KANSER DAN DETOKFIKASI

  Detokfikasi adalah element kedua terpenting jika anda menggunakan apa2 jenis terapi alternative kanser.Dalam skop rawatan alternative kanser anda perlu memberi perhatian yang amat mendalam kepada proses detokfikasi kerana jika proses detokfikasi tidak berjalan lancer anda berkemungkinan besar mencetuskan  perkara2 yang terburuk dalam proses rawatan dan kemuncak kegagalan dalam proses detokfikasi ialah bolih menjadi koma.

 

Apakah sistem detoks

Setiap hari badan kita memproses dan mengeluarkan bahan2 asing yang tidak diperlukan olih badan.Ini berlaku dengan cara yang tidak kita sedari.Makanan yang kita makan dalam era kehidupan moden abad ini mengandungi pelbagai jenis bahan kimia yang tidak sesuai dan beracun kepada sel2 badan yang sihat.Air minuman dan yang digunakan untuk   mandi setiap hari mengandungi klorin dan bahan sampingan lain yang amat seni.

 

Apabila anda mendapat kanser,sebahagian besarnya adalah disebabkan berkumpulnya bahan2 toksid dalam badan sehingga pada satu peringkat ia menggangu proses metabolism sel2 sihat yang menyebabkan ia jatuh sakit. Sel2 yang sakit akan kehilangan unsure protin tertentu dalam dnanya sehingga menyebabkan pertumbuhan sel menjadi bercelaru dan menghasilkan penyalinan2 yang salah dalam kod dna.Penyalinan yang salah ini dalam masa beberapa tahun akan menjadi tumor yang menggangu fungsi2 organ dimana ia berada.

 

Yang keduanya dalam skop rawatan kanser alternatif ,membunuh tunor atau mengecutkannya akan mnyebabkan bakteria2 kanser yang mati dikategorikan sebagai bahan toksid olih sistem badan menyebabkannya badan mengaktifkan sistem detoks untuk proses mengeluarkannya dari  badan. Olih kerana bahan2 toksid ini beredar didalam saluran darah,kandungan kadar toksid yang tinggi akan menggangu kelancaran dan kepekatan kandungan darah yang bolih menyebabkan demam,sakit kepala dan terjejasnya fungsi2 organ tertentu.

 

Olih itu jika anda adalah penghidap kanser,pastikan organ2 detoks anda berfungsi dengan baik kerana sel2 kanser yang mati perlu dikeluarkan dari badan dengan cepat. Kulit adalah organ detok yang terbesar pada manusia.Pada lapisan2 bawah kulit terdapat saluran2 darah yang amat seni yang berpunca dari saluran darah yang lebih besar.Saluran2 seni darah pada kulit mempunyai rongga2 yang terbuka pada permukaan kulit.Dirongga2 inilah bahan toksid dikeluarkan dalam bentuk perpeluhan ( air ) yang jika diletakkan bawah mikroskop anda akan dapat melihat partikel2 bahan toksid bahkan bakteria2 dan virus yang amat seni.

 

Olih kerana kulit adalah rongga yang terbuka pada permukaan bahan2 seni dari luar juga berupaya masuk melaluinya dan seterusnya menuju kedalam saluran darah utama.Umpamanya jika anda mandi dengan menggunakan air panas yang mengandungi klorin,anda berisiko memasukkan klorin kedalam saluran darah.Kulit yang terdedah kepada haba mandian akan membuka rongga saluran darah pada kulit dan menyerap bahan klorin kedalamnya. Terdapat banyak kajian mengenai kanser terutamanya kanser payudara yang berhubungkait dengan klorin.Baca di link2 berikut

 

http://news.discovery.com/human/chlorinated-pools-swimming-cancer.html

 

Dr. Joseph Price wrote a highly controversial book in the late sixties titled "Coronaries/Cholesterol/Chlorine" and concluded that nothing can negate the incontrovertible fact, the basic cause of atherosclerosis and resulting entities such as heart attacks and stroke, is chlorine QUOTE

 

http://ezinearticles.com/?The-Alarming-Facts-Around-Chlorine-and-Breast-Cancer&id=3501402

 

http://emmersonchiropractic.com/health_library/pdf_articles/xenoestrogens_and_breast_cancer.pdf

 

Kulit perlu diberi perhatian yang amat mendalam jika anda sedang menjalani terapi alternative untuk merawat kanser.Perkara penting yang perlu diberi perhatian ialah Kebersihan kulit Jika anda berada berhampiran dengan pesakit kanser yang sedang menjalani rawatan anda dapat menghidu bau yang amat tidak menyenangkan.Ini adalah kerana bakteria2 kanser yang mati  telah dikeluarkan dari badan dan berkumpul pada permukaan kulit.

 

Jika ini dibiarkan tanpa dibersihkan akan berlaku penutupan rongga saluran seni darah dan menyekat proses detoks.Bahkan bakteria2 kanser yang berkumpul dibahagian bawah kulit berupaya menimbulkan gejala lain dan membentuk fungus yang akan menimbulkan keradangan.Bahkan pada jangkamasa panjang infeksi pada kulit akan menyebabkan anda mencipta satu lagi jenis kanser yaitu kanser kulit.

 

Begitu juga jika anda gemar menggunakan anti pespirasi atau bedak talcum yang perlebihan pada kawasan2 tertentu kulit anda sebenarnya mengundang kehadiran kanser pada jangkamasa panjang penggunaanya.Perkara ini telah lama dan hangat diperkatakan olih pakar2 kanser diseluruh dunia.

http://www.cancer.gov/cancertopics/factsheet/Risk/AP-Deo

http://www.cancer.org/cancer/cancercauses/othercarcinogens/athome/antiperspirants-and-breast-cancer-risk

http://www.cancerhelp.org.uk/coping-with-cancer/coping-physically/fever/cause/infection/types-of-infections

Kesihatan kulit

Apakah yang dikatakan kulit yang sihat?Saya sebenarnya tercari cari apakah yang dikatakan atau didefinasi kulit yang sihat.Ia Nampak agak subjektif sehingga saya menemui istilah yang agak mudah difahami dan bersetuju dengannya.

 

Kulit yang sihat adalah kulit yang licin,lembut dan mempunyai warna yang seimbang pada keseluruhan permukaannya.Warna kulit bolih menceritakan keadaan kesihatan anda seperti mata putih yang kekuningan mengambarkan anda mempunyai masaalah dengan hati anda.

 

Jika anda berumur awal dua puluhan dan kulit anda seperti orang yang berumur lima puluhan dengan dipenuhi tompok2  dan kedutan dimerata bahagian kulit anda sebenarnya tidak mempunyai kulit yang sihat.Jika anda berumur 40an  atau 50an dan mempunyai kulit seperti remaja 20an anda sebenarnya mempunyai kulit yang sihat dan berkualiti.

 

Untuk pesakit kanser berpeluh adalah elemen yang amat penting kerana badan mereka harus dengan cepat mengeluarkan  sel2 kanser yang telah mati ini.Usaha mesti dilakukan untuk menggalakkan perpeluhan seperti bersenam,mendapatkan sinaran matahari diawal pagi dan bersuana.

 

Sautu fakta benar mengenai sel kanser ialah mereka tidak suka suhu panas kerana ia akan melemahkan struktur pertahanan sel kanser dan terdedah kepada serangan sistem antibodi.

 

Dr. Demuth’s seorang pakar rawatan kanser German menggunakan kaedah demam buatan untuk merawat kanser.Kaedah ini ditemui olih Dr Peter Busch M.D pada tahun 1968,ditemui secara tidak sengaja apabila beliau merawat seorang pesakit kanser pada mukanya.   Dalam pengamatannya, beliau mendapati apabila pesakitnya mengalami demam panas sehingga mencecah 105 darjah farenheight,ia memberi kesan mendalam kepada sesetengah jenis sel kanser.

 

Dr Demuth menggunakan kaedah ini untuk merawat pesakit kansernya dan kaedah ini dinamakan “FEVER PUSH THERAPHY" atau "TERAPI DEMAM BUATAN" Anda bolih melakukan kaedah ini disamping kaedah terapi yang sedang anda jalani dengan mendedahkan diri anda selama beberapa jam dibawah sinar matahari pagi sehingga anda merasakan seperti sedang  demam dan jika dapat dilakukan setiap hari proses penyembuhan akan lebih cepat.

 

Mengamalkan mandian wap/suana juga baik jika dapat dilakukan setiap hari.Tambahan sekarang terdapat sejenis mandian suana yang yang dinamakan "infra-red suana"yang dikendalikan olih pemilik premis sauna atau anda bolih membelinya di pasaran dan dipasang dirumah. Buah2an berikut adalah baik untuk menjaga kesihatan kulit disamping mengamalkan minum air yang bersih tanpa klorin setiap sekurang2nya 2 jam.

Buah Apricots,Pisang,Apel merah,Timun,Lemons,Lime Juice,Nenas,Anggur,Blubarries,Buah plum dan salad.

 

Jika aktiviti detoks kulit dapat dilihat dengan mata anda seperti berpeluh,anda tidak dapat melihat bahan yang di detoks olih hati.

Hati merupakan organ dalaman yang penting menapis darah anda dari segala macam bahan2 berbahaya yang masuk kedalam badan menerusi saluran darah.Pada satu2 masa hati memproses 13 peratus darah  dari bahan2 toksid.Tahukah anda pada umur 40 tahun hati anda memproses sebanyak 1,314,000 gelen darah dan melupuskan pelbagai jenis toksid tanpa henti.

 

Hati juga melaksanakan sebanyak 500 fungsi2 biologi,menghasilkan lebih dari 13,000 bahan kimia dan hormon.Ia juga mengurus  lebih dari 50,000 jenis enzim yang diperlukan badan untuk anda meneruskan kehidupan yang sihat.Ia mengawal bahan2 toksid yang anda makan dan minum setiap hari.Inilah sistem keselamatan yang teramat canggih yang tidak dapat ditiru oleh peralatan teknologi pada saat ini.Jika hati anda tidak berfungsi,anda perlukan hati yang baharu atau anda bersiap sedia untuk berihat selama lamanya.

 

Bahan2 toksid yang terkumpul didalam hati di buang kedalam kolon yang seterusnya dinyahkan dari badan melalui sistem detoks kolon dan pundi kencing.Kita jarang mengambil perhatian mengenai kesihatan hati,sehinggalah disaat kita menghadapi pelbagai masaalah kesihatan,doktor biasanya akan meneropong  hati kerana sebahagian besar masaalah yang kita hadapi berkemungkinan besar berpunca dari kegagalan fungsi hati.

 

Dalam kaedah rawatan alternatif kanser sistem detokfikasi hati diberi perhatian serius kerana sel2 kanser yang mati beredar dalam saluran darah.Sebelum ia dibuang ia akan melalui hati yang menapis sel2 kanser ini dan  dibuang ke kolon,buah pinggang dan pundi kencing.

http://www.cafemlm.com/kesihatan-dan-anda/kanser-hati-liver-cancer.html

 

Masaalahnya kita tidak dapat mengesan kegagalan fungsi hati pada peringkat awal sehinggalah ia mula menunjukkan simptom2  tertentu  yang menyebabkan kita bergegas ke hospital.Lebih malang lagi  jika  doktor tidak menjumpai  apa2 penyebab  kepada kemerosotan  kesihatan kita sehinggalah fungsi hati telah  50 peratus  terjejas.Antara simptom2 yang dikaitkan dengan kegagalan fungsi hati ialah

Tidak bertenaga atau keletihan

Gangguan pencernaan, kekembung, sembelit

Gangguan berfikir

Penambahan berat badan

Kaku, sakit, lemah otot-terutama di pinggang dan bahu

Masaalah kolestrol

Simptom peringkat kedua yang menyebabkan anda bergegas kehospital adalah seperti berikut

Kesukaran untuk tidur

Mudah terjadi kebengkakkan pada angota badan

Tulang yang mudah patah walaupun kemalangan kecil

Terjadi gelungan  berwrna  gelap dibawah mata

Masaalah buah pinggang

Lambat sembuh dari luka

Sering sakit kepala

Keadaan lidah dipenuhi selaput putih dan nafas berbau

Masaalah gula darah atau keperluan mendadak terhadap gula

Sengugut yang teruk

Kaedah terapi kanser alternatif  biasanya akan memberi perhatian yang serius kepada sistem detofikasi hati  untuk mempastikan hati berupaya menapis  bahan2 buangan sel kanser  untuk mengelakkan terjadi kesesakkan dalam hati dan seterusnya mencederakannya.

Biasanya dalam protokol2 terapi alternatif akan dimasukkan jenis2  buah2an dan suplimen2 tertentu untuk membantu hati  dalam menjalankan tugasnya dengan effisyen.Antara2  buah2an dan sayuran yang sering dicadangkan untuk proses detoks hati ialah seperti

Brakoli,kobis ,bayam,asparagus,buah oren atau buah2an yang berwarna  kuning,jingga dan merah.

Buah tembikai,betik,lemon,aprikot  dan  buah2an yang kaya dengan vitamin C.

Sering gunakan pelbagai jenis bawang dalam masakkan terutamanya bawang putih.Bijiran atau daun ( ulam ) yang pahit adalah baik untuk  membersihkan hati.

Minum sekurang2nya  8 oz air bersih setiap hari

Minum jus lemon  2 kali sehari

Selain itu sumber makanan yang mempunyai  omega 3 adalah baik untuk hati seperti ikan solomon dan ikan sardin.Elakkan jenis ikan yang mempunyai kadar merkuri yang tinggi seperti ikan todak.

http://fishcooking.about.com/od/howtochoosefreshfish/bb/mercury_fish.htm

 

http://www.globalhealingcenter.com/natural-health/liver-cleanse-foods/

 

Dalam  protokol  terapi alternatif kanser juga terdapat sautu jenis detokfikasi  yang amat berkesan untuk proses detokfikasi hati yang diperkenalkan  olih seorang doktor rawatan alternatif kanser  juga seorang saintis  German Dr  Max Gerson.Kita akan bincangkan mengenai kaedah ini dalam topik “detokfikasi kolon” akan datang.

  Detokfikasi Kolon

Kolon adalah organ detoks terakhir yang akan dibincangkan dalam posting kali ini walaupun terdapat beberapa lagi organ detoks lain yang berkaitan seperti pundi kencing,buah pinggang paru2 dan sebagainya.

Kolon adalah tempat pembuangan bahan2 toksid pepejal  yang sangat penting dalam kaedah rawatan alternatif kanser.Apabila kolon anda ditumbuhi tumor atau diserang kanser banyak kaedah2 rawatan alternative akan turut gagal terutamanya yang melibatkan pengambilan suplimen2 tertentu.Kerana nutrisi2 penting dari pengambilan2 pelbagai jenis suplimen akan diproses didalam perut seterusnya dikutip olih saluran2 seni pada dinding kolon untuk dihantar ke merata tempat dalam sistem badan untuk diproses sebelum ianya memberi  manafaat berikutnya.

 

Jika anda berpendapat tugas2 penyerapan zat makanan hanya berakhir dalam perut,anda silap kerana penyerapan pelbagai zat makanan berlaku disepanjang usus kecil dan usus besar.Ia lebih kepada dwi fungsi iaitu sebelum bahan buangan pepejal dikeluarkan dari kolon saluran2 seni didinding kolon akan mengutip saki baki pelbagai bahan yang penting untuk kegunaan badan seperti vitamin K dan vitamin B yang amat penting untuk aktiviti menghalang pembekuan darah.

Satu unsur penting didalam kolon yang perlu diberi perhatian ialah bakteria2 baik yang membantu proses pencernaan dan membaikpulih dinding kolon.Ia juga berperanan memusnahkan bacteria2 yang membahayakan badan.

Sel2 kanser yang mati akibat aktiviti2 pelbagai jenis supliment yang digunakan dalam  kaedah rawatan alternatif kanser akan berkumpul didalam saluran darah dan ditapis dihati dan diangkut ke empedu sebelum ianya dibuang kedalam sistem kolon atau ke buah pinggang.

Perlu difahami bahawa keberkesanan proses detokfikasi olih hati banyak bergantung kepada kondisi kolon anda.Jika kolon anda mempunyai mendapan toksid yang tinggi akibat kegagalan detokfikasi kolon, empedu tidak akan berfungsi dengan betul dalam pembuangan toksid kedalam kolon.Ini akan menyebabkan toksid didalam empedu dikitar semula kehati melalui saluran darah.Kitaran semula ini akan menyebabkan bahan toksid tadi berkumpul semula didalam hati dan menyebabkan kesesakan,Pada jangkamasa panjang fungsi hati akan terjejas dan risikonya adalah kanser hati.

 

Kandungan tinggi toksid dalam saluran darah juga bolih menyebabkan berlaku pelbagai masaalah kesihatan lain seperti kerap demam,terjejasnya fungsi jantung,tekanan darah yang tidak stabil dan yang terburuk ialah risiko mendapat kanser dipelbagai bahagian organ dalaman.

Lantaran itu apabila anda sedang menjalani terapi alternatif kanser jumlah sel2 kanser yang mati akan menjadi berlipat kali ganda jika dicampur dengan jumlah toksid yang sedia ada dalam badan anda ia akan mendatangkan bahaya yang sangat besar jika sistem detoks kolon anda gagal.

Pakar rawatan alternatif kanser memberikan perhatian yang utama kepada sistem detok kolon selain pengambilan suplimen2 yang membunuh sel kanser.Bahkan terdapat sesetengah doktor alternatif kanser menggunakan kaedah memusnahkan sel kanser dengan cara tidak terlalu agresif jika mereka mendapati kolon tidak berfungsi dengan baik.Ini dilakukan dengan menggunakan jenis2 terapi membaik pulih sel kanser kepada sel sihat seperti “cesium chloride theraphy.”

Satu kaedah detokfikasi kolon yang paling popular yang digunakan olih kebanyakkan doktor2 alternatif kanser diseluruh dunia dikenali sebagai “Coffe Enemas”.Ia diperkenalkan olih “bapa rawatan alternative kanser” Dr Max Gerson dari Jerman yang berhijrah ke Amerika.

http://www.gerson.org/GersonTherapy/mg.htm

Kaedah ini ialah dengan menggunakan kopi organik yang terbaik dengan menggunakan  peralatan2 tertentu yang dimasukkan melalui rectum.Kaedah ini amat popular di Amerika dan dilakukan setiap 4 ke 5 bulan setahun.Kaedah coffe enemas dipercayai merangsang empedu untuk melupus dengan banyaknya jumlah toksid kedalam kolon dan ini secara tidak langsung menggalakkan pengeluaran toksid keluar dari hati ke empedu.

Badan kita menghasilkan sejenis enzim antioksidan yang paling berkuasa yang dikenali sebagai glutathione ( GSH )  yang menggunakan “selenium” sebagai pemangkinnya.

http://www.aliveandwellsf.org/articles/look_GSH_selenium_asymptomatic_1997.pdf

Antioksidan merupakan komponen terpenting bagi tubuh manusia untuk melupuskan bahan2 berbahaya seperti bahan radikal bebas.Selain menghasilkan bahan antioksidan glutathione juga penting untuk beberapa fungsi berikut. Menjana kitaran “nitric oxide” dimana ketiadaan fungsi ini dalam badan akan menimbulkan pelbagai gejala kesihatan Ia berguna sebagai agen detok yang melupuskan banyak bahan2 berbahaya seperti unsur “carcinogen” dan bahan2 berat seperti merkuri, dan arsenic.

 

Ia amat berguna untuk penjanaan komponen2 sistem imun seperti mempengaruhi penjanaan agen pemusnah yang dikenali sebagai “cytokine” Sel T dan Sel NK.Selain itu ia juga mempercepatkan proses “apoptosis”( kemusnahan sel kanser) dan secra langsungnya memperteguhkan tindakbalas sistem imun. Ia juga memainkan peranan penting dalam aktiviti2 membaiki sintisis DNA,sistisis protin,,pengangkutan asid amino dan pengaktifan enzim2 tertentu.

 

Olih itu kebanyakkan sistem dalam badan seperti sistem imun,system saraf,system pengahaman dan sistem pernafasan mempunyai kaitan secara langsung dan tidak langsung dengan kehadiran glutathione. Baca salah satu artikel menarik mengenai glutathione dalam link berikut.

 

http://www.nutritionadvisor.com/web_md.htm

 

Klik link berikut untuk maklumat permakanan yang kaya dengan unsur glutathione

http://www.nutritionadvisor.com/glutathione_foods.php

 

Mengapa kopi digunakan sebagai agen detoks untuk hati dan kolon?

Apakah kaitannya “coffee enema” dengan enzim glutathione?

 

“Although the coffee enema has been heaped with scorn, there has been some independent scientific work that gives credence to this concept. In 1981, for instance, Dr. Lee Wattenberg and his colleagues were able to show that substances found in coffee—kahweol and cafestol palmitate—promote the activity of a key enzyme system, glutathione S-transferase, above the norm. This system detoxifies a vast array of electrophiles from the bloodstream and, according to Gar Hildenbrand of the Gerson Institute, "must be regarded as an important mechanism for carcinogen detoxification." This enzyme group is responsible for neutralizing free radicals, harmful chemicals now commonly implicated in the initiation of cancer. In mice, for example, these systems are enhanced 600 percent in the liver and 700 percent in the bowel when coffee beans are added to the mice's diet”.

 

Baca artikel penuh  di link berikut

 

http://www.ralphmoss.com/coff.html

 

Untuk  maklumat cara2 penyediaan untuk melakukan  kaedah “coffee enamas” klik pada link PDF ini.

 

http://www.enemabag.com/images/ohnimages/articles/coffee-enemas.pdf

 

Walaubagainapun  mereka yang tersenarai dibawah adalah dilarang untuk melakukan kaedah detok “coffee enemas” ini

 

Wanita yang sedang hamil dan menyusukan anak

Mereka yang mempunyai masaalah berkaitan jantung

Mereka yang ada penyakit “hernia” di abdomen

Penyakit Crohn’s Deasease

Mereka yang ada kanser perut dan kanser usus

Anemia yang teruk

Penyakit berkaitan saluran darah Ulcerative coalitis

Mereka yang pernah menjalania pembedahan kolon

Mereka yang ada tumor dalam usus

 

Link tambahan untuk maklumat berkaitan “coffee enemas”

 

http://www.balancedhealthtoday.com/blog/coffee-enema-recipe-and-procedure-part-1/  

 

Untuk mendapatkan maklumat dan membeli peralatan berkaitan "COFFEE ENEMA" klik pada "banner" "DETOKS HATI DAN KOLON" pada sebelah kiri website ini.