browser icon
You are using an insecure version of your web browser. Please update your browser!
Using an outdated browser makes your computer unsafe. For a safer, faster, more enjoyable user experience, please update your browser today or try a newer browser.

KANSER DAN SODIUM BICARBONATE -bah 2

Posted by on December 25, 2012

Dalam bahagian 1 saya telah memperkenalkan kepada pembaca tentang asal usul mengenai kaedah alternatif merawat kanser dengan menggunakan sodium bicarbonate.Walaupun mungkin anda baru mendengar mengenai kaedah ini namun ia telah agak lama digunakan hinggalah sekarang ini.

 

Malah dalam bidang perubatan sendiri ia digunakan setiap hari olih doktor2 yang bertugas di wad2 kecemasan untuk menyelamatkan pesakit2 yang berada dalam keadaan trauma sebelum diserahkan kepada doktor2 yang bertugas di wad.

 

Dalam istilah saintifik ia didifinasikan sebagai sejenis unsur larut air dengan formula NaHCO3 dan digunakan dalam pelbagai jenis minuman.Ia adalah bahan anti asid yang sangat kuat.Ia bukanlah sautu unsur asing kepada manusia.

 

Apabila kita memperkatakan mengenai sodium pemikiran kita secara jelas akan menterjemahkannya sebagai garam.Namun apa yang lebih penting disini adalah bicarbonate.Kita kebanyakkannya merasa was2 mengenai bacarbonate kerana ianya seperti sesuatu yang asing dan tidak patut dimasukkan kedalam perut.Mungkin sahaja perkataannya jarang kita dengar,Namun untuk mereka yang belajar dalam bidang perubatan atau farmasitukal perkataan bicarbonate  bukan sesuatu yang asing.

 

Bicarbonate adalah suatu unsur  berakali.Ia adalah  sistem penimbal  ph yang sangat penting untuk mengimbangi suasana berasid yang memudaratkan pelbagai organ dalam badan manusia.Apabila ph badan berada pada paras 7 ke bawah ini mengambarkan keseluruhan badan kita mempunyai masaalah.Berkekalan berada dalam suasana berasid akan menimbulkan pelbagai masaalah kesihatan berjangkamasa pendik dan panjang.

 

Didalam bidang perubatan keadaan ini dinamakan ACIDOSIS.Ia juga diistilahkan sebagai peningkatan asid dalam plasma darah.Aktiviti metabolisma diperingkat sel2 manusia akan terjejas sekiranya ph badan jatuh dibawah paras 7.0.Paras normal yang ideal adalah pada skala 7.25 hingga 7.45 bergantung kepada umur seseorang.Dalam ruang lingkup berkaitan kanser,ph badan yang berakali  akan membunuh sel2 kanser dalam badan.

 

Dalam keadaan normal sel2 mati ini akan dikeluarkan dari badan secara otomatik olih sistem perkemuhan.Namun kecelaruan akan mula timbul apabila sel2 ini berada pada garisan antara hidup dengan mati yakni terjadi kecacatan pada struktur dna sel.Harus dingat walaupun sistem antibodi berupaya memusnahkan sel2 yang cacat ini,namun keupayaan antibodi berfungsi juga dipengarhi olih suasana berasid dalam badan.Lama kelamaan sel2 ini akan membelah dalam keadaan yang tidak sepatutnya.Inilah yang mendorong terjadinya kanser.

 

Didalam badan kita bikarbornat dihasikan secara semulajadi olih membran2 gastrik dalam perut.Ia telah disahkan sebagai salah satu unsur terpenting dalam membantu fungsi pencernaan yang effisyen.Apabila kita makan perkara terpenting yang berlaku adalah perut mesti menghasilkan asid perut yang mencukupi untuk proses pencernaan.Kekurangan penghasilan asid perut bakal menimbulkan pelbagai simptom yang seakan bersamaan  dengan perut terlebih berasid.

 

Antaranya ialah pedih ulu hati,  sakit perut, loya dan   muntah.
Jika jumlah asid perut sangat sedikit dalam proses pencernaan,injap yang terdapat pada penghujung esofagus tidak dapat berfungsi dengan betul dan ini akan mengakibatkan terjadi masaalah pedih ulu hati.Asid perut terpenting yang perlu dihasikan secara maksima  bersama proses pencernaan dikenali sebagai asid hidroklorik.

 

Kandungan rendah asid perut sering dikaitkan dengan pelbagai masaalah seperti gastrik,cirit berit,ulser yang pada akhirnya terjadi kanser perut.Untuk mengelakkan perut menjadi terlalu berasid perut juga menghasikan bikarbonat yang bertindak sebagai penampan kepada hidroklorik asid.Jika penghasilan bikarbonat tidak mencukupi ia akan menyebabkan berlaku simptom2 yang bersamaan  jika perut tidak menghasilkan asid hidrokklorid yang mencukupi.

 

Sodium bicarbonate adalah sebatian kimia (  NaHCO3 ) adalah dalam  pepejal  atau serbuk kristal putih yang sedikit masin namun sangat berakali .Ia lebih dikenali sebagai bahan untuk membuat roti dan kek.Dalam bidang perubatan Sodium  bicarbonate  yang  yang dilarutkan dalam air  digunakan sebagai antasid untuk merawat senak asid dan pedih ulu hati. Ia juga boleh digunakan dalam bentuk oral  untuk merawat penyakit  asidosis metabolik kronik  yang  menimbulkan gejala  kegagalan buah pinggang dan chronic renal failure

 

Selain itu ia juga digunakan intuk masaalah “asprin overdose” dan masaalah kehadiran batu karang dalam buah pinggang.Dalam bidang pertolongan cemas ia digunakan untuk masaalah melecur,Ia bertindak sebagai pelindung kepada bahagian tisu yang terdedah dari jangkitan bakteria sementara rawatan susulan dapat diberikan.Dalam keadaan yang lebih extrim sodium bicarbonate juga bolih disuntik kedalam saluran darah untuk mengatasi masaalah acidosis seperti yang dinyatan dalam perengan diatas.

 

Asidosis adalah satu keadaan dimana keasidan meningkat dalam darah dan tisu badan yang lain (iaitu, kepekatan ion hidrogen meningkat).Ia biasa juga disebut  keasidan plasma darah.Asidosis dikatakan berlaku apabila pH arteri jatuh di bawah 7,35  manakala keadaan sebaliknya dikenali sebagai alkalosis berlaku pada pH lebih 7,45.

 

Asidosis metabolik boleh mengakibatkan  peningkatan pengeluaran asid metabolik atau gangguan dalam keupayaan untuk mengeluarkan asid melalui buah pinggang. Asidosis renal dikaitkan dengan pengumpulan urea dan creatinine serta sisa-sisa asid metabolik katabolisma protein.

 

Asidosis pernafasan ( respiratory ) adalah satu keadaan yang berlaku apabila paru-paru tidak boleh mengeluarkan semua karbon dioksida yang dihasilkan olih badan.Ini menyebabkan cecair badan, terutamanya darah, menjadi terlalu berasid.

 

Keadaan ini biasa berlaku kepada mereka yang menghidap penyakit2 seperti asma,paru2 kronik,sakit saraf,otot,penggunaan ubat2  tahan sakit yang kuat dan obesiti.Simptom yang timbul akibat acidosis ialah  kekeliruan fikiran, keletihan atau mudah  lesu, Sesak nafas dan sering rasa   mengantuk walaupun tidor dengan cukup.

 

Dalam bahagian 3  kita akan bincangkan mengenai bagaimana tumor atau sel2 kanser menyebabkan seseorang itu berada dalam keadaan asidosis kritikal seterusnya  mengakibatkan kerosakkan kepada pelbagai organ khususnya buah pinggang.

Comments are closed.