detokfikasi anda seperti hati dan buah pinggang.Kebanyakkan pesakit kanser yang pergi ke hospital (  terutamanya mereka yang mempunyai kanser peringkat 4, )  semasa sedang menjalani protokol ini adalah berkaitan soal2 detokfikasi.Apabila mereka jadi semakin teruk semasa melaksanakan protokol ini pada hari yang ke 10 hingga hari ke 15, mereka bergegas ke hospital dan memberhentikan  suntikkan serta merta.Apabila doktor membuat imbasan  ia akan menunjukkan  buah pinggang bengkak  dan doktor akan menyatakan buah pinggang pesakit telah gagal.Ia sebenarnya berkait dengan keradangan buah pinggang akibat dikerah bekerja berlipatkali ganda untuk melupuskan sel2 kanser yang telah mati.

 

 

Barangkali saya bolih berkongsi pengalaman saya semasa melawat seorang pesakit kanser  lukemia yang mengamakan kaedah  alternatif separuh jalan dan pergi ke hospital untuk menyambung rawatan.Apabila doktor membuat ujian tumor marker mereka terkejut kerana bacaan sel2 darah putih menjadi terlalu banyak.Saya telah memberitahu pesakit apa yang doktor lihat hanyalah sel2 kanser yang telah mati.Keesukkan harinya doktor beliau mengesahkan sel2 darah putih yang mereka lihat terlalu banyak itu adalah sel2 yang tidak aktif atau dalam ertikata lain sel2 yang telah mati.

 

 

Kaedah yang paling mudah untuk menguruskan soal2 detokfikasi ini ialah dengan minum banyak dan kerap jus2 sayuran dan buah.Dan olih kerana kulit adalah organ detokfikasi yang terbesar saya menasihatkan anda bersuana (suana  infra merah) setiap minggu semasa membuat protokol Vitamin B17.Ini akan meringankan beban organ hati dan buah pinggang anda.Bahkan dengan bersuana anda sebenarnya memudahkan kerja B17 untuk memusnahkan sel2 kanser.Sel2 kanser amat alah kepada suhu panas.

 

 

The following protocol is that used by some of the hospitals in Tijuana,
(Del Rio Hospital supplied us with this information.)
Del Rio Hospital has a 21 day therapy in which we include the typhoid
vaccine, the B17 (9 grams per day), Pancreatic enzymes, vitamin C and the
actual whole foods that contain the B17 and the pancreatic enzymes (apricot
seeds and pineapple juice) No other clinic or hospital in the world uses
this powerful protocol, just parts of it.

Del Rio hospital has been the orthodox relative of Cydel Clinic. The
great Dr. Manner pioneered these clinics.

 

Therapies

The “Manner Cocktail” consists of a low drip infusion of 9 grams of
B17(Laetrile) and 25 grams of vitamin C conducted by 5cc of DMSO as a
carrier that transports all of this to the last cell, as well as enzymatic
therapies at macro doses of vitamin A. In addition to the utilization of a
number of product, even though these may be at their experimental phase in
the United States, here we count with a vast experience. The proceeding is
a 21 day treatment. Following the first three weeks, one should take
approx. 3grams (3000mg) of vitamin B17 per day in tablet form for 3 months.

 

In the administration of Amygdalin (Vitamin B17), Dr. Manner was one of the
pioneering doctors in alternative medicine using Vitamin B17(Laetrile) .
He uses 9grams of the injectable B17 per day for 21 days. Due to possible
gastric upset 6-10 tablets are recommended if you are not opting the
injectable form for the first month. It is imperative to eat the seeds
along with the treatment.

 

Dr. Krebs believes that the whole food is the
most important factor. 3-6 seeds per waking hour should be chewed and
consumed every other day for the first month. Dr. Manner used in his slow
drip therapy an enzyme that is derived from pineapples and/or papaya. The
pancreatic enzyme that is found in the pineapple and papaya is necessary to
burn away the cancer cell wall for the B17 to more effectively get in and
destroy the malignant cell. Pancreatic enzymes can be purchased at any
health food store, just ask. After the initial month of treatment a
maintenance dose of three 500mg tablets per day should be maintained.

 

Gerson Therapy

The Gerson therapy has proved effective. This therapy consists of an eight
ounce glass of fruit and vegetable juice per hour. Colonics and chelation
are also included. This is only a very brief note about Gerson’s Therapy,
please research for specifics.

 

One of the reasons the juice is important
while taking the Vitamin B17 is for the purpose of carrying out the dead
cancer cells from the body. The cancer can die so quickly as to try to come
out through the skin, besides the urine and bowels. Remember that the skin
is the largest organ in the body and if the cancer is dying rapidly it will
come out through the sweat glands causing hives and rashes. (the preceding
is a good sign yet can cause discomfort.)

 

These therapies are only allowed
in Mexico even though their success rate is far superior to the U.S.
Hospital’s conventional methods. It is quite easy for a cancer patient to
follow similar therapies in their own home at a fraction of the cost.

 

Masih mengenai Vitamin B17,kali ini ialah mengenai penggunaan biji aprikot raw.Beberapa orang pengguna biji aprikot raw menghubungi saya bahawa mereka telah membaca diakhbar  yang memberi amaran bahaya memakan biji aprikot raw kerana dikhuatiri terkena keracunan kulat  yang ada pada biji aprikot.

 

Saya melihat perkara ini dari dua sudut.Yang pertamanya amaran atau penyataan berikut ada kebenarannya jika anda membeli biji aprikot yang dibungkus di Malaysia.Kebanyakkan biji aprikot ini berasal dari Turki,Iran,Syria atau China..Biasanya  pemborong membelinya dalam kuantiti yang banyak kerana sesetengah pembekal dari negara2 berkenaan menetapkan  had minima 1 tan atau 1 kontena untuk menikmati harga yang sangat rendah.Biji aprikot  amat sensitif dan ia perlu disimpan dalam suhu  -9 ferenheight   dan bekas simpanan mestilah kedap udara.Olih kerana ia didatangkan  melalui kapal,pelayaran biasanya memakan masa dari 3 ke 6  minggu untuk sampai ke pelabuhan di Malaysia.Dalam keadaan2 tertentu jika terdapat  “delay”  dalam membuat  “clearance”  di pelabuhan kontena tersebut akan berjemur di pelabuhan sehingga 1 atau 2 minggu lagi.

 

Apabila sampai kepada pengedar mereka akan memilih dan mengasingkan biji aprikot yang rosak dan yang tidak terjejas kualitinya.Biji aprikot ini tidak akan dibasuh kerana proses pengeringannya amat sukar dilakukan.Menjemur biji aprikot dibawah matahari terik akan memusnahkan kandungan leaterilenya.Olih itu penjual biasanya akan menasihatkan pengguna untuk membasuh biji aprikot itu  sebelum digunakan.Di sinilah titik kesalahfahaman berlaku.Apa yang dimaksudkan penjual ialah basuh dan terus dimakan.

Apa yang berlaku pengguna membasuh kesemua biji aprikot dan menjemurnya dan olih kerana ia tidak bolih dijemur dibawah matahari ia dikeringkan pada  suhu bilik.Setelah ia kelihatan kering  mereka terus menyimpannya  tanpa menyedari bahawa biji aprikot tersebut  masih lembab dibawah lapisan kulitnya.Dalam masa 2 minggu kulat akan melalui tumbuh dibahagian dalam lapisan kulit dan pada minggu ke 3,biji aprikot itu akan kelihatan kekuningan menandakan kulat telah sampai bahagian lapisan luar kulit.Inilah sebenarnya menjadi racun yang sangat merbahaya apabila dimakan.

 

Perkara ke 2  yang saya ingin sentuh adalah saingan perniagaan yang ujud diantara pengilang kapsul dan penjual biji aprikot  mentah ini.Secara khususnya adalah lebih menjimatkan menggunakan biji aprikotb raw ini berbanding yang telah dikapsulkan.Setiap kilagram biji aprikot mengandungi lebih kurang 1200 biji aprikot.Biasanya ia dijual pada harga RM80 hingga 180 mengikut gradenya.Saya secara peribadi berpendapat tiada apa yang istimewanya biji aprikot yang dikapsulkan.Setiap kapsul hanya mengandungi lebih kuran 3 atau 4 biji aprikot dan dijual diantara RM80 hingga RM150 untuk 100 kapasul atau kurang dari itu.Ia hanya sesuai untuk pencegahan kanser yang diambil 3 biji sehari.

Untuk mereka yang telah positif kanser anda hanya membuang masa dan membazirkan wang  yang sangat berharga dalam saat2  yang sangat genting ini.Sebenarnya untuk mereka yang positif kanser mereka perlu makan 300 hingga 400 biji aprikot pahit setiap hari jika anda tidak mengambil suntikkan leaterile atau tablet b17 500mg.Satu biji tablet amigdalin atau Novadalin 500mg kekuatannya adalah bersamaan dengan 175 biji aprikot organik dan seratus peratus pahit.

 

Mereka yang tidak membuat suntikkan leateril perlu mengambil 6 hingga 10 biji sehari tablet b17 500mg.Seperkara lagi sebelum anda membeli kapsul aprikot,anda perlu minta penjual membuka sebiji kapsul dan letak diatas lidah anda.Ia sepatutnya sangat pahit.Terdapat peniaga2 yang mengkapsulkan sendiri biji aprikot ini dirumah dan untuk menjimatkan kos,mereka menggunakan biji aprikot yang tidak pahit.

Jika anda adalah pesakit kanser sebenarnya anda perlu makan satu botol kapsul aprikot  pahit setiap hari.Jika anda tidak berkemampuan maka adalah lebih baik anda menggunakan tablet Amigdalin atau Navodalin 500mg.Bahkan untuk tujuan pencegahan anda cuma perlu ambil 1/4  tablet setiap hari.Ia sudah lebih dari mencukupi untuk tujuan pencegahan.Setiap botol ada 100 tablet,jika anda potong kepada 4 bahagian jumlahnya adalah 400 dan bolih digunakan selama 400 hari.Tapi AWAS jangan beli yang TIRUAN yang dikenali sebagai Amigdalin 500mg Malaysia.Jangan terpedaya kepada label disekeliling botol kerana ianya tidak benar.

 

Sebelum saya membawa masuk biji aprikot  California,saya telah bertanya sendiri pengeluarnya cara mereka memproses biji aprikot.Biji aprikot California diproses menggunakan mesin dan saya difahamkan terdapat undang2 yang memantau pengeluarannya dari peringkat benih sehinggalah kepada peringkat pembungkusan.Kerajaan Amerika mengharamkan produk2 pertanian diubah ciri2 genetiknya untuk tujuan produktiviti.Ia dikenali sebagai Genetically modified foods/Organism ( GMO ).

 

http://www.ghorganics.com/GM%20food%20can%20cause%20cancer.htm

http://articles.mercola.com/sites/articles/archive/2011/10/05/has-any-company-ever-harmed-the-planet-more-than-this.aspx

 

Para penyelidik telah mengesahkan produk pertanian yang diubah sifat genetiknya berpotensi mengujudkan kanser pada jangkamasa panjang.Sebaik dikeluarkan dari cengkerangnya ia disimpan pada suhu -9 darjah ferenheight.Biji aprikot yang dijual diwebsite ini TIDAK PERLU DIBASUH.

 

Categories: Kesihatan Dan Anda | Leave a comment

KANSER DAN SODIUM BICARBONATE -bah 2

Dalam bahagian 1 saya telah memperkenalkan kepada pembaca tentang asal usul mengenai kaedah alternatif merawat kanser dengan menggunakan sodium bicarbonate.Walaupun mungkin anda baru mendengar mengenai kaedah ini namun ia telah agak lama digunakan hinggalah sekarang ini.

 

Malah dalam bidang perubatan sendiri ia digunakan setiap hari olih doktor2 yang bertugas di wad2 kecemasan untuk menyelamatkan pesakit2 yang berada dalam keadaan trauma sebelum diserahkan kepada doktor2 yang bertugas di wad.

 

Dalam istilah saintifik ia didifinasikan sebagai sejenis unsur larut air dengan formula NaHCO3 dan digunakan dalam pelbagai jenis minuman.Ia adalah bahan anti asid yang sangat kuat.Ia bukanlah sautu unsur asing kepada manusia.

 

Apabila kita memperkatakan mengenai sodium pemikiran kita secara jelas akan menterjemahkannya sebagai garam.Namun apa yang lebih penting disini adalah bicarbonate.Kita kebanyakkannya merasa was2 mengenai bacarbonate kerana ianya seperti sesuatu yang asing dan tidak patut dimasukkan kedalam perut.Mungkin sahaja perkataannya jarang kita dengar,Namun untuk mereka yang belajar dalam bidang perubatan atau farmasitukal perkataan bicarbonate  bukan sesuatu yang asing.

 

Bicarbonate adalah suatu unsur  berakali.Ia adalah  sistem penimbal  ph yang sangat penting untuk mengimbangi suasana berasid yang memudaratkan pelbagai organ dalam badan manusia.Apabila ph badan berada pada paras 7 ke bawah ini mengambarkan keseluruhan badan kita mempunyai masaalah.Berkekalan berada dalam suasana berasid akan menimbulkan pelbagai masaalah kesihatan berjangkamasa pendik dan panjang.

 

Didalam bidang perubatan keadaan ini dinamakan ACIDOSIS.Ia juga diistilahkan sebagai peningkatan asid dalam plasma darah.Aktiviti metabolisma diperingkat sel2 manusia akan terjejas sekiranya ph badan jatuh dibawah paras 7.0.Paras normal yang ideal adalah pada skala 7.25 hingga 7.45 bergantung kepada umur seseorang.Dalam ruang lingkup berkaitan kanser,ph badan yang berakali  akan membunuh sel2 kanser dalam badan.

 

Dalam keadaan normal sel2 mati ini akan dikeluarkan dari badan secara otomatik olih sistem perkemuhan.Namun kecelaruan akan mula timbul apabila sel2 ini berada pada garisan antara hidup dengan mati yakni terjadi kecacatan pada struktur dna sel.Harus dingat walaupun sistem antibodi berupaya memusnahkan sel2 yang cacat ini,namun keupayaan antibodi berfungsi juga dipengarhi olih suasana berasid dalam badan.Lama kelamaan sel2 ini akan membelah dalam keadaan yang tidak sepatutnya.Inilah yang mendorong terjadinya kanser.

 

Didalam badan kita bikarbornat dihasikan secara semulajadi olih membran2 gastrik dalam perut.Ia telah disahkan sebagai salah satu unsur terpenting dalam membantu fungsi pencernaan yang effisyen.Apabila kita makan perkara terpenting yang berlaku adalah perut mesti menghasilkan asid perut yang mencukupi untuk proses pencernaan.Kekurangan penghasilan asid perut bakal menimbulkan pelbagai simptom yang seakan bersamaan  dengan perut terlebih berasid.

 

Antaranya ialah pedih ulu hati,  sakit perut, loya dan   muntah.
Jika jumlah asid perut sangat sedikit dalam proses pencernaan,injap yang terdapat pada penghujung esofagus tidak dapat berfungsi dengan betul dan ini akan mengakibatkan terjadi masaalah pedih ulu hati.Asid perut terpenting yang perlu dihasikan secara maksima  bersama proses pencernaan dikenali sebagai asid hidroklorik.

 

Kandungan rendah asid perut sering dikaitkan dengan pelbagai masaalah seperti gastrik,cirit berit,ulser yang pada akhirnya terjadi kanser perut.Untuk mengelakkan perut menjadi terlalu berasid perut juga menghasikan bikarbonat yang bertindak sebagai penampan kepada hidroklorik asid.Jika penghasilan bikarbonat tidak mencukupi ia akan menyebabkan berlaku simptom2 yang bersamaan  jika perut tidak menghasilkan asid hidrokklorid yang mencukupi.

 

Sodium bicarbonate adalah sebatian kimia (  NaHCO3 ) adalah dalam  pepejal  atau serbuk kristal putih yang sedikit masin namun sangat berakali .Ia lebih dikenali sebagai bahan untuk membuat roti dan kek.Dalam bidang perubatan Sodium  bicarbonate  yang  yang dilarutkan dalam air  digunakan sebagai antasid untuk merawat senak asid dan pedih ulu hati. Ia juga boleh digunakan dalam bentuk oral  untuk merawat penyakit  asidosis metabolik kronik  yang  menimbulkan gejala  kegagalan buah pinggang dan chronic renal failure

 

Selain itu ia juga digunakan intuk masaalah “asprin overdose” dan masaalah kehadiran batu karang dalam buah pinggang.Dalam bidang pertolongan cemas ia digunakan untuk masaalah melecur,Ia bertindak sebagai pelindung kepada bahagian tisu yang terdedah dari jangkitan bakteria sementara rawatan susulan dapat diberikan.Dalam keadaan yang lebih extrim sodium bicarbonate juga bolih disuntik kedalam saluran darah untuk mengatasi masaalah acidosis seperti yang dinyatan dalam perengan diatas.

 

Asidosis adalah satu keadaan dimana keasidan meningkat dalam darah dan tisu badan yang lain (iaitu, kepekatan ion hidrogen meningkat).Ia biasa juga disebut  keasidan plasma darah.Asidosis dikatakan berlaku apabila pH arteri jatuh di bawah 7,35  manakala keadaan sebaliknya dikenali sebagai alkalosis berlaku pada pH lebih 7,45.

 

Asidosis metabolik boleh mengakibatkan  peningkatan pengeluaran asid metabolik atau gangguan dalam keupayaan untuk mengeluarkan asid melalui buah pinggang. Asidosis renal dikaitkan dengan pengumpulan urea dan creatinine serta sisa-sisa asid metabolik katabolisma protein.

 

Asidosis pernafasan ( respiratory ) adalah satu keadaan yang berlaku apabila paru-paru tidak boleh mengeluarkan semua karbon dioksida yang dihasilkan olih badan.Ini menyebabkan cecair badan, terutamanya darah, menjadi terlalu berasid.

 

Keadaan ini biasa berlaku kepada mereka yang menghidap penyakit2 seperti asma,paru2 kronik,sakit saraf,otot,penggunaan ubat2  tahan sakit yang kuat dan obesiti.Simptom yang timbul akibat acidosis ialah  kekeliruan fikiran, keletihan atau mudah  lesu, Sesak nafas dan sering rasa   mengantuk walaupun tidor dengan cukup.

 

Dalam bahagian 3  kita akan bincangkan mengenai bagaimana tumor atau sel2 kanser menyebabkan seseorang itu berada dalam keadaan asidosis kritikal seterusnya  mengakibatkan kerosakkan kepada pelbagai organ khususnya buah pinggang.

Categories: Kesihatan Dan Anda | Leave a comment

KANSER DAN “SODIUM BICARBONATE”-Bah 1

Dr. Tullio Simoncini is a roman doctor specialising in oncology, diabetology and in metabolic

 

“My opinion is that the alternative practitioners are scared and don’t have the means to fight the lies perpetrated by mainstream medicine. The medical world needs to be liberated in order to allow patients freedom of choice in healthcare. Most illnesses are the result of an unhealthy lifestyle, and as such, drugs are useless and can only do damage. Furthermore, archaic institutions such as the medical associations frequently pressure doctors into prescribing only useless, toxic and harmful treatments.”

 

Dikenali dengan nama jolokkan kaedah rawatan kanser untuk orang miskin,ia sebenarnya mempunyai nama besar dalam senarai lebih 400  kaedah alternatif merawat kanser dunia.Ia jarang diperkatakan orang termasuklah para doktor aliran konvensional atas pelbagai sebab.

 

Yang pertamanya   mungkin sahaja  kerana  kekurangan maklumat  mengenainya.Saya sendiri baru beberapa bulan secara serius  mengumpul maklumat mengenai protocol ini termasuk membeli   bahan bertulis lengkap mengenainya  selain mencarinya didunia internet.Sebelum ini saya  telah pun mendapat  info  dari beberapa  sahabat yang  menggunakan  kaedah ini terhadap saudara  mara terdekat  dan mengikut mereka ia sangat membantu sekurang2nya  memperlahankan  perebakkan kanser.Namun pembacaan yang berterusan mengenainya saya menemui pelbagai kejayaan yang direkodkan semenjak 40 tahun yang lampau.

 

Yang keduanya, barangkali untuk mereka yang berniaga  tidak akan mencadangkan atau mempromosi  kaedah ini kerana  ianya sangat murah dan tidak berbaloi untuk  bersusah payah  mendapatkan bekalan  selain ianya   sangat2 tidak menguntungkan.Saya tidak membina laman web ini  dengan  berpaksikan  perniagaan semata mata walaupun anda mendapati  sesetengah  produk yang dijual  kelihatannya agak mahal .Laman web  ini beroperasi  secara  bersendirian dan tidak mendapat  apa2  pembiyaian dari mana2  pihak lantaran itu kos  operasi saya sangat2 bergantung  kepada  sedikit keuntungan  dari produk2 yang dijual.Inilah caranya  saya  menyampaikan maklumat  yang saya tahu untuk membantu anda berhadapan dengan penyakit  yang  menyedihkan ini.

 

Umpamanya  sebagai satu contoh mudah  produk2  berkaitan Vitamin B17 amat sukar diperolihi dalam pasaran terutamanya yang berasal dari Mexico .Saya menjualnya   dengan harga separuh dari harga    yang dijual olih sesetengah pengedar  dipasaran  Malaysia .Apabila saya memperkenalkan sesuatu protokol alternatif  rawatan kanser,saya perlu berusaha   untuk  menyediakan  produk2 berkaitan agar ia memudahkan anda  untuk tidak bersusah payah  membazirkan masa  pesakit2 dibawah jagaan anda  yang  secara relatifnya tidak punya banyak masa.Jika kemudiannya anda  dapati  ianya sangat membantu mengurangkan penderitaan anda ,produk2 tersebut  bolih dibeli sendiri.Saya tidak mendapatkan hak2 eksklusif untuk kebanyakkan produk2 yang dijual buat masa ini.

 

Protokol  yang ingin saya  kongsikan kali ini  adalah SODIUM BICARBONATE atau sering disebut “soda bicarb” atau baking soda .Ia digunakan sebagai bahan penting untuk membuat roti,kek dan pelbagai jenis kueh muih.Ia mula diperkenalkan olih seorang doctor Italy  Dr  Tullio Simoncini.Beliau adalah seorang “oncologist” yang amat kecewa dengan aliran perubatan  ortodoks yang  yang semenjak 100 tahun yang lampau tidak menunjukkan peningkatan “survival rate” yang baik bahkan menyebabkan  terjadi pelbagai  komplikasi kronik terhadap pesakit2 kanser.

 

Seperti biasa saya  suka untuk menerangkan dari aspek sejarah kaedah protokol ini ditemui sebelum saya menerangkan kepelbagaian cara penggunaanya untuk jenis2 kanser tertentu.Dan bahan rujukkan terbaik sudah tentulah apa yang diterangkan olih  penemu protokol ini.Untuk siri pertama ini saya membawakan temubual dengan Dr Simmoni sendiri yang saya terjemahkan semampu mungkin untuk tatapan anda.

 

Salah satu soalan yang  paling kerap ditanya kepada saya ialah bagaimana terapi alternatif baru ini bermula.Bagaimana saya mendapat idea bahawa  kanser sebenarnya adalah berpunca dari  kulat, serta  motif dan peristiwa2 yang mendorong saya untuk hanyut jauh dari  pandagan onkologi 2 dari aliran rasmi.

 

Semuanya bermula apabila saya  menghadiri kursus pengenalan dalam histologi. Apabila profesor mengungkapkan  tumor sebagai raksasa dahsyat dan misteri, saya berasa marah .Ia seolah2 tumor itu berkata 

 

“Semua orang adalah lemah di hadapan aku.Aku  merupakan ancaman tersirat apabila memperkatakan mengenai  kanser .Minda anda adalah terlalu kecil untuk memahami aku. “

 

 

Itu adalah permulaan perjuangan peribadi saya  terhadap kanser.  Saya sedar bahawa saya boleh menang hanya dengan menumpukan semua sumber, tenaga dan mental  saya  dalam  arah  yang betul dalam usaha menumpaskanya. Dan saya percaya  selagi kita tidak menggunakan pendekatan kritikal kepada kenyataan diatas,tidak banyak yang bolih dibuat  dan jika ada pun ia hanyalah berpaksikan kepada kepastiaan yang samar samar.

 

Oleh itu, tugas terbesar ialah memperolehi pengetahuan yang diperlukan untuk kajian ini, dan pada masa yang sama meletakkan apa-apa yang saya telah belajar di bawah analisis kritikal. Dalam erti kata lain, saya  perlu ingat bahawa segala-galanya  yang saya pelajari  mungkin  juga sesuatu yang  palsu.

 

Dalam  tahun-tahun yang  berlalu apabila penglibatan  saya  dalam kaedah alternatif ini semakin meruncing – terutamanya  apabila  saya bekerja di wad hospital, di mana saya menyedari ubat bukan sahaja tidak dapat menyelesaikan masalah kanser, tetapi majoriti penyakit2 yang lain. Ini adalah kerana, selain daripada kejayaan dalam pelbagai sektor dalam rawatan gejala tertentu kebanyakkan penyakit-penyakit ini, kaedah perubatan  konvensional tidak dapat menawarkan apa-apa faedah yang muktamad antaranya untuk penyakit2  Hipertensi, diabetes, epilepsi, psoriasis, asma, artritis, Penyakit Crohn, dan banyak lagi .Ini adalah antara contoh tipikal yang bolih saya rumuskan.

 

Selain dari kesangsian saya dengan mengambil kira keberkesanan pelbagai jenis ubat-ubatan dari masa ke masa pengalaman yang saya ada  dalam bidang klinikal menunjukkan ianya amat sukar diurus terutamanya bila saya berhadapan dengan kes2 yang mendesak.

 

nota: Maksud Dr Simoni disini ialah umpamanya jika seseorang pesakit yang mempunyai pelbagai komplikasi penyakit yang berlainan,bagaimanakah jenis2 ubat yang hendak diberikan tidak bertentangan antara satu sama lain dan mendatangkan bahaya yang berlainan kepada pesakit.

 

 

Ini membawa kepada krisis di mana saya pada mulanya mahu meninggalkan bidang perubatan ortodoks ini.. Walau bagaimanapun, ia kemudiannya  bertukar menjadi keinginan untuk terus berada dalam bidang ini  dan terus  berjuang  di medan pertempuran’ dalam usaha untuk  membangunkan penyelesaian baru.

 

 

Sedikit demi sedikit, waktu kerja yang tidak berkesudahan di wad kecemasan pediatrik universiti onkologi, di mana saya telah menamatkan tesis, fikiran saya mula meneroka dalam bidang ini. Adalah amat malang dan menyedihkan  saya mendapati ramai yang terjebak dalam satuasi ini seperti pesakit, saudara-mara mereka, profesor saya, rakan sekerja dan  para  jururawat hanyut dalam satu sistem yang pada pandangan saya adalah sistem yang benar2 bengkrap.

 

 

Saya tertanya-tanya, dengan  profesion saya, kerjaya saya di universiti dan  kedudukan sosial saya, apa yang akan berlaku kepada mereka2 ini?’Lagi pun, ia akan menjadi sangat sukar untuk hidup berpaksikan pada idea-idea sahaja, terutama dalam dunia perubatan di mana peluang pekerjaan telah berkurangan pada setiap hari.

 

 

Namun dmikian saya tidak  tertarik kepada persekitaran universiti. Malah, saya melihat ia sebagai satu entiti terjerat dan tidak menyenangkan yang menghalang dan menganggu  pencapaian matlamat yang saintifik.Ia mendorong intelektual2 terbaik beserta mereka yang dalam bidang sains  kesatu sudut yang kabur dengan hujah2  yang tidak relevan dan dangkal.

 

 

Saya meninggalkan fakulti perubatan dan mendaftar untuk ijazah fizik. Saya belajar selama beberapa tahun dalam usaha untuk membangunkan kaedah yang  lebih saintifik beserta  mind-set  untuk meneroka ke pelbagai aspek sehingga ke penyelidikan yang lebih  terperinci.

 

Pada masa yang sama, saya mula menyiasat pendekatan perubatan lain termasuk perubatan alternatif , walaupun sering diejek namun mempunyai ramai pengikut, terutama di kalangan pesakit yang tidak dapat menahan kesan2  agresif kaedah terapeutik.

 

Pengalaman2 saya selepas ini membawa saya untuk memahami bahawa kaedah2 rawatan  alternatif adalah untuk mengisi jurang yang ditinggalkan oleh perubatan konvensional dan ketidakupayaan untuk menyelesaikan masalah pesakit. Pesakit seolah-olah mendapat manfaat yang lebih besar daripada terapi alternatif  yang dinilai sebagai  melayan pesakit secara keseluruhan dan bukan hanya dengan rawatan yang tidak memuaskan untuk gejala2 yang dihidapi mereka.

 

Ini adalah permulaanya  bagaimana idea kaedah ini mula dibangunkan. Saya berpendapat  kanser  adalah disebabkan oleh jangkitan kulat. Apabila saya telah merawat pesakit yang mempunyai psoriasis, menggunakan garam yang bersifat menghakis, saya dapati  cara  garam bekerja  ”ia  telah memusnahkan sesuatu – dan sesuatu itu adalah  kulat.”

 

Dari kesedaran ini saya menyimpulkan jalan penyelesaian yang sekian  lama saya cari telah saya temui. jika psoriasis, penyakit yang tidak boleh diubati, adalah disebabkan oleh kulat, maka ia adalah mungkin bahawa kanser, satu lagi penyakit yang tidak boleh diubati, boleh disebabkan oleh kulat.

Saya berpuas hati berdasarkan kepada pengalaman, eksperimen, pengesahan keputusan dan penyelidikkan2 yerlarang memberikan  kepuasan profesional yang besar kepada saya dan  membolehkan saya untuk menyempurnakan satu terapi yang sangat berkesan terhadap ramai penderita tumor iaitu , terhadap koloni kulat.

Apabila berdepan dengan hipotesis mengenai  penyebab kulat dan percambahan tumor, masaalah utama saya ialah bagaimana untuk menyerang tumor yang berada jauh didalam tisu2.Penggunaan garam yang terlalu kuat adalah tidak praktikal.

 

 

Saya berpendapat jika seorang bayi diserang penyakit yang dinamakam “kandida oral pharyngeal”,kaedah yang paling berkesan ialah memberikan natrium bikarbonat kepada ibunya.Natrium biarbonat adalah senjata yang sangat berkesan dan cepat menghapuskan penyakit ini. Saya berpendapat  bahawa jika saya boleh menguruskan dengan menggunakan kepekatan sodium bikarbonate  yang tinggi secara oral atau secara intravena, saya mungkin mampu untuk mendapatkan keputusan yang sama seperti bayi diatas. Jadi saya memulakan  ujian saya  eksperimen saya, yang secara positif  memberikan saya dengan keputusan yang sangat ketara.

 

Pesakit pertama yang saya dirawat menggunakan hipotesis ini ialah seorang kanak-kanak berumur 11 tahun.Ini adalah satu kes yang terbaik  menunjukkan yang  saya berada di atas landasan yang betul.

Kanak-kanak itu tiba dalam keadaan koma di wad hematologi pediatrik sekitar 11:30  pagi, dengan sejarah klinikal leukemia. Kerana penyakit kanak-kanak itu dia telah diambil dari sebuah bandar kecil di Sicily ke Rom, melalui universiti Palermo dan Naples, di mana beliau telah menjalani beberapa sesi kemoterapi. Ibu memberitahu saya bahawa dia telah dapat bercakap dengan kanak-kanak itu selama 15 hari sejak kanak-kanak itu berpindah dari satu hospital ke hospital yang lain.

Beliau berkata dia sangat berharap  untuk mendengar suara anaknya sekali lagi sebelum dia meninggal dunia. Saya berpendapat  anak itu sebenarnya sudah pengsan akibat penularan  koloni kulat di dalam otak dan juga kerana ketoksidan terapi yang telah dilakukan kepadanya, saya membuat kesimpulan bahawa jika saya boleh memusnahkan koloni kulat ini dengan garam natrium bikarbonat dan pada masa yang sama menyuburkan dan menyahtoksikan  otak dengan glukosa yang ditadbir secara intravena, saya boleh berharap untuk mengurangkan  gelala regresi ini.Selepas berterusan infusi intravena bikarbonat dan glukosa apabila saya kembali  ke universiti keesuk harinya , saya mendapati kanak-kanak itu bercakap dengan ibunya, yang sedang menangis.

 

Sejak itu, saya terus menggunakan kaedah ini  dan saya telah dapat  merawat dan menyembuhkan beberapa orang, kebanyakannya dalam tempoh tiga tahun.Pada masa itu  saya adalah seorang pembantu perubatan sukarela di Regina Elena Tumour Institut di Rom. Pada tahun 1990, walaupun kesuntukkan masa kerana saya telah hampir benar-benar sibuk dengan kerja di pusat untuk kencing manis,  saya memutuskan untuk meningkatkan penyelidikan saya dalam bidang kanser, penyakit yang sentiasa menjadi keutamaan  dalam fikiran saya, walaupun saya terpaksa dalam tahun-tahun kebelakangan terpaksa  untuk mengabaikannya 

 

 

Sebelum saya meneruskan perjuangan  melawan kanser, saya merasakan keperluan untuk lebih menerokai  rasional dalam bidang perubatan  onkologi supaya saya dapat memperoleh ciri ciri  intelektual, kritikal dan mengkritik diri sendiri yang perlu untuk kita memahami di manakah  kesilapan yang tersembunyi.

 

Saya mendaftar untuk  ijazah falsafah, yang  siap pada tahun 1996. Itu adalah tahun2 dimana saya mula berkenalan dengan doktor onkologi dan mencuba untuk menketengahkan teori saya kepada onkologis2 yang berada dalam institiusi yang lebih bertauliah.

 

 

Kementerian Kesihatan, persatuan2 onkologis  Itali dan asing telah mengetahui mengenai hasil  penyelidikan saya dan keputusan yang saya perolii.Bamun demikian apa yang saya temui adalah rakan sekerja dalam pelbagai bidang  yang cenderung untuk tidak menyokong bahkan sebahagiannya  seolah-olah hanya mampu mengucapkan perkataan sihir iaitu ia adalah masaalah  genetik.

 

Saya berpendapat pertelagahan ini tidak akan membawa kita kemana2. Malah, saya mendapati diri saya berada dalam keadaan terumbang ambing dengan tiada cara untuk keluar dari satiuasi ini. Saya mempunyai begitu banyak idea-idea yang hebat dan beberapa keputusan positif, tetapi tidak ada peluang untuk merawat pesakit yang terjejas oleh tumor dengan menggunakan kaedah  saintifik yang lebih berwibawa.

 

Apa yang mampu saya lakukan ialah  bersabar dan terus mendapat keputusan yang baik  merawat pesakit seorang demi seorang.Dan  pada masa yang sama cuba untuk menjadi lebih dikenali oleh seberapa ramai orang yang mungkin, terutamanya mereka yang berada  dalam bidang perubatan alternatif di mana sekurang-kurangnya terdapat keterbukaan dan peluang untuk menghubungi profesional yang sudah mempunyai sikap yang kritikal terhadap pemikiran perubatan rasmi.

 

 

Pada masa itu olih kerana menghadapi pelbagai rintangan untuk mengketengahkan idea2 saya telah  mula menyiarkan hasil penyelidikan saya di Internet. Dan saya telah  mendapat ramai  kenalan, rakan-rakan dan konsensus, semua yang membenarkan saya untuk menyebarkan teori saya, tetapi apa yang  lebih penting ,mereka terus  memberikan sokongan  psikologi untuk meneruskan perjuangan peribadi saya terhadap kanser

Saya cuba merasa selesa dengan idea dan teori saya dan berha keselesaan daripada pengetahuan bahawa idea saya, dan berharap  orbor kecil ini akan berada pada tempat yang sepatutnya pada masa2 akan datang.Saya juga berharap kesahihan mesej  ini  lambat laun ia akan mula  dikongsi dan diterima oleh ramai orang melalui temuduga dan diperbincangkan dalam pelbagai konvenson.Saya brharap diberi peluang untuk mengumpulkan pelbagai ujian klinikal dari pngalaman saya yang lampau.

 

 

Sahabat2 saya mengatakan walaupun kaedah terapi ini amat berkesan namun untuk beberapa jenis kanser lain metodologi lain perlu dicari kerana untuk jenis2 kanser yang lain ia tidak akan mudah dicapai atau sekurang2nya ia masih tidak mencukupi untuk ianya menjadi benar2 berkesan.

 

Natrium bikarbonat yang diruskan secara oral, melalui aerosol atau secara intravena boleh mencapai keputusan yang positif hanya dalam beberapa tumor, manakala yang lain – seperti yang serius seperti kansr otak atau tulang – kekal tidak terjejas oleh kaedah ini.Melalui pelbagai perbincangan dengan beberapa orang rakan dalam bidang  radiologi terutamanya  saya akhirnya mampu untuk mencapai kawasan-kawasan badan yang sebelum ini tidak boleh diakses. Ini dicapai melalui penyelarasan kedudukan kateter yang sesuai sama ada dalam rongga untuk peritoneum dan pleura, atau di dalam arteri untuk mencapai organ-organ lain.

 

Categories: Kesihatan Dan Anda | Leave a comment