browser icon
You are using an insecure version of your web browser. Please update your browser!
Using an outdated browser makes your computer unsafe. For a safer, faster, more enjoyable user experience, please update your browser today or try a newer browser.

KANSER DAN MESTASIS

Posted by on December 25, 2010

Bertemu kembali

KANSER TELAH BERMESTASIS.

Kita sering dengar para doktor menyebut istilah ini sambil mengelengkan kepala.Ia membawa maksud “harapan anda untuk sembuh adalah “0″ peratus.

 

Tidak ada apa lagi yang mampu mereka lakukan dan seterusnya menasihatkan anda pulang untuk bergelut dengan kanser anda bersendirian. Kenapakah para doktor sangat sangat tidak gemar untuk terus merawat jenis kanser yang telah bermestasis.

 

Mari kita memahami maksud bermestasis Rekod perubatan di Amerika menyatakan 90 peratus pesakit kanser yang mati adalah berpunca dari kanser yang bermestasisMungkin di Malaysia ia mencapai ketahap 100 peratus atau lebih.

 

BERMESTASIS bermaksud sel kanser telah keluar dari koloni asalnya dan membiak atau membina koloni baharu  dilokasi  badan yang lain Misalnya tumor yang terjadi dalam paru paru akan berhijrah  dan membentuk tumor baharu didalam otak.Kita namakan tumor telah bermestasis ke otak.Juga dikenali sebagai “secondary tumor’ sementara yang berada di paru paru adalah “primary tumor.

 

Bagaimana kanser atau tumor bermestasis.? Ia seperti api yang merebak dari daun yang kering membakar  pokok yang teguh berdiri.sehingga seluruh pokok tumbang.Itulah kaedahnya. Untuk berhijrah ke bahagian badan yang lain sel kanser ini akan menyerang sel2 sihat yang berdekatan dahulu.

 

Caranya ialah dengan melekapkan diri mereka pada sel yang sihat. Setiap sel mempunyai sejenis bahan yang dikenali sebagai “cytoskeleton” ( sitoskeleton )Ia adalah sejenis protin yang terdapat pada bahagian luar sel.Fungsinya ialah sebagai alat pengagkutan antara sel.Sel kanser menggunakan fungsi ini untuk bergerak kearah sel yang sihat dan melekapkan diri mereka kepada sel yang sihat tadi.

 

Ia akan terus menerobos kedalam sel yang sihat sehingga mereka akan sampai kesatu lapisan protin yang tebal terdapat dalam sel yang sihat. Ini adalah sistem pertahanan sel sihat.Ia dikenali sebagai “basal lamina’.Untuk melepasi benteng protin ini sel kanser akan menghasilkan  sejenis enzim yang akan menghadam protin ini.Enzim ini dikenali sebagai  “matrix metalloproteases” atau singkatannya  (MMP). Ia berfungsi seperti gunting memotong protin sel sihat tadi bagi membolihkan mereka menawan sel sihat dan menjadikannya sebagai entiti mereka yang baharu.Pernah melihat filem “zombies”.Itu lah kaedahnya.

 

Dari situ kaedah yang sama digunakn sehinggalah mereka menemui saluran darah seterusnya mengembara dalam saluran darah menuju ke tempat2 yang baharu untuk berkoloni. Ahli sains mengketogorikan sel2 kanser sebagai ” a smart microb” kerana mereka biasanya mencari lokasi lokasi dimana bahan mentah yang banyak diperolihi untuk mereka gunakan.

 

Kadangkalanya mereka menyerang didnding saluran darah itu sendiri dimana bekalan lebih mudah didapati. Fenomena ini mudah dijelaskan kalau kita memerhatikan kepada kanser hati dimana tumor sering membiak didalam saluran darah yang keluar masuk dihati.Apabila tumor ini membesar dipintu saluran darah hati pembedahan atau kimoterapi adalah perkara mustahil kerana pakar bedah terpaksa memotong saluran darah ini untuk membuangkanya dan ini tidak pernah difikirkan olih pakar2 bedah.

 

Namun demikian bukan semua sel2 kanser ini akan berjaya melepasi proses bermestasis ini.Tetapi olih kerana bilangan mereka terlalu banyak sehingga berjuta juta, sedikit sahaja bilangan yang berjaya bermigrasi ini akan juga mendatangkan masaalah pada lokasi2 baru yang mereka singgah.Cumanya ia akan mengambil masa yang agak lama untuk mereka mengakibatkan kegagalan kepada sesuatu organ.

 

Dalam pengembaraan mereka dalam saluran darah berjuta sel kanser ini akan mati diserang olih antibodi yang berada dalam “lymp node” dimerata tempat dalam tubuh.Itulah sebabnya adalah PENTING kita sentiasa mempunyai antibodi yang kuat untuk menghadapi migrasi sel2 kanser dalam darah.

 

Kanser yang telah diklasifikasikan berada pada peringkat 4 adalah jenis kanser yang telah bermestasis.Kebiasaanya kanser yang telah bermestasis ini tidak mampu dicapai olih rawatan artodoks seperti kimoterapi,pembedahan dan sinaran radiasi.

 

Walaupun sesetengah jenis kanser tahap 4 mampu dirawat olih kaedah kimoterapi dengan penyusutan saiz tumor,namun seringkali  mikrob2 kanser yang terselamat dari dadah kimoterapi membesar dilokasi lain.Kali ini jenis dadah kimo yang sama tidak lagi mampu membunuh mereka dan dos tambahan terpaksa digunakan.

Penambahan dos dadah kimo akan menyebabkan kesan sampingan yang lebih teruk.

Dan kitaran pergelutan sel kanser dengan dadah kimo ini sering berulang dimana akan tiba pada satu tahap dimana doktor telah kehabisan peringkat dadah kimo dan sel kanser semakin menjadi imun kepada dadah kimo yang terakhir digunakan terhadap mereka.

Pada peringkat ini doktor dengan secara berhemah menghalau anda dari hospital.

Comments are closed.