KANSER PANKERIAS- PANCREATIC CANCER

 

 

 

Untuk memahami mengenai kanser pankerias dan kaedah rawatan konvensional dan alternatif bekerja,kita perlu memahami fungsi pankerias itu sendiri dan 3 organ lagi yang paling berhampiran dengannya iaitu empedu, usus kecil dan hati.Kerana menjadi satu kelaziman seseorang yang menghidap kanser pankerias seringkali dalam masa yang amat pantas ia akan juga merebak ke hati ,usus kecil dan empedu.

 

Kanser pankerias adalah jenis kanser yang amat pantas merebak kerana faktor saiz pankerias yang kecil dan tidak memungkinkan sel2 kanser lama menetap disana.Apa yang sering menjadi igauwan para doktor ialah apabila tumor menghalang saluran utama yang  menuju kepada empedu dan hati.Ia mempunyai reputasi yang buruk dengan menjadi jenis kanser ke empat sering meyebabkan kematian diseluruh dunia.

 

Pankerias terletak pada bahagian abdomen.Ia terbahagi kepada


# bahagian kepala pankerias

# bahagian leher pankerias

# bahagian tengah pankerias

# bahagian ekor pankerias


Empat bahagian utama ini disokong olih beberapa arteri dengan saru arteri utama yang dikenali sebagai arteria pancreatica magna,yang membekalkan darah kepada pankerias.Kecacatan atau sedikit kecederaan kepada arteri utama ini bolih menyebabkan bencana yang fatal.


Fungsi utama pankerias adalah membantu sistem penghadaman dengan menghasilkan pelbagai jenis enzim untuk tujuan pencernaan.Proses ini dilakukan olih sel2 yang dinamakan  “exocrine” dimana enzim2 ini disalurkan kebahagian usus kecil untuk tujuan pencernaan yang mampu diserap olih saluran darah.Ia dikatakan menghasilkan 1 liter sehari gabungan enzim2 dibawah  dalam bentuk cecair dan mukosa untuk tujuan pencernaan.


  • Trypsin

  • Chymotrypsin

  • Carboxypolypeptidase

  • Amylase

  • Lipase

  • Cholesterol esterase

  • Phospholipase”

 

Dalam soal2 berkaitan sel2 kanser yang dikatakan mempunyai selaput protin disekelilingnya ,pankerias akan membebaskan 2 jenis enzim untuk pencernaan protin yang paling berkuasa iaitu trypsin  ( rembesan trypcinogen ) dan chymotrypsin ( rembesan chymotripcinogen).Dua lagi enzim pencernaan protin adalah  carboxypolipeptidase ( rembesn procarboxypolypeptidase ) dan proelastase. ( rembesan  elasrase ).


Melalui fungsi yang dikenali sebagai  sel2“endocrine” pula ia menghasilkan  “insulin” dan  “glucagon” untuk mengawal kandungan gula dalam darah.Untuk pencernaan karbohidrat pula pankerias menghasilkan enzim yang dinali sebagai “pancreatuc amylase”.


Untuk pencernaan  bahan bersifat “lipids” pankerias menghasilkan enzim berikut


  • Pancreatic lipase

  • Cholesterol esterase

  • Phospholipase

 

Nota: LIPIDS adalah terdiri dari bahan2 yang tidak larut air seperti minyak dan lemak.Ia adalah unsur penting untuk membekalkan tenaga dan membina membran sel2.Keperluan untuk mencerna bahan yang berbentuk lipids ini adalah kerana ia tidak dapat diangkut melalui darah kerana sifatnya yang tidak larut air.


Selain kanser,terdapat satu penyakit yang berkaitan dengan pankerias yang perlu diketahui kerana simptomnya seakan akan kanser pankerias.Ia dikenali sebagai “acute pancreatitis”  dan ” chronic pancreatitis “ yang kebiasaanya berpunca dari pengambilan alkohol secara  berlebihan.Sebab2 lain adalah keujudan batu karang dalam pankerias.


Antara simptom  adalah

# jaundice

# bengkak pada abdomen atau sakit bahagian abdomen

# degupan jantung tak sekata

#  demam

# muntah / loya

# berpeluh tanpa sebab

Kanser atau tumor yang berlaku dalam pankerias terbahagi kepada 2 kategori.

 

# Pancreatic endocrine tumor   ( PETs )

# pancreatic adenocarcinomas tumor – ex0crine cancer


Pancreatic Endocrine tumor adalah kanser yang terjadi pada bahagian sel yang dikenali dengan nama “islet” yang menghasikan insulin dan asid perut.Ia juga dikenali dengan nama  “neuroendocrrine cancer”.Pancreatic Islet Cell Tumor dikatakan amat jarang terjadi dan ia bolih sahaja dari jenis “benign” maupun jenis “maglinant”.


Antara simptom2 yang berkaitan dengan “Pancreatic endocrine tumor” adalah seperti berikut.


# degupan jantung laju

# mengigil

# berpeluh tanpa sebab

# sering sakit kepala

# cepat lapar

# penglihatan kabur dan berganda

# gemuruh


Olih kerana bahagian ini menghasilkan insulin yang mengawal kandungan gula darah,ia bolih sahaja menyebabkan terjadi kekurangan gula dalam darah yang risikonya bolih membawa kepada koma dan kematian.


Selain penghasilan insulin ( insulinomas ) disini juga terdapat sel yang dinamakan “gastrinomas” yang menghasilkan hormon “gastrin”.Ia membantu badan untuk mengawal kandungan asid dalam perut.Simtom yang bolih dialami jika “gastrinomas” ini diserang tumor adalah seperti berikut


# sakit pada bahagian abdoman

# cerit berit

# muntah disertai darah

# terdapat ulser dalam perut


Satu lagi bahagian “islet cell” ini dinamakan “glucagonomas” yang berfungsi menghasilkan “glucagon” yang berfungsi menaikkan kandungan gula dalam darah.Ia tidak harus disalahfahamkan dengan fungsi “insulinomas” yang mengawal kandungan dalam darah.Antara simptom yang disebabkan terjejasnya fungsi “glucagonomas” adalah seperti berikut


# diabetis

# bengkak pada bahagian mulut atau lidah atau kedua2nya

#  kulit bersisik atau berkerak


pancreatic adenocarcinomas tumor


Ini adalah jenis kanser yang paling kerap terjadi,yaitu 95 peratus dari kes2 kanser pankerias yang telah direkodkan.Kanser jenis ini berlaku dari sel2 yang bertanggungjawab menghasilkan hormon2 yang disalurkan ke usus kecil melalui salur hempedu.Dalam banyak kes yang diselidiki dan belum difahami  olih pakar perubatan,tumor yang berlaku pada salur hempedu adalah lebih agresif dan membelah dengan pantas.


Tiada sebab yang pasti mengapa kanser pankerias terjadi namun pakar2 menyatakan ia faktor umur dan keturunan menjadi sebab2 yang disyaki.Selain itu peratusan terbesar adalah daripada kanser yang telah bermestasi dari organ2 lain seperti kanser hati,kanser hempedu,jaluran abdoman,”lymp nodes” dan kanser usus ( colon ).Mereka yang berumur lebih 50 tahun adalah gulongan yang paling kerap diserang olih kanser pankerias.


Dari sudut faktor kesihatan dan gaya hidup perkara berikut adalah disyaki


# penghidap diabetes

# perokok

# gaya hidup  tidak aktif

# obesiti

# mempunyai sejarah menghidap penyakit pancreatitis

# pernah menjalani pembedahan perut

# penghdap hipetitis  B


Sesuatu yang menakutkan mengenai kanser pankerias ialah ia amat sukar dkesan.Ia bolih ujud dan membesar berbulan bulan tanpa dapat dikesan.Sehinggalah ia cukup besar dan menggangu beberapa fungsi pankerias atau ia mula menekan diatas arteri2 pankerias yang menyebabkan kesakitan.Namum untuk jenis2 yang bermestasis ia biasanya dikesan awal tetapi mengadapinya juga sesukar untuk menghadapi yang dikesan disaat lewat.


Diagnosis kanser pankerias biasanya dimulai dengan temuduga untuk mendapatkan maklumat2 tertentu yang menjirus kepada kanser pankerias.Olih kerana kanser pankerias sering menunjukkan simptom2 yang seakan2 sama dengan simptom kanser hati dan hempedu,biasanya doktor akan mengarahkan beberapa ujian imbasan dilakukan khususnya sinaran x,ultra sound dan CT scan.


Ujian darah juga akan dilakukan untuk mendapatkan bacaan tumor marker untuk mengesan kanser pankerias ( CA-19-9 ).Walaupun CA 19-9 juga digunakan untuk jenis2 kanser  lain namun tumor marker CA-19-9 dapat memberikan bacaan yang tepat untuk jenis kanser pankerias.


Keperluan untuk melaksanakan kaedah biopsy adalah wajib jika doktor mengesahkan terdapat tumor pada pankerias.Kaedah biopsy ini dlakukan untuk doktor mengenalpasti jenis kanser ( primary atau secondary ),benign atau maglinant dan seterusnya membuat “stagging” terhadap kanser.Kadangkala kaedah biopsy ini dilakukan kepada beberapa tempat yang sering menjadi tempat bermestasisnya sel2 kanser pankerias seperti hati,usus kecil dan abdomen.


Kaedah pengredan kanser pankerias biasanya menggunakan kaedah terbaharu dipanggil “TNM stagging system”.


T – Berapa jauh tumor telah berkembang dalam hati .


N – Adakah tumor telah bermestasis ke tisu bersebelahan


M – Adakah kanser telah bermestasis ke bahagian organ yang lain


Kemudian TNM dipecahkan kepad beberapa gred lagi untuk mengambarkan keadaan tumor


TX – Tumor tidak dapat di akses


T0 – Tiada eviden keujudan tumor


TIS – Carcinoma in situ


T1,T2,T3,T4 – Mengambarkan  berkembangnya saiz tumor


NX – Perebakkannya tidak dapat di akses


NO – Tiada mestasis ke lympnode bersebelahan


N1,N2,N3 –Kanser telah bermestasis ke lympnode bersebelahan.


MX – Mestatasis ke luar dari organ tidak dapat diakses


MO – Tiada mestatasis ke organ yang jauh berlaku


M1  –  Kanser telah bermestasis ke organ yang jauh.


Peringkat  0 – TIS,N0,M0 – Tumor terdapat pada bahagian atas saluran pankerias dan belum memasuki kedalam tisu atau sel pankerias.Ia juga belum keluar dari pankerias dan biasanya disebut “pancreatic carcinoma in situ”.


Peringkat 1a – TI,N0,M0 – Tumor hanya terdapat pada pankerias dan berukuran kurang dari 2 cm.Ia belum merebak ke lympnodes berhampiran atau ke bahagian lain.


Peringkat 1b – T2,N0,M0 – Tumor hanya terdapat pada pankerias dan berukuran lebih dari 2 cm.Ia belum merebak ke lympnode berhampiran atau ke bahagian lain.


Peringkat 2a – T3,N0,M0 – Tumor membesar diluar pankerias tetapi belum memasuki saluran utama darah.I juga belum merebak ke lympnodes berhampiran dan bahagian terjauh.


Peringkat 2b – T1-3,N1,M0 – Tumor terdapat dalam pankerias atau membesar pada bahagian luar pankerias.Ia belum memasuki saluran darah berhampiran.Ia telah merebak ke lympnodes berhampiran tetapi belum merebak kebahagian terjauh.


Peringkat 3 – T4,mana2 N,M0 – Tumor membesar diluar pankerias dan telah memasuki saluran darah berhampiran atau salur nadi utama.Ia telah / belum merebak ke lympnodes berhampiran.Ia belum merebak ke organ terjauh.


Peringkat 4 – mana2 T,mana2 N,M1 – Kanser telah merebak ke bahagian terjauh ( mestasis ).Mana2 T atau mana2 N bermaksud mana2 saiz tumor dan keadaannya perkembangannya pada bahagian pankerias.Jika ianya telah bermestasis ia tergulong dalam katogeri peringkat 4.


Adakalanya doktor gemar menggunakan kaedah lama pengredan tahap kanser dengan membahaginya mengikut kumpulan untuk membuat keputusan samada sesuatu jenis tumor itu bolih dibuang melalui kaedah pembedahan.( resectable ).Kaedah ini dinamakan “whipple procedure”.


Umpamanya peringkat 1 dan 2 kebiasaanya kaedah pembedahan dapat dilakukan dengan mudah kerana  saiznya yang agak kecil dan belum merebak keluar dari pankerias.Manakala untuk peringkat yang telah merebak atau bermestasis kaedah pembedahan juga dilakukan tetapi untuk meredakan kesakitan akibat komplikai yang disebabkan olih kanser pankerias.

 

Kesan sampingan selepas pembedahan pankerias  ialah anemia ( pendarahan ),kebocoran pada saluran hempedu atau usus kecil dan gangguan kepada sistem buang air besar.Ia bolih sahaja mengambil masa beberapa bulan untuk sembuh dari luka pembedahan pada pankerias.Kaedah kimoterapi kadangkalanya disyorkan mengikut penilaian doktor terutamanya jika ia berada pada tahap 3.


Untuk  kanser pankerias tahap 4,kaedah pembedahan,kimoterapi dan sinaran radiasi adalah pilihan yang digunakan dalam skop rawatan konvensinal.


Kanser pankerias walaupun berlaku pada satu bahagian kecil organ,tetapi organ yang kecil ini memainkan peranan yang penting kepada keseluruhan sistem penting badan.Olih itu rawatan kepada pankerias  melalui apa2 kaedah sekalipun sangat kompleks dan perlu dilakukan olih pakar yang berpengalaman menghadapi kanser pankerias.Dari rekod2 perubatan  disbutkan adakalanya kaedah pembedahan apa yang dipanggil “whippel’s ” mempunyai komplikasi yang lebih berbanding rawatan kanser pankerias pada tahap 4 ( mestatasis ).


Menghadapi kanser pankerias adalah amat sukar bagi kedua2 kaedah konvensional dan alternatif.Dari maklumat2 yang saya baca kedua2 kaedah ini semenjak 60 tahun yang lampau menumpukan perhatian untuk mendapatkan “survival rate” yang lebih lama dan setakat ini kaedah alternatif  mempamirkan angka yang lebih memberangsangkan iaitu sekitar 10 tahun.Itu pun tidak ramai.Misalnya klinik Dr Gonzales yang beroperasi di New York menumpukan kepada rawatan alternatif kanser pankerias merekodkan seorang dari  pesakitnya mampu melepasi sehingga 22  tahun “survival rate” dan masih hidup hingga kini.


Kaedah konvensional pula,dari rekod2 yang saya temui hanya mampu mencapai dari 5 ke 9 bulan survival rate selepas diagnosis pertama pengesahan kanser pankerias.Atas dasar rendahnya survival rate untuk kanser pankerias  institiut kanser Amerika telah berstuju untuk menilai dan membiyai penyelidikkan kaedah Dr Gonzales namun ianya dihentikan separuh jalan disyaki ada campur tangan dan tekanan dari industri ubat dan farmasi di Amerika.


That’s correct. Our much-lauded clinical study that was funded by the NCI-NIH was
really sabotaged – that’s probably the general word I would use. It’s a ten-year study,
and we fought like hell to try to get that study. The book will actually show what
happened, using the facts to make the point, not my opinion. It was managed almost
from day one by the esteemed academic physicians that were in charge of it. It’s ironic
– my colleague Dr. , one of the physicians, tried to see that everybody filed [42:24] the
appropriate tenets of proper scientific clinical trial management. Whether it was
subconscious or conscious I don’t know, but there was an agenda to just get this thing
done and prove chemo works better than me to get rid of me. I almost believe that was
the underlying motivation, as much as it’s hard for me to accept that.
DM: Yeah for those who are interested, certainly keep your eyes up for that. But you’ve  – QUOTE


Klinik Dr Gonzales kini menjadi tumpuan penghidap kanser pankerias sehinggakan beliau terpaksa menyaring dan hanya menerima pesakit2 yang belum menjalani pembedahan “whipple’s” dan kimoterapi.Ini disebabkan pesakit yang belum menjalani kaedah rawatan hospital lebih cepat bertindakbalas dengan kaedah nutrisi yang dirangka.


Dr Gonzales ada memberikan temuramah dan komen mengenai Steve Jobs,pengasas Apple yang baru2 ini meninggalal dunia akibat kanser pankerias.Klik  link berikut untuk transkrip.


InterviewGonzalezOnSteveJobs


Secara umumnya Dr Gonzales mempraktikkan kaedah diet sayuran dan buah2an beserta pengambilan pelbagai jenis suppliment dalam merangka starteginya untuk berhadapan dengan kanser pankerias.Ia melibatkan pengambilan sehingga 150 pil sehari disamping diet ketat sepanjang berada dalam tempoh rawatan.


Dr Gonzales  menyatakan walaupun beliau mampu merawat pelbagai jenis kanser dengan kaedahnya,beliau memilih kanser pankerias kerana sejak berpukoh tahun yang lampau kanser  pankerias mempunyai reputasi yang buruk dalam “survival rate” yang membawa maksud  kedua2 kaedah alternatif dan konvensional  tidak berupaya untuk  mencapai tahap kesembuhan yang baik.Dr Gonzales mempunyai pengalaman 25 tahun dalam bidang rawatan alternatif kanser.


Untuk anda yang berada di Malaysia dan mungkin tidak mampu untuk pergi berubat di klinik2 kanser alternatif  di Amerika,Mexico,German dan Kanada ,saya cuba mengumpulkan pelbagai jenis supliment dan kaedah yang dipraktikan untuk kanser pankerias.Walaupun ia mungkin agak tidak lengkap namun ia memadai untuk mencuba dan diharap dapat membantu dalam  menghadapi kanser yang amat sukar ini.

 

Kaedah alternatif untuk menghadapi kanser pankerias perlu kepada satu kaedah yang mampu membunuh tumor utama dalam pankerias.Satu persoalan mengenai kaedah alternatif untuk membunuh tumor dan seterusnya menahan pembesarannya kita perlu melihat kepada saiz tumor dan pada bahagian mana ia berada.


Doktor alternatif terkenal dunia mengesyorkan penggunan pelbagai jenis nutrisi dan supliment untuk berhadapan dengan kanser pankerias.Diantara kaedah yang dicadangkan ialah seperti berikut.


Detokfikasi


Kaedah detokfikasi adalah amat penting dilakukan dahulu kerana kanser pankerias  pada kebiasaanya sering bermestasis ke hati,empedu dan kolon ( usus ).Elemen2 dotokfikasi yang disyorkan adalah untuk proses detokfikasi kolon dan hati.


Rsionalnya apabila kanser pankerias merebak ke hati,akan terdapat sejumlah besar toksid dan sel2 kanser yang mati didalam hati,Hati akan melupuskan bahan2 toksid ini melalui hempedu dan seterusnya ke kolon.Kaedah detokfikasi yang biasa disyorkan ialah kaedah “coffee enemas”.


Supliment terbaik untuk membantu proses detokfikasi dan melindungi hati dan membantu fungsi hati adalah “milk thistle”.Untuk membaca mengenai “milk thistle” yang telah melalui pelbagai ujian klinikal dan lebih dari 190 jernal penyelidikkan saya sarankan anda untuk membaca dari fail PDF  ini.Klik SUNI.


Apabila terdapat tumor pada pankerias secara otomatik fungsi2 penghasilan pelbagai jenis hormon dan enzim akan turut terjejas.Terutamanya enzm2 berkaitan penghasilan “trypsin” dan chymotrypsin” yang sangat penting  untuk  mencernakan jaluran protin pada sel2 kanser.Untuk menghadapi permasaalahan ini enzim pankerias menjadi satu kemestian untuk penghidap2 kanser pankerias.Terdapat banyak enzim pankerias dipasaran namun kebanyakkan pengamal kaedah alternatif kanser mencadangkan penggunaan “megazyme forte”.


Kemudiaanya kita berbicara mengenai pengecutan tumor dan membunuh sel2 kanser samada yang terdapat pada pankerias itu sendiri atau yang telah bermestasis ke organ2 lain.Untuk menghadapi satuasi ini saya lebih cenderung untuk mencadangkan penggunaan kombinasi 2 protokol yang sangat berkesan untuk jenis kanser ini.


Yang pertamanya ialah menggunakan produk2 vitamin B17 tetapi bukan yang berbentuk suntikkan.Umpamanya penggunaan pil novadalin 500mg bersama sama biji aprikot.


Yang keduanya menggunakan PROTOCEL sebagai pembunuh utama tumor.Ia berfungsi menghuraikan tumor secara perlahan dan membunuh saki baki sel kanser yang telah bermestasis.


Anda bolih membaca di SINI dan SINI untuk mengetahui mengenai kedua dua jenis protokol ini.


Perkara terakhr yang perlu diberi perhatian ialah berkenaan membina sistem antibodi.Antara supliment terbaik dalam soal pembinaan antibodi adalah “shark cartilage”,ip6 inositol,bowine cartilage” dan AHCC.