browser icon
You are using an insecure version of your web browser. Please update your browser!
Using an outdated browser makes your computer unsafe. For a safer, faster, more enjoyable user experience, please update your browser today or try a newer browser.

KANSER HATI DAN ACITES

Posted by on March 25, 2012

Kebelakangan ini terdapat banyak pertanyaan berkenaan mengenai perut ( abdomen ),kaki dan tangan menjadi bengkak.Istilah diluar bidang perubatan disebut busung.Pesakit kanser hati seringkali mengalami simptom abdomen menjadi besar dan  dipenuhi air.

 

Tidak terkecuali untuk kanser2 yang lain umpamanya kanser ovari misalnya.Ia menyakitkan dan kadangkala membawa kebahagian bahu.Pada satu peringkat pesakit akan menjadi sesak nafas dan terpaksa menerima bantuan pernafasan.

 

Gejala ini dikenali sebagai  ASCITES didalam kamus perubatan.

 

Keadaan ini amat perlu difahami olih pesakit2 kanser kerana beberapa jenis kanser berupaya mengujudkan keadaan acites kerana kanser adalah jenis penyakit yang merebak dan hati sering menjadi sasaran akhir sebelum semua kaedah rawatan akan gagal.

 

Hati adalah organ penting yang menapis darah dari seluruh badan dan sel2 kanser dari tempat2 terjauh sering menjadikan hati destinasi akhir untuk membiak.Tidak kira kanser apa yang anda hadapi,melindungi hati adalah perkara terpenting yang perlu anda lakukan.

 

Secara peribadinya saya pernah menemui ramai pesakit2 kanser yang mempunyai komplikasi hati yang menyebabkan kaedah rawatan teramat sukar untuk dilakukan.Hatta pesakit2 kanser seperti  kanser ovari,payudara,kolon dan lain2nya walaupun pada awalnya telah menjalani kimoterapi namun tetap berakhir dengan sebiji tumor yang besar didalam hati.

ASCITES ialah sautu keadaan dimana terdapat banyak cecair yang memenuhi dalam  “PERITONEAL CAVITY”

 

“PERITONEAL CAVATY ” ialah satu ruang kosong diantara dinding abdomen yang dikenali sebagai “parietal peritoneum”dan “visceral peritoneum”.

 

Ruangan koong ini mengandungi sejenis cecair yang berfungsi sebagai pelincir untuk pergerakkan dua dinding ini.Secara normal kandungan cecair  didalam ruangan ini ialah sekitar 50ml.Penambahan cecair ini dari 100 ml hingga 400 ml akan menunjukkan simptom2 yang ringan.

 

Pengurangan cecair ini tidak memudaratkan dan tidak dianggap sebagai penyakit.namun penambahan secara drastik membawa kepada komplikasi yang amat serius.Diantaranya ialah kehilangan berat badan secara drastik,kesakitan pada abdomen,sukar untuk bernafas dan bengkak dibahagian buku lali,kaki dan tangan.

 

Punca kepada masaalah penambahan cecair yang paling kerap ialah  dari kanser hati atau penyakit2 berkenaan hati seperti cihorsis hati kronik.Ia terjadi apbila tahap “albumin” ( protin larut air )yang rendah dalam darah yang akan menyebabkan perubahan dalam tekanan darah yang penting untuk mnghalang perubahan cecair.

 

Perubahan dalam tekanan darah akan menyebabkan cecair meresap keluar dari pembuluh darah Darah yang tidak dapat mengalir melalui hati kerana peningkatan tekanan menitis didalam abdomen dan menyebabkan terjadi ASCITES.

Adakalanya apabila paras tekanan ini menjadi terlalu kuat urat2 seni darah bolih pecah dan cecair akan berkumpul didalam abdomen.Fenomena ini juga bolih disebabkan olih kegagalan jantung,buah pinggang dan penyakit hepatitis.

 

Secara umumnya terdapat 5 jenis keadaan ACITES

 

Cirrhosis ascites:

 

Kebenkakkan abdomen yang disebabkan olih cirhosis hati.

 

Pancreatic ascites:

 

Keadaan dimana cecair pankerias yang menitis masuk kedalam abdomen yang disebabkan olih komplikasi pankerias.

 

Chylous ascites:

 

Cecair dari lympnode yang berkumpul didalam abdomen.

 

Maglinant ascites:

 

Cecair yang berkumpul dalam abdomen yang berpunca dari kanser maglinant seperti kanser kolon,kanser ovari,kanser perut,kanser payudara  dan sebagainya.

 

Endocrine ascites:

 

Jenis yang jarang berlaku ini disebabkan komplikasi pada sistem endocrine.

 

Renal ascites:

 

Pengumpulan cecair dalam abdomen yang disebabkan tahap albumin dalam darah.


Kesan sampingan yang paling merbahaya keadaan acites ini ialah terkena sejenis infeksi yang dinamakan “sponteneous bacterial peritonitis”( SBP ).Ia perlu dirawat segera dengan antibiotik jika tidak ia bolih mengakibatkan kesan yang amat fatal dan bolih membawa kepada koma.

 

Antara kesan2 sampingan dari masaalah acites diantaranya ialah sesak nafas,kesukaran melangkah atau berjalan,sukar tidur,degupan jantung tidak sekata dan gangguan kepada fungsi buah pinggang.

 

 

Rawatan kepada permasaalahan ASCITES diantaranya ialah memberi sejenis pil yang dinamakan DIURATIC yang berfungsi membanyakkan pengeluaran  air kencing kerana ia bertindakbalas dalam buah pinggang.Ia juga berperanan mengurangkan lebihan cecair badan.Ia juga bolih mengurangkan kebenkakkan yang diakibatkan lebihan cecair dalam badan.

 

Didalam buah pinggang air dan bahan larut lain ditapis  melalui darah yang mengalir kedalam”microscopic nephrons dan kebanyakkan air ini diserap semula kedalam darah.Air inilah yang menitis kedalam abdomen akibat tekanan dalam saluran darah.

 

Namun pengambilan “diuratic” hendaklah sentiasa diawasi untuk  mengelakkan terjadi gejala gejala berikut.

 

  • kejatuhan dalam tekanan darah

  • ketidak seimbangan potassium yang akan menyebabkan masaalah berkaitan jantung.

  • Kepekatan kandungan sodiun dalam darah

 

Cara lain untuk mengeluarkan lebihan air dalam abdomen.Ia dikenali dengan nama peritoneovenous shunt atau “Denver shunt

 

Ia sejenis kaedah dimana cecair abdomen ( peritoneal )di salurkan dari “peritoneum” melalui tiub satu arah masuk ke saluran pada leher dan masuk semula ke sistem badan.Dari sini ia akan melalui proses biasa dan  cecair akan berakhir dalam sistem perkumuhann untuk dikeluarkan.

 

Kaedah ini juga memunyai risik tersendiri.Diantara yang bolih disebutkan ialah

 

  1. Terkena infeksi kerana kaedah ini bersifat jangkamasa lama dimana tiub itu berada ditempatnya.Adakalanya jika kebersihan yang teliti tidak diamalkan ia amat mudah terkena jangkitan.

  2. Superior vena caval thrombosis ialah berkaitan dengan kegagalan pada sistem pernafasan dan ia juga bolih mengakibatkan terjadinya serangan jantung atau stroke

  3. pulmonary edema dimana saluran darah utama yang mengangkut darah ke paru2 untuk proses membekalkan darah dengan oksigen  tersekat akibat sesuatu keadaan yang berkaitan dengan pemasangan kaedah “Denver Shunt”.

  4. Terjadi pendarahan pada “esophageal varices” yakni saluran berotot untuk menelan makanan.

  5. Terjadinya satu keadaan yang dinamakan “Disseminated intravascular coagulopathy” ( DIC) yang berkaitam dengan pembekuan darah

 

Paracentesis

Ia satu kaedah untuk mengeluarkan lebihan cecair dalam abdomen untuk melegakan pesakit terutamanya pesakit kanser  dari komplikasi2 yang disebabkan pengumpulan air dalam abdomen.Biasanya ia dilakukan untuk melegakan sementara kesakitan yang disebabkan olih acites.

 

Prosidur ini hanya berupa memasukkan jarum pada lapisan dinding yang dipanggil “abdominal cavity” dan mengeluarkan lebihan cecair didalamnya.

 

Walaupun prosidur ini amat mudah dilakukan namun ia juga mempunyai risiko tertentu yang menyebabkan doktor teragak agak untuk melakukannya.Ini adalah kerana acites sering dikaitkan dengan kegagalan hati atau penyakit2 berkaitan hati.Sedangkan acites yang  disebabkan olih masaalah berkaitan kanser kebiasaanya tidak sama dengan yang berkaitan dengan masaalah hati kecuali  kanser hati

 

Jika pesakit mengalami masaalah yang disebabkan cirrhosis hati atau kanser hati risiko yang bolih disebutkan disini dengan melakukan kaedah “Paracentesis” ialah kegagalan buah pinggang dan masaalah tekanan darah rendah yang diakibatkan pengeluaran berlebihan cecair dari abdomen.

 

 Jika kaedah2 lain tidak berupaya melegakan pesakit kaedah “paracentesis” ini terpaksa dilakukan juga namun pesakit perlu dibekalkan dengan protin “albumin” untuk mencegah kegagalan buah pinggang.Pesakit perlu diletakkan dibawah diet tanpa garam dan dihadka pengambilan air untuk melambatkan pengumpulan cecair sementara punca utama ( kanser ) dapat dirawat.

 

Maglinancy Acites adalah jenis acites yang amat perlu diberi perhatian serius kerana apabila ini berlaku hampir2 tiada cara yang terbaik dan selamat untuk menghadapinya.Hingga kini kaedah perubatan hospital tidak mempunyai jawapan yang pasti apa yang perlu dilakukan jika keadaan ini terjadi.Dan biasanya pesakit akan disuruh pulang sambil dibekalkan ubat tahan sakit dan adakalanya morfin juga digunakan untuk  tujuan melegakan pesakit.

 

Kebiasaanya pesakit2 kanser beralih kepada kaedah alternatif dalam keadaan maglinancy acites telah berlaku dimana abdomen,kaki dan tangan telah membengkak.Olih itu mereka yang tergolong dalam jenis2 kanser berikut perlu dengan segera merawat kanser tersebut sebelum maglinancy acites berlaku.

 

1.Kanser hati – Stastistik menyatakan mereka yang menghidap kanser hati hampir 100 peratus akan mengalami maglinancy acites

2.Kanser ovari – Statistik menyatakan 37 peratus penghidap kanser ovari akan mengalami keadaan ini apabila kanser

telah berada pada tahap 4 ( bermestasis ).

3.Kanser Pangkerias – 21 peratus

4.Kanser Colon 3.7 peratus

5.Kanser Perut – 21 peratus

6.Kanser esophageal 4 peratus

7.Kanser payudara 3 peratus

 

Statistik yang dinyatakan diatas adalah jenis2 kanser “primary” namun perlu diingat semua jenis kanser yang telah bermestasis ke hati secara otomatik akan juga mengujudkan keadaan maglinancy acites.Olih itu adalah amat penting merawat kanser dengan seberapa segera sebelum ia bermestasis ke hati.

 

Satu perkara  yang perlu diberi perhatian ialah maglinancy acites yang berbentuk primary banyak faktor2nya berlegar kepada perkara2 yang berkaitan kehadiran tumor itu sendiri.Tumor yang menghipit “lympnode” misalanya akan menyebabkan cecair dalam lympnode masuk ke ruang abdomen.Tumor juga apabila ia cukup matang akan mmenghasilkan cecair protin dan ini juga akan memenuhi ruang abdomen

 

Kaedah alternatif untuk kanser mempunyai cabaran yang lebih getir kerana kebanyakkan kaedah alternatif memerlukan pesakit mengambil pelbagai jenis suppliment dan memerlukan pesakit makan dengan secukupnya untuk mendapatkan tenaga.Ia juga memerlukan pesakit minum air dengan kerap untuk memmbantu proses detokfikasi  yang sempurna.Apabila pesakit tidak lalu makan akibat komplikasi yang disebabkan acites dikhuatiri supliment2 antikanser tidak dapat berfungsi dengan betul.

 

Umpamanya penggunaan protocel  memerlukan pesakit makan dengan cukup terutamanya protin haiwan yang dapat mebekalkan tenaga.Jika ini tidak dapat dilakukan pesakit akan berada dalam satuasi yang sangat lemah akibat tindakbalas protocel dengan keseluruhan sel2 dalam badan termasuk sel2 kanser.Elimen lain yang sangat mustahak ialah pesakit mesti berupaya untuk minum air dengan kerap untuk mengelakkan bebanan kepada buah pingang yang perlu bekerja berlipat kali ganda untuk melupuskan sel2 kanser keluar dari sistem badan.Mereka yang mempunyai acites sebaliknya harus disekat untuk mengambil air dengan banyak kerana ini akan mempercepatkan lagi pengumpulan air dalam abdomen


 

 

 

Comments are closed.