Kanser dan Metastasis Tulang – Bah 1

bone-metastases-2-728

Sesuatu yang paling tidak digemari olih  kalangan onkologis adalah menghadapi jenis2  kanser yang telah bermetastasis ke bahagian bahagian organ terjauh.Menanggani jenis2 kanser yang telah bermetastasis adalah amat sukar terutamanya yang melibatkan organ2  yang penting seperti hati,paru2,otak dan tulang.

Malangnya hampir semua jenis  kanser adalah bersifat “pengembara” kecuali kanser atau tumor otak.Dalam artikel sebelum ini saya telah menulis mengenai kanser dan metastasis dan bagaimana mereka melakukannya dengan mengembara dari satu organ ke satu organ yang lain.

http://www.cafemlm.com/kesihatan-dan-anda/kanser-dan-mestasis.html

Untuk membolihkan sel2 kanser bermetastasis,mereka perlu berupaya untuk membebaskan diri dari tumor asal ( primary ) dan memasuki ke dalam saluran darah atau sistem limfa ( lympnodes ).Aliran darah dan sistem aliran limfa akan membawa mereka ke seluruh organ dan seterusnya menetap didalam organ2 tersebut.

http://www.cafemlm.com/kesihatan-dan-anda/kanser-payudara-dan-kepentingan-fungsi-lymphnode.html

Apabila mereka ingin memasuki ke sesuatu organ,mereka akan melekap kepada dinding saluran darah atau dinding saliran limfa dan seterusnya menembusi dinding2 saluran darah dan terus ke organ2 yang terlibat.

Di lokasi baru ini mereka akan terus membentuk tumor yang baru dari luar  dan seterusnya ke lapisan sebelah dalam organ terlibat.

Terdapat 4 jenis organ yang dikenalpasti sebagai sesuatu yang agak kritikal dan sukar dirawat apabila sel2 kanser telah bermetastasis dan membentuk tumor baru.

1.Hati

2.Paru paru

3.Otak

4.Tulang

Tumor didalam hati akan sangat pantas berkembang dan sekiranya ia berada pada bahagian injap keluar masuk darah,onkologis hanya mempunyai masa dari 1 ke 3 bulan untuk memastikan pesakit mereka terus bertahan.

http://www.cafemlm.com/kesihatan-dan-anda/kanser-hati-liver-cancer.html

Sementara penggunaan dadah kimo hampir mustahil untuk menanggani tumor didalam hati tanpa menjejaskan tisu2 hati yang amat sensitif.

Paru paru adalah organ penting sistem pernafasan.Ia dengan pantas akan mengakibatkan pesakit menjadi tidak bermaya akibat kekurangan oksigen dan akan menganggu sistem laluan udara bahagian atas terutamanya lympnode yang terdapat pada bahagian leher.

Sel2 kanser dalam otak biasanya lambat berkembang untuk membentuk tumor namun walaupun size tumor agak kecil tetapi jika ia menghalang sistem2 saraf tertentu ia akan memberikan pelbagai masaalah komunikasi antara organ.

Tulang adalah organ yang sangat penting dalam sistem sokongan berat badan kita.Sel2 kanser yang bermetastasis ke tulang dan membentuk tumor akan mereputkan tulang.Tulang yang reput akan mudah patah walaupun tanpa melakukan  apa2 aktiviti.

Namun suatu yang sangat merimaskan mengenai kanser tulang adalah  menghadapi dan  menanggani kesakitan Selain dari kecederaan luaran, kanser tulang juga bolih menyebabkan kecederaan dalaman dimana tulang2 yang menyokomg sesuatu organ akan  patah dan menghimpit sistem saraf terutamanya yang melibatkan tulang belakang.

Kesakitan ini akan mengakibatkan penggunaan ubat2 tahan sakit selama 24 jam sehari.Sebelum kita menyambung mengenai perkara ini,berikut adalah jenis2 kanser yang kebiasaannya akan bermetastasis ke tulang.

1.Kanser payudara – paru paru,hati,tulang dan otak.Malah terdapat juga kes2 yang diteemui ia bermetastasis ke usus dan limpa.

2.Kanser pundi kencing – paru paru,tulang dan hati

3.Kanser buah pinggang –  paru paru,tulang dan hati.

4.Kanser kulit ( Melanoma ) –  paru paru,tulang,otak dan otot

5.Kanser paru paru –  tulang,otak dan hati

6.Kanser Prostat  – paru,hati dan tulang

7.Kanser Tiroid – hati,paru paru dan tulang

8,Kanser uterus –  paru paru,tulang,hati,peritoneum dan vigina

Jenis2 kanser yang bermetastasis ke paru paru mempunyai kecenderungan sebesar 90 peratus untuk bermestasis ke tulang.

Dan  disana masih terdapat jenis2 kanser lain yang dijumpai bermestasis ke tulang namun biasanya pesakit telah pun berada dalam peringkat terminal dimana rawatan telah dihentikan.Antaranya adalah

1.Kanser usus –  hati,paru paru  dan dinding peritoneum

2.Kanser ovari –  hati,peritoneum dan paru paru

3. Kanser Pankerias –  peritonium,paru paru dan hati

4.Kanser perut – hati,paru paru dan peritoneum

Fenomena inilah yang masih diselidiki olih saintis2 perubatan untuk memahami kaitan kanser paru paru dan tulang.Namun mereka berpendapat sel2 tunggal kanser bergantung dari tumor primary mana ia berasal  mempunyai jenis2 protin  yang berbeza pada permukaan sel2 yang membolihkan mereka melekap kepada organ2 tertentu.

Umpamanya sel2 kanser payudara pada permulaannya mereka membawa protin2 tertentu yang bolih melekap kepada tisu2 paru2.Sel2 kanser paru2 mempunyai protin2  tertentu yang mampu melekap kepada tisu2 tulang.

Sel2 kanser tulang pula membawa protin2  tertentu pada permukaan mereka yang bolih melekap kepada tisu2 otak.Adakalanya sel2 kanser ini dikatakan membawa lebih dari satu protin yang membolihkan mereka melekap kepada jenis2 organ yang berbeza.

Sekurang2nya inilah pendapat yang diselediki dan diyakini olih saintis2 perubatan mengenai mestatasis sel2 kanser.Anda bolih membaca salah satu dari penyelidikkan ini olih Dr Marriane Baker di link berikut

http://scienceblog.cancerresearchuk.org/2013/06/14/sticky-cells-blood-vessels-and-cancer-the-paradox-of-claudin-14/

http://www.ncbi.nlm.nih.gov/books/NBK21590/

“In other cases, experts believe genetic cell changes allow some cancers to spread. And some cancer cells are believed to have a surface substance that helps them “stick” to certain organs.”-quote

Sel-sel kanser boleh melepaskan sejenis protin yang menjejaskan cara sel-sel tulang berfungsi dan menjadikan lebih mudah untuk sel-sel kanser untuk berkoloni di tulang. Sel-sel tulang  juga boleh mengeluarkan bahan2  seperti hormon yang membantu beberapa sel-sel kanser yang sampai ke tulang untuk terus berkembang.

Terdapat 2 jenis sel utama tulang yang saling berperanan untuk memastikan tulang sentiasa sihat dan kuat.

1.Osteoblast

Ia adalah jenis sel yang menghasilkan sel2 tulang yang baru

2.Osteoclast

Ia adalah jenis sel yang melupuskan sel2 tulang yang tua atau lama.

Sel2 kanser dipercayai menganggu fungsi sel2 osteoblast dan sel2 osteoclast.Apabila sel2 kanser melekap kepada sel2 osteoclast,ia merubah cara oesteoclast berperanan dengan mengaktifkan kod perlupusan sel2 tulang yang sihat sebelum waktunya.

Ini akan menyebabkan tulang menjadi lemah atau mereput kerana sel2 baru tulang tidak dibina kerana tiada kod osteoblast diaktifkan.Pereputan tulang ini dikenali sebagai osteolytic

Pada masa yang lain pula sel2 kanser bolih mengaktifkan sel2 osteoblast yang menyebabkan sel2 tulang baru dibina sebelum sel2 tulang lama dilupuskan.Ini menyebabkan bahagian2 tulang tertentu menjadi sangat kuat menyebabkan ketidakseimbangan  struktur tulang.

Keadaan ini juga bolih menyebabkan tulang mudah patah walaupun tidak membuat sebarang aktiviti.Keadaan ini dinamakan blastic lesions

Kedua2 keadaan diatas akan menyebabkan pesakit kanser berada dalam keadaan sangat sakit dan biasanya ubat tahan sakit diberikan secara terus menerus.

Bahagian tulang yang paling berisiko tinggi untuk sel2 kanser bermetastasis adalah bahagian tulang belakang.Apabila tulang belakang mereput ( collapse ) ia akan menyebabkan saraf tunjang terhimpit.

Gangguan kepada saraf tunjang adalah dianggap serius kerana ia adalah satu sistem komunikasi pergerakkan dan komunikasi organ2 dalaman.

Selain dari kesakitan,ia bakal menyebabkan anda mengalami simptom2 yang bersamaan dengan penyakit Multiple Scelorosis.Umpamanya kegagalan sistem usus dan pundi kencing.Jika tumor menghimpit saraf tunjang leher,pesakit tidak dapat menggerakkan kedua2 belah tangan atau kedua2 belah kaki.

Jika anda mempunyai simptom2 seperti sukar membuang air besar atau air kecil,merasa kebas atau kelemahan bahagian2 badan tertentu,ia adalah simptom2 yang menjirus kepada metastasis sel2 kanser ke tulang belakang anda.

Bahagian tulang2 lain yang berisiko untuk berlaku metastasis sel2 kanser adalah tulang paha,tulang pelvis,tulang dada dan bahagian atas tulang tangan.

Doktor juga akan melakukan ujian darah untuk melihat kandungan kalsium dalam darah.Proses pereputan tulang akan menyebabkan kalsium dibebaskan dalam saluran darah.

Simptom2 seperti kerap dahaga,tiada selera makan dan loya adalah disebabkan kadar calcium yang tinggi dalam saluran darah.Keadaan ini dipanggil hypercalcemia dan jika tidak ditanggani segera akan menyebabkan pesakit menjadi koma.

Kaedah rawatan untuk kanser yang bermetastasis ke tulang bergantung kepada beberapa faktor.Perlu diingat mestasis kanser tulang secara teknikalnya tidak sama dengan kanser tulang.

Umpamanya metastasis kanser tulang bolih berlaku kepada pelbagai bahagian tulang.Jika banyak bahagian tulang yang terjejas kimoterapi mungkin sahaja kaedah yang sesuai untuk menangganinnya.

Namun doktor juga perlu melihat dari mana sel2 kanser ini berasal dan apakah jenis dadah kimo yang telah digunakan untuk kanser terdahulu..Adakalanya kombinasi beberapa jenis dadah kimo digunakan untuk menanggani sel2 kanser primary dan secondary.

Seperkara lagi bukan semua jenis kanser tulang akan bertindakbalas dengan dadah kimo terutamanya pada bahagian2 tulang yang padat dan teguh.Kimoterapi hanya sesuai digunakan pada jenis kanser tulang yang dikenali sebagai Osteosarcoma dan Ewing Sarcoma.

Jika keadaan anda sangat lemah akibat menjalani kimoterapi yang digunakan tetrdahulu,pilihan ini mungkin sahaja tidak bersesuaian dilakukan.

Radiotherapy dan pembedahan untuk mengeluarkan tumor hanya sesuai untuk jenis2 metastasis kanser tulang yang terdapat pada satu atau dua lokasi.

Namun pembedahan untuk memperbetulkan kedudukkan tulang atau memasang alat sokongan untuk tulang yang patah atau reput adalah prosidur yang mustahak dilakukan untuk mengelakkan gejala yang lebih serius atau mengurangkan kesakitan.

Terdapat juga satu kaedah terbaharu yang dikenali sebagai Targeted Thearapy untuk menanggani jenis mestatasis kanser tulang.Ia adalah sejenis dadah kimo yang berfungsi dan mensasarkan kepada agen2 yang mengaktif osteoblast dan osteoclast.

Olih kerana ia adalah teknik terkini,sesetengah jenis dadah kimo ini masih tidak dilesenkan olih FDA dan yang lain2nya tidak memberikan hasil yang memberangsangkan selain pesakit akan dibebani dengan kesan2 sampingan seperti penggunaan dadah kimo yang biasa.

Kaedah Alternatif

Metastasis kanser dari paru paru ke tulang sebenarnya bukan hanya berhenti disana sahaja.Ini perlu difahami kerana peringkat akhir kepada mestatasis kanser paru paru adalah metastatasis tumor atau kanser otak.Apabila ini berlaku pesakit adalah dianggap berada pada peringkat terminal.

Satuasi ini sebenarnya perlu dicegah yakni mengawal mestatasis yang seterusnya.Mengwal perebakkan kanser dalam paru2 adalah berkaitan dengan menyelematkan organ paru2 dari kemusnahan organ utama pernafasan.

Sementara sel2 kanser yang merebak ke tulang juga adalah mustahak ditanggani secara serentak kerana ia berkaitan dengan kesakitaan yang sukar digambarkan.Tulang yang mereput amat mudah patah dan sekiranya ia melibatkan tulang belakang ia bolih menyebabkan kelumpuhan.

Pada bahagian 2 artikel ini nanti kita akan membincangkan penggunaan kaedah alternatif untuk menanggani metastatasis kanser tulang.