Kanser Dan Enzim CoQ10-Bah 1

screenshot_2016-12-17-23-19-16_1-1

img-20161212-wa0023-1

 

 

 

Sistem tubuh badan manusia telah dicipta sangat sempurna dan penuh dengan kejuruteraan  yang bijaksana.Ia meliputi berjuta juta zarah2 halus dan seni yang secara berantiaan membentuk dan menyokong fungsi2 yang lebih besar dan membolihkan manusia menjalani kehidupan dan berkembang.

Umpamanya organ berotot yang paling kecil terdapat dalam telinga kita yang dinamakan stapedius hanya berukuran 1mm.Namun ia  berupaya melakukan tugas yang sangat penting.iaitu melindungi telinga dari bunyi bising yang kuat dan mengawal suara supaya tidak bergema didalam kepala kita.

Saluran darah terhalus dalam badan kita dinamakan kapilari.Ia adalah 50 kali lebih halus dari saiz rambut bayi dengan anggaran jumlahnya sebanyak 50 billion dan angaran panjangnya adalah sejauh 40 kilometer.

Terdapat pelbagai apa yang dinamakan “kejuruteraan bijaksana”  dalam sistem badan kita dan antara yang paling mustahak adalah ia mempunyai kilang sendiri untuk memproses makanan menjadi enzim2 dan molikul2  penting untuk menyokong  pelbagai fungsi biology dari pergerakkan,perasaan,berfikir dan menyokong sistem ketahanan dari serangan bakteria dan virus dari luar yang masuk kedalam tubuh.

Dan sistem imun badan adalah ibarat satu bala tentera yang mempunyai pelbagai unit dengan tugas2 khusus untuk mempertahankan seluruh badan dari ancaman dari luar dan dalam badan.Ia mempunyai markas2 utama dilokasi2 strategik dan stesen2 yang lebih kecil ( lympnodes )supaya ia mudah digerakkan sekiranya terdapat ancaman dibahagian2 tubuh yang terpencil.

Makanan yang kita makan bukanlah sebenarnya berakhir didalam perut dan usus.Ia sebenarnya berakhir didalam berjuta juta sel2 seni yang menjadi asas kepada keujudan pelbagai organ2 dalaman badan dan apa yang kita lihat pada bahagian luaran badan.

Sel2 seni ini bekerja 24 jam sehari tanpa henti walaupun takala kita dalam keadaan tidur.Secara fitrahnya Sel ini diprogramkan agar berupaya memusnahkan dirinya sendiri bila sampai waktunya untuk berbuat demikian.

Hanya sel yang tidak normal atas sebab2 tertentu terus berkembang berlawanan seperti yang diprogramkan dan tidak berbuat demikian,sebaliknya terus berkembang dan memudaratkan keseluruhan sistem tubuh.

Namun disana masih ada sistem pertahanan yang menguruskan perkara2 sel2 yang tidak  normal ini dan dalam sesetengah keadaan dan sebab2 tertentu ia tidak berupaya untuk memusnahkannya.Sel2 yang tidak normal inilah dikenali sebagai kanser.

Sel2 seni ini sentiasa memerlukan nutrisi2 dan mineral yang mencukupi untuk ia berfungsi dan mereka saling berkomunikasi  antara satu sama lain samaada melalui perantaraan otak atau memori yang ujud dalam sistem sel itu sendiri.

http://www.cellularmemory.org/about/about_cellularmemory.html

Terdapat 4 jenis nutrisi asas utama yang diperlukan untuk membolihkan badan kita menghasilkan pelbagai jenis nutrisi  dan bahan2 kimia penting untuk digunakan untuk pelbagai jenis fungsi yang berlainan.Kombinasi tersebut adalah Air,Karbohidrat,Protin dan Lemak.

Kesemua 4 bahan asas ini disertai dengan pelbagai mineral dan nutrisi yang kita makan akan diproses dan dipecahkan kepada beribu ribu jenis asid amino,enzim dan bahan2 kimia lain untuk digunakan olih sel2 menjalankan aktiviti masing2.

Enzim berasal dari rantaian khas asid amino.Ia adalah sejenis protin yang terdapat dalam sel2 dengan pelbagai bentuk bersesuaian dengan fungsi yang  berlainanan antaranya menghuraikan gula dan lemak untuk menghasilkan lebih banyak enzim.

Enzim2 yang dihasilkan olih badan adalah menjadi pemangkin kepada berlakunya tindakbalas kimia dalam sel2 badan kita.

Jika sekiranya badan kehilangan satu  jenis enzim,sel2 tidak dapat berfungsi dengan betul dan seterusnya menjejaskan fungsi2 yang diperlukan olih badan.Setiap 1 sel dipenuhi dengan pelbagai tindakbalas kimia dan tanpa kehadiran enzim semua tindakbalas ini berhenti berfungsi.

Bakteria sepert E Coli umpamanya mempunyai sehingga 1000 jenis enzim yang berbeza yang menyokong kelangsungan kehidupan dan pembiakkannya.

Danggarkan terdapat sehingga 75,000 jenis enzim yang dipecahkan kepada 3 klas utama dalam badan kita.Ia adalah ezim metabolik,enzim pencernaan dan enzim dari makanan yang  kita makan.

Salah satu enzim terpenting  dikenali dengan nama CoQ10 atau  ubiquinone .Ia adalah sejemis enzim metabolik seperti vitamin yang dihasilkan dalam badan kita.Olih kerana ia dihasilkan olih badan ia tidak dinamakan vitamin.Malah ia juga terdapat pada mamalia lain,tumbuhan dan organisma mikro .

Didalam badan kita ia terdapat dalam  semua sel2 dan ia adalah salah satu komponen utama dalam respirasi “mitochondrial” yang merupakan  sumber tenaga untuk sel2 melaksanakan fungsi2 biologi badan.

Oleh kerana peranan penting yang dimainkannya dalam pengeluaran tenaga selular, perubahan kecil dalam tahap CoQ10 dalam  “mitochondrial” memberi kesan yang besar ke atas kadar respirasi selular. Oleh itu, kekurangan CoQ10 boleh membawa kepada penurunan tahap tenaga dan mengurangkan stamina keseluruhan badan kita.

CoQ10 juga memainkan peranan penting sebagai agen antioksidan dengan meneutralkan radikal bebas dan mencegah kerosakan oksidatif kepada  sel, protein, lipid dan DNA. CoQ10 juga boleh menjana dan mengaktifkan semula  vitamin E dan vitamin C, yang merupakan jenis  antioksidan larut air yang paling kuat.

CoQ10 seperti yang dikatakan tadi terdapat pada setiap sel2 dalam badan namun jumlah yang banyak terdapat pada sel2 otot,buah pinggang,pankerias,jantung,tairoid dan hati.

Jika badan kita berhenti menghasikan enzim coQ10 badan akan berhenti beroperasi.Ia seumpama enjin kereta tanpa palam penyuchuh atau “spark plug”.

Ramai sebenarnya yang tidak perasan mereka mengalami penyusutan dalam jumlah penghasilan coQ10.Faktor umur,diet,gaya hidup dan persekitaran merupakan faktor utama yang menjejaskan penghasilan enzim coq10 dalam badan.Merasa lemah dan cepat letih adalah antara simptom2 awal kekurangan ezim coQ10 dalam badan.

“Side effects of Co-Q10 deficiency include muscle wasting leading to weakness and severe back pain, heart failure (the heart is a muscle!), neuropathy and inflammation of the tendons and ligaments, often leading to rupture.”quote

Malah pengambilan ubat2an untuk merawat pelbagai penyakit mengandakan lagi pengurangan jumlah penghasilan coQ10.Antara yang sangat ketara dan berisiko tinggi adalah dadah untuk mengawal kadar kolestro yang dikenali sebagai statin.

Malah dadah statin telah dibuktikan sebagai penyebab kepada kemunculan beberapa penyakit yang berbahaya antaranya yang paling diperkatakan  adalah diabetes.Kita sering mendengar orang mengungkapkan mengenai penyakit 3 serangkai yaitu kencing manis,darah tinggi dan jantung.

Tahukah anda penyakit 3 serangkai ini sering dimulakan dengan kadar kolestrol yang tinggi dalam darah.Doktor akan memberikan dadah statin untuk mengawal kadar kolestrol.Dadah statin menyusutkan dengan drastik stok enzim coQ10 dalam badan kerana ia menghalang penghasilan enzim coQ10.

Lalu apakah kaitannya dengan diabetes type 2?

Kita sebenarnya telah dimomokkan olih komuniti perubatan mengenai kebaikkan dadah statin untuk mengawal kadar kolestrol yang jika tidak dikawal risiko untuk mendapat stroke adalah tinggi.

Walaupun doktor2 sebenarnya tahu masaalah ini namun mereka menyatakan mencegah stroke adalah lebih penting dari penyakit diabetes yang bolih dikawal dengan satu lagi dadah yang dipanggil insulin.Pada pengakhirnya apa yang sering berlaku adalah anda tetap mendapat  penyakit  3 serangkai ini yaitu jantung,diabetes  dan darah tinggi.

Tekanan darah tinggi atau hypertension dan jumlah tinggi kolestrol dalam darah adalah saling berkaitan antara satu sama lain.Apabila arteri menjadi keras akibat pengumpulan lemak dan kalsium ia membentuk plak pada dinding arteri dan  menyebabkan saluran arteri menjadi sempit.

Keadaan ini dinamakan artherosclerosis.Jantung terpaksa menggandakan tekanan untuk membolihkan darah sampai ke destinasi terjauh dalam badan.Ini mengakibatkan tekanan darah menjadi tidak normal.

Akibat terkenan darah yang terlalu tinggi juga memberikan risiko lain iaitu  plak ini bolih terhakis dan menutup saluran arteri dimana memungkinkan stroke atau serangan jantung berlaku.

Mengenai Kolestrol

Kolestrol  diperlukan olih badan untuk menghasilkan hormon dan bahan yang diperlukan untuik mencerna sesetengah jenis makanan..Malah sesetengah jenis Vitamin umpamanya vitamin D3 memerlukan kehadiran kolestrol.

Kolestrol beredar dalam saluran darah dalam 2 bentuk yaitu lipid ( lemak )  pada bahagian luar dan protin pada lapisan  dalam dan ia dikenali sebagai LIPOPROTIENS.

Terdapat 2 jenis LIPOPROTIEN yaitu Low Density Lipoprotien ( LDL ) High Density Lipoprotien ( HDL ).

LDL juga dikenali sebagai “bad cholestrol” kerana jika jumlahnya tinggi ia akan menyebabkan kesesakkan dalam arteri dan merisikokan arteri tersumbat dan arteri yang sempit akan merisikokan serangan jantung.

Jika anda mempunyai jumlah yang tinggi kolestrol LDL ia adalah tidak bagus kerana lama kelamaan dinding arteri akan tersumbat akibat pengumpulan lemak.Kadar kolestrol HDL  ( good cholestrol )yang tinggi sebaliknya adalah sesuatu yang positif kerana badan dapat menggunakanya sebagai sumber tenaga dan lebihan dihantar ke hati untuk dilupuskan.

Terdapat  lebih dari 30 jenis  dadah statin yang biasa digunakan untuk mengawal atau menurunkan tahap kolestrol LDL dalam arteri.Antara yang popular adalah

Pitavastatin atau Livalo

Artovastatin atau Lipitor

Pravastatin atau Pravachol

Fluvastatin atau Lesco

Simvastatin atau Zocor

Rosuvastatin atau Crestor

Lovastatin

Terdapat pelbagai kesan sampingan penggunaan dadah statin untuk mengawal kadar kolesterol dalam darah namun kesan sampingan yang paling serius adalah apa yang anda akan hadapi pada jangkamasa panjang.

Pada lazimnya mereka yang mula mengambil dadah statin akan mengalami kesakitan pada bahagian2 otot.Ini adalah kerana dadah statin berupaya menghuraikan sejumlah fiber otot dan akan dilupuskan kedalam buah pinggang.Keadaan ini dinamakan “Rhabdomyolysis.”

Kolesterol dan  ubiquinone ( CoQ10 ) kedua2nya adalah merupakan satu kelumpok “produk akhir” yang terdapat dalam laluan metabolik yang dinamakan “mevalonate chain”.Dadah statin tidak hanya mensasarkan kolestrol namun  juga pada masa yang sama memusnahkan enzim CoQ10 yang sangat penting untuk menjana tenaga sel.

https://medlineplus.gov/ency/article/000473.htm

http://www.news-medical.net/health/What-is-Myopathy.aspx

https://www.ncbi.nlm.nih.gov/pubmed/11758079?dopt=AbstractPlus

Sebelum anda diberikan dadah kawalan kolesterol doktor anda akan memilai keadaan anda terlebih dahulu kerana beliau memahami bahaya dadah kawalan kolesterol pada dosage yang tinggi dalam penggunaan jangkamasa panjang.

Antara yang paling diambil perhatian adalah adakah anda pada masa yang sama menghidap diabetes.Kerana pelbagai penemuan baru yang diterbitkan dalam pelbagai jernal perubatan menyatakan dadah statin merupakan penyebab utama untuk  mendapat diabetes type 2. pada mereka yang tidak mempunyai diabetes.Memberikan dadah statin kepada pesakit diabetes akan menyebabkan kesan berganda yaitu kerosakan saraf atau dibetic neuropathy.

Diabetes type2 adalah satu keadaan dimana kandungan gula dalam darah menjadi tinggi atas sebab2 tertentu umpamanya penggunaan jenis2 dadah yang memusnahkan enzim coq10.Kondisi ini dinamakan hyperglycemia.

Olih itu jika anda sememangnya penghidap diabetes anda perlu mendapatkan nasihat doktor untuk menggunakan suppliment coq10 ini.

Pankerias akan menghasilkan jumlah insulin yang mencukupi untuk menaggani keadaan ini yakni menyeimbangkan lebihan gula dalam darah,tetapi lama kelamaan pangkerias akan hilang keupayaan untuk menghasilkan jumlah insulin yang mencukupi.Doktor akan memberikan insulin dari luar untuk menyokong ketidakupayaan pangkerias ini.

Sementara diabetis type 1 adalah berkisar kepada ketidakupayaan pangkerias menghasilkan insulin dan biasanya dihidapi olih kanak2 dan remaja.Walaupun disana terdapat juga mereka yang berumur menghidapnya.

Ia bukan secara langsung disebabkan kepada masaalah berkaitan dengan kemusnahan coq10 dalam badan dan pengambilan suppliment coq10  perlu mendapat nasihat doktor.

http://www.cafemlm.com/kesihatan-dan-anda/kanser-pankerias-dan-kaitannya-dengan-diabetes-bah-2.html

Kajian mengenai kaitan diabetes type 2 dan coq10  terdapat dalam jernal JAMA   yang kerap menjadi rujukkan doktor2 perubatan

http://jamanetwork.com/journals/jama/article-abstract/2565289

Persoalan yang perlu anda fikirkan secara mendalam,adakah anda sanggup menghadapi komplikasi diabetes berbanding serangan jantung?.Barangkali ungkapan yang paling gemar digunakan olih para doktor adalah seperti berikut

“Dengan setiap rawatan, terdapat risiko dan faedah.Dan  manfaat statin telah terbukti dengan jelas untuk menaggani risiko serangan jantung.Dalam keadaan ini “manfaat akan mengatasi peningkatan risiko diabetes “.

Namun apa yang menjadi kemuskilan dan pertimbangan yang perlu kita fikirkan adalah berkenaan dengan apa yang sering kita ketahui melalui pemerhatian kita iaitu mengenai istilah penyakit 3 serangkai yang disebutkan diatas.

“Uncontrolled diabetes causes damage to your body ‘s blood vessels making them more prone to damage from atherosclerosis and hypertension.People with diabetes develop artherosclerosis at younger age and more severely than people without diabetes.Hypertension is more than twice  as common in people with diabetis as people in normal blood glucose level.

People with diabetes are more likely to have a heart attack or stroke than people who did not and their pronosis is worst”...baca seterusnya disini  

http://www.world-heart-federation.org/cardiovascular-health/cardiovascular-disease-risk-factors/diabetes/

http://www.diabetes.org.uk/Guide-to-diabetes/complications/Cardiovascular_disease/

http://www.mayoclinic.org/diseases-conditions/high-blood-cholesterol/in-depth/statin-side-effects/art-20046013

 

bersambung….