Dactinomycin (Actinomycin D)
Di gunakan untuk merawat kanser jenis sarkoma, tumor Wilm’s, sel kuman kanser,, kanser melanoma, testis dan Koriokarsinoma.
Ia juga juga digunakan dalam rawatan kanser kanak-kanak. Ini adalah antibiotik anti-tumor yang berfungsi dengan cara melekapkan dirinya kepada sel-sel kanser sehingga sel kanser tidak dapat membelah dan membesar
Dactinomycin biasanya diberikan secara suntikan.
Kesan sampingan
keletihan, peningkatan risiko jangkitan, anemia menyebabkan keletihan dan sesak nafas, mual dan muntah-muntah, kehilangan nafsu makan, luka pada mulut rambut gugur dan dihrea.
Doxorubicin (Adriamycin)
Ia adalah dadah kimoterapi umum yang sering digunakan untuk beberapa jenis h kanser. Ini adalah racun bagi sel-sel kanser, dan intravena.
Kesan sampingan
penurunan sel darah putih dan platelet, meningkatkan risiko jangkitan, kehilangan nafsu makan,perubahan warna kuku dan lipatan kulit tangan, rambut gugur, mual dan muntah-muntah, luka mulut dan, pada dos yang lebih tinggi, mungkin menyebabkan kegagalan jantung.
Pesakit yang mempunyai masaalah jantung mungkin perlu membuat ujian jantung jantung sebelum menggunakan dadah jenis ini
Aldesleukin
Terapi biologi ini juga dikenali sebagai sebagai immunotherapy.
Ia merangsang antibodi semulajadi badan untuk melawan kanser.Ia dalam bentuk cecair diberii melalui kaedah suntikkan.Kebiasaanya digunakan terhadap pesakit kanser buah pinggang.
Kesan sampingan
Kesan sampingan dikenalpasti amat teruk dan agak jarang digunakan.
Antaranya ialah flu,mual dan muntah,hilang selera makan,perubahan warna kulit,terjejasnya fungsi jantung dan buah pinggang sekiranya dos yang tidak terkawal diberikan.
Alemtuzumab
Juga dikenali dengan nama Mabcampath kebiasaanya digunakan untuk merawat leukemia lymposik kronik ( CLL ).Ia adalah dadah jenis baharu,bekerja dengan cara melekapkan dirinya pada protin sel kanser dan ini mendorong antibodi menyerang sel kanser tersebut.Ia direka khusus untuk pesakit leukemia kerana sifatnya hanya mensasarkan jenis2 sl darah putih tertentu khususnya jenis protin yang dinamakan CD52.Ia dalam bentuk cecair dan kaedah suntikan digunakan .
Kesan sampingan
Alahan atau alergi ,hilang keupayaan menentang penyakit,mual dan muntah,tekanan darah rendah,dahrea dan sembelit.
Pemetrexed
Juga dikenali dengan nama alimta,
Ia digunakan bersama kombinasi dengan cisplatin untuk rawatan kanser paru paru jenis “mesothelioma plural”.Ia menghalang pembentukkan DNA dan RNA sel2 kanser dan juga sel2 yang sihat.Olih kerana sel2 yan sihat akan diganti berbanding sel2 kanser yang akan mati,para doktor mengharapkan sel2 kanser akan mati tanpa sempat membelah.
Ia biasanya diberikan pada garis PICC atau pusat dan memakan masa kira-kira 15 minit. Biasanya pesakit akan diberikan dadah mencegah kemabukkan dan juga diberikan juga vitamin B12 dan asid folik untuk membantu mengurangkan kesan sampingan selepas mengambil pemetrexed.
Ia biasanya diberikan dalam cycle 4 ke 6 kali dalam masa 1 bulan .
Kesan sampingan
Loya dan muntah,kehilangan keupayaan melawan penyakit,pendarahan,bengkak pada organ luar,anemia,ulser dalam mulut dan keradangan kepada tapak tangan dan kaki.
Asparaginase
Ia biasanya digunakan secara bersendirian atau kombinasi dadah kimoterapi yang lain.Pengkhususannya ialah untuk merawat leukemia jenis Acute lymphoma leakumea .Ia membunuh sel kanser dengan cara membuatkan sel2 kanser mati kelaparan dengan cara menyekat sumber permakanan mereka seperti gula dan protin.Tumor yang tidak mendapat makanan akan tidak bolih membesar.
Asparaginase juga boleh digunakan untuk kanser lain seperti limfoma.
Kesan sampingan
Antara kesan sampingan ialah keletihan, kemungkinan besar pendarahan, mual dan muntah-muntah, kehilangan potensi kesuburan, kemungkinan pembekuan darah dan kesan sementara pada hati.
Amsidine
Dadah kemoterapi ini sering digunakan untuk mengubati leukemia. Ia bekerja dengan cara menyekat sebuah topoisomerase disebut enzim 2. Bila enzim ini disekat sel-sel kanser tidak dapat membagi. Ini juga merupakan agen alkali yang bermaksud merosakkan DNA sel kanser sehingga tidak dapat menyalinkan dirinya sendiri.
Kesan sampingan
keletihan, peningkatan risiko jangkitan, kulit memar, kudis mulut, mual dan muntah-muntah, kehilangan potensi kesuburan, rambut gugur (jarang).
Aromasin
Ia sering digunakan untuk pesakit kanser payudara.Ia menghalang pengeluaran aestrogen yang menjadi pemangkin kepda tumbesaran tumor.Tumor yang tidak mendapat bekalan aestrogen boleh menyebabkan terbantutnya pembesaran tumor dan dalam sesetengah kes akan menyebabkan ia mengecut an hilang-self destruction.
Pada wanita yang akan melalui menopos sebahagian besar aestrogen dihasilkan dalam otot kelenjar adrenal ‘, dan di dalam kulit. Aromasin berkesan menghalang pengeluaran estrogen
Kesan sampingan
Bengkak pada kelenjar,bengkak pada tangan dan kaki,sesak nafas walaupun melakukan aktiviti ringan,sakit dada,masaalah pertuturan dan kebingungan sementara.
Bevacizumab
Dikenali juga dengan nama Avastin.Ia digunakan untuk mengubati kanser usus , payudara,buah pinggang , otak dan kanser paru-paru.
Ia adalah jenis antibodi “monoklonal” biasanya diberikan dengan kemoterapi dan mempunyai kemampuan untuk menghalang pembentukkan protin pada permukaan sel kanser.. Bevacizumab menyasarkan protein pada sel yang disebut faktor pertumbuhan endotel vaskular (VEGF) dan dengan cara yang demikian ini dapat menghentikan beberapa jenis kanser dari membina pembuluh darah baru dalam tumor.(anti-angiogenesis). Dengan cara ini ia mengurangkan bekalan oksigen dan nutrisi kepada tumor menyebabkan tumor berhenti membesar atau membelah..Ia diberikan melalui suntikan.
Kesan sampingan
tekanan darah tinggi, reaksi alergi, meningkatkan risiko penggumpalan darah, sembelit, menurunkan pertahanan terhadap jangkitan, pendarahan, kerosakan buah pinggang
HOW WILL YOU TREAT YOUR CANCER DOCTOR?
In 1986, McGill Cancer Center scientists sent a questionnaire to 118 doctors who treated non-small-cell lung cancer. More than three quarters of them recruited patients and carried out trials of toxic drugs for lung cancer. They were asked to imagine that they themselves had cancer, and were asked which of six current trials they themselves would choose. Of the 79 respondents, 64 (81%) said they would not consent to be in a trial containing cisplatin, a common chemotherapy drug. Fifty-eight or 74% of the oncologists found all the trials using any type of chemotherapy unacceptable. What reasons did they give? Basically, they quoted the ineffectiveness of chemotherapy and its unacceptable degree of toxicity…more..
