CARA BAHAYA MEMAKAN DAGING

Pakar2 perubatan diseluruh dunia sekurang2nya sependapat  tentang satu perkara mengenai kanser  iaitu ia berpunca dari apa yang kita suapkan kedalam mulut kita setiap hari.

 

Mereka juga sependapat tentang sautu perkara mengenai kanser iaitu manusia tidak mengambil jenis2 makanan tertentu untuk menghalang risiko kanser.

Jika nantinya  tulisan dibawah amat tidak menyenangkan  hati anda,sila kembali  ke  penyataan diatas.

 

Mengkritik tabiat pemakanan  sememangnya tidak disukai olih ramai orang namun  adakalanya apa jua Info mengenai penularan kanser wajar diketengahkan kerana  hanya mereka yang telah  dan sedang bergelut dengan kanser yang lebih memahami betapa mendalamnya penderitaan yang terpaksa ditanggung.

 

Apakah bahayanya gemar memakan daging atau ikan yang dipanggang.

 

Setiap kali anda memanaskan  daging pada suhu yang tinggi samada dengan cara memanggang  atau mengoreng , beberapa  jenis bahan kimia yang  sangat berbahaya  terhasil melaluinya. Antaranya  adalah seperti berikut


  Heterocyclic Amine
(HCA)

 

HCAs sejenis bahan kimia yag terbentuk apabila asid amino ,gula dan kertina ( kesemua unsur ini ada pada daging dan ikan ) bertindakbalas pada suhu yang tinggi.Ia adalah sejenis bahan yang "carcinogens" pencetus kanser.

 

 

Dalam perkara   HCAs, bahagian terburuk dari daging adalah bahagian kehitaman , itulah sebabnya mengapa anda harus selalu mengelakkan daging yang digoreng atau yang dipnggang menjadi terlalu garing.Dalam hal ini elakkan makan  bahagian yang garing.Jika ayam atau ikan yang dipanggang,jangan makan bahagian kulitnya.

Para saintis  menganggarkan risiko  mendapat  kanser  akibat bahan HCA   ialah   1 daripada  10.000  orang  dan   bagi mereka yang makan ayam yang dipanggang ialah 1 dari 50 orang..Dengan ertikata lain mereka  yang gemar makan ayam  pada bahagian kulitnya yang  garing ( kehitaman ) lebih berisiko tingi untuk mendapat kanser.

 

Polycyclic Aromatic Hydrocarbons (PAHs)

 

Dalam aktiviti BBQ PAHs  terbentuk apabila lemak dan  jus dari daging yang dipanggang secara  pembakaran  terbuka  dan  bahan lemak itu jatuh didalam bahan bakar mengakibatkan terjadi  api atau bahang.Bahang panas yang menyambar daging tadi mengandungi PAHs yang melekat  pada permukaan daging.PAHs bolih juga berlaku  apabila daging disalai.

  Advanced Glycation End Products (AGEs)

 Ketika makanan dimasak pada suhu yang tinggi (termasuk saat dipasteurisasi atau disterilkan), ia meningkatkan pembentukan AGES dalam makanan anda. Ketika anda makan makanan, ia  memindahkan AGES ke dalam tubuh anda. AGES  terbina  dalam tubuh anda  dan dari masa  kesemasa  akan  menyebabkan tekanan oksidatif, inflamasi dan peningkatan risiko penyakit jantung, diabetes dan penyakit ginjal.

Kajian mengenai AGEs bolih dibaca difail PDF berikut

http://www.biomed.cas.cz/physiolres/2002/issue3/pdf/krajcovic.pdf


Selain bahan kimia berbahaya terbentuk, daging yang terlebih masak  akan membuat ia lebih sukar bagi sistem pencernaa badan 
untuk mencerna. Semakin tinggi suhu daging yang dimasak sebenarnya  semakin lama  ia berada di usus  anda dan  ini menyebabkan semakin sukar  mekanisme pencernaan anda untuk mencernanya.

Bila ini terjadi dalam perut ,anda  akan  membuat lebih sukar bagi makanan  untuk  diserap  terutamanya diperingkat sel  dimana  protin amat diperlukan untuk  sel bekerja.Apabila sel2 ini tidak mendapat protin yang secukupnya  ia akan  ia akan lemah dan menjadi toksid  dan seterusnya fungsi badan terganggu dan tidak dapat berfungsi secara optimum.

 

 

Apakah risiko  jenis kanser yang  menunggu pengemar2  BBQ , pemakan satay dan pengemar ayam goreng?

Kajian menunjukkan gabungan  ketiga tiga bahan diatas  adalah penyebab utama kanser

COLON,KANSER PERUT DAN KANSER PAYUDARA.

Sementara AGEs  adalah  penyebab kepada masaalah berkaitan  JANTUNG,DIABETES DAN PENYAKIT  BUAH PINGGANG.

 

Dalam  jernal yang  yang  diterbitkan  olih http://www.sciencedirect.com  edisi Jun

 

Para penyelidik telah mengukur  kandungan HCA dari pelbagai daging dan mendapati bahawa ia mengandungi jumlah  bahan penyebab kanser berikut

 

    Pepperoni–0.05 ng/g

    Hot dogs and deli meats–0.5 ng/g

    Fully cooked bacon–1.1 ng/g

    Rotisserie chicken–1.9 ng/g

    Rotisserie skin–16.3 ng/g

Dari kajian diatas  yang paling berbahaya ialah memakan kulit ayam yang dipanggang atau digoreng secara amat garing. ( 18.3 ng/g ).Satay ayam atau daging adalah termasuk dalam kumpulan ini.

 

Mereka berpendapat membuang bahagian kulit adalah yang terbaik untuk makan daging yang dipanggang.

http://www.sciencedirect.com/science?_ob=ArticleURL&_udi=B6T9G-51SFK5N-3&_user=10&_coverDate=06%2F30%2F2011&_rdoc=4&_fmt=high&_orig=browse&_origin=browse&_zone=rslt_list_item&_srch=doc-info%28%23toc%235114%232011%23999119997%232919764%23FLA%23display%23Volume%29&_cdi=5114&_sort=d&_docanchor=&_ct=17&_acct=C000050221&_version=1&_urlVersion=0&_userid=10&md5=5db026c13efd626fdd063942c68e7d82&searchtype=a

 

Bawa  bertenang,tips berikut mungkin bolih dijadikan panduan  untuk menikmati BBQ dengan cara yang kurang  berisiko  untuk  mengundang 3 jenis  bahan beracun  yang disebut diatas.

 

1.Pastikan anda memerap  ayam,daging atau ikan yang hendak dipanggang.Penggunan cuka,bawang putih,rempah ratus  selama sekurang kurangnya 4 jam dapat memotong atau mengurarangkan kehadiran  HCA sehingga ke tahap 90 peratus.

 

2.Penggunaan minyak zaitun,jus lemon juga berupaya mengurangkan sekurang kurangnya 1 jenis HCAs.

 

3.Buangkan  lemak pada daging  sebelum dipanggang.Cara terbaik ialah lemak dibuang semasa proses pemerapan.

 

4.Jangan letakkan terlalu banyak daging BBQ pada atas tempat panggang Jarakkan antara bahan bakar dengan daging yang dpanggang.Elakkan daging tidak dipanggang sehingga  bertukar ke warna perang gelap.

 

5.Jangan panggang  hot dog.Sesetengah pakar makanan menyatakan hot dog  adalah jenis makanan  yang tidak  bernutrasi,bahkan ia  diistilahkan sebagai junk food.

 

6.Sebaiknya daging BBQ  direbus sehingga separuh masak baru diperapkan.Dengan cara ini anda dapat mengurangkan  masa ia berada atas grill .Elakkan makan bahagian yang  garing atau kehitaman.

 

7.Akhir sekali hidangan BBQ anda perlu disediakan bersama sayuran,ulam2man,timun,bawang  besar dan jus buah2an  segar.

Inilah cara yang lebih selamat untuk menikmati BBQ.

 

Satu fakta penting yang perlu diketahui bahawa daging mempunyai agen pencernaannya sendiri.Agen2 ini akan hilang  fungsinya melalui pemanasan.Apabila daging dimakan secara mentah atau separuh masak apabila ia masuk kedalam perut ia akan mencernkan dirinya sendiri.

 

Jika agen2 pencernaan ini musnah pengkerias terpaksa menggeluarkan trypsin dan chemotrypsin untuk mencerna daging.Ini sebenarnya menggangu fungsi semulajadi  trypsin dan chemotrysin yang fungsi asalnya untuk memusnahkan protin yang  mengelilingi sel2 yang bkal berubah menjadi sel kanser.

2 thoughts on “CARA BAHAYA MEMAKAN DAGING”

Leave a Reply