Kaedah Rawatan Kanser Hyperthemia.

img_4357

Dalam beberapa artikel sebelum ini saya ada memperkatakan secara sepintas lalu mengenai kaedah rawatan kanser alternatif menggunakan sejenis mesin atau peralatan canggih yang dinamakan “hyperthemia machine”.

Penerangan mengenai konsep rawatan kanser menggunakan kaedah hyperthemia adalah sangat teknikal namun saya akan cuba meringkaskannya untuk sekadar memberi gambaran asas mengenai kaedah ini.

Barangkali kaedah hyperthemia adalah  satu2nya konsep rawatan alternatif yang telah diterima secara baik olih doktor2 konvensional walaupun masih tidak diketogerikan sebagai “quacks” ( penipuan ) olih badan2 rasmi kanser di Amerika.

Malah sesetengah hospital konvensional di Amerika dan seluruh dunia amnya menggabungkan penggunaan hypertemia bersama sama kaedah kimoterapi dan sinaran radiasi kerana kajian demi kajian yang dilakukan menunjukkan kaedah hypertermia mampu memudarat sel2 kanser terutamanya tumor2 yang besar.

“Hyperthermia is a promising way to improve cancer treatment, but it is largely an experimental technique at this time. It requires special equipment, and a doctor and treatment team who are skilled in using it. Because of that, it’s offered in only a few cancer treatment centers in the US and Europe.

Many clinical trials of hyperthermia are being done to better understand and improve this technique. For instance, the use of nanoparticles and the induction heating of magnetic materials that are implanted into tumors are some new types of hyperthermia that are under study. And researchers continue to look at how hyperthermia is best used along with other cancer treatments to improve outcomes”.-America Cancer Society ( ACS )

Kaedah ini menyebabkan lebih mudah untuk dadah kimo atau kaedah sinaran radiasi memusnahkan tumor atau sel2 kanser.

Malah peningkatan  suhu badan keparas tertentu masih dapat diterima olih sel2 yang sihat.Dengan cara ini onkologis hanya perlu menggunakan jenis2 dadah kimo yang lebih ringan impaknya untuk membunuh sel2 kanser.

Namun hospital2 alternatif rawatan kanser lebih gemar menggunakan bahan2 yang tidak memberi impak kepada sel2 sihat umpamanya mereka menggabungkan kaedah hypertemia dengan Vitamin B17,Dosage tinggi Vitamin C,Terapi Enzim,Terapi Oksigen dan sebagainya.

Apakah Hyperthemia?

Perkataan hyperthermia dalam bidang perubatan bermaksud melaraskankan “suhu badan ketahap  tinggi” untuk menanggani pelbagai jenis penyakit.

Konsep rawatan hyperthemia untuk merawat kanser ditemukan olih seorang doktor pada awal abad ke 20 secara tidak sengaja ketika ia merawat seorang pesakit kanser dimana pada satu ketika pesakitnya mengalami demam yang sangat tinggi.

Selepas demamnya reda beliau dapati tumor pada pesakitnya telah surut secara drastik.Namun idea menggunakan suhu panas untuk kaedah rawatan penyakit dikesan telah digunakan sejak zaman Mesir dan Yunani purba lagi.

“Give me the power to produce fever and I heal every illness”,  Parmenides – Greek physician.

Dalam artikel terdahulu saya telah menulis serba ringkas mengenai demam yang kerap dialami olih manusia.Ia sebenarnya adalah satu kaedah semulajadi badan menghapuskan virus dan bakteria yang menyerang sistem tubuh kita.

Konsep penggunaan hyperthemia adalah untuk meniru konsep demam semulajadi yang juga bertujuan untuk mengaktifkan sistem imun terutamanya antibodi2 pemusnah tumor atau sel2 kanser.

http://www.ncbi.nlm.nih.gov/books/NBK6083/

http://bmccancer.biomedcentral.com/articles/10.1186/s12885-015-1690-2

Malah mereka yang menjalani rawatan kanser alternatif kerap demam dengan suhu yang tinggi.Ini sebenarnya ada kaitan dengan aktiviti sistem imune badan bertindakbalas dengan sel2 kanser yang mula terdedah dan menjadi lemah.

http://www.cafemlm.com/kesihatan-dan-anda/leukemia-dan-fungsi-bone-marrow.html

http://www.betterhealth.vic.gov.au

Prinsip asas kedua  kaedah hypertemia adalah berdasarkan kepada teori bahawa tumor amat sensitif kepada suhu tinggi kerana ia melemahkan struktur mereka.

Tumor diketahui membina saluran darah mereka sendiri yang disambungkan terus kepada saluran darah asal.Namun saluran darah yang dibina olih tumor mempunyai satu kelemahan dan satu kebaikkan untuk mereka.

Kelemahan saluran darah tumor adalah struktornya yang tidak berkualiti seperti saluran darah yang sihat.Sementara kelebihan saluran darah mereka adalah ia dibina sedemikian rupa hingga menyukarkan dadah kimo  untuk sampai kepada mereka.

http://www.cafemlm.com/kesihatan-dan-anda/tumor-dan-sel-kanser.html

Onkologis berpendapat sekiranya anda ingin memusnahkan tumor ia mesti dilakukan melalui saluran darah mereka.Lantaran itu kaedah hyperthemia akan memanaskan tumor secara berterusan dan ini akan memberikan impak kepada saluran darah tersebut.

Berdasarkan kepada 2 keadaan saluran darah tumor seperti diatas,suhu tinggi akan memusnahkan sesetengah saluran darah tumor.Keadaan ini akan menyebabkan tumor tidak mendapat makanan yang biasanya diangkut melalui saluran darah mereka

Yang keduanya peningkatan suhu bolih menyebabkan saluran darah mengembang dan ini akan menyebabkan lebih banyak oksigen akan memasuki tumor.Ini akan menyebabkan berlaku satu keadaan yang dipanggil tumor necrosis yakni penghuraian tumor.

http://www.ncbi.nlm.nih.gov/pmc/articles/PMC2661770/

http://www.breastcancer.org/symptoms/diagnosis/necrosis

Malah sekiranya dadah kimo atau sinaran radiasi diberikan dalam tempoh 48 jam selepas rawatan hyperthemia ,ia akan memberikan impak yang berganda kepada tumor dan mencegah mestastasis.

Terdapat 3 jenis kaedah hyperthemia untuk menanggani masaalah berkaitan kanser

1.Systemic Whole Body Hyperthemia. ( SWBH ).Ia biasanya digunakan terhadap jenis2 kanser yang telah merebak ke banyak lokasi ( advance cancer ) terutamanya yang melibatkan metastasis tulang termasuk bone marrow,lympnodes,hati,metastasis peritoneal dengan acites dan tumor payudara yang kronik.

Kaedah SWBH melibatkan pelarasan suhu terkawal untuk keseluruhan badan.Olih kerana ia melibatkan peningkatan suhu seluruh badan ia mesti dilakukan dengan berhati hati.Segala sistem sokongon badan akan dipantau terutamanya yang melibatkan degupan jantung,tekanan darah,ketepuan oksigen,ph darah dan organ sokongan detokfikasi sentiasa berada dalam tahap mampu beroperasi.

Setiap sessi mengambil masa diantara 1 hingga 3 jam mengikut tahap ketahanan badan seseorang pesakit.Dadah kimo,sinaran radiasi atau Vitamin B17 dan dosage tinggi Vitamin C hendaklah diberikan 48 jam selepas hyperthemia selesai untuk menggelakkan sel2 kanser membina atau memperbaiki kembali struktor mereka dan seterusnya menjadi immune kepada suhu panas.SWBH biasanya bolih mencapai kepada tumor sejauh  7 ke 8 cm dari permukaan kulit.

2.Regional Hyperthemia biasanya digunakan terhadap tumor pada satu2 lokasi seperti tumor payudara peringkat awal,tumor pada uterus,tumor pankerias,tumor otak,metastasis lympnode,lymphoma,tumor dalam perut,tumor dalam usus/rektum,tumor pada empedu dan yang difikirkan sesuai olih onkologis.

Secara umumnya apa2 jenis tumor yang berada 1 hingga 4 cm dari permukaan kulit adalah sesuai untuk menggunakan kaedah Regional Hyperthemi

sd_person

3.Local site spesific hyperthemia adalah menyalurkan haba secara terus kepada tumor dengan menggunakan sejenis rod.Kaedah ini biasanya digunakan pada tumor dipermukaan kulit seperti melanoma.Ia juga bolih digunakan terhadap tumor didalam rektum atau prostat.

Jika anda merujuk kembali kepada artikel saya sebelum ini mengenai demam suhu maksima yang bolih dikategorikan sebagai bahaya ialah pada 40 darjah centigred.Dalam kaedah hyperthemia suhu dilaraskan kepada 41 hingga 42 darjah centigred secara berkala mengikut kondisi kesihatan pesakit.

Antara kesan sampingan yang bolih dijangkakan semasa menjalani terapi hyperthemia adalah seperti berikut

1.sakit pada bahagian dimana pemanasan dilakukan

2.Timbulnya bisul2 kecil atau ulcer pada kawasan tumor

3.Pendarahan pada tumor

4.Demam selepas menjalani terapi

5.Keradangan tumor

6.Infeksi

Namun kesemua simpton2 diatas adalah kesan positif dan  biasanya mudah ditanggani olih onkologis anda