browser icon
You are using an insecure version of your web browser. Please update your browser!
Using an outdated browser makes your computer unsafe. For a safer, faster, more enjoyable user experience, please update your browser today or try a newer browser.

KANSER HATI ( LIVER CANCER )

Posted by on May 29, 2011

 

 

< ![endif]–>

Artikel terdahulu mengenai kanser hati  rasanya tidak dapat memberi kefahaman yang mendalam mengenai kanser hati.Ini mendorong saya untuk menambah beberapa perkara penting yang saya kumpulkan dari pelbagai sumber untuk dikongsi bersama.

 

Sesungguhnya kanser hati  adalah sejenis kanser yang paling  tidak memberikan  banyak masa kepada pesakit  maupun doktor untuk melengah lengahkan rawatan berbanding dengan kanser lain yang lebih kompleks contohnya kanser otak.

 

Apabila telah disahkan anda menghidap kanser hati,sesuatu mesti dilakukan dalam tempuh 1 tahun ( maksima ) untuk anda atau doktor berbuat sesuatu.Kes2 yang sebelum ini  yang pernah saya temui adalah kurang dari 6 bulan sebelum  semua kaedah  rawatan menemui kegagalan.

 

Stastistik WHO pada tahun 2000 merekodkan 564,000 penduduk dunia didiagnos mempunyai kanser hati demgan 3/4 dari jumlah itu adalah pesakit dibahagian Asia.

 

Hati adalah organ yang terbesar  pada tubuh manusia dan purata beratnya adalah 1.35kg untuk wanita manakala pada lelaki adalah lebih kurang 1.8kg.Ia dikatakan memproses 13 peratus darah dari keseluruhan  jumlah darah yang berada dalam badan pada satu2 masa dan mempunyai sekitar 500 fungsi2 berlainan.

 

Ia dibahagikan kepada 2 bahagian yang  berlainan saiz dan terletak disisi kanan rongga perut dibawah diafram abdomen.Darah  yang mengandungi zat dan nutrient  yang dicerna dari usus besar dibawa kehati olih  pembuluh utama  “ PORTAL VIEN” sementara  “HEPATIC ARTERY” pula mengangkut  darah yang kaya dengan oksigen  dari  saluran utama jantung  yang dipanggil  “AORTA”.

 

Dari pembuluh darah utama tadi ia dipecahkan kepada pelbagai saiz saluran darah didalam hati sehinggalah saiz yang amat seni yang dipanggil kapilari  yang menuju kearah  ribuan  ( 100,000 )“LOBULUS” yang terdapat dalam hati.Setiap “LOBULUS” pula mewakili sel2  utama hati yang amat seni  yang menjadi sumber metabolisma  hati.

 

“HEPATOCYTES” mewakili 60 peratus sel2 hati yang berfungsi menyerap  zat2 makanan,detoks  dan menapis bahan2 asing yang merbahaya  dalam darah.Secara ringkasnya  fungsi utama hati ialah:

 

Memproses zat makanan  dan menukarkannya dalam bentuk “gylicogen” yang disimpan dalam hati dan otot.Apabila kita memerlukan tenaga hati menukarkannya kembali dalam bentuk glucose apabila ada keperluan.

 

Mengawal tahap lemak,gula dan asid amino dalam darah

Melawan jangkitan dalam badan.

Aktiviti pembersihan darah dari toksid

Menuteralkan dadah dan menghapuskan toksid

Menyimpan zat besi,vitamin dan unsur penting lain yang berguna untuk badan

Menukar zat makanan kepada tenaga

Aktiviti berkaitan beberapa hormon badan termasuk hormon seksual.

Membina beberapa jenis ezim dan protin untuk kegunaan pelbagai jenis fungsi badan seperti menghalang pembekuan darah dan membaik pulih sel2 yang rosak.

 

Selain kanser atau kehadiran tumor,hati terdedah kepada pelbagai jenis penyakit.Diantaranya ialah

 

HEPATITIS A

HEPATITIS B

HEPATITIS C

AUTOIMUNE HEPATITIS

CIRRHOSIS

ALCHOHOLIC LIVER DESEASE

GALLSTONE DAN GALLBLADER DISEASE

HAEMOCHROMATOSIS

WILSON’S DISEASE

PRIMARY SCLEROSING CHOLANGITIS

PRIMARY BILIARY CIRRHOSIS.

 

Kanser hati terbahagi kepada

PRIMARY CANCER juga dikenali dengan nama “hepatocellular carcinoma ( HCC ).Ia membawa maksud tumor berpunca dari dalam hati akibat dari  pelbagai penyakit seperti tersenarai diatas khususnya yang berkaitan penyakit hepatitis.

 

SECONDARY LIVER CANCER juga disebut “metastatic liver cancer”.Ia membawa maksud kanser berhijrah dari organ2 lain yang terlebih dahulu dijangkiti kanser.

 

Antara penyebab utama  kepada kanser hati  adalah seperti berikut

Virus Hepatitis C

Hepatitis C dikatakan berpunca dari  pemindahan darah tercemar samaada semasa pemindahan darah ,organ atau jarum yang digunakan untuk  aktiviti2 suntikan.Selain itu ia juga bolih diwarisi dari ibubapa yang terlebih dahulu mempunyai virus hepatitis C.

Dikatakan  ujian penyaringan pemindahan darah hanya dipraktikkan selepas tahun 1992 apabila  penemuan dibuat mengenai keujudan virus hepatitis C yang ditemui dalam aktiviti2  pemindahan darah.

 

Bagi mereka yang mempunyai virus hepatitis C risiko untuk terkena kanser hati bergantung kepada faktor2 berikut

 

1.Keujudan Cirrhosis.Cirrhosis adalah keadaan dimana apabila hati dijangkiti virus hepatitis ,badan menghasilkan antibodi yang banyak dan berterusan untuk menentang virus hepatitis.

Ini menyebabkan terjadi keradangan pada hati dan dalam jangkamasa panjang ia mengujudkan kesan2 parut/calar pada dinding hati.Apabila  terjadi cirrhosis yang teruk hati gagal melaksanakan fungsi2 pentingnya seperti menghapuskan toksid dan aktiviti2 penapisan darah.Kegagalan fungsi ini mendorong hati terkena kanser atau ditumbuhi tumor.

 

2.Berumur melebihi 40 tahun

3.Jantina /Lelaki

4.Pengguna alcohol

5.Jangkitan dari virus hepatitis B

 

Namun terdapat juga keadaan dimana pesakit2 kanser hati yang tidak mempunyai  gejala “cirrhosis” dan para penyelidik mengesyaki ia adalah berpunca dari virus itu sendiri yang menggangu proses pengantian sel2 hati sehingga menyebabkan penyalinan sel baru menjadi salah dan seterusnya mengujudkan tumor.

 

Alkohol

Cirrhosis juga bolih terjadi  berpunca dari pengambilan alkohol yang banyak dan lama.Satu kronologi menarik mengenai peminum alkohol tegar adalah  mereka yang tidak berhenti minum alkohol  mempunyai risiko yang lebih rendah untuk mendapat kanser hati berbanding mereka yang berhenti selepas beberapa tahun.

 

Penyelidik berpendapat apabila pengambilan alkohol diberhentikan hati berusaha  secara aktif mengantikan sel2nya yang rosak akibat dari pengambilan alkohol selama bertahun tahun.Dimasa proses inilah berlaku penyalinan yang salah dan dalam tempoh jangkamasa tertentu  penyalinan salah ini akan menjadi tumor.

 

Namun apabila pengambilan alkohol ini tidak diberhentikan  ia akan mengakibatkan penyakit2 berkaitan kegagalan hati tetapi mereka hidup sepuloh tahun lebih lama dari mereka yang memberhentikan pengambilan alkohol serta merta.( Pendapat ini tidak disahkan majoriti penyelidik )

 

Hepatitis B

Hepatitis B dikenalpasti sebagai punca utama berlaku kanser hati.Ia dikatakan banyak berpunca dari aktiviti2 berkaitan pemindahan darah,pengkongsian  jarum suntikkan,berus gigi,aktiviti seksual dan mereka yang mempunyai keturunan menghidap kanser hati.Para penyelidik berpendapat lelaki yang berumur melebihi 40 tahun yang menghidap hepatits B kronik mempunyai risiko yang lebih tinggi untuk mendapat kanser hati.

 

Mereka juga mendapati dari ujian yang dijalankan keatas pesakit kanser hati,mereka menemui kod2 genetik virus hepatitis B.Ini mencadangkan virus hepatitis B telah masuk menggangu proses2 berkaitan aktiviti genetic hati dan mendorong penyalinan yang salah kod2 genetik sel hati.

 

Ubat sintetik

Pengambilan sesetengah jenis dadah sintetik  secara berpanjangan dengan dos yang tinggi telah dikenalpasti sebagai punca kegagalan hati yang mendorong kepada terjadinya kanser hati.Ini tidak terkecuali ubat2 pengawalan kolestrol dan ubat tahan sakit.Maklumat berkenaan jenis ubat yang berisiko menyumbang kepada kegagalan hati dan menyebabkan terjadi kanser hati  bolih dirujuk link beriku.

http://www.hepcnet.net/drugsandliverdamage.html

 

Memahami penyebab2 diatas secara keseluruhannya, hati terkena kanser kerana berlaku beberapa perkara yang menyebabkan sistem imun bertindakbalas sehingga menyebabkan ia menjadi radang dan meninggalkan parut atau “scar” yang dipanggil “cirrhosis”.

 

Cirrhosis pula menghalang hati dari melaksanakan salah satu tugasnya yang terpenting iaitu menyaring dan membuang toksid dari dalam darah.Toksid atau bendasing ini pada jangkamasa yang lama akan  menyebabkan gangguan kepada replikasi sel hati menyebabkan sel2 hati membelah dalam cara yang salah sehingga membentuk tumor.

 

Apa yang dibincangkan diatas adalah merupakan kanser hati yang berbentuk “primary” yakni kanser yang berasal dan ditimbulkan olih beberapa gangguan dalam hati.

 

Namun disana ada sejenis lagi penyebab terjadinya kanser hati yang disebabkan penghijrahan bakteria kanser dari organ2 lain dalam badan yang terlebih dahulu dijangkiti kanser.Fenomena ini dinamakan “Secondary Liver Cancer”.

 

Ia sering disalah anggap sebagai kanser hati.Sedangkan kanser yang berhijrah dari organ lain dinamakan mengikut tempat asal ia bermula.Umpamanya kanser hati yang berpunca dari kanser ovary sepatutnya disebut “metastasic ovary cancer”

 

Kanser kolon,payudara,ovari,pangkerias,kulit dan paru2 adalah dikenalpasti paling gemar bermestasis ke hati dan menjadi “secondary liver cancer”.Apabila bakteria kanser ini  berhijrah meninggalkan koloninya dari tempat2 terjauh ia akan berenang melalui saluran darah dan seperti yang kita tahu darah akan dihantar kehati untuk proses penapisan dan rawatan dari unsur2 asing.

 

Apabila ia sampai kehati ia terus menetap disana kerana sumber2 zat permakanan yang mudah didapati .Sebab lain yang mendorong kecenderungan ini ialah kerana sel2 kanser yang datang tadi dipersiapkan dengan selaput protin yang menyebabkan antibodi gagal untuk mengecam dan membunuhnya.

 

Klik link berikut  untuk maklumat tambahan mengenai mestatasis.

http://www.cafemlm.com/kesihatan-dan-anda/kanser-dan-mestasis.html

Simptom Kanser Hati

Sesuatu yang amat menakutkan mengenai kanser hati adalah kerana ia tidak menunjukkan sebarang simptom yang jelas pada peringkat awal ia bermula.Apabila simptom2 tertentu mula dirasai seperti perubahan pada warna mata putih ( kekuningan ) atau terdapat benjolan yang menyakitkan pada abdomen,anda sebenarnya berada pada peringkat 4 kanser hati.

 

Peringkat awal kanser hati seringkali ditemui secara tidak sengaja apabila doktor melakukan rutin2 biasa semasa merawat penyakit lain seperti melakukan imbasan dan ujian darah.Berikut adalah beberapa jenis simptom yang biasa terjadi menandakan anda menghidap kanser hati.

 

Perubahan kepada warna kulit.Warna kulit yang kekuningan menandakan anda ada masaalah berkaitan hati.

Perhatikan bahagian mata putih anda.Mata putih yang ada warna kekuningan juga menunjukkan anda mempunyai masaalah hati.

Kehilangan berat badan yang mendadak akibat hilang selera makan dan rasa mual yang berpanjangan.Ini menunjukkan fungsi hati telah terjejas.

Perhatikan pada warna najis yang pucat,masaalah buang air besar.Ini menunjukkan kepada tanda2 awal kepada masaalah hati.

Bengkak pada bahagian bawah  kanan tulang rusuk.Ia akan memberi tekanan kepada diafram yang akan mengakibatkan kesakitan bila bernafas.

Perhatikan keadaan kuku anda.Kuku yang berwarna putih atau pucat menandakan anda ada masaalah hati

Pendarahan pada hidung dan mudah terjadi kebengkakkan pada angota badan menandakan hati anda ada masaalah penyimpanan beberapa protin berkaitan pembekuan darah dimana ia disimpan dalam hati.

Tanda2 lain ialah kerap muntah

Sakit2 otot

Kerap rasa tertekan dan kepenatan

Walaupun  anda merasakan beberapa simptom diatas adakalanya ia bukan semestinya merujuk kepada kanser hati namun perlu diingat apa yang lebih merbahaya ialah menyalah anggap simptom2  tertentu BUKAN berkenaan kanser hati.

Kaedah Diagnosis

Ujian darah untuk mengesan kanser hati kadangkalanya amat sukar untuk mendapatkan maklumat yang tepat mengenai kehadiran sel2 kanser  terutamanya yang berkaitan terdapatnya sel kanser dalam hati kecuali  jika ianya telah berada pada peringkat2 tertentu.Kaedah “tumor marker” yakni mengesan kehadiran protin pada tumor adalah yang paling kerap diguna pakai  jika ujian darah hendak dilaksanakan.

Sehingga kini kaedah imbasan pada hati adalah cara yang tepat untuk mengesan kehadiran kanser atau tumor dalam hati.Apabila doktor mengesyaki sesuatu perkara yang tidak normal pada hati beliau biasanya mengarahkan ujian “ultra sound” dilakukan.

Kaedah “ultra sound” pada hati dikatakan amat selamat kerana ia tidak melibatkan penggunaan radiasi dan suntikkan dadah2 tertentu namun untuk mendapatkan keputusan yang tepat ia harus dilakukan olih pakar yang berpengalaman.

Kaedah lain ialah penggunaan CT Scan (  computerized axial thomograpahy ).Ia biasa digunakan untuk mendapatkan gambaran yang lebih tepat mengenai tumor dan kedudukkannya dalam hati.

Namun pada sesetengah keadaan penggunaan yang kerap keatas pesakit akan menimbulkan gejala2 yang lain umpamanya gangguan kepada fungsi buah pinggang.

Jika anda seorang yang  mempunyai alahan kepada dadah tertentu,anda wajar memberitahu doktor anda kerana ct scan melibatkan menyuntik anda dengan bahan2 tertentu untuk mendapatkan gambaran yang paling jelas keadan tumor hati.

Adakalanya penggunaan kaedah imbasan  MRI ( magnetic resonance imaging ) juga digunakan kerana ia adalah kaedah termaju mesin2 imbasan dan memberikan beberapa petunjuk tambahan mengenai tumor dalam hati dan keadaan pembuluh darah yang masuk dan keluar dari hati.

 

Kelebihan  kaedah MRI ialah ia tidak menggunakan sinaran radiasi dan dengan cara ini ia bolih digunakan berulang kali tanpa risau kesan sampingannya terhadap pesakit.

Kesemua kaedah tersebut bergantung kepada kos kerana kos  melaksanakan kaedah MRI adalah  lebih tinggi berbanding kaedah “ultra sound” dan “ct scan”.

Kaedah terakhir yang digunakan untuk diagnos kanser hati ialah melalui ujian “biopsy” dimana sedikit tisu hati dimbil melalui pembedahan kecil dibahagian bawah abdomen.Biopsy dapat menentukan jenis tumor yang terdapat dalam hati  samada jenis “benign” atau “malignant”.

Pengredan Kanser Hati

Kaedah  pengredan tahap kanser hati  biasanya dibuat menggunakan kaedah TNM kerana ianya lebih spesifik dan dapat mengambarkan keadaan sebenar kanser hati.

T – Berapa jauh tumor telah berkembang dalam hati .

N – Adakah tumor telah bermestasis ke tisu bersebelahan

M – Adakah kanser telah bermestasis ke bahagian organ yang lain

Kemudian TNM dipecahkan kepad beberapa gred lagi untuk mengambarkan keadaan tumor

TX – Tumor tidak dapat di akses

T0 – Tiada eviden keujudan tumor

TIS – Carcinoma in situ

T1,T2,T3,T4 – Mengambarkan  berkembangnya saiz tumor

NX – Perebakkannya tidak dapat di akses

NO – Tiada mestasis ke lympnode bersebelahan

N1,N2,N3 –Kanser telah bermestasis ke lympnode bersebelahan.

MX – Mestatasis ke luar dari organ tidak dapat diakses

MO – Tiada mestatasis ke organ yang jauh berlaku

M1  -  Kanser telah bermestasis ke organ yang jauh.

Kemudian staging berikut digunakan untuk mengambarkan keadaan tumor / kanser hati

T1 – Tumor  yang tidak menyerang kedalam saluran darah

T2 -  Tumor menyerang kedalam saluran darah atau terdapat lebih dari satu tumor yang berukuran tidak melebihi 5cm

T3 -  Terdapat lebih dari satu tumor yang berukuran melebihi 5cm dan telah menyerang salur utama darah atau “hepatic vein”

T4 –  Terdapat lebih dari satu tumor  yang telah menyerang organ selain   hempedu atau merebak ke bahagian “peritoneum” di  abdomen.

Seterusnya pengredan tersebut diterjemahkan kepada tahap atau “staging” yang mengambarkan secara lengkap keadaan kanser hati.

Anda perlu merujuk kembali  urutan TNM diatas  untuk memahami  tahap kanser hati secara menyeluruh.

Stage 1   : T1 – NO – MO

Stage 2    :T2 – NO – MO

Stage 3A : T3 – NO – MO

Stage 3B : T4 – NO –MO

Stage 3C : mana2 T – N1 – MO

Stage 4   : mana2 T – mana2 – N – M1

Source:

http://www.cancerstaging.org/products/ajccguide.pdf

Kaedah Rawatan Konvensional

Kaedah rawatan konvensional untuk kanser hati bergantung kepada tahap atau stage kanser berada.Seperti yang dinyatakan diatas, apabila kanser hati telah disahkan positif,ia telah pun berada pada tahap 4.

Sesuatu mesti dilakukan dalam tempoh kurang dari 1 tahun untuk menyelamatkan pesakit sekurang2nya memberi  sedikit masa lagi sebelum kaedah2 lain dikenalpasti.

Salah satu masaalah yang dihadapi olih pesakit kanser hati adalah jika tumor berada berhampiran dengan salur utama pembuluh darah yang masuk ke hati.Jika tumor merebak kebahagian ini dan menutupi nya mengakibatkan terjadi  “complete blockage”.

Bila  ini terjadi pesakit biasanya cuma dapat bertahan kurang dari satu bulan sebelum ianya membawa kepada koma dan kematian.

 

Ini  berlaku akibat dari masaalah yang disebut “acites” dimana pembuluh darah yang tersumbat akan menyebabkan berlaku tekanan yang mengakibatkan  pecahnya saluran2 darah seni dan berkumpulnya air didalam abdomen.Baca di link berikut

http://www.cafemlm.com/mengenai-kanser/ascites-dan-kanser-hati

Hampir2 tiada kaedah rawatan konvensional  yang dijumpai dapat membunuh tumor dalam hati sepenuhnya kerana  kaedah pembedahan hampir mustahil untuk dilakukan kecuali pengantian organ hati  yaitu mendapatkan penderma yang bersesuaian.Itu pun tidak menjamin tumor tidak akan kembali menyerang.

Para pakar kanser hati menyatakan kaedah  apa  yang dipanggil “liver resection” hanya bolih dilakukan kepada pesakit yang mempunyai saiz tumor kurang dari 3cm,tumor belum menyerang kedalam saluran darah dan tiada cirrhosis ditemui dalam hati.

Secara teorinya hati yang terjejas apabila kaedah “liver resection” ini dilakukan akan tumbuh kembali dalam masa 2 ke 3 minggu namun hati yang ada cirrhosis tidak mampu untuk  berbuat demikian.

 

Purata survival rate untuk “liver resection” ialah s 60% untuk hidup sehingga 5 tahun lagi,Namun peratusan untuk mendapat kembali tumor hati adalah juga sebesar 80%.

Kaedah kimoterapi juga biasa digunakan dalam kes2 kanser hati namun ia juga tidak menjanjikan  peratusan kejayaan yang tinggi.

 

“Doxorubicin”,”5-fluorouracil ( 5 FU )”,”tamoxifin” dan “octreotide” adalah contoh2 dadah kimo yang biasa digunakan untuk kanser hati.Ia diberikan melalui kaedah suntikkan kedalam saluran darah.

Satu perkara mengenai kanser hati ,kolon  dan kanser payudara ialah  ia  berupaya membina saluran darahnya sendiri yang digunakan untuk menyerap nutrien2 dan bermestasis ke bahagian2 organ yang jauh

 

Dalam menghadapi satuasi ini para doktor biasanya menggunakan dadah jenis “bevacizumab” dan “ “sorafenib”yang  dikata dapat menghalang  dari satuasi ini berlaku.

Kaedah lain untuk menghalang sel kanser dari membina salurn darahnya sendiri dinamakan “Chemoembolization (trans-arterial chemoembolization” ( TACE).

 

Cara ini digunakan dengan meletakkan bahan berat seperti gel,buih atau bahan2 lain yang  menghalang pengaliran darah dari pembuloh utama ke saluran darah yang memasuki tumor.

 

Teorinya, olih kerana bahan berat tersebut tidak dihanyutkan olih darah dalam saluran utama ia mampu menyekat pengaliran darah ke tumor menyebabkan tumor terdedah kepada kemusnahan akibat tidak mendapat makanan dan bahan bakar yang diperlukan untuk operasinya.

“Radiofrequency abliation” ialah satu kaedah membunuh tumor dengan memanaskanya  atau membakar tumor.Melalui kaedah ini satu elektrod halus dimasukkan melalui abdomen dengan berbapandukan imbasan MRI .

“External” dan  “internal radiation theraphy” juga sering digunakan jika pesakit tidak dapat menjalani pembedahan atas beberapa sebab.”ERT “ digunakan dengn menghalakan sinaran radiasi kearah tumor.Sementara kaedah ( IRT ) pula menggunakan kaedah meletakkan bahan radioaktif berdekatan tumor.

Kaedah yang terakhir yang akan dicadangkan ialah menghantar “alcohol” kearah tumor melalui suntikkan terus menggunakan jarum.Alkohol dikatakan mampu mengeluarkan air dari dalam tumor menyebabkan ia kekeringan dan mati.Kaedah ini dikenali dengan nama “percutaneous ethanol”.

Namun demikian kesemua kaedah2 diatas mempunyai kesan2 sampingannya sendiri walaupun ia berupaya mengecutkan tumor kadangkala menghampiri 70 peratus.Adakala sesetengah kaedah diatas berisiko tinggi memusnahkan fungsi hati menyebabkan doktor amat berhati hati untuk menggunakannya.

Namun seperti yang dinyatakan diatas penyakit kanser hati kronik tidak punya banyak masa untuk doktor berlengah lengah dengan membuat pelbagai ujian kerana setiap minggu apa2  kaedah yang dirancang doktor akan  tidak dapat dilaksanakan kerana berlaku perubahan2  baru akibat  dari tumbesaran tumor dan komplikasi2 berkaitan fungsi hati.

Kaedah Rawatan Alternatif

Satu perkara yang perlu diberi perhatian jika anda berhasrat untuk beralih ke kaedah rawatan alternatif ialah melakukannya segera sebelum tumor menghalang saluran utama darah yang masuk atau keluar dari hati.Kerana kaedah alternatif  berkonsepkan mengecutkan tumor dan sebelum tumor mengecut ia berhenti membelah.Dan kaedah ini mengambil masa.

Testimoni yang saya baca mengenainya ia bolih sahaja mengambil masa dari 5 hingga ke 1 tahun untuk seseorang itu berada dalam zon “complete remission”.

Satu perkara lagi ialah kaedah rawatan alternatif memberi keutamaan proses detokfikasi hati sebagai  strategi utama menghadapi kanser hati.Tumor terjadi dalam hati  ( selain bermestasis ) adalah kerana kadar toksid yang tinggi dalam hati  samaada serangan virus hepatitis atau gaya permakanan dan gaya hidup anda.

 

Juga akibat pengambilan pelbagai jenis dadah seperti dadah pengawalan kolestrol,dadah pencair darah dan dadah penahan sakit secara konsisten untuk satu jangkamasa melebihi 10 tahun.Akibatnya berlaku pengumpulan toksid yang tinggi dalam hati yang tidak mampu dikeluarkan dari dalam hati.

Kaedah alternative memandang ini sebagai satu keperluan untuk mengeluarkan toksid dari dalam hati dengan membekalkan agen detofikasi  untuk hati.

Cara paling asas dan mudah ( minta pandangan doktor dulu ) ialah dengan minum dengan banyak dan kerap air yang bersih bebas klorin dan mempunyai kadar oksigen yang tinggi untuk proses detokfikasi ini.

Ada beberapa terapi alternative yang bolih digunakan bergantung kepada kondisi pesakit.Perlu ketahui bahawa sesetengah terapi mempunyai “restriction” dengan penggunaan terapi yang lain.Dan ada juga yang mempunyai sistem diet yang khusus  apabila menggunakan kaedah terapi tertentu.

Protocel

Leaterile B17

Pancreatic Enzyme

Liver detoxfication supplement

Pau D Arco atau Taheebo Life Tea

Cellect Budwig Protocol

Essiac Tea Protocol

Jus buah2an tertentu

 

updated 4 sept 2011-hari ini saya sedikit emosional

 

Saya telah menerima berita seseorang yang menghidap kanser hati baru meninggal dunia semalam tanpa dapat dibuat apa2 olih pihak hospital selain menyuruh pesakit untuk pulang dan meneruskan sisa2 kehidupan.

 

Beliau tidak pernah didedahkan atau diberi maklumat mengenai kaedah perubatan alternatif walaupun beliau tergolong dalam orang yang berkemampuan untuk menerima rawatan dihospital2 alternatif samada di German atau Mexico.

 

Sebaiknya sebelum anda diminta memulakan rawatan,minta statistik peratusan kejayaan untuk masaalah kanser hati seperti yang anda hadapi.Tidak salah untuk berbuat demikian kerana anda tentunya inginkan satu suntikkan semangat kerana kaedah rawatan kanser hati amat berliku liku.

 

Terlalu ramai pesakit kanser hati disuruh pulang dan adakalanya temujanji2 berikutnya mengambil masa berbulan bulan yang mengakibatkan sel kanser memakan sel sihat seperti api membakar daun kering.

 

Jika anda telah disuruh pulang olih pihak hospital dengan muka dan abdomen telah bertukar kuning,jangan berputus asa.

 

Penghidap kanser hati dibahagikan kepada 2 kategori Mereka yang ada tumor dalam hati dan  ia masih belum menutupi  arteri utama  keluar masuk darah, anda sebenarnya masih punya harapan.

 

Jika pihak hospital telah membuang anda,tidak salah untuk anda mencuba kaedah dibawah ini dan banyakkan berdoa semoga segala usaha terakhir anda membuahkan hasil.

 

Pertamanya mereka yang ada kanser hati mempunyai sejumlah toksid yang banyak dalam hati yang tidak dapat dikeluarkan kerana kegagalan fungsi hati,empedu atau kolon..Toksid ini mesti dikeluarkan dan dilupuskan kedalam sistem perkumuhan utama iaitu pundi kencing dan kolon.

 

Lantaran itu proses ditokfikasi ini mesti dilakukan dahulu. Kaedah terbaik dan cepat untuk melakukan ini ialah melalui kaedah “coffee enemas”.

 

Peralatan untuk melakukan ini berharga sekitar RM300 -RM500 dan anda bolih beli secara “online” melalui website ini.Klik pada banner “OPTIMAL HEALTH NETWORK” pada sebelah kiri website ini.Kemudian baca mengenainya termasuk link2 ke website tertentu yang saya sediakan.Baca SINI.

 

Juga anda bolih menonton di youtube bagaimana kaedah untuk melakukannya.Ia agak pelik namun cara ini menjadi kelaziman diamalkan di Barat tika ini dan mula dicadangkan olih tokoh perubatan alternatif kanser Dr Max Gerson dari Germany.Ia adalah salah satu elemen dalam “Gerson Protocol”.Senarai merea dibawah adalah tidak digalakkan untuk mencuba kaedah ini.

 

Wanita yang sedang hamil dan menyusukan anak

Mereka yang mempunyai masaalah berkaitan jantung

Mereka yang ada penyakit “hernia” di abdomen

Penyakit Crohn’s Deasease

Mereka yang ada kanser perut dan kanser usus

Anemia yang teruk

 

Minum dengan kerap JUS KAROT KUNING.Samaada anda buat jus ( gunakan air tanpa klorin ) dan jangan guna gula atau amalkan memakannya secara mentah..Karot kuning mempunyai agen2 anti kanser yang sangat kuat disamping ia membantu proses detoks hati.

 

Jika anda tiada masaalah abdomen menjadi besar “ascites” minum secara kerap air bersih tanpa klorin untuk membantu proses detoks.Jika anda ada masaalah ascites,dapatkan nasihat doktor untuk mengeluarkan air didalam abdomen dan anda mungkin tidak bolih banyak minum air.Tanya doktor anda mengenai masaalah ini.

 

Amalkan dengan kerap untuk mengambil jus buah2an dan makan sayur2an serta amalkan makan ulam terutama yang pahit dengan kerap.Ia akan bantu hati anda dalam soal nutrin hati dan detoks.Atau cara yang paling ringkas dapatkan JUS MONAVIE samaada yang “purple” atau “red” ( pulse )

 

Kaedah diatas adalah untuk memberi masa kepada anda untuk menghadapi musuh sebenar anda iaitu sel2 kanser dan tumor dalam hati.

 

Untuk masaalah sel2 kanser dalam hati, ada 2 kaedah yang perlu anda cuba.

Jenis kanser yang tumornya tidak menghalang arteri utama dan tumor terdapat berselerak dalam hati.Kaedah Vitamin B17 bolih dicuba.

 

Cara 1

 

Dapatkan injectible leaterile,injectible vitamin C.injectible DMSO dan injectible L-Glutathione.Semua ini akan disuntikkan terus kedalam saluran darah anda selama 21 hari.

 

Ambil pil B17 500mg  amigdalina 3 biji sehari

 

Ambil capsules IP6 8 biji sehari – untuk memperkuatkan antibodi.

 

Ambil capsules ZINC 50mg 2 biji sehari.

 

Ambil capsules blood nutrient untuk membantu pembinaan darah

 

Ambil “barley grass” untuk antioksidan

 

Ambil pancreatic enzyme “megazyme forte” 3 biji sehari.Jika ada ambil pil pencair darah – abaikan pil ini.

 

Atau gantikan injectible leaterile dengan pengambilan pil amigdalin 500mg 6 biji sehari

 

L-Glutathione juga terdapat dalam bentuk kapsul

 

Perkara2 yang lain dalam “cara 1 ” perlu diambil terutamanya “ZINC capsules”kerana ia merupakan “transport” untuk leaterile sampai kepada sel2 kanser.

 

Cara 2

 

Cara ini adalah untuk menghadapi masaalah tumor yang terdapat pada arteri yang mengangkut darah masuk dan keluar dari hati.Bergantung kepada peratusan “blockage”,kaedah ini diharap sempat untuk menghalang pembesaran tumor yang jika dibiarkan bakal menjadi 100 peratus blockage.

 

Mereka yang telah mempunyai tumor yang menghalang kemasukkan dan pengeluaran darah dari hati ( 100 peratus ) kebiasaanya telah amat tenat dan abdomen telah membesar akibat pengumpulan air.

 

Jika inilah keadaannya anda masih bolih mencuba kaedah dibawah dan mungkin perlu mendapatkan bantuan hospital untuk mengeluarkan air dari abdomen dan alat pernafasan perlu dibekalkan kerana pembesaran abdomen bolih menyebabkan kesukaran bernafas dan pesakit bolih koma.

 

Kaedah detoks diatas perlu dilakukan.

 

Amalan minum jus karot kuning minum secara kerap dan sedikit demi sedikit.

 

Ambil JUS MONAVIE -tidak perlu jus2 buah yang lain kerana tumor yang menghalang arteri utama hati akan menyebabkan ascites dan penambahan penggunaan air mungkin tidak bagus kerana ia mempercepatkan pengumpulan air dalam abdomen.

 

Kaedah penggunaan protocel atau enteleve misi utamanya ialah untuk mengecutkan tumor disamping ia juga bertindak membunuh sel2 kanser didalam hati.

 

Namun perlu diingat jka anda menggunakan kaedah ini perkara utama yang perlu diberi perhatian ia pesakit perlu makan dengan cukup makanan2 seimbang termasuk protin dan karbohidrat.Kaedah ini bolih diibaratkan sebagai kaedah “kimo” bezanya ia tidak merosakkan sel2 dan antibodi yang sihat.

 

Pesakit akan merasa amat lemah lantaran itu makanan yang memberi tenaga perlu diambil,TIADA  pantang larang termasuk daging, telur dan susu ( gunakan susu kambing  segar)

Pil Amigdalina 500 mg 3 biji sehari

 

Kapsul IP6  8 biji sehari

 

Pil ZINC 2 biji sehari

 

Kapsul enzyme ” megazyme forte” 3 biji sehari.

 

Kapsul L-Glutathione 3 biji sehari

 

Kaedah ini juga bolih digunakan untuk mengantikan kaedah “cara 1 ” diatas jika anda tidak berkemampuan untuk membeli injectible leaterile atau Protokol Vitamin B17.

 

Kaedah2 diatas jika ianya memberi impak positif  ia akan mula menunjukkan simptom pemulihan hati dalam tempoh 1 hngga 2 bulan.Walaubagaimanapun ia juga bolih dketahui jika anda merasa kesihatan anda bertambah baik seperti hilang warna kuning pada mata dan muka,abdomen tidak lagi cepat menjadi besar atau berhenti membesar,anda kerap buang air besar dan kecil yang disertai dengan kotoran dan berbau amat busuk dan selera makan anda bertambah.

 

PERHATIAN

 

Cara diatas adalah apa yang terkandung dalam protokol2 alternatif kanser yang dikumpulkan dan dicadangkan untuk merawat masaalah kanser hati.

 

Setiap kaedah rawatan diatas tidak menjamin keputusan kejayaan  100 peratus kerana adakalanya ia bergantung kepada pelbagai perkara seperti

 

#masaalah kesihatan sampingan yang lain seperti hypertension,diabetes dan sebagainya

 

#faktor umur kerana mereka yang muda lebih kuat untuk menghadapi kesan2 negetif yang mungkin timbul

 

#faktor rawatan sebelum ini seperti kimoterapi,pembedahan dan snaran radiasi

 

#kondisi pesakit itu sendiri terutamanya yang tenat dan terlantar untuk tempoh yang lama

 

Anda bolih mencuba kaedah2  ini  diatas kehendak dan pilihan anda sendiri dan saya amat berharap anda mendapatkan info2 berkaitan dan mencubanya setelah anda benar2 berpuas hati.

 

Terdapat juga kaedah2 yang lain dalam bidang rawatan alternatif kanser namun saya dapati ianya agak “complicated” dan sesetengahnya memerlukan anda berinteraksi dengan penjual2  suplimen di USA untuk mendapatkan kaedah penggunaan yang betul.

 

Olih kerana kanser hati tidak memberikan banyak masa,berlengah lengah akan menyebabkan lebih banyak kerosakan yang akan timbul terutamanya apabila fungsi hati rosak 100 peratus.Olih itu apabila hospital menyuruh anda PULANG  atau menetapkaan temu janji yang berbulan bulan,ia merupakan satu isyarat sesuatu mesti dilakukan dengan kadar segera.

 

updated 22 / 1 /2012

 

Kanser hati seperti saya tuliskan diatas amat kritikal apatah lagi jika ia didiagnos amat lewat dan disahkan berada pada tahap 4 olih doktor.Bahayanya kanser hati ini ialah ia tidak memberikan banyak masa untuk anda berlengah lengah dan mencuba pelbagai kaedah yang tidak berasaskan kajian saintifik mengenainya.

 

Saya telah menyaksikan beberapa kes dimana doktor sering menakutkan pesakit2 kanser ini dengan pelbagai kemungkinan termasuk “koma” sekiranya kimoterapi tidak dilakukan dengan kadar segera.Dan apabila dituruti,dalam masa 2 bulan pesakit meninggal dunia akibat komplikasi yang disebakan olih kimoterapi.

 

Saya juga telah menyaksikan pesakit2 kanser ini membeli pelbagai jenis supliment termasuk apa yang dinamakan tonik untuk hati yang berharga beribu ringgit dan tidak berkesempatan menghabiskan kesemua tonik2 “sampah” ini kerana ia tidak menjirus kepada penghapusan tumor.

 

Saya juga menemui pesakit kanser hati yang membeli berkotak kotak “injectible leaterile” dan menggunakannya secara semborono dan tidak sabar ( panik ) apabila doktor menyatakan bacaan tumor marker bertambah naik.Baca SINI kenapa ia berlaku.

 

Saya juga menemui pesakit2 kanser hati yang telah membelanjakan ribuan ringgit untuk membeli ubat2n kimo dan pelbagai jenis suppliment sehingga akhirnya mereka tidak berkemampuan untuk membeli produk2 yang bersesuaian dan tepat untuk masaalah kanser hati.

 

APAKAH  SEBENARNYA KANSER HATI DAN KENAPAKAH IA BERSIFAT DEMIKIAN.

 

Saya telah menerangkan diatas mengenai beberapa perkara mengenai soalan ini dan akan menambah atau mengulang kembali untuk memberikan pemahaman yang lebih.Jika anda disahkan doktor mempunyai kanser hati dan berada pada tahap 4,biasanya mata putih,muka telah bertukar menjadi kuning.

 

Abdomen dan kaki telah membengkak.Dan sering disebut perut menjadi besar atau membusung.Saya amat menghormati cara2 doktor membuat “diagnosis” mengenai kanser,kerana ianya dibuat menggunakan pelbagai jenis peralatan yang dapat melihat dengan jelas keadaan tumor dan ujian2 tertentu yang dapat menggambarkan keadaan keseluruhan organ2 lain yang berkaitan.

 

Namun apabila tiba kepada penggunaan kaedah rawatan,ia selalunya menyebabkan pesakit menjadi bertambah parah dan dalam masa kurang dari 3 bulan pesakit akan pergi dalam kesakitan yang amat sangat.

 

APA YANG TIDAK KENA

 

Kita akan bincangkan untuk jenis kanser hati tahap 4,dimana ada sebiji atau lebih tumor dalam hati yang dinamakan “primary liver cancer”.Untuk kanser hati  yang bermestasis dari organ2 lain sering dinamakan “mestatsis——-( nama organ ) cancer atau  disebut ” sencondary ——” cancer”.

 

Saya telah juga nyatakan diatas bahawa hati adalah tempat darah ditapis sebelum dilepaskan kembali kedalam saluran badan.Bahan2 yang tidak diperlukan  akan ditapis olih hati dan dibuang melalui saluran empedu dan seterusnya kedalam kolon dan pundi kencing melalui “small intestine” yakni bahagian usus yang paling atas.

 

Untuk yang ada air dalam abdomen dan kaki menjadi bengkak,anda perlu keluarkan air ini dahulu dan ia perlu dilakukan olih pihak hospital dan biasanya prosidur ini amat mudah kecuali anda melakukannya pada tahap yang amat lewat.Sains perubatan menamakan ini sebagai “ACETES”.Jika ini tidak dilakukan pesakit akan sukar bernafas dan hilang selera makan dan pada peringkat kronik pesakit bolih koma.Tanya doktor anda mengenai perkara ini dan minta prosidur pengeluaran air dilakukan.

 

Perkara kedua yang perlu kita fahami ialah hati perlu dibebaskan dari toksid yang berkumpul didalamnya.Pesakit2 kanser hati mempunyai kadar toksid yang tinggi dalam hati kerana sel2 kanser didalam hati setiap saat merembeskan sisa2 metabilsma mereka  setiapkali tumor berkembang atau membesar.BERSIHKAN PERSEKITARAN DALAM HATI DAHULU.

 

Baik.Apakah kaedah yang paling  efektif untuk membersihkan hati.Pengambilan pelbagai supliment  terutamanya apa yang dikatakan “suppliment untuk detoks hati”  hanya sesuai untuk kaedah2 pencegahan kerana ianya sangat perlahan dan dalam keadaan sel2 kanser dalam hati membuang bahan buangan mereka setiap saat,kaedah ini amat2 tidak sesuai.Bahkan saya diberitahu olih pengeluar supliment detoks untuk hati supliment detoks mereka tidak sesuai digunakan jika hati telahpun diserang kanser.


Kaedah pembersihan yang tepat adalah dengan melakukan “coffee enemas” dimana ia membersihkan kolon sehingga ke “small intestine” yakni saluran usus yang paling berhampiran pada hati.Ia merangsang empedu untuk melupuskan toksid yang berada dalam hati untuk dialirkan dengan skala besar2an.Baca pada bahagian atas artikel ini seterusnya klik pada artikel “DETOKFIKASI DAN KANSER”.

 

Untuk pesakit kanser tahap 4,kaedah ini perlu dilakukan setiap minggu.Pesakit mungkin memerlukan bantuan dari “care taker” untuk melakukannya dengan sempurna dan utamakan kebersihan tahap tinggi kerana kita tidak mahu bakteria2 dari luar masuk kedalam kolon.

 

Ynag ketiganya,kaedah “cofee enemas” tidak menjejaskan tumor dalam hati,ia akan beroperasi seperti biasa namun pada tika ini tanda2 kekuningan akan hilang sedikit atau hilang terus kerana hati sudah bolih berfungsi dengan agak baik sedikit kerana tiada kesesakkan didalamnya.

 

Sekarang kita akan bincangkan apa yang perrlu dibuat dengan tumor yang masih berada didalam hati.Kita telah bincangkan diatas bahawa terdapat dua keadaan tumor yang berada dalam hati.Yang berada berhampiran dengan saluran ( arteri ) utama keluar masuk darah dan yang berada berselerak pada bahgian2 tengah hati.

 

Tumor yang berada pada pintu masuk arteri utama keluar masuk darah adalah agak kritikal kerana apabila ia menutup saluran penting ini, masa yang ada untuk pesakit bertahan terpaksa disingkatkan kepada setengah.Prosidur hospital mungkin diperlukan untuk membuka laluan yang tersumbat ini termasuklah penggunaan kaedah “targetted cheamotherapy”.Namun saya tidak menggalakkan kaedah ini digunakan secara berterusan sekiranya saluran yang tersumbat ini berjaya di buka.

 

Apakah kaedah alternatif bolih melakukannya.

 

Terdapat beberapa kaedah alternatif untuk berhadapan dengan tumor didalam hati tanpa melakukan pembedahan atau penggunaan kimoterapi dan radiasi.Namun kaedah alternatif ini perlu digunakan dengan betul dan tidak bercampur aduk.Sesetengah kaedah alternatif ini bekerja secara berlawanan antara satu sama lain.

 

Umpamanya jika anda menggunakan Prtocel atau Enteleve kaedah “B17 injectible” tidak bolih digunakan  bersama.Protocel / Enteleve paling effektif sekiranya dibiarkan bekerja secara bersendirian.Hanya supliment2 tertentu seperti “milk thistle” dibenarkan untuk diambil bersamanya.Bahkan “milk thistle” yang terbaik adalah penting diambil walau apa pun kaedah perubatan yang anda lakukan termasuk kaedah kimoterapi.Kerana ia membantu dalam pembinaan sel2 baharu hati,mengurangkan kesan2 negatif dadah kimo dan membantu dalam proses detokfikasi hati.

 

Cesium chloride,Protokol Vitamin B17,Hydrazine Sulphate,Graviola,MMS,Cellect Budwig Protocol dan Essiac Tea adalah contoh2 lain yang bolih digunakan,namun  saya tidak mempunyai data2 tertentu untuk mencadangkan penggunaanya untuk kanser hati tahap 4 atau kronik.

 

Sementara penggunaan Protokol Vitamin B17 perlukan protokol lengkap diikuti seperti yang digunakan olik Hospital2 alternatif kanser di Mexico.Tetapi dari segi penguraian  tumor kaedah ini didapati amat perlahan.Disegi kos iannya bolih mencecah sehingga RM5000 – RM8000.

 

INGAT untuk kanser hati dapatkan protokol lengkap.Rujuk pada “file PDF “WORLD WITHOUT CANCER”” dimuka hadapan website ini untuk mengetahui protool lengkap dan cara menggunakannya dengan betul.Adalah lebih baik anda tidak membeli “injectible leaterile” sekiranya penjual tiada stok “item2″ lain seperti yang digariskan dalam buku “WORLD WITHOUT CANCER”.Simpan duit anda untuk kaedah lain.

 

Website ini hanya mencadangkan penggunaan Enteleve untuk menghadapi tumor dalam hati dan digunakan bersama “Milk Thistle”.Enteleve berharga RM1100  untuk kegunaan selama 2 hingga 3 bulan.Sementara “milk thistle” pula berharga RM240 untuk kegunaan 2 bulan.Ia perlu digunakan sehingga 9 bulan namun kesan2 tindakbalsnya pada tumor bolih dilihat seawal 3 minggu penggunaanya.Klik SINI,SINI dan SINI untuk baca mengenainya.

 

Ada juga yang menghubungi saya menyatakan tidak mampu untuk menggunakan kaedah B17 dan Enteleve.Apa yang saya bolih cadangkan ialah mengunakan IP6 INOSITOL GOLD yang berharga RM230. tahan untuk 40 kegunaan.Inositol Gold diakui telah menjalani ujian klinikal dan mampu untuk memberhenti tumbesaran tumor dalam hati.

 

“Vucenik I, Tantivejkul K, Zhang ZS, Cole KE, Saied I, Shamsuddin AM. IP6 in treatment of liver cancer. I. IP6 inhibits growth and reverses transformed phenotype in HepG2 human liver cancer cell line. Anticancer Res.1998;18(6A):4083-4090.” “Vucenik I, Zhang ZS, Shamsuddin AM. IP6 in treatment of liver cancer. II. Intra-tumoral injection of IP6 regresses pre-existing human liver cancer xenotransplanted in nude mice. Anticancer Res. 1998;18:4091-4096.” “IP -6 has been used against a wide variety of cancers. Blood based cancers such as leukemia are the most sensitive, with solid tumors needing a larger dose. Most studies at this point have used either animals or human cancer cells in vitro, i.e. in a test tube. As an example, adding IP -6 to human liver cancer cells resulted in complete inhibition of tumors. Human liver cancer cells injected into mice resulted in 71% tumors. Cells pretreated with IP -6 resulted in no tumors. Pre-existing liver cancers regressed. In another study with Rhabdomyosarcoma, tumors were suppressed from 25 to 49 fold!” “AbulKalam M. Shamsuddin, MD, PhD., a professor of pathology at the University of Maryland School of Medicine in Baltimore, has written a book (Nature’s Revolutionary Cancer-Fighter, Kensington Publishing Corp.) about his studies of IP-6. His research has shown that it can slow or stop the growth of liver cancer cells in the laboratory and in mice. Dr. Shamsuddin has reported that while IP-6 doesn’t actually kill cancer cells, it makes them behave like normal cells, thus eliminating the danger they pose. A number of laboratory studies have confirmed his findings. Research suggests that IP-6 can boost immune function, help lower cholesterol, prevent formation of kidney stones, reduce the risk of heart disease and stroke, and prevent the complications of diabetes.”

 

Ia perlu digunakan bersama Milk Thistle.IP6 juga bolih diambil bersama kaedah kimoterapi bahkan digalakkan kerana ia mampu mengurangkan “side effect” akibat dadah kimo.Saya telah diberitahu olih pelanggan  saya mengenai perkara ini.

 

Artikel ini akan dikemaskini dari masa kesemasa dan berharap anda sering menyemakkanya.

Comments are closed.