Dr. Tullio Simoncini is a roman doctor specialising in oncology, diabetology and in metabolic
“My opinion is that the alternative practitioners are scared and don’t have the means to fight the lies perpetrated by mainstream medicine. The medical world needs to be liberated in order to allow patients freedom of choice in healthcare. Most illnesses are the result of an unhealthy lifestyle, and as such, drugs are useless and can only do damage. Furthermore, archaic institutions such as the medical associations frequently pressure doctors into prescribing only useless, toxic and harmful treatments.”
Dikenali dengan nama jolokkan kaedah rawatan kanser untuk orang miskin,ia sebenarnya mempunyai nama besar dalam senarai lebih 400 kaedah alternatif merawat kanser dunia.Ia jarang diperkatakan orang termasuklah para doktor aliran konvensional atas pelbagai sebab.
Yang pertamanya mungkin sahaja kerana kekurangan maklumat mengenainya.Saya sendiri baru beberapa bulan secara serius mengumpul maklumat mengenai protocol ini termasuk membeli bahan bertulis lengkap mengenainya selain mencarinya didunia internet.Sebelum ini saya telah pun mendapat info dari beberapa sahabat yang menggunakan kaedah ini terhadap saudara mara terdekat dan mengikut mereka ia sangat membantu sekurang2nya memperlahankan perebakkan kanser.Namun pembacaan yang berterusan mengenainya saya menemui pelbagai kejayaan yang direkodkan semenjak 40 tahun yang lampau.
Yang keduanya, barangkali untuk mereka yang berniaga tidak akan mencadangkan atau mempromosi kaedah ini kerana ianya sangat murah dan tidak berbaloi untuk bersusah payah mendapatkan bekalan selain ianya sangat2 tidak menguntungkan.Saya tidak membina laman web ini dengan berpaksikan perniagaan semata mata walaupun anda mendapati sesetengah produk yang dijual kelihatannya agak mahal .Laman web ini beroperasi secara bersendirian dan tidak mendapat apa2 pembiyaian dari mana2 pihak lantaran itu kos operasi saya sangat2 bergantung kepada sedikit keuntungan dari produk2 yang dijual.Inilah caranya saya menyampaikan maklumat yang saya tahu untuk membantu anda berhadapan dengan penyakit yang menyedihkan ini.
Umpamanya sebagai satu contoh mudah produk2 berkaitan Vitamin B17 amat sukar diperolihi dalam pasaran terutamanya yang berasal dari Mexico .Saya menjualnya dengan harga separuh dari harga yang dijual olih sesetengah pengedar dipasaran Malaysia .Apabila saya memperkenalkan sesuatu protokol alternatif rawatan kanser,saya perlu berusaha untuk menyediakan produk2 berkaitan agar ia memudahkan anda untuk tidak bersusah payah membazirkan masa pesakit2 dibawah jagaan anda yang secara relatifnya tidak punya banyak masa.Jika kemudiannya anda dapati ianya sangat membantu mengurangkan penderitaan anda ,produk2 tersebut bolih dibeli sendiri.Saya tidak mendapatkan hak2 eksklusif untuk kebanyakkan produk2 yang dijual buat masa ini.
Protokol yang ingin saya kongsikan kali ini adalah SODIUM BICARBONATE atau sering disebut “soda bicarb” atau baking soda .Ia digunakan sebagai bahan penting untuk membuat roti,kek dan pelbagai jenis kueh muih.Ia mula diperkenalkan olih seorang doctor Italy Dr Tullio Simoncini.Beliau adalah seorang “oncologist” yang amat kecewa dengan aliran perubatan ortodoks yang yang semenjak 100 tahun yang lampau tidak menunjukkan peningkatan “survival rate” yang baik bahkan menyebabkan terjadi pelbagai komplikasi kronik terhadap pesakit2 kanser.
Seperti biasa saya suka untuk menerangkan dari aspek sejarah kaedah protokol ini ditemui sebelum saya menerangkan kepelbagaian cara penggunaanya untuk jenis2 kanser tertentu.Dan bahan rujukkan terbaik sudah tentulah apa yang diterangkan olih penemu protokol ini.Untuk siri pertama ini saya membawakan temubual dengan Dr Simmoni sendiri yang saya terjemahkan semampu mungkin untuk tatapan anda.
Salah satu soalan yang paling kerap ditanya kepada saya ialah bagaimana terapi alternatif baru ini bermula.Bagaimana saya mendapat idea bahawa kanser sebenarnya adalah berpunca dari kulat, serta motif dan peristiwa2 yang mendorong saya untuk hanyut jauh dari pandagan onkologi 2 dari aliran rasmi.
Semuanya bermula apabila saya menghadiri kursus pengenalan dalam histologi. Apabila profesor mengungkapkan tumor sebagai raksasa dahsyat dan misteri, saya berasa marah .Ia seolah2 tumor itu berkata
“Semua orang adalah lemah di hadapan aku.Aku merupakan ancaman tersirat apabila memperkatakan mengenai kanser .Minda anda adalah terlalu kecil untuk memahami aku. “
Itu adalah permulaan perjuangan peribadi saya terhadap kanser. Saya sedar bahawa saya boleh menang hanya dengan menumpukan semua sumber, tenaga dan mental saya dalam arah yang betul dalam usaha menumpaskanya. Dan saya percaya selagi kita tidak menggunakan pendekatan kritikal kepada kenyataan diatas,tidak banyak yang bolih dibuat dan jika ada pun ia hanyalah berpaksikan kepada kepastiaan yang samar samar.
Oleh itu, tugas terbesar ialah memperolehi pengetahuan yang diperlukan untuk kajian ini, dan pada masa yang sama meletakkan apa-apa yang saya telah belajar di bawah analisis kritikal. Dalam erti kata lain, saya perlu ingat bahawa segala-galanya yang saya pelajari mungkin juga sesuatu yang palsu.
Dalam tahun-tahun yang berlalu apabila penglibatan saya dalam kaedah alternatif ini semakin meruncing – terutamanya apabila saya bekerja di wad hospital, di mana saya menyedari ubat bukan sahaja tidak dapat menyelesaikan masalah kanser, tetapi majoriti penyakit2 yang lain. Ini adalah kerana, selain daripada kejayaan dalam pelbagai sektor dalam rawatan gejala tertentu kebanyakkan penyakit-penyakit ini, kaedah perubatan konvensional tidak dapat menawarkan apa-apa faedah yang muktamad antaranya untuk penyakit2 Hipertensi, diabetes, epilepsi, psoriasis, asma, artritis, Penyakit Crohn, dan banyak lagi .Ini adalah antara contoh tipikal yang bolih saya rumuskan.
Selain dari kesangsian saya dengan mengambil kira keberkesanan pelbagai jenis ubat-ubatan dari masa ke masa pengalaman yang saya ada dalam bidang klinikal menunjukkan ianya amat sukar diurus terutamanya bila saya berhadapan dengan kes2 yang mendesak.
nota: Maksud Dr Simoni disini ialah umpamanya jika seseorang pesakit yang mempunyai pelbagai komplikasi penyakit yang berlainan,bagaimanakah jenis2 ubat yang hendak diberikan tidak bertentangan antara satu sama lain dan mendatangkan bahaya yang berlainan kepada pesakit.
Ini membawa kepada krisis di mana saya pada mulanya mahu meninggalkan bidang perubatan ortodoks ini.. Walau bagaimanapun, ia kemudiannya bertukar menjadi keinginan untuk terus berada dalam bidang ini dan terus berjuang di medan pertempuran’ dalam usaha untuk membangunkan penyelesaian baru.
Sedikit demi sedikit, waktu kerja yang tidak berkesudahan di wad kecemasan pediatrik universiti onkologi, di mana saya telah menamatkan tesis, fikiran saya mula meneroka dalam bidang ini. Adalah amat malang dan menyedihkan saya mendapati ramai yang terjebak dalam satuasi ini seperti pesakit, saudara-mara mereka, profesor saya, rakan sekerja dan para jururawat hanyut dalam satu sistem yang pada pandangan saya adalah sistem yang benar2 bengkrap.
Saya tertanya-tanya, dengan profesion saya, kerjaya saya di universiti dan kedudukan sosial saya, apa yang akan berlaku kepada mereka2 ini?’Lagi pun, ia akan menjadi sangat sukar untuk hidup berpaksikan pada idea-idea sahaja, terutama dalam dunia perubatan di mana peluang pekerjaan telah berkurangan pada setiap hari.
Namun dmikian saya tidak tertarik kepada persekitaran universiti. Malah, saya melihat ia sebagai satu entiti terjerat dan tidak menyenangkan yang menghalang dan menganggu pencapaian matlamat yang saintifik.Ia mendorong intelektual2 terbaik beserta mereka yang dalam bidang sains kesatu sudut yang kabur dengan hujah2 yang tidak relevan dan dangkal.
Saya meninggalkan fakulti perubatan dan mendaftar untuk ijazah fizik. Saya belajar selama beberapa tahun dalam usaha untuk membangunkan kaedah yang lebih saintifik beserta mind-set untuk meneroka ke pelbagai aspek sehingga ke penyelidikan yang lebih terperinci.
Pada masa yang sama, saya mula menyiasat pendekatan perubatan lain termasuk perubatan alternatif , walaupun sering diejek namun mempunyai ramai pengikut, terutama di kalangan pesakit yang tidak dapat menahan kesan2 agresif kaedah terapeutik.
Pengalaman2 saya selepas ini membawa saya untuk memahami bahawa kaedah2 rawatan alternatif adalah untuk mengisi jurang yang ditinggalkan oleh perubatan konvensional dan ketidakupayaan untuk menyelesaikan masalah pesakit. Pesakit seolah-olah mendapat manfaat yang lebih besar daripada terapi alternatif yang dinilai sebagai melayan pesakit secara keseluruhan dan bukan hanya dengan rawatan yang tidak memuaskan untuk gejala2 yang dihidapi mereka.
Ini adalah permulaanya bagaimana idea kaedah ini mula dibangunkan. Saya berpendapat kanser adalah disebabkan oleh jangkitan kulat. Apabila saya telah merawat pesakit yang mempunyai psoriasis, menggunakan garam yang bersifat menghakis, saya dapati cara garam bekerja “ia telah memusnahkan sesuatu – dan sesuatu itu adalah kulat.”
Dari kesedaran ini saya menyimpulkan jalan penyelesaian yang sekian lama saya cari telah saya temui. jika psoriasis, penyakit yang tidak boleh diubati, adalah disebabkan oleh kulat, maka ia adalah mungkin bahawa kanser, satu lagi penyakit yang tidak boleh diubati, boleh disebabkan oleh kulat.
Saya berpuas hati berdasarkan kepada pengalaman, eksperimen, pengesahan keputusan dan penyelidikkan2 yerlarang memberikan kepuasan profesional yang besar kepada saya dan membolehkan saya untuk menyempurnakan satu terapi yang sangat berkesan terhadap ramai penderita tumor iaitu , terhadap koloni kulat.
Apabila berdepan dengan hipotesis mengenai penyebab kulat dan percambahan tumor, masaalah utama saya ialah bagaimana untuk menyerang tumor yang berada jauh didalam tisu2.Penggunaan garam yang terlalu kuat adalah tidak praktikal.
Saya berpendapat jika seorang bayi diserang penyakit yang dinamakam “kandida oral pharyngeal”,kaedah yang paling berkesan ialah memberikan natrium bikarbonat kepada ibunya.Natrium biarbonat adalah senjata yang sangat berkesan dan cepat menghapuskan penyakit ini. Saya berpendapat bahawa jika saya boleh menguruskan dengan menggunakan kepekatan sodium bikarbonate yang tinggi secara oral atau secara intravena, saya mungkin mampu untuk mendapatkan keputusan yang sama seperti bayi diatas. Jadi saya memulakan ujian saya eksperimen saya, yang secara positif memberikan saya dengan keputusan yang sangat ketara.
Pesakit pertama yang saya dirawat menggunakan hipotesis ini ialah seorang kanak-kanak berumur 11 tahun.Ini adalah satu kes yang terbaik menunjukkan yang saya berada di atas landasan yang betul.
Kanak-kanak itu tiba dalam keadaan koma di wad hematologi pediatrik sekitar 11:30 pagi, dengan sejarah klinikal leukemia. Kerana penyakit kanak-kanak itu dia telah diambil dari sebuah bandar kecil di Sicily ke Rom, melalui universiti Palermo dan Naples, di mana beliau telah menjalani beberapa sesi kemoterapi. Ibu memberitahu saya bahawa dia telah dapat bercakap dengan kanak-kanak itu selama 15 hari sejak kanak-kanak itu berpindah dari satu hospital ke hospital yang lain.
Beliau berkata dia sangat berharap untuk mendengar suara anaknya sekali lagi sebelum dia meninggal dunia. Saya berpendapat anak itu sebenarnya sudah pengsan akibat penularan koloni kulat di dalam otak dan juga kerana ketoksidan terapi yang telah dilakukan kepadanya, saya membuat kesimpulan bahawa jika saya boleh memusnahkan koloni kulat ini dengan garam natrium bikarbonat dan pada masa yang sama menyuburkan dan menyahtoksikan otak dengan glukosa yang ditadbir secara intravena, saya boleh berharap untuk mengurangkan gelala regresi ini.Selepas berterusan infusi intravena bikarbonat dan glukosa apabila saya kembali ke universiti keesuk harinya , saya mendapati kanak-kanak itu bercakap dengan ibunya, yang sedang menangis.
Sejak itu, saya terus menggunakan kaedah ini dan saya telah dapat merawat dan menyembuhkan beberapa orang, kebanyakannya dalam tempoh tiga tahun.Pada masa itu saya adalah seorang pembantu perubatan sukarela di Regina Elena Tumour Institut di Rom. Pada tahun 1990, walaupun kesuntukkan masa kerana saya telah hampir benar-benar sibuk dengan kerja di pusat untuk kencing manis, saya memutuskan untuk meningkatkan penyelidikan saya dalam bidang kanser, penyakit yang sentiasa menjadi keutamaan dalam fikiran saya, walaupun saya terpaksa dalam tahun-tahun kebelakangan terpaksa untuk mengabaikannya
Sebelum saya meneruskan perjuangan melawan kanser, saya merasakan keperluan untuk lebih menerokai rasional dalam bidang perubatan onkologi supaya saya dapat memperoleh ciri ciri intelektual, kritikal dan mengkritik diri sendiri yang perlu untuk kita memahami di manakah kesilapan yang tersembunyi.
Saya mendaftar untuk ijazah falsafah, yang siap pada tahun 1996. Itu adalah tahun2 dimana saya mula berkenalan dengan doktor onkologi dan mencuba untuk menketengahkan teori saya kepada onkologis2 yang berada dalam institiusi yang lebih bertauliah.
Kementerian Kesihatan, persatuan2 onkologis Itali dan asing telah mengetahui mengenai hasil penyelidikan saya dan keputusan yang saya perolii.Bamun demikian apa yang saya temui adalah rakan sekerja dalam pelbagai bidang yang cenderung untuk tidak menyokong bahkan sebahagiannya seolah-olah hanya mampu mengucapkan perkataan sihir iaitu ia adalah masaalah genetik.
Saya berpendapat pertelagahan ini tidak akan membawa kita kemana2. Malah, saya mendapati diri saya berada dalam keadaan terumbang ambing dengan tiada cara untuk keluar dari satiuasi ini. Saya mempunyai begitu banyak idea-idea yang hebat dan beberapa keputusan positif, tetapi tidak ada peluang untuk merawat pesakit yang terjejas oleh tumor dengan menggunakan kaedah saintifik yang lebih berwibawa.
Apa yang mampu saya lakukan ialah bersabar dan terus mendapat keputusan yang baik merawat pesakit seorang demi seorang.Dan pada masa yang sama cuba untuk menjadi lebih dikenali oleh seberapa ramai orang yang mungkin, terutamanya mereka yang berada dalam bidang perubatan alternatif di mana sekurang-kurangnya terdapat keterbukaan dan peluang untuk menghubungi profesional yang sudah mempunyai sikap yang kritikal terhadap pemikiran perubatan rasmi.
Pada masa itu olih kerana menghadapi pelbagai rintangan untuk mengketengahkan idea2 saya telah mula menyiarkan hasil penyelidikan saya di Internet. Dan saya telah mendapat ramai kenalan, rakan-rakan dan konsensus, semua yang membenarkan saya untuk menyebarkan teori saya, tetapi apa yang lebih penting ,mereka terus memberikan sokongan psikologi untuk meneruskan perjuangan peribadi saya terhadap kanser
Saya cuba merasa selesa dengan idea dan teori saya dan berha keselesaan daripada pengetahuan bahawa idea saya, dan berharap orbor kecil ini akan berada pada tempat yang sepatutnya pada masa2 akan datang.Saya juga berharap kesahihan mesej ini lambat laun ia akan mula dikongsi dan diterima oleh ramai orang melalui temuduga dan diperbincangkan dalam pelbagai konvenson.Saya brharap diberi peluang untuk mengumpulkan pelbagai ujian klinikal dari pngalaman saya yang lampau.
Sahabat2 saya mengatakan walaupun kaedah terapi ini amat berkesan namun untuk beberapa jenis kanser lain metodologi lain perlu dicari kerana untuk jenis2 kanser yang lain ia tidak akan mudah dicapai atau sekurang2nya ia masih tidak mencukupi untuk ianya menjadi benar2 berkesan.
Natrium bikarbonat yang diruskan secara oral, melalui aerosol atau secara intravena boleh mencapai keputusan yang positif hanya dalam beberapa tumor, manakala yang lain – seperti yang serius seperti kansr otak atau tulang – kekal tidak terjejas oleh kaedah ini.Melalui pelbagai perbincangan dengan beberapa orang rakan dalam bidang radiologi terutamanya saya akhirnya mampu untuk mencapai kawasan-kawasan badan yang sebelum ini tidak boleh diakses. Ini dicapai melalui penyelarasan kedudukan kateter yang sesuai sama ada dalam rongga untuk peritoneum dan pleura, atau di dalam arteri untuk mencapai organ-organ lain.