browser icon
You are using an insecure version of your web browser. Please update your browser!
Using an outdated browser makes your computer unsafe. For a safer, faster, more enjoyable user experience, please update your browser today or try a newer browser.

KANSER OVARI

Posted by on May 27, 2011


 

Mengikut rekod perubatan setiap  100 orang wanita seorang darinya adalah penghidap kanser ovary dan 1 kamatian direkodkan setiap 100  kes kanser ovary.Ia adalah punca kematian ke 5 dalam kanser2 yang dihidapi wanita

 

"Kajian penyelidik dari Yale University USA menyatakan tahun ini sahaja 25,580 wanita di Amerika mengidap kanser ovari dan sejumlah 16,090 mati akibatnya.70 peratus penyebab kepada kematian yang tinggi ini kerana kanser ovari tidak dapat dikesan sehinggalah ia telah menjadi parah.Ini adalah kerana tiada kaedah tumor marker dan ujian pengimbasan yang mampu mengesan kanser ovari diperingkat awal".

 

Penyebab

Tiada sebab2 khusus yang menyebabkan terjadinya  kanser ovari namun beberapa kajian terkini mencadangkan sebab2 berikut.

1.Faktor genetic atau keturunan.Baca DISINI

2.Wanita yang tidak pernah hamil selepas berumur 40 tahun atau lebih

3.Obesiti.

4.Faktor umur.Wanita yang berumur 50 tahun keatas.

5.Mempunyai sejarah menhghidap kanser2 lain.

6.Penggunaan bedak dan wangian secara agresif dibahgian abdomen kebawah ( 33%  )

7.Persekitaran tempat tinggal  atau tempat kerja seperti asbestos dan habuk  wap bahan kimia

Simptom

Dalam beberapa kes, kanser ovari tidak menunjukkan simptom awal. Tapi kebanyakan wanita mempunyai gejala, bahkan pada peringkat awal. Gejala  kanser ovari meliputi: 4 perkara

1. sering kekembungan

2. Nyeri pada perut atau pinggul.

3. Kesulitan makan atau kenyang dengan cepat.

 4.masalah kencing seperti keperluan mendesak untuk buang air kecil atau buang air kecil lebih sering dari biasa.

5.Sakit bahagian belakang badan

6.Pembesaran bahagian abdomen

 

Jika anda mempunyai satu atau lebih gejala-gejala, dan terjadi hampir setiap hari selama lebih daripada 2 atau 3 minggu anda perlu buat pemeriksaan lanjut di hospital. Gejala-gejala diatas biasanya dirujuk sebagai simptom kanser ovari namun tidak semestinya pada kelompok wanita2 tertentu. Namun gejala awal kanser ovari mengikuti pola tertentu: Simptom2 lain yang berkaittan dengan kanser ovari meliputi:

a. Kelelahan.

b. Pencernaan.

c. Sakit yang berulang.

d. Nyeri masa hubungan seksual.

e. Sembelit.

f. kitaran haid. tidak normal

 

Walaubagaimanapun simptom2 diatas bersifat umum pada sesetengah wanita.

 

Terdapat 3 jenis kanser ovary

 

1.Kanser EPITHELIAL yang berkembang pada permukaan ovari.Jenis ini adalah yang paling kerap berlaku dan menyumbang 90 peratus kepada kebanyakkan kes kanser ovari

 

2.Sel kanser STROMAL yang berkembang didalam tisu2 sokongan ovary menyumbang 5 hingga 8 peratus kes2 kanser ovari

 

3.Sel kanser GERM yang berkembang dalam telur yang dihasilkan ovary dan jenis ini sangat jarang berlaku dan jika ada ia hanya berlaku pada wanita remaja.

 

Pengredan

 Peringkat 1

 Tumor hanya terdapat  dalam ovari

 1a – Tumor terdapat pada 1 ovari,tidak terdapat tumor pada pemukaan ovari

 

1b – Tumor terdapat dalam 2 ovari.Ovari berada dalam keadaan baik dan tiada sel kanser. dijumpai didalam cecair abdomen  “peretonial” disekeliling ovari

 

1c -  Tumor terdapat dalam satu atau kedua2 ovari dengan kondisi berikut

Terdapat tumor pada bahagian luar permukaan ovarI

Keadaan kapsul ovari yang renyuk akibat tumor

Sel kanser jenis maglinant dijumpai dalam cecair abdomen disekeliling ovari

 

Peringkat 2

 

Tumor yang melibatkan satu atau kedua2 ovari dengan jangkitan kepada sambungan pinggul

Atau tumor telah terdapat didalam “uterus”

 

2A – Tumor dalam satu atau kedua2 ovari dan juga dalam uterus atau “fallopian tube” tetapi tiada sel kanser dijumpai dalam cecair peritoneal..

 

2B.- Tumor telah terdapat didalam tisu pelvic tetapi tiada sel kanser dijumpai dalam cecair  peritoneal disekeling ovari.

 

2C – Tumor telah terdapat didalam tisu pelvic ( T2A atau T2B ) dan terdapat sel kanser didalam  cecair peritoneal disekeliling ovari.

 

Peringkat 3

Tumor terdapat dalam satu atau kedua2 ovari dan telah bermestasis keluar dari pelvis.Juga dikenali sebagai “peritoneal mestastasis”

 

3A – Sel kanser terdapat diluar pelvis ( peritoneal mestastasis ) atau dijumpai dipermukaan        “abdominal peritoneal”

 

3B – Terdapat tumor dalam satu atau kedua2 ovari dan ada tumor tertanam pada  permukaan  “abdominal  Peritoneal” yang berukuran 2cm atau kurang.

 

3C – Tumor tertanam pada permukaan “abdominal peritoneal” yang berukuran melebihi 2cm

Dan ATAU sel kanser telah terdapat pada “lympnode” pada bahagian abdomen.

 

Peringkat 4

Sel kanser telah bermestasis ke bahagian organ yang lain.Kanser ovarI mempunyai kecenderungan untuk bermestasis ke hati,perut dan usus ( kolon ).

 

Juga perlu diberi perhatian berkenaan pengeredan tumor ovari kerana ia akan mempengaruhi kaedah rawatan yang dicadangkan olih doctor.Terdapat 3  jenis pengredan tumor

 

1.WELL DIFFERENTIATED CANCER – Jenis berkembang atau merebak agak perlahan

 

2.POORLY DIFFERENTIATED CANCER – Jenis ini berkembang dan merebak pantas

 

3.MODERATELY DIFFERENTIATED CANCER – Jenis ini berkembang dan merebak secara sederhana.

 

Jika anda meneliti pada catatan doctor pada rekod perubatan anda dengan perkataan berikut ia

Membawa makna seperti dibawah.

 

GX –  Grade tumor yang tak dapat dikesan

GB -   Kanser jenis malignant ( borderline )

G1 -   Well differentiated cancer

G2 -   Moderately differentiated cancer

G3B – G4 – Poorly differentiated or undifferentiated cancer

 

Pembedahan pembuangan ovari amat kritikal walaupun bunyinya agak mudah.Olih itu doctor biasanya amat berhati hati dengan melakukan pelbagai ujian sebelum abdomen dibuka.Untuk mengesahkan ia adalah kanser ovari ujian awal seperti berikut perlu dilaksanakan.

 

1.Sejarah perubatan pesakit ( temuduga ) untuk mengetahui simptom2 yang mungkin pernah dialami dan peratusan pesakit menghidap kanser ovari

 

2.Ujian keatas “pelvic” melalui kaedah “pap test” atau kaedah “rectovaginal exam” untuk meneliti organ “pelvic”.

 

3.Pemeriksaan kandungan darah ( CBC ) mengesan gejala anemia.

 

4.Ujian keatas buah pinggang dan hati untuk mengesan unsur2 tidak normal yang berkaitan

 

5.Ujian Hcg untuk mengesahkan tiada unsur2 kehamilan  atau kehamilan luar rahim.

 

6.Ujian CA – 125 untuk mengesan keujudan protin pada sel kanser  ovari

 

7.Kaedah "ultra sound" pada “pelvic” dan “transvginal”untuk mengesan kehadiran “lump” pada

ovari

 

8.Kaedah CT Scan atau MRI pada “pelvic” dan abdomen untuk mengesan jika kanser telah merebak.

9.X ray pada bahagian dada untuk mengesan samada kanser telah merebak.

 

Kaedah lain yang biasa digunakan dipanggil “Laparotomy” dimana pembedahan kecil dilakukan

dibahagian bawah abdomen.Jika pembuangan ovari tidak perlu dilkukan kerana faktor2  saiz tumor atau ia belum merebak keluar dari ovari kaedah ini biasa digunakan atau ia bolih juga digunakan untuk mengambil tisu ovari untuk ujian2 berkaitan kanser ovari.

 

Kaedah Rawatan

 

Kaedah rawatan hospital untuk kanser ovari bergantung kepada perkara2 berikut

 

1.Tahap kanser( staging )

2.Umur

3.Keinginan untuk hamil ( untuk yang belum mempunyai anak )

4.Kondisi kesihatan anda atau penyakit2 sampingan yang lain

 

Untuk kanser ovari peringkat 2 keatas pilihan untuk menyimpan ovari mungkin sahaja tipis kerana pembuangan terlampu banyak organ2 yang menyokong fungsi ovari tidak memungkinkan anda menjadi hamil disamping penggunaan kaedah kimoterapi disekitar peranakkan berkemungkinan besar akan mencacatkan janin jika anda menjadi hamil dalam tempoh  1 atau 2 tahun selepas pembedahan atau kimoterapi.Begitu juga dengan kanser ovary peringkat 1 dimana anda dilarang untuk hamil sekurang2nya dalam tempoh 2 tahun.

 

Kaedah kimoterapi adalah kemestian untuk mereka yang melakukan pembedahan ovari dan jumlah “cycle” yang perlu diambil bergantung kepada tahap kanser anda.Kaedah suntikan kesaluran darah menggunakan dadah kimo jenis  “carboplatin”. dan “cisplatin” adalah jenis dadah kimo yang biasa digunakan.

Namun mengikut penyelidik terdapat satu kaedah suntikkan kepada bahagian pinggang menuju ke “intraperitoneal” dikatakan mampu menambah “survival rate” pesakit kanser ovari namun kesan sampingan adalah teruk.

Terdapat 7 jenis pembedahan yang berkaitan kanser ovari dinamakan mengikut jenis2 pembedahan ovari yang hendak dilaksanakan seperti pembuangan 1 ovari dan "fallopian tube",pembuangan kedua2 ovari dan "fallopian tube" dan sebagainya.

 

Kaedah rawatan alternative

Tiada sebarang kaedah khusus rawatan alternatif  kanser ovari dijumpai atau dicadangkan olih mana2 doktor rawatan alternatif,sebaliknya kebanyakkan mereka memberikan tumpuan kepada bermestasisnya kanser ovari kebahagian2 lain organ.

 

Majoriti mereka yang mengidap kanser ovari  telah menjalani rawatan hospital seperti pembedahan pembuangan ovar dan kaedah kimoterapi.Masaalahnya kanser ovari  tidak berakhir dengan anda membuang ovari.Ini adalah fakta.

Para doctor perubatan moden mengakui hakikat ini.Apa yang mereka lakukan adalah memanjangkan usia pesakit dan menyiapkan pesakit kanser ovari dari segi mental untuk menghadapi gelombang kedua serangan kanser.

Bergantung kepada tahap dan jenis kanser ovari yang anda hadapi serangan kedua atau “recurrence” ini akan datang dalam tempoh 1 hingga 5 tahun di organ2 yang berlainan.Kanser ovari kebiasaanya akan bermestasis ke hati,abdomen,perut dan kolon.Apabila ia berlaku di hati ia tidak dinamakan kanser hati sebaliknya dinamakan kanser ovari yang bermestasis ke hati.

 

Kaedah rawatan awal dengan pembuangan ovari melalui pembedahan mungkin sahaja dapat memperlahankan pertumbuhan tumor pada bahagian organ yang lain.Namun kebiasaanya kanser ovari dikesan pada tahap yang sangat lewat kerana pada peringkat awal kanser ovari tidak menunjukkan sebarang simptom.Sementara  ujian darah CA-125 tidak berupaya mengesan kehadiran kanser ovari pada peringkat paling awal.

 

Olih itu rawatan alternative kebanyakkannya bertumpu kepada menghindari atau memusnahkn sel2  kanser yang bersembunyi didalam saluran darah atau organ2 tertentu dan menghentikan aktiviti pembelahan mereka.

 

Perlu diingat apabila sel kanser berhijrah ke bahagian2 organ tertentu mereka bermula dengan 1 sel kanser dan untuk mereka menjadi tumor yang menghalang fungsi organ2 tertentu ia  mengambil masa sehingga 2 ke 5 tahun.Itulah sebabnya doktor akan membuat pemeriksaan rapi seperti  ujian darah,ct scan untuk mengesan penghijrahan sel kanser.Masaalahnya ujian perubatan moden tidak mampu mengesan kehadiran sel2 kanser kecuali ia telah mencecah keangka melebihi 10,000 sel.                                               

http://www.pnas.org/content/93/25/14800.full.pdf

Apabila anda telah disahkan mempunyai tumor jenis malignant dalam ovari tidak mengira diperingkat mana sekali pun,apa yang anda perlu risaukan ialah organ2 badan yang lain yang lebih mustahak seperti hati otak dan kolon.Kerana organ2 ini mengancam keseluruhan sistem badan sementara tumor didalam ovari hanyalah berkaitan samaada anda perlu atau tidak mempunyai anak.Dalam ertikata lain ovari adalah bersifat organ tambahan dan adakalanya bagi wanita yang sudah punya anak tiada kepentingan lagi untuk menyimpan ovari atau sistem peranakkan yang bermasaalah.

 

Kita kerap menjumpai kaedah rawatan hospital mengabaikan "keperluan" ini dengan memberi keutamaan kepada pembuangan ovari sedangkan pemeriksaan rapi pada baagian2 organ penting yang lain sering diabaikan.Pernah disautu ketika seorang pesakit kanser ovari peringkat 4 telah  dibedah untuk membuang ovari dan apabila abdomen dibuka pakar2 bedah terpernjat apabila menjumpai lebih banyak tumor dijumpai pada hati dan bahagian abdomen menyebabkan pembedahan pembuangan ovari menjadi pembedahan mengeluarkan tumor dari hati dan abdomen.Pesakait tadi meninggal dunia akibat komplikasi pada hati kerana pembedahan yang tidak terancang ini.

 

Kaedah alternatif dengan mengambil suplimen2 tertentu,melakukan 2 perkara serentak iaitu membunuh sel2 kanser yang cuba membelah untuk membentuk tumor dalam organ2 badan yang lain malah ia merencatkan pertumbuhan tumor dalam ovari.Walaupun penyusutan tumor dalam ovari agak lambat,namun apabila tumor berhenti membesar didalam ovari,ini sudah memadai kerana ia sebenarnya tidak mengancam nyawa,

 

Dalam satiuasi seperti ini komen dari penyelidik  berikut ada manasabahnya.

 

"Medicine is now a high risk industry, like aviation. But, the chance of dying in an aviation accident is one in 2 million, while the risk of dying from a medical accident is one in 200!"

–Dr. Leape of the Harvard Medical School of Public Health

 

"Conventional cancer treatments—surgery, chemotherapy and radiation therapy– aim all of their big guns directly and exclusively at the tumor, attempting to destroy it at all costs. And sometimes, because of treatment complications, those costs can even include the life of the patient– the very thing that was supposed to be the goal in the first place. A compromised quality of life is another cost with conventional treatments, with side effects ranging from complete debilitation for months or even years, to transitory but significant discomfort"."QUOTE"

 

Namun untuk beberapa keadaan pembedahan pembuangan tumor menjadi "KEMESTIAN" terutamanya yang melibatkan terkambusnya saluran2 penting yang menyokong fungsi2 organ seperti kolon,paru paru dan otak.Tumor diovari tidak termasuk dalam kepentingan ini.

 

Klik SINI untuk toturial lengkap mengenai kanser ovari

Comments are closed.