KANSER DAN TERAPI VITAMIN C

 

Terapi Vitamin C atau

lebih dikenali sebagai ASCORBIC ACID merupakan salah satu terapi alternatif kanser yang amat berkesan untuk beberapa jenis kanser yang telah dan cuba disembunyikan olih pengilang2 dadah sintetik semenjak berpuloh tahun yang lampau.

 

Masyarakat  umum hanya didedahkan bahawa vitamin C merupakan supliment yang hebat untuk penjagaan kesihatan dan bolih dibeli atau diberikan olih pihak hospital sebagai makanan tambahan untuk seseuatu keadaan penyakit.

 

Namun tahukah anda bahawa Vitamin C merupakan salah satu kaedah yang sangat berkesan untuk merawat kanser.Saya tidak maksudkan vitamin C yang diambil secara oral.Tetapi vitamin C yang disuntik kedalm saluran darah dengan dosage yang tinggi.

 

Apabila kita membicarakan mengenai vitamin C,ia tidak bolih dipisahkan dengan sejenis penyakit  yang dinamakan SCURVY, dimana pada tahun 1747  sekumpulan kelasi2 Bristish yang berlayar  dalam masa yang sangat lama seringkali menghidap penyakit  SCURVY yang pada masa itu tiada penawar yang berkesan untuk menghadapinya.

 

 

SCURVY  adalah suatu keadaan di mana seseorang tidak  mempunyai vitamin C (asid askorbik) didalam tubuhnya.Penyakit SCURVY ini telah ujud dan diketahui sejak dari zaman Scoretes lagi tanpa diketahui puncanya.

 

Gejala SCURVY  mungkin bermula dengan hilang selera makan, berat badan yang rendah,, cirit-birit, gangguan pernafasan, demam, keresahan, kelemahan dan ketidak selesaan di kaki,pendarahan gusi,pendaraahan bahagian mata,bengkak pada sendi, gigi longgar, pendarahan bintik gatal kulit,penyakit kulit dan penyakit berkenaan  automimmune.

 

Penawar kepada penyakit  SCURVY yang berusia beratus tahun ini ditemui olih seorang pakar bedah British James Lind (1716-1794) pada tahun 1747,walaupun dikatakan beliau menemui kaedah rawatan ini  dari seorang pengamal perubatan primitif  atau bolih juga disebut “pawang” disalah sebuah negara yang beliau singgah semasa mengikuti siri2 pelayaran  armada British.Dikatakan “pawang” tersebut telah memberikan kelasi2 yang terkena penyakit SCURVY ini memakan buah limau atau “lemon”  yang kaya dengan Vitamin C.

 

http://www.thelancet.com/journals/lancet/article/PIIS0140-6736%2804%2917588-0/fulltext

 

Semenjak itu penggunaan  Vitamin C telah dikembangkan dan digunakan untuk merawat pelbagai jenis penyakit.Kaedah penggunaan “high dose” melalui kaedah suntikkan atau intervenous vitamin C diperkenalkan  olih Linus Carl Pauling (February 28, 1901 – August 19, 1994 ) seorang “bio chemist”  yang empat kali memenangi  hadiah Nobel.

 

Beliau mendapat ilham ini daripada seorang lagi penyelidik  mengenai Vitamin C yang bekerja  dalam bidang industri makanan yaitu Irwin Stone (1907–1984) .Idea penggunaan “high dose” vitamin C ini pada mulanya dicadangkan untuk mengatasi masaalah penyakit ” common cold “  dan selepas itu beliau bekerjasama dengan Dr Ewan Cammeron seornag pakar kanser  dan mereka mendapati  “high dose ” Vitamin C melalui kaedah suntikkan  juga  amat baik untuk  pesakit2 KANSER.Ini berlaku pada tahun 1971.

 

http://www.jacn.org/content/19/4/423.full

 

Idea penggunaan “high dose” Vitamin C ini mendapat kritikan hebat dari pengilang2 farmasi dan hospital konvensional  khususnya MAYO CLINIC sebuah hospital berprestij untuk merawat kanser.

 

Mereka  merasakan perniagaan mereka tergugat kerana kaedah terapi yang dicadangkan olih Pauling ini amat murah dan tidak bolih dipatenkan di Amerika Syarikat.Namun pada tahun 1988 National Cancer Institiute telah mengesahkan keberkesanan Vitamin C untuk sesetengah jenis kanser dan mengesyorkan ia digunakan bersama kaedah kimoterapi untuk membantu pesakit menghadapi kesan2 sampingan dadah kimo.

 

“Vitamin C has two effects. It increases the beneficial effects of radiation and chemotherapy and decreases the adverse effects.” Oncologist Victor Marcial, M.D.-quote

 

Walaunagaimanapun kaedah Pauling ini telah dikembangkan dan digunakan secara agak meluas olih doktor2 alternatif kanser diseluruh dunia.Umpamanya hospital2 alternatif kanser di Mexico dan Germany menggabungkan “high dose” vitamin C dengan kaedah terapi alternatif Vitamin B17.

 

 

Pada 12 September  2005  National Academy of Sciences  menerbitkan sebuah artikel yang secara khususnya menyatakan VITAMIN C ADALAH TOKSID KEPADA SEL2 KANSER.KENYATAAN INI BENAR UNTUK JENIS VITAMIN C  SUNTIKKAN ATAU “INTERVENOUS”.Rujuk artikel berikut

 

Chen Q, Espey MG, Krishna MC, Mitchell JB, Corpe CP, Buettner GR, Shacter E, Levine M. Pharmacologic “ascorbic acid concentrations selectively kill cancer cells: Action as a pro-drug to deliver hydrogen peroxide to tissues” Proc Natl Acad Sci U S A. 2005 Sep 20;102(38):13604-9. Epub 2005 Sep 12.

 

Saintis2  yang berkhidmat  dengan Institut Penyelidikan Bio-Komunikasi (BRCI) di Wichita, Kansas telah menerbitkan 20 artikel saintifik mengenai subjek ini. Para  penyelidik BCRI  dalam lapuran pada  tahun 1995 secara spesifik menyatakan  bahawa vitamin C dalam jumlah yang mencukupi adalah  toksik kepada sel-sel tumor terpilih.

 

Mereka  membuat kesimpulan bahawa kadar toksid terhadap tumor  boleh dicapai hanya dengan cara memberi vitamin  C  secara suntikkan.Penyelidikan berikutnya dari BCRI, yang diterbitkan dalam British Journal of Cancer pada tahun 2001 merupakan  yang pertama yang menerangkan secara terperinci dari sudut farmasitukal  berkenaan  dos  vitamin C. intervenous

 

Satu teori menarik yang dikemukakann olih Dr. Hugh Riordan pada tahun 1975  menyatakan sel2 kanser adalah dari jenis anearobic yang bergantung kepada glukos sebagai bahan bakar mereka.Umpamanya apabila doktor hendak membuat ujian PETS SCAN  untuk mengesan mestasis sel2 kanser.Mereka terlebih dahulu  memasukkan glukos ke dalam badan pesakit.Sel2 kanser yang  akan menghantar sejenis pengangkut untuk mendapat glukos tersebut,dari sini doktor dapat melihat dari mesin pets scan tadi lokasi sel2 kanser berada.

 

Olih kerana struktor molikul vitamin C hampir menyamai struktur molikul gula, sel2 kanser menyangka bahawa ianya adalah glokos lalu menghantar pengangkut untuk mendapatkannya.Kekeliruan ini menyebabkan sel2 kanser mati kerana vitamin C adalah merupakan antioksidan yang sangat berkuasa dan ianya amat toksid kepada sel2 kanser.

 

Rasional kepada penjelasan ini kebanyakkan terapi2 alternatif kanser menyarankan pengambilan buah2an dan sayuran sebagai diet utama walaupun kebanyakkan kita menyangka sesetengah jenis buah2an yang manis dan kaya dengan sumber vitamin C akan menyebabkan sel2 kanser membiak.Kalau teori diatas digunapakai maka pendapat kebanyakkan kita adalah tidak benar.

 

STRUKTOR  MOLIKUL GLUKOS


 

 

 

 

 

STRUKTOR MOLIKUL VITAMIN C

 

 

 

 

 

 

Para penyelidik seperti Dr. Riordan MD menyatakan jika sejumlah besar Vitamin C dimasukan kedalam darah pesakit, sel2 kanser akan menyerakhp dengan banyak Vitamin C yang pada tahap kepekatan tinggi   sifat antioksidan Vitamin C ini akan  berubah menjadi prooksidan kerana ia berinteraksi dengan “intracellular copper” dan “iron”( zat besi ).Interaksi ini kelak akan menghasilkan “hydrogen peroxide” yang amat toxid kepada sel2 kanser.

Olih kerana sel-sel kanser secara relatifnya mempunyai kadar yang rendah  enzim  “intracellular anti-oxidant” yang dipanggil “katalase”, induksi dos tinggi vitamin C peroksida akan mengakibatkan kemusnahan sel2 kanser secara drastik. Dr. Riordan dapat membuktikan bahawa vitamin C adalah  toksik kepada sel-sel kanser jika diberi secara suntikkan atau “intervenous”.

 

Jika anda berhasrat untuk menggunakan terapi Vitamin C saya menyarankan anda dan doktor anda membaca protokol yang dinamakan THE RIORDAN IVC PROTOCOL.Sila klik dibawah.

RiordanIVC

Barangkali penulisan saya mengenai Suntikan Vitamin C adalah merupakan satu yang agak panjang kerana saya ingin mengemukakan satu  kaedah yang amat sederhana dan mampu dicapai olih kebanyakkan pesakit2 kanser apabila pelbagai kaedah lain yang sudah pastinya kaedah kimoterapi,pembedahan dan sinaran radiasi amat menyeksakan dengan rekod kegagalan yang amat tinggi.

 

Sementara pelbagai kaedah alternatif yang lain adakalanya amat berliku liku disebabkan kesukaran untuk mendapatkan supliment2 tertentu disamping kosnya yang agak tidak mampu dicapai olih majoriti pesakit2 kanser.Saya merasakan jika anda tergulong dalam pesakit2 yang bercelaru dengan kanser yang dikesan telah bermestasis kebanyak bahagian organ yang penting,Terapi Suntikkan Vitamin C ini perlu anda cuba.Seterusnya saya akan membekalkan anda pelbagai maklumat  mengenainya dan diharap anda mengikutinya dari masa ke semasa tanpa jemu.

 

 

Jika nantinya anda telah memperaktikkannya saya berharap anda dapat berkongsi maklumat  dan pengalaman anda dengan pesakit2 lain kerana kanser adalah sejenis penyakit yang agak subjektif.Adakalanya sesetengah pesakit menggunakan beberapa supliment tambahan atau cara pengambilan yang tidak semestinya berdasarkan protokol yang digariskan olih pakar2 IVC  seperti yang terdapat dalam lampiran  Riordan IVC.Terdapat juga kemungkinan2 tertentu yang protokol ini tidak begitu sesuai dengan jenis2 kanser tertentu dan adakalanya sangat berkesan dengan jenis2 kanser tertentu.

Apa jua keadaan emailkan kepada saya untuk dikongsi bersama dalam website ini.

 

 

Terapi Vitamin C intervenous atau suntikkan adalah merupakan terapi kanser secara bersendirian dan telah dipraktikkan sejak berpuloh tahun yang lampau olih ramai pakar kanser alternatif dunia.Malah ia biasanya digabungkan bersama pelbagai jenis terapi alternatif yang lain umpamanya terapi Vitamin B17.Adakalanya ia digunakan bersama supliment tertentu dan mudah didapati di farmasi2 di Malaysia,cumanya ramai diantara kita tidak mengetahui cara penggunaannya untuk masaalah2 yang berkaitan dengan kanser.

 

Lantaran itu jika anda tidak berkemampuan untuk menggunakan terapi Vitamin B17,kaedah intervenous Vitamin C adalah lebih murah untuk diambil setiap hari.Harga sekotak Vitamin C iv  adalah sekitar RM150 ke RM200 sekotak yang bolih digunakan selama 3 ke 4 hari bergantung kepada kondisi kanser anda.Penggunaanya tidak mempunyai  had jangkamasa tertentu sehinggalah anda merasakan kesihatan anda bertambah baik atau ujian perubatan menunjukkan tiada lagi sel2 kanser dalam badan.Namun demikian mengikut Dr Hoffer jangkamasa 2 hingga ke 4 bulan adalah memadai untuk menunjukkan kesan2 penyembuhan.

 

Seterusnya saya akan paparkan kepada anda pengalaman Dr Hoffer yang amat menarik untuk dikongsi bersama yang saya terjemahkan sekadar yang mampu untuk renungan bersama.Untuk membaca biografi Dr Hoffer sila klik SINI

DR LINUS PAULING

 

“Kami telah meningkat kualiti hayat  pesakit kanser  daripada 5.7 bulan kepada kira-kira 100 bulan, satu perbedaan , yang sangat besar. Terdapat penurunan yang amat besar dalam kesakitan dan kegelisahan. Vitamin C merupakan  satu komponen yang penting  dalam setiap program rawatan kanser.”

 

Prosedur klinikal kaedah  Merawat Pesakit Kanser tenat dengan Vitamin C
oleh Abram Hoffer, M.D., Ph.D

 

Saya bukan pakar onkologi, saya bukan seorang pakar patologi dan sebenarnya , saya bukanlah doktor, Saya seorang ahli psikiatri. Oleh itu, anda mungkin ingin tahu apa yang dibuat  oleh seorang ahli psikiatri dalam bidang perubatan  kanser. Saya fikir ia soalan yang manasabah dan wajar  saya  memberitahu anda secara ringkas bagaimana saya masuk ke bidang yang  sangat menarik ini.

 

Pada tahun 1951, saya telah dilantik ke jawatan  pengarah penyelidikan psikiatri untuk Jabatan Kesihatan untuk wilayah Saskatchewan. Saya tidak tahu apa yang perlu dilakukan. Saya mempunyai satu kelebihan utama yang pada pendapat saya lebih daripada rakan-rakan saya. Masaalah yang paling penting pada masa itu adalah penyakit schizophrenias.Mereka masih memenuhi lebih  separuh katil2 dihospital  dan kita masih tidak mempunyai satu rawatan yang berkesan.

 

Dr. Humphry Osmond dan saya mula menyelidik skizofrenia. Kami membangunkan hipotesis bahawa mereka yang diserang  skizofrenia akan menghasilkan bahan kimia toksik yang dibuat dari adrenalin, adrenochrome . Adrenochrome adalah hallucinogen yang kami rasakan telah menghasilkan toxemia, dalam erti kata lain  adrenochrome bekerja didalam  otak sama seperti penyakit LSD.Pada peringkat ini itulah hipotasis kami.Kami juga faham  bahawa kebanyakan hipotesis adalah salah. Kami tidak fikir akan menjadi betul tetapi kami  merasakan bahawa oleh kerana kita tidak mempunyai banyak pilihan kita harus bekerjasama untuk membangunkan rawatan untuk pesakit skizofrenia.Sebenarnya kami tidak mempunyai apa-apa rawatan yang berkesan.Apa yang ada ialah  rawatan “renjatan ” yang hanya bersifat sementara .Adrenochrome dihasikan dari adrenalin, jadi saya fikir jika kami boleh melakukan sesuatu untuk mengurangkan pengeluaran adrenalin,kita berupaya untuk  menghalang pengoksidaan adrenalin untuk adrenochrome, dengan cara tidak langsung  kita mungkin mempunyai terapi untuk pesakit skizofrenia

 

 

Dari sini ia membawa kami untuk melihat dua jenis bahan kimia. Satu dipanggil asid nikotinik atau vitamin B-3. Vitamin B-3 dikenali sebagai penerima methyl, yang,  semakin berkurangan dalam badan pesakit.Pengurangan  methyl boleh mengurangkan penukaran noradrenalin adrenalin Perkara kedua ialah kami  mahu menggunakan vitamin C sebagai antioksidan. Mengimbas kembali keadaan pada masa itu  ia kelihatan  kita telah  30 atau 40 tahun ketinggalan mengenai  teori antioksidan,

 

Kami mahu mengurangkan pengoksidaan adrenalin untuk adrenochrome. Vitamin C akan melakukannya tetapi ia mungkin tidak begitu berkesan. Dan yang menarik perhatian kami  ialah penggunaan  kedua-dua vitamin, vitamin C dan vitamin B-3. Saya mempunyai kelebihan kerana saya telah mengambil Ph.D. saya di Universiti Minnesota dalam bidang  vitamin, jadi saya tahu latar belakang  mengenainya. Itulah sebabnya kita mula bekerja dengan kedua-dua sebatian ini.

 

Mengapa kami  mula bekerja dalam bidang  kanser? Kami  tertanya-tanya tentang apa yang bolih dilakukan olih kedua2 sebatian ini untuk masaalah kanser. Saya masih ingat bahawa pada tahun 1952 pada waktu itu  saya bekerja dalam  bidang psikiatri di Wing Munroe yang merupakan sebahagian daripada Hospital Besar di Regina,

 

Seorang wanita yang   telah dibuang payudaranya  kerana kanser telah dimasukkan ke wad kami. Beliau menjadi seorang pesakit  psikotik. Wanita miskin ini telah menderita akibat berlaku ulser yang teruk  akibat luka pembedahan dan tanpa tanda  penyembuhan akibat berlaku  kecelaruan toksik. Psikiatris beliau memutuskan untuk  memberi rawatan “renjatan” dmana ia merupakan satu2nya jenis  rawatan yang  terdapat pada masa itu.

 

Saya memutuskan akan  memberi vitamin C. Sebagai pengarah penyelidikan, saya mempunyai pilihan untuk berjumpa  doktor beliau dan meminta menyerahkan kes beliau kepada saya.Kebetulan doktor yang merawat beliau adalah kenalan saya.Beliau berkata kepada saya “ya, anda boleh merawat  dia.”  “Saya akan menahan rawatan renjatan selama tiga hari.”

 

NOTA

 

Shock Thearapy ( Terapi Renjatan ) dikenali juga sebagai “Electroconvulsive therapy ”  (ECT), dahulunya dikenali sebagai “electroshock,” adalah  kaedah dalam skop  rawatan psikiatri di gunakan untuk  penyakit  sawan ( seizures ).Gelombang  elektrik dihalakan kedalam badan    ketika  pesakit dalam keadaan diberikan ubat bius untuk kesan terapeutik.Walaupun kesan2  cara tindakbalasnya tidak diketahui  namun cara   ini ( ECT )dianggap  paling sering disyorkan untuk digunakan sebagai rawatan bagi masaalah kemurungan yang teruk yang tidak memberi tindakbalas  kepada rawatan yang lain.Ia  mula  diperkenalkan pada tahun 1938  oleh ahli  “neuropsychiatrists”  Italy  Ugo Cerletti dan Lucio Bini, dan digunakan dengan agak meluas sekitar tahun  1940-an dan 1950-an.

 

 

Saya berpendapat dengan memberikan pesakit tersebut sebanyak 3  gram Vitamin C Suntikkan setiap hari, yang merupakan dos yang biasa kami gunakan  pada masa itu, untuk tempoh beberapa minggu,Tetapi apabila doktornya  memberitahu,  saya hanya  mempunyai tiga hari sahaja, saya memutuskan bahawa cara ini tidak akan memberikan apa2 kesan. Oleh itu, saya memutuskan untuk memberikan 1  gram setiap jam. Saya mengarahkan jururawat  supaya pesakit tersebut  diberi  1 gram  vitamin C  setiap jam kecuali ketika dia sedang tidur. Apabila dia terjaga, dia akan diberikan  jumlah vitamin C  yang  tidak dapat diberikan semasa dia tidur.

 

Kami bermula pada pagi Sabtu dan apabila doktor datang kembali pada pagi Isnin untuk memulakan rawatan kejutan pesakit tersebut berada dalam keadaan mental yang normal. Saya hanya  ingin tahu, jika vitamin C yang telah disuntik selama 3 hari yang lalu akan memberikan sebarang kesan terapeutik. Apa yang mengejutkan kami luka dan ulser  pada payudara beliau mula sembuh. Beliau telah dibenarkan pulang  dengan tidak menjalani rawatan “shock therapy”  walaupun  masih mempunyai kanser dan beliau meninggal dunia enam bulan kemudian  akibat dari kanser beliau. Ini adalah satu pemerhatian menarik  dan  tidak dapat saya lupakan.

 

Pada tahun 1959, kita mendapati bahawa majoriti pesakit skizofrenia mempunyai sesuatu yang dikumuhkan dalam air kencing mereka satu faktor yang kita panggil mauve factor, yang kami telah dikenal pasti sebagai kryptopyrrole.

 

NOTA

 

Skizofrenia  adalah penyakit berkaitan gangguan mental yang bercirikan  kecelaruan  pemikiran dan tindak balas emosi yang lemah.

Penambahan kadar “kryptopyrrole” adalah terma  yang diguna pakai  untuk menerangkan mengenai apa yang dikenali dengan nama  “Pyroluria”.Ia merujuk  kepada  punca pengeluaran terlalu banyak “kryptopyrrole” (KP) atau “hemepyrrole” (HP) di dalam darah.Kryptopyrrole pada tahap yang tinggi boleh menyebabkan kemurungan teruk
Gejala-gejala kencing berlebihan merupakan sesuatu yang tidak normal yang dikaitkan dengan  kryptopyrrole.

“mauve factor”  adalah sejenis bahan kimia yang terdapat dalam air kencing yang merubah warna kertas ujian dengan warna merah yang pudar seperti warna senja pada ufuk.

 

 

Saya sedang mencari sumber yang baik  untuk menerangkan mengenai faktor  kencing ini. Kami berpendapat  bahawa majoriti  pesakit schizophrenics mempunyai gejala kencing berlebihan. Kami berpendapat  bahawa orang  yang normal  tidak mempunyai gejala ini namun  saya berminat untuk mengkaji  berapa ramai  orang yang dalam keadaan tertekan  ( stress ) menunjukkan faktor yang sama.

 

Oleh itu saya menjalankan  satu kajian terhadap pesakit di wad fizkal  Hospital Universiti Pesakit2 diwad ini  telah mengalami pelbagai kesan  fizikal akibat pelbagai penyakit termasuklah  kanser.Apa yang mengejutkan saya  ialah bila mendapati  bahawa separuh daripada pesakit  kanser paru-paru juga mempunyai faktor berkenaan air kencing. Menjelang tahun 1960, seorang lelaki yang sangat terkenal Saskatchewan, salah satu profesor bersara  telah dimasukkan ke jabatan psikiatri di hospital kami. Beliau adalah seorang psikotik. Beliau telah didiagnosis sebagai mempunyai “bronchiogenic carcinoma”.Biopsi  dan sinaran x ray telah mengesahkanya malah tumor  juga dapat dilihat dalam  peralatan   bronchoscope.

 

 

Para doktor berpendapat dia menjadi seorang yang psikotik adalah kerana sel2 kanser telah pun terdapat dalam otaknya. Olih kerana dia telah tergulong dalam pesakit  psikotik kaedah pembedahan tidak dapat dilakukan, sebaliknya mereka memberi dia sinaran kobalt ( cobalt radiation). Namun ia tidak berkesan terhadap masaalah penyakit  psikosisnya. Beliau telah dimasukkan ke wad kami di mana beliau tinggal selama kira-kira dua bulan dalam keadaan penyakit  psikotik. Dia telah diletakkan dalam senarai terminal dalam wad kami.Saya menjangkakan dia mungkin mempunyai “mauve factor” dalam air kencingnya dan dalam analisis kami dia mempunyainya dengan jumlah yang banyak.

 

 

Daripada pengalaman saya yang lepas2, jika pesakit seperti ini diberikan dengan jumlah yang banyak Vitamin B3 dan Vitamin C tanpa menghiraukan diagnosis keadaan penyakit,mereka cenderung untuk menjadi bertambah baik.Saya memulakan dengan memberikan 3 gram Vitamin B,manakala  Vitamin C  diberi diberi pada hari Jumaat. Pada hari Isnin beliau berada dalam keadaan normal.Beberapa hari kemudian saya berkata kepadanya, “Adakah anda faham bahawa anda menghidap kanser?” Dia berkata, “Ya, saya tahu”. Beliau mesra dengan saya kerana saya telah merawat isterinya untuk masaalah  ketagihan arak beberapa kali sebelumnya. Saya berkata kepadanya, “Jika anda  bersetuju untuk mengambil kedua-dua vitamin ini selagi anda hidup, saya akan menyediakan untuk anda tanpa sebarang caj.

 

 

Pada tahun 1960, saya adalah satu2nya doktor  di Kanada yang mempunyai akses kepada kuantiti yang besar vitamin C dan niacin ( Vitamin B3). Pihak kerajaan telah mengedarkan kedua2 jenis vitamin suntikan ini melalui dispensari hospital kami. Beliau bersetuju. Ini bermakna beliau terpaksa datang ke pejabat saya setiap bulan untuk mengambil dua botol vitamin.Saya tidak  begitu pasti adakah ini bolih  membantu dalam masaalah kanser beliau.Pada masa itu  saya hanya berminat dalam masaalah keadaan psikolog beliau.

 

 

Saya agak terkejut selepas 12 bulan beliau masih hidup.Saya bertanyakan pada doktor yang mula2  merawat beliau  dahulu yang kini seorang Pengarah klinik kanser. “Apakah yang anda fikir tentang lelaki ini?” Dan dia berkata, “Kita tidak faham bagaimana ini berlaku.Kami  tidak menjumpai apa2 tumor lagi”.Saya menjangkakan beliau akan berkata tumor pada lelaki ini telah menjadi semakin kecil. Jadi saya bertanya lagi. “Baiklah, apa reaksi anda dengan ketiadaan tumor tersebut?” Beliau menjawab, “Kami jangkakan telah membuat diagnosis yang silap”. Pesakit tersebut bagaimanapun meninggal dunia 30 bulan kemudian disebabkan penyakit berkaitan jantung.

 

 

Berikut adalah satu lagi kes yang sangat menarik. Beberapa tahun kemudian, seorang ibu yang telah saya rawati dahulu  untuk masaalah kemurungan datang kembali untuk bertemu  saya. Sekali lagi dia tertekan. Beliau berkata beliau mempunyai seorang anak perempuan berumur  16 tahun, yang baru sahaja telah didiagnosis  mempunyai “sarcoma osteogenic pada lengannya. Pakar bedah beliau telah mengesyorkan supaya lengan tersebut dipotong. Dia sangat tertekan dalam tempoh ini dan jadi saya bertanya kepadanya, “Adakah anda fikir anda boleh memujuk pakar bedah anda supaya tidak memotong lengan kanan anak anda?” Lalu  saya memberitahu padanya cerita tentang seorang lelaki dengan kanser paru-paru yang pernah saya rawat.

 


Beliau membawa anak perempuannya kepada saya  dan saya mula memberi kepadanya  Nikotinamida ( Vitamin B ), 3 gram sehari, ditambah vitamin C, tiga gram sehari. Beliau  pulih dengan baik,tanpa perlu membuang lengannya. Tetapi kali ini saya membuat kesimpulan bahawa mungkin Vitamin B-3 adalah faktor terapeutig dalam penyembuhan tersebut Sebabnya mudah,saya sangat berminat dengan Vitamin  B3 dan saya tidak mempunyai kepentingan dengan vitamin C.

 

 

Apabila saya berpindah ke Victoria, satu lagi perkara  pelik berlaku, Pada tahun 1979, seorang wanita yang mempunyai  jaundis, selepas  pembedahan doktor mendapati terdapat sebiji tumor berukuran  6 cm pada  kepala pankreas. Mereka terlalu takut untuk melakukan biopsi, prosidur  standard untuk rawatan kanser. Doktor berpendapat  bahawa biopsi mungkin akan menyebarkan tumor. Pakar bedah menutup kembali kawasan pembedahan  dan memberitahunya untuk menulis wasiat beliau. Mereka berkata ia mempunyai tiga hingga enam bulan untuk hidup. Beliau merupakan seorang wanita yang amat cekal  dan dia telah membaca  sebuah buku bertajuk ” Anatomy of an Illness.. Lalu beliau berkata kepada doktornya, “pergi jahanam dengan pendapat itu, saya tidak akan mati.” Dan dia mula mengambil vitamin C  secara sendiri sebanyak 12 gram  setiap hari. Apabila doktor mendapat tahu  apa yang beliau lakukan, beliau meminta dia  berjumpa dengan saya, kerana pada masa saya telah dikenali sebagai seorng doktor yang sangat bermiat dengan vitamin.

 

 

Saya mulakan dengan menyuntiknya  40 gram vitamin C setiap hari, yang saya tambah niasin ( vitamin B3 ), zink dan pelbagai vitamin, penyediaan multimineral. Saya menyarankan agar  dia menukar diet dengan menjauhkan diri daripada protein dan lemak yang tinggi. Saya tidak mendengar khabar dari beliau  selama kira-kira enam bulan. Pada sautu Ahad, beliau menelefon saya. Biasanya, bila saya mendapat panggilan daripada pesakit pada hari Ahad, ia adalah berita buruk. Dia terus berkata, “Dr. Hoffer, berita baik! Saya bertanya,” Apa yang berlaku? “Dia berkata,” Mereka telah melakukan imbasan CT dan mereka tidak menjumpai  tumor tersebut.Doktornya tidak percaya tumor itu telah tiada dan mereka membuat keputusan mesin imbasan telah tersilap membuat bacaan lalu melakukan imbasan kedua namun tumor tersebut tidak juga dijumpai. “Beliau membuat CT scan terakhir pada  tahun 1984 ianya masih negatif.Beliau  masih hidup dan baik sehingga kehari ini.

 

 

Pada saat  ini, saya telah mempelajari mengenai  Dr Cameron dan hasil kerja Dr Pauling mengenai  vitamin C dan saya mula menyedari  bahawa faktor terapudik utama  mungkin vitamin C berbanding vitamin B-3. Ini mungkin kerana bersandarkan  kepada 4 kes yang saya bentangkan.Orang mungkin menggangap 4 kes tersebut mungkin agak kebetulan,persoalannya ialah berapa banyak kebetulan yang dapat seorang doktor dapat lihat disepanjang kariernya?.Saya tidak tahu.Mungkin ini adalah satu keadaan luar biasa.Saya tidak tahu.

 

 

Kes terakhir adalah mengenai pesakit saya yang lahir pada  tahun 1908. Ibunya meninggal dunia akibat kanser dan bapanya mati kerana  masaalah jantung  pada usia 80 tahun. Pesakit saya ini terkena serangan jantung  pada tahun 1969, dan serangan kedua  pada tahun 1977, diikuti dengan pembedahan pintasan koronari. Pada bulan Mac tahun 1978, beliau tiba-tiba terasa  sakit di pangkal paha kirinya membawa ke  bawah kaki kiri. Pada bulan Februari 1979, terdapat benjolan  di pangkal paha kiri.Beliau mengalami  kesakitan yang teruk bila membuat  pergerakan.

 

 

Dalam prosidur pembedahan doktor menemui  tumor jenis  sarcoma dan telah berjaya dikeluarkan namun tumor sebesar buah anggur masih tertinggal dibelakang tidak dapat dikeluarkan. Tumor  juga dikesan menyusup masuk ketulang rawan zakarnya. Pada bulan Mac, beliau menjalani  radiasi paliatif  pada separuh bahagian kiri badannya dengan kekuatan 4500 rad. Kesakitan tersebut telah hilang setelah rawatan radiasi berakhir.

 

 

Pada 28 Mei, beliau mengalami  jangkitan Staph yang sangat teruk, dan pada bulan Jun dia berasa sangat tertekan kerana isterinya telah mati kerana kanser, dan kini  dia  menderita akibat  jangkitan kronik. Pada bulan Julai luka beliau masih mengeluarkan cecair dan  jisim2  yang boleh dilihat dan dirasai di kawasan “palpable”  kiri di atas ligamen inguinial.

 

 

NOTA

Staph atau Staphylococcus adalah bakteria genius  terdiri dari  beberapa spesis yang boleh menyebabkan pelbagai jangkitan pada  manusia dengan menghasilkan toksin yang merbahaya.

 

Pertama kali dia bertemu saya pada bulan  Januari  1980, dan saya bermula dengan memberikan beliau  suntikkan sebanyak 12 gram asid askorbik ( Vitamin C )  setiap hari.Saya juga   mencadangkan kepada doktornya  memberinya IV asid askorbik, 2,5 gram, dua kali seminggu, yang beliau bersetuju dengan cadangan saya. Saya juga memberinya niasin ( vitamin B ), vitamin B6 dan zink untuk mengimbangi. Pada bulan April, jisim tersebut mula mengecut  dan onkologist menulis dalam lapurannya seperti berikut, “Perkara ini sangat menarik  barangkali disebabkan faktor  lain bukannya faktor Vitain C  seperti yang dicadangkan olih pesakitnya. Dalam erti kata lain, pesakit itu berkata, vitamin C membantu dan pakar onkologi berkata, tidak lalu  pakar onkologi meletakkan nota dalam fail pesakit seperti berikut, “Dia mungkin bertindak balas kepada kemoterapi.” Tetapi pesakit ini  tidak pernah menjalani kaedah  kemoterapi. Jangkitan tersebut telah benar2 telah hilang.

 

 

Pada bulan Mei 1980, beliau telah menjalani ujian x-ray yang menunjukkan pembinaan semula tisu tulang rawan pada  kemaluan.Pada bulan Julai beliau menulis surat kepada saya menyatakan rasa shukur kerana telah menjadi semakin sihat.Pada bulan Februari tahun 1988, beliau pulang ke klinik kanser bagi rawatan kanser  karsinoma pada kulit muka yang berulang. Beliau meninggal dunia pada musim gugur tahun 1989 berkaitan penyakit koronari pada umur  81 tahun. Lelaki ini hidup  10 tahun selepas didiagnosis dengan kanser,

 

 

Aktiviti saya dalam bidang kanser  mula berkembang mungkin kerana pesakit pertama yang saya rawat merasakan adalah menjadi tanggungjawabnya  menghebahkan kepada umum yang  saya mempunyai penawar untuk kanser. Sekarang saya harus memberitahu anda cara saya bekerja dalam bidang ini di Kanada.Pesakit perlu dirujuk olih seseorang kepada saya.Saya tidak mengiklankannya.Setiap pesakit yang datang ke pejabat saya mesti dirujuk oleh doktor keluarga mereka atau oleh pakar, Pada tahun-tahun awal, pesakit biasanya pergi kepada doktor mereka dan berkata, “Saya telah menjalani semua kaedah rawatan anda dan anda mengatakan tiada apa lagi yang mampu anda lakukan.Olih itu saya meminta anda merujuk kes saya kepada Dr Hoffer”. Beberapa orang doktor kini telah mula merujukkan pesakit kanser mereka kepada saya.

 

Saya mendapati  80% daripada pesakit saya telah gagal untuk bertindak balas terhadap mana-mana gabungan rawatan, termasuk pembedahan, radiasi atau chemotherpy. Biasanya  pesakit  diberitahu olih doktor yang merawat, tiada apa yang mereka boleh lakukan. Kebanyakan pesakit2 ini berada pada tahap  terminal, tetapi tidak semua. Saya melihat 3-5 kes baru kanser setiap minggu. Kesemua mereka telah dirawat oleh doktor mereka sendiri, ontologist mereka sendiri, pakar bedah mereka sendiri. Apa yang saya lakukan adalah menasihati mereka mengenai diet dan jenis nutrien yang patut diambil.Saya melihat peluang pesakit2 ini untuk sembuh lebih cerah sekiranya mereka dapat sampai awal kepada saya sebelum kanser menjadi bertambah parah.Secara keseluruhannya pesakit menjadi semakin ceria dan selesa dan mereka juga hidup lebih lama.

 

Beberapa tahun yang lalu, saya menyertai  mesyuarat di Woods Hole dengan Linus Pauling. Ini adalah kumpulan rencanakan  untuk Dr. Arthur Sackler. Saya memberitahu Linus yang saya  berpendapat bahawa saya telah mula melihat impak yang baik dalam program  vitamin C  mereka. Dr Pauling menggalakkan saya untuk bekerja, untuk melakukan satu kajian yang teliti dan menulis untuk penerbitan, yang ingin saya lakukan.

 

 

Saya telah meneliti setiap pesakit kanser yang dirujuk kepada saya antara Julai 1978 dan April 1988 dan telah mengikuti mereka hingga ke Januari 1990 tanpa meninggalkan satu kes pun. Sejumlah 134  pesakit kanser saya teliti. Dan saya cattatkan tarikh dan  masa mereka mula-mula berjumpa saya semenjak hari pertama lagi. Satu-satunya perkara yang saya  ingin lihat adalah kelangsungan hidup setiap dari mereka. Saya mahukan data yang kukuh  yang tidak bolih dipertikaikan olih sesiapa.Saya tidak akan mengatakan adalah  adalah lebih baik atau tidak baik kerana perkara ini bersifat subjetif.

 

 

Dari jumlah 134 pesakit saya pecahkan kepada 2 bahagian.Kepada kumpulan yang tidak berapa berjaya ia bukanlah kesalahan saya sepenuhnya kerana saya merawat mereka dengan cara yang sama.Saya tidak pernah merancang sautu perspektif kajian yang semborono.Apa yang saya lakukan ialah menasihatkan mereka perkara2 yang sepatutnya mereka lakukan mengenai kanser mereka.Jika sedang menjalani kaedah sinaran radiasi saya cadangkan mereka meneruskannya.

 

 

Jika mereka sedang dalam kaedah kimoterapi saya cadankan mereka meneruskannya.Saya tidak pernah menasihatkan pesakit2 ini tentang apa2 kaedah rawatan konvensional yang sedang mereka jalani. Walau bagaimanapun, daripada-134 pesakit , terdapat 33 yang tidak melakukan atau tidak dapat mengikuti program ini. Sebagai contoh, kemoterapi, mereka menjadi  loya saehingga tidak berupaya untuk mengambil apa2 vitamin yang disyorkan.Terdapat juga diantara mereka yang tidak mempercayai program ini.

 

 

Saya masih ingat seorang wanita yang menghidap  kanser payudara datang berjumpa dengan saya dan saya menasihatkannya  apa yang  perlu dia ambil. Beliau kemudiannya berjumpa dengan onkologisnya dan memberitahu apa yang telah saya nasihatkan kepadanya.Onkologis tersebut telah mentertawakannya  dan membuatkan beliau menjadi sangat malu.Beliau tidak mengikuti program saya ini Dia meningal dunia 2 atau 3 bulan kemudiannya.

 

 

Satu lagi kes seorang doktor yang menghidap kanser dan telah diberi tempoh 30 hari untuk hidup. Beliau telah meninggalkan isterinya dan berpoya poya dengan teman2 wanitanya.Sebaik sahaja diberitahu bahawa beliau akan mati dalam masa 30 hari lagi beliau memutuskan untuk menghabiskan tempoh 30 hari tersebut sebaik mungkin.Dia mengembara ke seluruh Amerika  bersama teman wanitanya.Teman wanitanya telah membawa beliau menemui saya kerana mahukan teman lelakinya hidup lebih dari 30 hari.Malangnya doktor tersebut tidak percaya dan dia pun  tidak pernah memulakan program ini. Beliau kembali ke Amerika dan meninggal 30 hari kemudian.Ini adalah sekadar beberapa contoh orang-orang yang tidak akan atau tidak dapat mengikuti program ini, Atau mereka tidak  berada dalam mengenai program vitamin ini cukup lama. Saya juga  mendapati bahawa mereka mesti berada dalam  program ini sekurang-kurangnya dua bulan sebelum mula bekerja. Ini adalah “pseudocontrols” saya.

 

Manakala seramai 101 pesakit  yang lain yang  berada dalam program ini  sekurang-kurangnya dua bulan .Beberapa  orang  melanjutkannya hingga bulan ke tiga atau ke empat.Secara purata kebanyakka mereka berada selama 2 bulan dalam program ini. Saya telah digalakkan oleh Linus Pauling untuk mengikuti perkembangan mereka.

 

 

Selanjutnya berikut adalah kaedah yan digunakan olih Dr Hoffer.Ini adalah  jenis yang dicatatkan secara sepintas lalu supaya anda memahami komponen2 penting yang perlu diambil bersama Terapi Vitamin C.Untuk  maklumat lengkap dan terpeinci sila klik  pada  fail PDF ini.

 

 

# Perkara pertama yang perlu ditekankan ialah semangat pesakit untuk terus hidup dan semangat berjuang

# Menghapuskan tabiat permakanan yang pro kanser seperti produk berlemak,gula dan sebagainya

# Namun beliau tidak menghapuskan terus daging yang baik dan ikan

# Beliau menyarankan pengambilan sayuran dan buah2an yang banyak khususnya yang mempunyai nilai yang tinggi Vitamin C.

# Mengambil 12 gram suntikkan sehari Vitamin C

# Mengambil oral Vitamin C  1  sudu teh 3 kali sehari.Jika pesakit tidak mengalami dirhea mereka digalakkan untuk mengambil lebih banyak

# Mengambil vitamin B3 sebanyak dari 500 gram hinga 1500 gram sehari.

# Vitamin B complex sebanyak  50 ke 100 gram

# Vitamin E sebanyak 800 to 1200 I. U.

# Beta Carotene sebanyak 25,000 to 75,000 units .

# Vitamin A

# Folic Acid untuk  kanser paru paru  dan kanser uterus

# selenium, 200 mcg, 3 kali sehari atau 600 mcg untuk jenis kanser limfoma

# Zinc terutamanya untuk kanser prostat

# calcium-magnesium

 

 Maklumat Tambahan

 

Vitamin C  IV disyorkan untuk diambil  bersama dadah kioterapi atau sinaran radiasi.Namun ramai doktor tidak mahu melakukannya kerana mereka berpendapat ia menganggu keberkesanan dadah kimo untuk bertindak keatas sel2 kanser.Para penyelidik Vitamin C  menyangkal pendapat ini dengan berkata Vitamin C sebenarnya mampu mengurangkan kesan2 sampingan dadah kimo sebaliknya ia berupaya mempertingkatkan keberkeanan dadah kimo itu sendiri memusnahkan sel2 kanser.

 

 

Satu kajian yang dilakukan di Universiti Calarado Amerika Syarikat menyatakan jika dadah kimo jenis 5 FU digunakan bersama Vitamin C IV ia mampu mengekang percambahan sel2 kanser sehingga 95.5 peratus berbanding 35 peratus jika 5 FU digunakan secara bersendirian.Sementara untuk sinaran radiasi jika digunakan bersama vitamin c iv ia mampu mengekang sehingga 98 peratus percambahan sel2 kanser berbanding  72 peratus jika sinaran radiasi digunakan secara bersendirian.

source

*Prasad KN, Kumar A, Kochupillai V & Cole WC. High Doses of Multiple Antioxidant
Vitamins: Essential Ingredients in Improving the Efficacy of Standard Cancer therapy.
Journal American College of Nutrition 18:13-25, 1999

 

 

Vitamin  C biasanya bertindak sebagai antioksida apabila digunakan dalam dos yang lebih rendah.Dalam bidang farmaskologi dos sebanyak 50 hingga 200 gram Vitamin C  dalam bentuk iv atau suntikka akan bertindak sebagai agen pro oksida.Dos yang tinggi ini akan membebaskan hidrogen peroksida yang bolih membunuh sel2 kanser.Sementara sel2 yang sihat mempunyai enzim katalase yang berfungsi mendetokfikasikan hidrogen peroksida.Sel2 kanser mempunyai tersangat kurang katalase dengan itu ia tidak dapat mendetokfikasikan hidrogen peroksida .Ini akan mengakibatkan sel2 kanser mati sementara sel2 yang sihat tidak terjejas.

 

Vitamin C  berupaya  mengawal leukemia jenis myelocytic dengan 25-30 gram diambil secara oral  setiap hari. Dengan pengambilan dari 100 gram hingga 300 gram sehari jenis suntikkan selama 2 ke 3 bulan ia mampu  merawat  pelbagai jenis kanser maglinan.

source

Frederick R. Klenner, M.D

 

 

Pengambilan Vitamin C dan Vitamin B17

 

Dr Frederick R Klemmer MD berpendapat dengan mengunyah biji aprikot pahit sebanyak 30 hingga 40 biji sehari  akan menghasikan cynide yang mencukupi untuk membunuh sel2 kanser manakala Vitamin C akan berperanan melindungi badan ( dengan menukarkannya kepada asid perut )  dari gejala2 yang ditimbulkan olih ketoksidan cynide.Namun doktor2 alternatif kanser di hospital Mexico berpandangan penggunaan Vitamin C IV  bersama suntikkan leaterile adalah pemangkin kepada keberkesanan Leaterile dalam misi membunuh sel2 kanser terutamanya yang berkaitan dalam memperteguhkan sistem imun.

 

 

 Jenis Vitamin C yang terbaik 

Perlu diketahui terdapat pelbagai jenis Vitamin C  iv dengan pelbagai jenama.Masaalahnya terdapat dengan banyaknya dalam pasaran jenis2 vitamin C samada yang diambil melalui suntikkan dan yang diambil secara oral diperbuat dari sumber2 yang diubah secara genetik.Jenis ini tidak berkesan untuk merawat kanser dan ia akan dilupuskan kedalam pundi kencing.Pengambilan pada jangkamasa panjang  dan dalam kuantiti yang banyak  akan menyebabkan terjadi gejala batu karang.Saya mencadangkan Vitamin C IV yang diimpot dari Germany,France atau Eropah kerana negara2 ini telah mengharamkan penghasilan produk2 yang diubahsuai genetiknya.Negara Jepun juga mempraktikkan peraturan yang sama.Jika anda ingin membeli vitamin C jenis  yang dimakan atau diminum,ekstrak dari ubi kayu adalah yang terbaik.

nota

Untuk langkah pencegahan dari keujudan batu karang ( walaupun jarang berlaku jika menggunakan jenis vitamin c yang tidak diubah genetiknya )mereka mencadangkan pengambilan magnesium oxide (300mg dan  vitamin  B6 10mg secara oral

 

 

 Dosage Vitamin C  IV

 

Dosage permulaan yang dicadangkan olih ramai pakar2 Vitamin C iv adalah sebanyak  15 gram 1 atau 2 kali seminggu.Terdapat pendapat lain yang mengatakan apabila anda memulakan kaedah vitamin C iv anda tidak bolih berhenti sehingga anda disahkan telah bebas dari kanser.Rasional pendapat ini ialah jika anda berhenti mengambil dos vitamin C sel2 kanser akan berusaha membina imuniti terhadap vitamin C.Saya berpandangan adalah baik anda memulakan dengan mengambil 3 gram setiap hari secara berterusan ditambah dengan pengambilan vitamin C jenis oral.

 

Jenis kanser yang bermestasis ke paru paru dan hati mereka mencadangkan pengambilan sehingga 30 gram 1 atau 2 kali seminggu.Untuk jenis kanser renal carcinoma juga disarankan dengan dosage yang sama.

Jenis kanser payudara yang bermestasis ke tulang disarankan untuk mengambil sehingga 100 gram 1 atau 2 kali seminggu.

 …akan dikemaskini….

 

Intravenous vitamin C cancer therapy

Reprint – Orthomolecular Medicine News Service, April 14, 2011

INTRAVENOUS VITAMIN C AS CANCER THERAPY:

Free Access to Twenty-One Expert Video Lectures Online

 

 

Scientists have long studied the effects of mega-doses of vitamin C to treat a wide variety of illnesses and diseases. Research documents vitamin C as one of the best antiviral agents available. Vitamin C has been shown to neutralize and eliminate a wide range of toxins, and to enhance host resistance, greatly augmenting the immune system’s ability to neutralize bacterial and fungal infections. Most importantly, there is extensive published research demonstrating vitamin C’s anti-cancer properties. (1)

 

 

In the 1970s, Hugh D. Riordan, M.D. and colleagues began studying the underlying causes of cancer and ways to treat cancer in a non-toxic fashion. From this research came the Riordan Intravenous Vitamin C Protocol for Cancer. (2) This protocol is widely recognized in the integrative and orthomolecular medicine community and is commonly used as an effective adjunct to conventional oncologic therapy.

 

 

Oncologist Victor Marcial, M.D., has experience using it. He says: “We studied patients with advanced cancer (stage 4). 40 patients received 40,000-75,000 mg intravenously several times a week. . . In addition, they received a diet and other supplements. The initial tumor response rate was achieved in 75% of patients, defined as a 50% reduction or more in tumor size. . . As a radiation oncologist, I also give radiation therapy. Vitamin C has two effects. It increases the beneficial effects of radiation and chemotherapy and decreases the adverse effects. But this is not a subtle effect, is not 15-20%, it’s a dramatic effect. Once you start using IV vitamin C, the effect is so dramatic that it is difficult to go back to not using it.” (3)

 

 

In 2009 and 2010, Riordan IV-C and Cancer Symposiums brought together medical professionals, researchers and IV-C practitioners from the United States and abroad. The latest advancements in intravenous vitamin C cancer therapy were presented in detail, recorded on video, and are now available for free access at http://www.riordanclinic.org/education/symposium/2009.shtml (twelve lectures) and http://www.riordanclinic.org/education/symposium/2010.shtml (nine lectures)

 

OMNS readers are urged to have their physicians (especially oncologists) watch these important presentations.

 

KEPERLUAN VITAMIN C

Vitamin C tidak terbina atau dihasiLkan olih badan kita,walaupun keperluan kepadanya agak mendesak.Manusia tidak seperti sesetengah haiwan yang membina sendiri keperluan Vitamin C dalam badan mereka.Olih itu manusia mendapatkan Vitamin C dari makanan.

Antara simptom2 berlaku akibat kekurangan Vitamin C ialah seperti

kerap terjadi pendarahan dan bengkak gusi

mudah diserang selsema atau terkena jangkitan bakteria

kulit kekeringan

rambut kekeringan /pecah/gugur

pendarahan hidung

Dan gejala yang paling teruk adalah penyakit scurvy yang dibincangkan diatas.

 

 

Ia juga kerap dikaitkan dengan penyakit tekanan darah tinggi yang berkaitan dengan serangan “stroke”.Mungkin ramai diantara kita berpendapat penyakit osteoporosis ( kereputan tulang ) sering dikaitkan dengan kekurangan kalsium menyebabkan industri pembuatan susu mengaut keuntungan daripadanya.Namun beberapa kajian terkini membuktikan pengambilan susu berkalsium tinggi tidak menyumbang kepada pembinaan tisu tulang.Malah para doktor sering mengelirukan kita dengan membekalkan jenis dadah2 yang bermasaalah umpamanya bisbhosphonates yang kononnya untuk mengatasi masaalah kereputan tulang.Namun kajian terbaharu ia mungkin sahaja bakal menyumbang kepada berlakunya masaalah kanser.SUMBER.

 

 

Pakar2 nutrisi berpendapat sekiranya anda mengambil terlalu banyak kalsium ia hanya mendatangkan risiko kepada penyakit2 berkaitan jantung kerana kalsium secara bersendirian akan hanya melekap kepada otot2 jantung,arteri dan saluran2 darah yang mengakibatkan terjadi kerak pada bahagian dalam saluran darah yang menyumbang kepada masaalah penyakit jantung.

 

 

Sebaliknya mereka berpendapat diet biasa yang anda ambil telah memadai untuk keperluan kalsium jika ianya diserap dengan betul olih bahagian yang memerlukannya umpamanya tulang dan tulang rawan ( bone morrow ).Apa yang diperlukan adalah anda mempunyai cukup Vitamin C,Vitamin D3 dan Vitamin K2 ,badan akan meletakkan kalsium pada tempat yang sepatutnya Vitamin C umpamanya berfungsi

 

Memperkayakan tulang dengan mineral dan merangsang percambahan tisu tulang

Menghalang kemusnahan terlalu banyak tisu dengan mengaktifkan sel2 penyerap tisu tulang

Peredam ( dampers ) kepada proses stress oksidatif yang berkaitan dengan penuaan

Vitamin C adalah penting dalam proses sintesis kolagen.

 

Kajian telah menunjukkan bahawa pesakit kepatahan tulang yang terdiri dari gulungan tua mempunyai jauh lebih rendah tahap vitamin C dalam darah mereka daripada orang-orang yang tidak mempunyai gejala patah.

 

“our findings might indicate that a reduced serum concentration of ascorbic acid could be a part of a general nutritional insufficiency in several patients with hip fracture.” source

 

 

Keperluan Vitamin C mengikut umur dan sumber makanan yang kaya dengan Vitamin C

Table 1: Recommended Dietary Allowances (RDAs) for Vitamin C [8]
Age Male Female Pregnancy Lactation
0–6 months 40 mg* 40 mg*
7–12 months 50 mg* 50 mg*
1–3 years 15 mg 15 mg
4–8 years 25 mg 25 mg
9–13 years 45 mg 45 mg
14–18 years 75 mg 65 mg 80 mg 115 mg
19+ years 90 mg 75 mg 85 mg 120 mg
Smokers Individuals who smoke require 35 mg/day
more vitamin C than nonsmokers.

* Adequate Intake (AI)

 

 

Table 2: Selected Food Sources of Vitamin C [12]
Food Milligrams (mg) per serving Percent (%) DV*
Red pepper, sweet, raw, ½ cup 95 158
Orange juice, ¾ cup 93 155
Orange, 1 medium 70 117
Grapefruit juice, ¾ cup 70 117
Kiwifruit, 1 medium 64 107
Green pepper, sweet, raw, ½ cup 60 100
Broccoli, cooked, ½ cup 51 85
Strawberries, fresh, sliced, ½ cup 49 82
Brussels sprouts, cooked, ½ cup 48 80
Grapefruit, ½ medium 39 65
Broccoli, raw, ½ cup 39 65
Tomato juice, ¾ cup 33 55
Cantaloupe, ½ cup 29 48
Cabbage, cooked, ½ cup 28 47
Cauliflower, raw, ½ cup 26 43
Potato, baked, 1 medium 17 28
Tomato, raw, 1 medium 17 28
Spinach, cooked, ½ cup 9 15
Green peas, frozen, cooked, ½ cup 8 13

source