Barah tulang,kanser tulang adalah berkenaan kehadiran tumor pada tulang,tidak kira bahagian mana badan tulang berada.Ia sejenis kanser yang sangat merbahaya kerana terdapat elemen2 penting keperluan badan diproses didalam tulang.
Secara umumnya terdapat 2 jenis kanser tulang yang perlu anda ketahui.
Primary Bone Cancer – Tumor yang terjadi didalam tulang itu sendiri
Secondary Bone Cancer – Tumor yang terjadi akibat penghijrahan sel kanser dari bahagian badan yang lain terutamanya kanser payudara,paru-paru dan sebagainya.
Terdapat 2 jenis tumor yang dikenali sebagai “benign” tumor dan “malignant tumor”.Benign tumor tidak merbahaya dan ia tidak menyerang tisu2 berhampiran.Ia terkadang akan terhapus dengan sendiri dari dalam tulang dalam tempoh masa tertentu.Diantara jenis tumor beningn ialah osteoma, osteoid osteoma, osteoblastoma, osteochondroma, hemangioma, dan chondromyxoid fibroma.
Malignan cancer adalah jenis yang bolih menyerang kebahagian tisu bersebelahan bahkan ia mampu berhijrah dan menyerang kebahagian2 lain organ dan badan.
Jenis jenis kanser tulang.
1.Ewing’s sarcoma
Kanser tulang jenis ini kebiasaannya dihidapi olih lelaki yang berusia 5 ke 20 tahun dan ia jenis yang agak agresif dan biasanya kerap bermestasis ke bahagian paru paru atau bahagian organ yang lain.Tulang yang kerap terlibat untuk kanser jenis ini ialah tulang pelvis,tulang paha,tulang rusuk dan selangka.
2.Osteosarcoma
Ia jenis kanser maglinan yang dihidapi olih kanak berumur 10 tahun keatas dan juga orang dewasa dibawah umur 30 tahun.10 hingga 15 peratus dihidapi olih mereka yang berumur lebih 40 hingga 70 tahun.Kebanyakkan penghidap adalah lelaki.Seperti kanser jenis Ewing’s sarcoma kanser osteosarcoma cenderung untuk bermestasis ke paru paru.Bahagian tulang yang terlibat kebiasaanya tulang tangan,tulang betis,tulang rahang,tengkorak dan pada kanak2 ia biasa berlaku ditulang bahagian buku lali dan tulang bahu.Kanser jenis ini kebiasaanya bermula pada sel2 tulang itu sendiri.
3.Chondrosarcoma
Kanser tulang kategori ini kebiasaanya sering dihidapi olih mereka yang berumur 35 tahun keatas dan tulang yang terlibat biasanya tulang pelvis dan tulang pingul.Ia kebiasaanya bermula pada sel2 pada tulang rawan dan merebak kebahagian tulang.Ia kerap mempunyai kecenderungan untuk merebak kebahagian paru paru dan kelenjar2 berhampiran.Kajian lain menyatakan secara umumnya ia kerap menyerang pada bahagian2 tulang yang dikenali sebagai “axial skeleton” yang terdiri dari tulang tengkorak,tulang “ossicles” ( tulang bahagian tengah telinga ),tulang bahagian kerongkong ( hyoid bone ),tulang rusuk dan tulang belakang.
Kanser jenis ini terdapat dalam 2 bentuk yaitu yang merebak secara perlahan dan yang jenis merebak dengan pantas.
4.Maglinant fibrous Histiocytoma( MFH )
Kanser jenis ini kebiasaanya menyerang dibahagian otot,ligament dan tendon atau tisu2 lembut.Ia sering dihidapi olih gulongan yang berusia 50 tahun keatas dan majoritinya adalah lelaki.Walaupun ia bermula dari apa yang diistilahkan tisu2 lembut namun ia mampu merebak kebahagian tulang.Doktor yang membuat pemeriksaan akan mengenalpasti jenis tumor ini dibawah mikroskop untuk membezakan samada sel2 kanser ini berpunca dari tisu2 lembut atau tidak.Ia dibahagikan kepada 4 ketogari berikut
-
Storiform-pleomorphic
-
Myxoid
-
Giant cell
-
Inflammatory
Storiform pleomorphic adalah lebih kerap terjadi dan bahagian tulang paha adalah asaran utama kanser ini bermula.
5. Fibrosarcoma
Ia sejenis sel kanser yang bermula pada bahagian2 penyambungan tulang dan merebak kebahagian tulang.Antaranya yang paling kerap berlaku ialah pada bahagian2 tulang
paha, tulang kering, dan rahang bawah.Secara umumnya bahagian2 penyambungan tulang mengandungi unsur2 berikut seperti tisu tendon, darah, tulang rawan, tulang, tisu lemak dan “lympnode” peratusan ia menjadi lebih kronik adalah tinggi terutamanya bila ia memasuki saluran darah.
Ia kerap dihidapi olih gulongan lelaki yang berumur 30 hingga 45 tahun.Fibrosarcoma bolih sahaja bersifat primary atau secondary,namun yang lebih fatal ialah yang bersifat secondary yang kebiasaanya diakibatkan olih kaedah rawatan radioterapi pada bahagian2 tulang yang berhampiran yang terlebih dahulu terkena kanser tulang.
6.Chordoma
Ia sejenis kanser tulang yang sering berlaku pada bahagian atas atau hujung tulang belaakang dan peringkat umur yang berisiko untuk menghidapinya adalah dari umur 30 hingga 40 tahun.Lelaki adalah lebih kerap menghidapnya berbanding wanita.Ia sering dikaitkan dengan proses pertumbuhan sel2 baharu yang adakalanya menjadi tidak normal dan membentuk lump atau tumor.Ia bolih sahaja bersifat benign,malignan dan pramalignan ( carcinoma in situ ).
Suatu fakta yang menarik mengenai berlakunya kanser jenis ini ialah ia bermula dari dalam rahim apabila unsur yang disebut “notochord” digantikan dengan tulang belakang semasa janin berusia 6 bulan.Atas sesuatu sebab tidak semua “notochord” ini terurai sebaliknya ia kekal bersama tulang belakang dan pada usia lewat 30 dan 40an ia akan menyebabkan berlaku kanser jenis chordoma ini.
Simptom
Simptom atau tanda2 seseorang untuk menghidap kanser tulang bergantung secara umumnya dibahagian mana tulang kanser itu berlaku.Namun secara umumnya symptom yang biasanya berkaitan dengan kanser tulang adalah terjadi kesakitan pada bahagian tulang yang terlibat contohnya sakit yang berulang dibahagian tulang paha yang dating sekali sekala dalam tempoh beberapa hari dan minggu.
Tulang mudah patah walaupun terjadi kemalangan yang kecil seperti terjatuh.Ini menandakan berlaku kereputan tulang kepada bahagian2 tertentu badan.Contohnya dalam kes2 yang saya temui seseorang itu disahkan menghidap kanser tulang apabila tulangnya tiba2 patah hanya melakukan aktiviti senaman.
Terjadi kebengkakkan pada bahagian angota badan umpamanya pada bahu,paha atau betiss.Jika benkak ini jelas ia menandakan tumor telah menjadi besar kerana tumor yang bersaiz kecil tidak dapat dilihat kebenkakkanya.
Kesukaran untuk melakukan pelbagai aktiviti umpamanya sakit apabila berlari atau menggerakkan sesuatu bahagian angota.
Simptom2 lain seperti berpeluh pada sebelah malam,demam yang kerap,kehilangan berat badan secara mendadak dan kepenatan adalah symptom yang jarang berlaku pada pesakit kanser tulang kecuali pada kanser tulang jenis Ewing’s sarcoma.
Namun jika anda mempunyai lebih dari 1 simptom2 diatas anda perlu segera berjumpa doctor untuk menjalani pemeriksaan lanjut .
Diagnosis
Jika anda dirujuk kepada doctor pakar tulang mereka biasanya akan menemuramah anda untuk mengetahui latar belakang keseluruhan kesihatan anda untuk mencari klu yang berkaitan dengan kanser tulang.Umpamanya adakah anda pernah mendapat kemalangan yang mengakibatkan anda terpaksa menjalani ujian x-ray yang kerap yang berkemungkinan akan menyebabkan berlakunya kanser tulang
Anda mungkin disaran untuk membuat ujian darah untuk melihat unsur2 kanser kerana sesuatu yang kerap untuk kanser tulang adalah ia berpunca dari bahagian badan yang lain yang terlebih dahulu mendapat kanser .
Kemudian diikuti dengan ujian x-ray untuk mengenalpasti saiz dan kedudukkan tumor.Adakalanya perubahan struktor tulang bolih membantu doctor dalam pengesahan jenis tumor yang terdapat pada bahagian tulang tertentu.
Jika doctor telah pasti mengenai keujudan tumor dalam bahagian tertentu tulang anda,beliau mungkin mengarahkan anda untuk melakukan scanning dibahagian2 tulang yang lain yang disyaki untuk melihat adakah tumor tersebut telah berjangkit kebahagian lain tulang khususnya yang berhampiran dengan tulang yang disahkan mempunyai tumor tadi.
Melalui kaedah ini doctor biasanya memasukkan sejenis bahan radioaktif dengan cara disuntik kedalam saluran darah.Dengan cara ini doctor berharap akan dapat membezakan samada apa yang dilihat didalam gambar x ray sebelum ini merupakan tumor atau penyakit2 lain berkaitan tulang seperti arthiritis.
MRI ( magnetic resonance imaging ) akan dilakukan untuk mendapat maklumat secara keseluruhan mengenai tumor pada tulang.Adakalanya MRI dilakukan pada keseluruhan badan untuk melihat dengan lebih jelas bahagian2 lain tulang yang berkemungkinan dijangkiti kanser yang berpunca dari tempat yang awal mempunyai tumor.
Biopsy pula akan dilakukan dengan mengambil sample tumor pada tulang.Dengan cara ini doctor ingin mengetahui jenis tumor samada dari jenis benign atau malignam.Ia juga dapat membantu doctor untuk mengklafikasikan jenis tumor dan seterusnya membuat pengredan tumor tersebut.Terdapat dua kaedah biopsy iaitu melalui suntikkan dan pembedahan kecil keatas bahagian tulang yang ada tumor.
Pengredan / Staging kanser.
Pengredan kanser dilakukan untuk mengenalpasti jenis tumor samada yang berkembang secara perlahan atau berkembang pesat dan cepat merebak.Ini juga akan membantu doctor membuat staging dan mengenalpasti kaedah rawatan yang terbaik.
Berikut adalah staging system secara umum untuk kanser tulang
Peringkat 1
Kanser adalah jenis “low grade” dan belum merebak kebahgian lain tisu.Tumor hanya terdapat pada satu tempat.
Peringkat 1A
Kanser adalah jenis “low grade” dan ia belum merebak ketisu bersebelahan .Tumor menekan kebahagian dinding dalam tulang tetapi belum merebak keluar dari tulang.Saiz tumor adalah kurang dari 8 cm
Peringkat 1B
Kanser adalah jenis low grade dan terdapat lebih dari satu tempat dalam tulang yang sama atau/dan berukuran melebihi 8 cm..
Peringkat 2
Ia adalah jenis kanser “high grade” namun ia belum merebak kebahagian berhampiran .
Peringkat 2A
Kanser adalah jenis “high grade” dan ia belum keluar kebahagian luar tulang dan bersaiz kurang dari 8 cm
Peringkat 2B
Kanser adalah jenis “high grade” dan telah merebak kebahagian luar tulang dan saiznya melebihi 8cm
Peringkat 3
Ia adalah jenis kanser high grade dan terdapat lebih dari satu tempat dalam tulang yang sama.Ia juga belum keluar ke permukaan tulang.
Peringkat 4
Ia adalah dari jenis “low grade” atau “high grade” dan telah keluar dari tempat dimana ia bermula.Ia juga terdapat lebih dari satu tempat didalam tulang yang sama.
Peringkat 4A
Ia adalah jenis samada “low grade” atau “high grade” dan saiz tumor yang tidak spesifik dan telah merebak ke paru paru.
Peringkat 4B
Ia adalah jenis “low grade” atau “high grade” dan bersaiz tidak spesifik .Telah merebak kebahagian “lymp node” berhampiran atau kebahagian lain organ yang terjauh atau ke paru par.
Kaedah Rawatan ( hospital )
Seperti kanser2 lain kaedah rawatan hospital adalah meliputi
Pembedahan tulang untuk mengeluarkan tumor.Terdapat teknik2 terbaharu untuk pembedahan pengeluaran tumor untuk mengelakkan kerosakkan berganda kepada tisu2 berhampiran jika pembedahan secara agresif dilakukan.
Anda perlu bertanya kepada doctor anda jenis2 pembedahan yang akan dicadangkan dan kesan2 sampingan akibat pembedahan.Kadangkala teknik2 terbaharu ini tidak terdapat dihospital2 tertentu dan anda perlu mendapatkan maklumat lanjut mengenai hospital2 yang mempunyai teknologi2 terbaharu samada dildalam atau diluar negara.
Adakalanya kaedah pembedahan sukar dilakukan kerana factor saiz tumor.Dalam hal ini biasanya kaedah radioterapi digunakan untuk mengecilkan saiz tumor.Contohnya untuk jenis kanser “chondrosarcoma” kaedah kimoterapi adalah mustahil maka radioterapi akan digunakan.
Kaedah kimoterapi biasa digunakan bersama atau selepas kaedah pembedahan untuk jenis2 kanser tulang tertentu selain kanser jenis “chondrosarcoma”.Dadah kimo untuk kanser tulang adalah adalah bergantung kepada jenis kanser tulang.
Ada pelbagai jenis kombinasi dadah kimo untuk jenis2 kanser tulang yang berlainan dan anda perlu bertanya kepada doctor anda mengenainya dan kesan 2 sampingan yang terpaksa anda lalui.Saya akan cuba mendapatkan info2 berkaitan dalam posting yang akan dating.
Satu lagi kaedah yang yang terdapat dalam rawatan kanser tulang dinamakan “cryosurgery”.Kaedah ini menggunakan nitrogen untuk membekukan tumor dan seterusnya membunuh sel2 kanser.Anda perlu mendapatkan maklumat ini dari doctor anda dan kesan2 sampingannya.
Kaedah Rawatan Alternatif
Seperti kaedah alternative yang lain,kaedah alternative hanya mensasarkan sel2 kanser tanpa menggangu sel2 yang sihat.Ada terdapat pelbagai jenis kaedah yang bolih anda pilih berdasrkan kondisi semasa anda.














<







