browser icon
You are using an insecure version of your web browser. Please update your browser!
Using an outdated browser makes your computer unsafe. For a safer, faster, more enjoyable user experience, please update your browser today or try a newer browser.

JUS MONAVIE’S UBAT KANSER?

Posted by on December 26, 2011

Pakar kanser menyatakan kanser adalah penyakit berkaitan metabolik.Didalam badan manusia beribu ribu sel baru dihasilkan setiap waktu untuk menyokong kehidupan,Dalam beribu ribu sel yang dihasilkan terdapat sel2 yang tidak sempurna dan mati pada peringkat embrio.Antaranya sel fibroblast,neoblast dan sebagainya.Fungsi sel2 ini adalah untuk membaiki atau mengantikan sel sel yang telah mati pada tubuh manusia.


Umpamanya apabila tulang anda patah,sel2 ini akan menukarkan diri mereka menjadi sel tulang dan memperbaiki sel tulang yang telah rosak.Jika anda kehilangan darah akibat kecederaan sel2 ini akan bertukar menjadi sel darah.Apabila kulit kita terbakar atau tercedera sel2 ini akan bertukar menjadi sel kulit.


Namun sel2 yang sama ini mampu bertukar menjadi sel kanser akibat tindakbalas kimia carsinogen iaitu bahan kimia yang membentuk sel kanser.


Dalam setiap hari terdapat sel2 ini yang bertukar menjadi sel kanser namun ia tidak membahayakan badan kerana keberkesanan sistem imun kita.Antibodi akan memusnahkan semua benda2 asing termasuklah sel kanser.Dengan ertikata lain sel kanser dimusnahkan olih sistem imun pada peringkat embrio lagi.


Kita menjadi sihat sehari hari kerana komponen2 sistem imune seperti lympocartes,,macrophages dan lain komponen berjaya memusnahka dan meneutralkan sel2 kanser ini dari membelah dan membesar.


Jika sistem imun badan menjadi lemah akibat kekurangan zat dan neutrient akibat sistem permakanan dan pencemaran alam sekitar ia tidak akan dapat bertindak terhadap sel kanser.Ini menyebabkan sel kanser membelah dan membesar dengan cepat dan dalam masa yang singkat ia menjadi tumor.


Salah satu kaedah rawatan terapi metabolik B17 ialah memperkuatkan sistem pertahanan badan dan meletakan dia pada keadaan asalnya iaitu menghapuskan bendasing dalam badan manusia.Pakar terapi metabolik percaya kita berupaya menjadi sihat semula jika kita dapat membekalkan dengan secukupnya sel2 badan dengan oksigen,nutrin,enzim,mineral,asid amino dan nutrin yang lain yang diperlukan badan dalam memperkukuhkan sistem pertahanan.


Dalam kaedah terapi metabolik B17 kesemua nutrin dan mineral penting ini haruslah terlebih dahulu dibekalkan dengan secukupnya kerana kebergantungan kepada vitamin B17 sahaja tidak akan membantu memusnahkan sel kanser.


Persoalannya dari manakah kita mendapatkan segala nutrin2 dan mineral untuk membina dan memperteguhkan sistem?.Jawapannya ialah dari kepelbagaian makanan berkhasiat yang kita makan termasuk pelbagai jenis buah2an dan sayuran

 

Namun satu soalan lain timbul.Berapa banyakkah yang harus kita makan dan buah2an jenis apakah yang perlu dmakan untuk mendapatkan bekalan yang mencukupi.Sayuran jenis apakah yang perlu diambil untuk mendapatkan nutrin atau mineral yang berfungsi membina sistem imune dan apakah kuantitinya yang perlu dimakan.


Jika anda penderita kanser kronik perkara ini adalah penting kerana anda perlu membina sistem imun anda dengan pantas dan cukup untuk melawan sel kanser yang menjadi semakin kuat dari hari ke hari.Pakar2 perubatan merumuskan tiada penyakit yang dapat disembuhkan tanpa kehadiran vitamin C yang mencukupi dalam badan.Persaolannya mampukah anda makan berpuloh biji buah2an dalam satu hari untuk mendapatkan vitamin C yang mencukupi.


Umum mengetahu pesakit2 kanser terutamanya yang sedang atau yang telah menjalani kimoterapi akan hilang selera makan dan ini akan menyebabkan tidak cukup enzim dan nutrin untuk menghasilkan antibodi.Dalam sesetengah kes kanser kronik segala enzim dan nutrin penting ini terpaksa disuntikan terus kedalam saluran darah atau memasukkannya melalui tiub ke sistem penghadaman.

 

Mereka yang menjalani kimoterapi atau tembakan radiasi adalah gulongan yang berada dalam zon merah kerana kemusnahan secara besar besaran antibodi  dan ramai dari mereka meninggal dunia kerana diserang olih penyakit2 sampingan seperti demam,selsema dan yang paling kerap ialah jangkitan paru paru.Namun kanser sering disalah ertikan sebagai penyebab kepada kematian.


Jus Monavie sebagai ubat kanser?


Sebelum kita membincangkannya berikut adalah apa yang disenaraikan olih pengeluar MonaVie sebagai 19 jenis buah yang terdapat dalam setiap botol jus MonaVie.


INGREDIENTS

AÇAI,APPLE,GRAPE,PEAR,ARONIA,PRUNE,KIWI,CRANBERRY,BLACK

CURRANT,BLUEBERRY,POMEGRANATE,WOLFBERRY,CAMU

CAMU,MAQUI,ACEROLA,BANANA,CUPUAÇU,BLUEBERRY,JABUTICABA.


  • In excess, free radicals produce harmful oxidation that can damage cell membranes and accelerate the aging process.MonaVie’s freeze-dried açai has a higher ORAC score than any other fruit or vegetable tested to date, boasting an antioxidant capacity more than 15 times higher than whole blueberries and more than 20 times higher than whole raspberries (J Agric Food Chem. 2006, 54(22):8604-10).Health experts agree that a diet rich in a variety of antioxidants helps fight the effects of aging and is essential to maintaining good health.Features a low score of 46 on theantioxidant packed ingredient that combines our patented açai and juçara freeze-dried powder and puree with Enlivenox™, a proprietary açai compound boasting 10 times more polyphenols than traditional açai.

Selanjutnya berikut adalah “Fakta Nutrisi ” yang terdapat pada setiap 2 fl oz jus monavie Pulse


Serving Size: 2 fl. oz. (60 ml)

Calories: 45
Calories from Fat: 10
Total Fat: 1 g 1%
Sodium: 30 mg 0%
Total Carbohydrate: 8 g 3%
Dietary Fiber: <1 g 2%
Sugars: 7 g
Protein: <1 g 0%
Vitamin A: 4%
Vitamin C: 70%
Iron: 2%

 

Berikut adalah fakta nutrisi jus MonaVie Essentials ( Purples )

 

Serving Size 2 fl. oz. (60 ml)

Calories 50
Calories from Fat 5
Total Fat 0.5 g 1%
Sodium 10 mg 0%
Potassium 110 mg 3%
Total Carbohydrate 10 g 3%
Dietary Fiber 2 g 8%
Sugars 6 g
Protein <1 g

Vitamin A 10%
Vitamin C 50%
Iron 2%
Vitamin E 50%
Vitamin K 10%
Niacin 20%
Vitamin B6 20%
Vitamin B12 20%
Pantothenic Acid 20%

Sejak kebelakangan ini kita sering mendengar beberapa “claim” yang kurang sihat atau berlebih lebihan mengenai khasiat Jus Monavie.Saya mendapat perkhabaran “dealer2″ Monavie pergi hingga ke katil2 hospital mempengaruhi pesakit2 kronik dihospital terutamanya katil2 pesakit kanser dengan menjanjikan jus monavie berupaya menyembuhkan penyakit kanser.

 

Saya secara asasnya bersetuju untuk pesakit2 kanser untuk minum apa2 jus buah2an yang diproses secara saintifik dan selamat  untuk mengurangkan kesan himpitan akibat kimoterapi atau sinaran radiasi.Kerana jus buah2an yang kaya dengan nutrisi terutamanya vitamin C   walaupun pada skala besar tidak berupaya untuk menyembuhkan sakit kanser namun ia serba sedikit mampu untuk membekalkan sesuatu yang amat perlu diambil dan amat mudah diserap olih badan.Dan diluar disana terdapat beberapa lagi jenis jus2 yang lebih baik dan murah berbanding jus monavie.


 

Dengan berbekalkan fakta nutrisi diatas anda sebenarnya perlu mengambil dengan banyak jus monavie untuk mendapatkan nutrisi2 yang amat berguna untuk membantu anda jika anda tidak berupaya untuk makan.Secara puratanya jika anda adalah penghidap penyakit kronik,menghabiskan 1 botol dalam masa satu minggu adalah penting untuk membantu membekalkan beberapa nutrisi penting khususnya dalam pembinaan antibodi.Pengambilan yang sedikit tidak akan memberikan sebarang makna untuk mendapat jumlah nutrisi yang anda perlukan.

 

Saya tidak menyokong penyataan2 dealer2 monavie yang memperakui bahawa dengan minum monavie akan menyembuhkan kanser.Ini adalah kerana beberapa elemen penting untuk pembinaan sel2 baharu tidak terdapat pada monavie.Sebagai contohnya apabila nilai protin adalah tersangat rendah ,ia tidak akan memberi apa2 makna kepada penghidap kanser terutamanya mereka yang menjalani kaedah kimoterapi kerana kehadhiran protin amat diperlukan untuk pembinaan sel2 baharu untuk mengantikan sel2 yang telah musnah akibat kesan2 dadah kimo.

 

 Klik  dibawah

New Rules: No More Claiming Mona Vie Cures Cancer!

 

TAPI,NANTI DULU.

 

Saya akan bentangkan beberapa perkara mengenainya dan akhirnya anda perlu buat keputusan sendiri samada Jus MonaVie adalah sesuai untuk anda minum berdasarkan apa jua keadaan anda hadapi samada untuk mengatasi masaalah kesihatan atau untuk penjagaan kesihatan.

 

 

ANTI-OKSIDAN.

Satu alasan yang sering diperkatakan olih ramai pengedar2 Monavie ialah berkenaan dengan kelebihan “anti-oksidan” yang amat membantu dalam merawat kanser.Apakah sebenarnya anti-oksidan dan kenapakah ia sangat diperlukan dalam soal2 bukan sahaja pencegahan kanser,bahkan banyak lagi jenis2 penyakit kronik yang dihidap olih manusia abad ini.Bahkan Monavie menyatakan jus Monavie mempunyai nilai anti-oksidan setinggi 4000 hingga 5000 unit sukatan ORAC ( Oxygen Radical Absorbance Capacity) yakni satu kaedah untuk mengukur “anti-oksidan”.

 

 

Secara mudahnya anti-oksidan adalah tindabalas sesuatu molekul yang mampu menghalang pengoksidaan molekul lain. Pengoksidaan merupakan satu tindak balas kimia yang memindahkan elektron atau hidrogen daripada bahan untuk agen pengoksidaan. Tindak balas pengoksidaan boleh menghasilkan radikal bebas. Seterusnya, radikal bebas ini boleh memulakan tindak balas rantaian.Antaranya ia bolih menyebabkan kematian sel2 dan seterusnya terjadi kanser dan penyakit2 kronik lain seperti serangan jantung.

 

Olih itu makanan2 yang mempunyai nilai anti-oksidan adalah amat diperlukan dalam diet harian manusia untuk menghalang terjadinya keoksidaan dalam badan.Pelbagai jenis sayuran dan buah2an yang mempunyai unsur2 antioksidan ini perlu diambil dalam diet harian kita.Terdapat 4 jenis kompoun dalam anti-oksidan yaitu vitamin c yang terdapat pada pelbagai jenis buah2an dan sayur.Vitamin E dari minyak sayuran.Polyphenolic yang bolih didapati pada soya,teh,kopi,bar koko ( coklat ) dan mnyak olive.Carotenoids ( kerotin ) yang banyak terdapat pada sayuran dan telor.

 

Olih itu pengambilan jus monavie memang diperlukan untuk tujuan2 seperti ini.Namun apa yang menggangu saya ialah nilai yang dipamirkan iaitu sebanyak 4000 hingga 5000 unit sukatan ORAC adalah tidak tepat.Pencarian saya mengenainya menemui satu kajian olih sebuah badan berbayar ( dibiyai olih MonaVie sendiri ) di Amerika/Kanada iaitu AIBMR merumuskan jus monavies hanya mengandungi nilai ORAC sebanyak 2690 untuk setiap 1 botol.

 

 

Yang menjadi kemuskilannya ialah ujian ini dibiayai olih Monavie sendiri dan diseliakan olih penasihatnya Dr Alex Schauss.Bagaimanakah jumlah sebesar 4000 hingga 5000 dipamirkan sedangkan jumlah sebenarnya hampir setengah kali ganda kurang.Dan saya tidak menjumpai “sayuran” digunakan dalam penghasilan jus monavie sedangkan pada produk2 yang sejenis dengannya menyenaraikan jenis2 sayuran dan buah2an antara ramuannya seperti “Welch’s Grape Juice”.

 


What is the ORAC value of MonaVie Essential?
Four ounces of MonaVie Essential has an approximate ORAC
value of 4,000 to 5,000 units. This is the approximate ORAC
value of 5 to 13 commonly eaten fruits and vegetables. Health
experts currently recommend consuming 5,000 ORAC units per
day for optimal antioxidant protection…..KLIK SINI

 

 

Berikut adalah carta pembandingan yang dikeluarkan olih “Men’s Journal” mengenai ujian perbandingan nutrisi buaah2an yang merumuskan bahawa jus buah2an yang baik harus mengandungi 4 perkara berikut.

 

1.Phenolic Acids – pencegahan kanser

2.Anthocyanins – anti penuaan

3.Vitamin C – menyembuhkan luka

4.Beta carotene – mempertinkatkan sistem imune

 

 

Juice

Phenolic Acids

Anthocyanins

Vitamin C

Beta-carotene

Cost

Bolthouse Farms Purple Carrot

No Mention

162mg most of all

No Mention

No Mention

$1.25/serving

Vemma

“Sky-high”

“only juice with beta-carotene”

$1.88/serving

Tropicana Orange Juice

“fair levels”

“Superhigh”

$0.75/serving

Welch’s Grape Juice

highest of all juices tested

“good levels”

“good levels”

$0.75/serving

AgroLabs Superberry Upgrade

“moderate levels”

“moderate levels”

$0.84/serving

Naked Pomegranate Blueberry

“2nd of juices”

“4th of juices”

$1.25/serving

MonaVie Active

“extremely low”

“extremely low”

1/5 of Welch’s

$1.20/serving

Kagome Purple Roots & Fruits

“high”

“okay”

none detected

none detected

$0.94/serving

 

Jika dilihat pada analisa perbandingan di atas Jus MonaVies mengandungi nutrisi yang amat rendah “asid penolik”,rendah dalam kandungan “anthoxyanina” dan tiada kandungan “bete carotene”.Pernyataam diatas juga menyatakan kandungan vitamin C pada jus Monavies adalah 1/5 dari apa yang terkandung dalam botol “Welch’s Grape Juice”.Di segi harga ianya agak mahal jika dibandingkan dengan Welch’s Grape Juice”.

 

 

Superjuices don’t come close when comparing costs for antioxidants.

Example: A day’s serving of MonaVie (4 oz.) is $7.20 ($45/bottle) or as low as $3.20 a day (at $20 – distributor’s cost) A single Delicious Red Apple costs about $0.75

For MonaVie,that gives you a ORAC of 2,698 umoles (29.57 ml per oz times 4 oz.times 22.81 according to AIBMR). That also gives you a total phenolics (all antioxidants) for the day, of 175 mg. for 4 oz.

The 22.81 ORAC and 1.48 mg phenolics are from the MonaVie-sponsored study by AIBMR Life Sciences.

Now compare it to a SINGLE Red Delicious Apple. Average weight 150 gms.
Total ORAC per apple: 6,413 umoles. (42.75 umoles times 150 gms)
Total phenolics (total antioxidants): 520 mg per apple. ( Apple data from USDA ORAC Table of Selected Foods – 2007)

SUMMARY: ORAC: MonaVie: 2,698 Apple: 6,413
PHENOLICS: MonaVie: 175 mg Apple: 520 mg
COST: MonaVie: $3.20 to $7.20 per day. Apple: $0.75/day-QUOTE

 

 

Rumussan:

Seperti yang dinyatakan diatas anda bolih menggunakan jus MonaVie namun pastikan anda minumnya dengan banyak untuk mendapatkan nilai ORAC yang mencukupi.Lebih banyak lebih baik.Jika anda inginkan jus yang benar mengandungi kadar anti-oksidan yang tinggi dan disahkan olih satu badan bebas yang terulong didunia yaitu BRUNSWICK LABORATARIES

sila lihat senarai dibawah

 

CANTRON ADVANCE SCIENTIFIC VERSION.        2,083,457

PROTOCEL EJS50                                                              1,158,975

CANTRON 97 ORIGINAL FORMULA                          1,798,752

ENTELEVE 82                                                                        783,386

Pomegranate juice                                                                   90,894

Cherry juice                                                                               44,725

Wolfberry juice                                                                         41,411 

Blueberry juice                                                                         40,902

Prune juice                                                                                 35,777

Blackcurrant juice                                                                   18,109

Apple juice                                                                                  15,842

Grape juice                                                                                  15,629

Cranberry juice                                                                          10,884

Orange juice                                                                                  7,400

Vegetable juice                                                                             6,893

Tomato Juice                                                                                 4,256

 


Berikut adalah pengakuan MonaVie mengenai perkara yang ingin saya bicarakan seterusnya.

 

Which MonaVie products contain the preservative sodium benzoate, and why

Answer:

MonaVie Essential, MonaVie Kosher, MonaVie Active, MonaVie Pulse, and MonaVie (M)mūn contain sodium benzoate.

Preservatives help maintain a product’s freshness. Sodium benzoate, the sodium salt of benzoic acid, can prevent the growth of almost all microorganisms (e.g., yeast, bacteria, and fungi). Benzoic acid is found naturally in tea, anise, most berries, cultured dairy products and cheese, cherry bark, and cassia bark.

 

Kenapakah MonaVie memperakui masaalah berkaitan dengan BENZENE?

Saya cuba mencari kebenaran fakta ini dari pelbagai sumber iaitu satu unsur yang terdapat dalam jus MonaVie adalah BENZENE yang telah lama dikenali sebagai pencetus kanser

( carcinogen )Terlebih dahulu mari kita lihat apa yang terkandung dalam “nutrition fact” jus MonaVie kerana pada lebelnya tidak dicatatkan BENZENE.Namun disana ada dicatatkan

 

SODIUM ( sodium benzoate ) dan VITAMIN C ( asid askorbik ).

SODIUM BENZZOATE BERTINDAK BALAS DENGAN ASID ASKORBIK AKAN

MENGHASILKAN BENZENE

 

Sila klik link dibawah

 

https://www.aibonline.org/researchandtechnical/white%20papers/Benzene-March2006.pdf

http://www.nutraingredients-usa.com/Industry/FDA-re-opens-probe-into-benzene-contamination-of-soft-drinks

 

America Cancer Society telah menyenaraikan pelbagai jenis bahan yang dikenalpasti sebagai agen kanser atau Carcinogen dan Benzene adalah salah satu daripadanya.

 

http://www.cancer.org/Cancer/CancerCauses/OtherCarcinogens/GeneralInformationaboutCarcinogens/known-and-probable-human-carcinogens

 

Apakah benzene

 

Benzene adalah sejenis bahan kimia tanpa warna atau bewarna kuning cair jika berada dalam suhu bilik.Ia hanya sedikit larut dalam air dan berada lebih banyak pada permukaan air.Ia juga dikenalpasti sebagai bahan mudah terbakar.

 

 

Sodium benzoate digunakan olih pembuat makanan dan minuman adalah kerana ia mampu mengawal pembiakkan bakteria,kulat yang bolih merosakkan makanan.Hampir kebanyakkan makanan yang dijual jika diperhatikan pada lebelnya ( sekiranya dicatatkan ) perkataan sodium atau sodium benzoate.Namun sesuatu yang tidak diketahui ialah apabila anda mencampurkan sodium bersama vitamin C ia akan menghasilkan benzene, pencetus kanser.

 

 

Perkara ini telah dibawa ke pengetahuan MonaVie dan mereka menyatakan ia masih berada pada tahap selamat yang dibenarkan olih pihak FDA.

 

Is it true that sodium benzoate and vitamin C can react to form benzene?

Answer:

In the presence of trace amounts of certain metals, which act as catalysts, vitamin C can produce free radicals that convert benzoate into benzene. The FDA and World Health Organization have set a standard for benzene levels in water and that level is 5 parts per billion. MonaVie tests its MonaVie juices for benzene regularly, and we are always well below the FDA’s and World Health Organization’s acceptable levels for benzene.

 

Are MonaVie product FDA approve

Answer:

There is no official approval process or certificate issued by the FDA to approve the sale of any food product or dietary supplement. The Food and Drug Administration has established stringent regulations, called Good Manufacturing Practices (GMPs) to ensure the safety and manufacturing of foods sold in the United States. MonaVie products are manufactured in GMP-compliant facilities. The ingredients contained in MonaVie products are Generally Recognized As Safe (GRAS), and obtaining prior approval from the FDA is not required.

 

What the government says about Benzene:

The maximum contaminant level of benzene in drinking water is 5 ppb. The National Primary Drinking Water Regulations promulgated by EPA in 1987 set a maximum contaminant level for benzene of 0.005 ppm (5 ppb). This regulation is based on preventing benzene leukemogenesis.

 

Namun tiada dokumen yang ditunjukkan mengenai dakwaan tersebut setakat ini.Satu perkara yang anda perlu ambilkira ialah sesetengah pembeli jus MonaVie mengambilnya dengan banyak seperti yang disyorkan jika anda menghadapi masaalah2 kesihatan yang kronik seperti kanser,diabetes dan masaalah kolestrol.

 

 

Terdapat pakar yang mencadangkan salah satu cara untuk mengurangkan kehadiran benzene dengan efektif ialah ia mesti disimpan didalam peti sejuk dan jangan terdedah kepada suhu panas atau matahari.Minumnya dengan segera sebaik dikeluarkan dari freezer dan simpannya kembali.

 

 

Namun ramai pembeli terutamanya “dealer” menyimpan stok yang banyak dirumah mereka untuk tujuan apa yang dipanggil “maintenance” dalam bisnes MLM dan adakah mereka mampu menyimpan berpuloh atau beratus botol jus monavie didalam peti ais mereka.Apakah mereka mengambil peduli mengenai keselamatan produk yang bertimbun didalam rumah atau stor yang mereka ujudkan.Sautu persoalan yang perlu diambil perhatian.

 

 

This alert clearly demonstrates how chemicals in processed foods, while considered safe on their own can create havoc when mixed with even safe nutrients like Vitamin C.

“Action to take: This is not a small thing, although the so-called experts will try to tell you that there’s no harm at these benzene levels. But there is no safe level of benzene. And no one is talking about how it reacts with other carcinogens in your body, which could be a serious problem. We already know it reacts with healthy substances like vitamin C.-SOURCE

 

 

Perhatian

Artikel ini tidak bermaksud untuk mencederakan sesiapa terutamanya mereka yang sedang dan akan melibatkan diri dengan perniagaan berkaitan.Penulis hanya bermaksud untuk memperbetulkan beberapa tanggapan sesetengah orang yang memberikan fakta2 yang mengelirukan disamping menjawab pelbagai pertanyaan pengunjung web site ini  mengenai jus MonaVie sebagai ubat untuk kanser.

Anda diminta membuat pertimbangan sendiri dengan membuat penyelidikkan melalui beberapa link yang telah disediakan.

Comments are closed.