browser icon
You are using an insecure version of your web browser. Please update your browser!
Using an outdated browser makes your computer unsafe. For a safer, faster, more enjoyable user experience, please update your browser today or try a newer browser.

KANSER PAYUDARA DAN KAEDAH RAWATAN

Posted by on May 19, 2011

Kanser payudara adalah kanser yang paling kerap terjadi pada wanita.melebihi jenis2 kanser yang lain seperti kanser ovari,paru paru  dan sebagainya.Kanser payudara bolih sahaja berlaku kepada mana mana wanita bermula dari umur remaja hingga ke umur 70 tahun.

 

Menghadapi kemungkinan  terkena kanser payudara pada peringkat umur 50 tahun keatas amat membimbangkan kerana dengan  kaedah2 rawatan hospital yang ada dikhuatiri memberi impak yang besar kepada kualiti hidup seterusnya akibat kesan2 sampingan pembedahan,kimoterapi dan sinaran radiasi.

Pada peringkat umur ini keseluruhan fungsi badan seperti pertumbuhan sel2 sihat yang baharu,penghasilan enzim penting badan,pengeluaran antibodi telah pun menyusust ke paras 50 hingga 60 peratus.Selera makan juga telah terhad akibat kitaran semulajadi biologi badan.

 

Kanser payudara dimulai dengan ujudnya benjolan2 keras dimana2 bahagian payudara namun ada juga yang jenis tiada "lump"  yang terbentuk,umpamanya dengan tidak semena mena berlaku pendarahan pada puting atau bentuk  payudara yang tidak normal.Antara simptom2 kanser payudara adalah seperti berikut

 

1. Benjolan di payudara atau ketiak yang berlaku selepas kitaran haid Seringkali simptom2 awal kanser payudara ialah apabila terjadi benjolan pada mana2 bahagian payudara namun ia tidak menimbulkan rasa sakit, walaupun anda merasakan sedikit terganggu dan tidak selesa dengan keadaan benjolan tersebut..Petunjuk kepada bacaan pada mammogram tidak bererti ianya baru bermula atau berada pada peringkat awal.

 

2. Bengkak di bahagian ketiak.

3. Walaupun benjolan biasanya tiada rasa sakit,  nyeri di payudara boleh menjadi tanda kanser payudara.

4. Permukaan rata pada payudara atau lekukkan mungkin menunjukkan tumor yang tidak boleh dilihat atau dirasa.

5. Setiap perubahan, seperti saiz, atau suhu payudara, kemerahan pada permukaan seperti kulit limau boleh menjadi tanda kanser payudara peringkat tinggi

6. Perubahan pada puting, seperti mengarah ke dalam atau berlesung pipit, gatal atau ada kesan seperti terbakar, atau ulserasi; skala dari puting merupakan gejala dari penyakit kanser.

7. Keluar lendir dari puting berdarah, atau warna lain.

8.Permukaan kulit yang berkilau

9.Perbedaan dari segi saiz atau warna antara kedua belah payudara.

 

Namun yang paling umum adalah terbentuknya “lump” pada bahagian payudara,inilah satu satunya simptom yang menyebabkan kaum wanita bergegas pergi ke hospital untuk mendapatkan rawatan awal atau melakukan pembedahan mudah mengeluarkan “lump”.

 

Ada juga diantara mereka yang tunggu dan lihat atau mencuba kaedah2 rawatan tradisional dengan harapan “lump” tersebut akan hilang.Saya pernah menemui antara mereka yang terlantar dihospital setelah gagal dengan kaedah  apa yang dipanggil “pembedahan batin” sedangkan pembedahan "lump" pada peringkat awal mengambil masa 1 jam sahaja atau kurang dengan tidak melalui pelalian penuh.

 

“Lump” pada awalnya berbentuk kelompok2 cecair yang merupakan sel2 yang tidak normal,inilah sel kanser pada peringkat paling awal.Ia hanya dapat dikesan melalui kaedah imbasan seperti “mammogram” dan imbasan2 yang lain.

 

Sesetengah pakar kanser berpendapat apabila terdapat sel2 kanser yang membelah secara tidak normal sistem badan akan berusaha dengan pelbagai cara untuk melindungi sel2 yang sihat dari diserang olih sel kanser tadi.Apabila sistem imun gagal bertindak keatas sel kanser tersebut sistem badan akan menghasilkan sejenis lapisan lemak yang membungkus sel kanser untuk memperlahankan perebakkannya kepada tisu2 berhampiran.Itulah sebabnya mereka tidak menyarankan kaedah “biopsy”  dilakukan pada peringkat ini,sebaliknya terus sahaja dibuang "lump" tersebut kemudian baru dilakukan ujian untuk mengetahui jenis sel kanser tersebut.Baca SINI untuk penerangan lanjut.

 

Pengredan tahap kanser payudara.

Ramai diantara wanita tidak memahami secara mendalam mengenai tahap atau pengredan kanser payudara menyebabkan mereka melengah lengahkan rawatan dengan mencuba pelbagai kaedah yang tidak sintifik umpamanya melakukan ritual2 tertentu seperti pembedahan batin.

 

Ada juga  doktor yang tidak memberikan maklumat secara spesifik mengenai tahap sebenar kanser atas sebab2 yang mereka sahaja yang tahu.Seringkali doktor dengan secara ringkas menggunakan perkataan “peringkat awal” menyebabkan istilah ini dijaja olih pesakit untuk mententeramkan perasaan sendiri.Ini adalah kaedah yang salah untuk menghadapi kanser yang amat merbahaya ini.

 

Secara umumnya kaedah pengredan kanser payudara yang biasa digunkan doktor adalah seperti berikut,walaupun terdapat kaedah yang terbaharu yang dipanggil  sistem TNM.

 

Peringkat “0”

Adalah kanser yang jenis tidak menyerang tisu2 berhampiran ATAU jenis DCIS ( Ductal Carcinoma  In Situ )Ia biasanya tidak keluar dari kawasan dimana ia bermula.

Peringkat “1”

Kanser yang berupaya menyerang tisu berhampiran dan mereka berupaya keluar dari tempat dimana ia bermula.DAN saiz "lump" adalah melebihi 2cm.Termasuk juga dalam peringkat ini sel kanser telah pun bergerak ke tisu bersebelahan tetapi saiz tumor ditisu bersebelahan tadi adalah berukuran kurang dari 1 cm.Peringkat ini juga tidak melibatkan serangan dibahagian “lympnode”

Peringkat “2”

Terbahagi kepada 2 bahagian

2A – Tiada tumor dikesan pada payudara tetapi sel kanser dikesan terdapat dalam “lympnode” pada bahagian bawah ketiak ATAU saiz tumor adalah 2cm  hingga 5cm DAN sel kanser tidak terdapat pada “lympnode”.

2B.-Saiz tumor berukuran 2cm hingga 5cm DAN sel kanser telah merebak ke “lympnode” ATAU saiz tumor adalah melebihi 5cm tetapi belum merebak ke “lympnode”.

 

Peringkat 3

Terbahagi kepada 3 bahagian

3A.-Tidak terdapat tumor pada bahagian payudara namun sel kanser dijumpai  melekat diantara 2 atau lebih lympnode ATAU sel kanser telah merebak kebahagian lympnode berdekatan dengan tulang struktur payudara.ATAU sebarang ukuran saiz tumor DAN sel kanser telah merebak ke bahagian lebih dari satu  "lympnode" dalam keadaan melekap antara satu sama lain ATAU melekap pada struktur lain.

 

3B.-Sebarang tumor yang telah merebak kebahgian dinding dada ATAU kulit payudara DAN telah merebak ke lebih dari satu "lympnode" yang melekap antara satu sama lain ATAU melekap pada struktur payudara  ATAU sel kanser telah merebak ke "lympnode" berhampiran struktur tulang payudara ATAU melekap padanya.

Berlaku keradangan tumor dimana kulit payudara menjadi kemerahan

Payudara membengkak dan terasa panas

Kanser telah merebak ke lympnode DAN sel kanser terdapat dalam kulit payudara.

 

3C.-Tiada tanda sel kanser terdapat dalam payudara ATAU jika terdapat tumor berukuran sebarang saiz DAN sel kanser dikesan terdapat pada "lympnode" DAN juga   dinding dada DAN dibahagian kulit payudara.DAN sel kanser telah merebak samada kebahagian atas  ATAU bawah "lympnode"  tulang selangka.DAN sel kanser telah merebak ke  rangkaian “lympnode” ATAU "lympnode"  berhampiran  tulang struktur payudara.

 

Peringkat “4”

Pada peringkat ini sel kanser telah keluar dari payudara dan menyerang "lympnode" yang jauh samada "lympnode" organ2 seperti kulit,hati,otak atau tulang.ATAU ia telah menyerang organ2 itu sendiri dan biasa disebut kanser yang telah bermestasis.Juga termasuk dalam peringkat ini kanser2 yang berulang atau “recurrence”.

 

Nota:Perlu diingat bahawa rangkaian "lympnode" pada bahagian bawah ketiak adalah sasaran utama sel kanser untuk merebak kebahagian2 lain organ,apabila "lympnode" bahagian ini terpakasa dibuang terdapat beberapa kesan smpingan yang terpaksa anda tempuhi samaada bersifat jngkamasa pendik atau panjang umpamanya kebergantungan kepada antibiotic,hilang deria rasa,kebanjiran cecair pada bahagian ketiak atau kaki,

Bincang dengan doktor anda mengenai perkara ini kerana simptom ini berbeza antara induvidu.

 

Setelah anda memahami “staging” kanser payudara kita beralih kepada kaedah2 rawatan.Kaedah rawatan ortodoks atau hospital kebiasaanya merangkumi pembedahan membuang tumor,kimoterapi, sinaran radiasi dan "hormone theraphy".Juga terdapat kaedah membuang payudara ( mastectomy ) jika keadaannya amat parah.

 

Melalui kaedah pembedahan doktor biasanya akan membuang lumps atau tumor.Pembedahan jenis ini dinamakan “lumpectomy” atau “segmental mastectomy”.dimana sebahagian payudara  terpaksa dibuang.Sementara kaedah “mastectomy” melibatkan pembuangan seluruh payudara.

 

Dalam keadaan khusus doktor biasanya akan membuang keseluruhan payudara dan semua "lympnode" yang dijangkiti kanser pada bahagian bawah ketiak untuk menghalang penyebaran kebahagian2 lain organ.Namun pada peringkat ini kebisaanya kuman kanser telahpun mengembara kedalam saluran darah yang menyambung ke organ2 bahagian atas terutamanya otak.

 

Kimoterapi.

Kaedah kimoterapi biasa digunakan bersama kaedah pembedahan.Kebiasaanya selepas 2 minggu atau 1 bulan anda akan dipanggil untuk menjalani kimoterapi.Kimoterpi bertujuan untuk membunuh saki baki sel kanser yang masih ada selepas pembedahan.Terdapat kaedah suntikan yang dilakukan di hospital atau dalam bentuk pil,yang bolih dilakukan dirumah.

 

Terdapat pelbagai jenis dadah kimoterapi dan doktor bisanya menggunaknnya bergantung kepada beberapa perkara seperti kondisi kesihatan dan jenis sel kanser.Antaranya yang terkenal ialah “TRASTUZUMAB” berbentuk suntikan dan “LAPATUNAB” berbentuk pil.

 

Terdapat juga kaedah dimana kaedah kimoterapi digunakan terlebih dahulu lepas itu barulah dilakukan pembedahan.Cara ini digunakan pada jenis2 tumor yang besar dimana doktor berpendapat kaedah pembedahan tidak dapat dilakukan dalam keadaa  tumor yang sangat besar.

 

Sinaran Radiasi

Kaedah ini biasanya digunakan bersama kaedah pembedahan untuk jenis kanser peringkt 1 dan 2.Ia juga digunakan selepas pembedahan pembuangan payudara jika masih terdapat sel2 kanser pada "lympnode" tertentu.

 

Ada 2 jenis kaedah sinaran radiasi yang dinmakan “External Radiation” dimana pancaran radiasi dihalakan dikawasan luka pembedahan untuk membunuh saki baki bakteria  kanser.Kekuatan dos radiasi amat bergantung keadaan kanser,kondisi kesihatan dan peringkat umur pesakit.Ia dilakukan secara berperingkat adakalanya memakan masa selama 1 ke 2 bulan.

 

Untuk keterangan mengenai dos sinaran radiasi sila rujuk SINI.

Kaedah kedua ialah dipanggil "Internal Radiation" juga dikenali sebagai “brachytheraphy” dimana partikel radioaktif  disuntik dan diletakkan berhampiran kawasan terdapat sel kanser.Partikel tersebut akan mengeluarkan sinaran radiasi yang membunuh sel kanser berhampiran partikel radioaktif.Ia juga diletakkan ditempat yang pada pandangan doktor sel kanser akan berulang.

 

Hormon Theraphy

Terdapat beberapa jenis hormone yang berfungsi melekapkan dirinya kepada sel kanser dan menghalangnya dari  berkembang.atau membahagi.Pada wanita terdapat 2 jenis hormone yang menjadi pemangkin berkembangnya sel kanser dikenali sebagai “estrogen “ dan “ progesterone” yang dihasilkan dari dalam ovari.

 

Fungsi dadah ini adalah untuk menghalang  fungsi  “estrogen” dan “ progesterone”.Malah terdapat  kaedah dimana pembedahan  dilakukan keatas  ovari  untuk menghalang  pengeluaran kedua dua hormone tersebut dihasilkan.

Antara jenis2 dadah hormone yang  sering digunakan ialah seperti Tamoxifen,Fareston,Arimidex,Aromasin,Femara,Zoladex/Lupron,Megace dan Halotestin.

Seperti kaedah radiasi dan kimoterapi kaedah "hormone theraphy"  juga mempunyai simptom atau kesan sampingan diantaranya keletihan,kesakitan sendi,berkurangan keinginan seks,Terdapat juga jenis dadah hormone yang mengkibatkan kesan jangkamasa pnnjang seperti “aromatase inhibator" yang bolih mengakibatkan ketirisan tulang.Sementara “tamoxifen” bolih mengakibat terjadinya kanser peranakkan.

 

Kaedah Rawatan Alternatif

Sementara kaedah rawatan alternative ada beberapa kaedah yang bolih digunakan atau anda bolih juga mengabungkan kaedah hospital dan alternative.Namun terdapat juga kaedah alternative yang tidak berfungsi dengan betul apabila digunakan bersama kaedah kimoterapi misalnya Protocel.

Adalah penting apabila anda mengamalkan kaedah  alternative melakukan pemantauan melalui kaedah pemeriksaan hospital.Kerana tidak semua kaedah alternative  bolih bersesuaian  dengan biologi badan anda.Olih itu pemantauan melalui ujian darah,pemeriksaan saiz tumor bolih dijadikan panduan sebelum beralih kepada kaedah alternatif yang lain.

Secara peribadi saya lebih mengesyorkan untuk mereka yang mempunyai “lump” pada peringkat awal melakukan pembedahan pengeluaran “lump” tanpa menggunakan kaedah kimoterapi  atau sinaran radiasi sebaliknya terus memperaktikkan kaedah alternative.Elakkan kaedah “biopsy” kerana tidak kira apa  jua jenis "lump" anda,samaada benign atau malignant ia tidak perlu berada disana.

Kaedah rawatan alternatif yang bolih dipertimbangkan untuk kanser payudara.

1.Vitamin B17

2.Protocel

3.Taheebo Life Tea

4.Enzyme Theraphy

 

Satu perkara yang perlu diberi perhatian ialah kaedah alternative adakalanya mengambil masa untuk bertindakbalas bergantung kepada tahap kanser.Sesetengah kaedah alternative bertindak balas dengan pantas pada tahap kanser 4 atau yang telah bermestasis.

 

Protocel umpamanya untuk mengecutkan tumor ia bolih mengambil masa 3-4 bulan.

Perlu dingat tumor yang berada dalam payudara bukan berada disana dalam masa 1 atau 2 bulan bahkan tumor memerlukan 1 hingga 2 tahun untuk ia berkembang dalam keadaannya sekarang.Untuk memahami kaedah tumbesaran tumor ialah dengan membandingkan dengan sistem “multi level”  syarikat jualan langsung.Sel kanser membelah dari 1 ke 2,4,8.16,32 dan seterusnya.Lagi banyak jumlah sel kanser lagi cepat tumor membesar.

 

Itulah sebabnya kita sering mendengar mereka yang telah disahkan ada tumor dihati meninggal dunia 4 atau 5 bulan kemudiannya kerana kepesatan pembahagian sel kanser amat pantas kerana jumlah gandaan tadi.Menangguhkan rawatan kanser akan memberikan implikasi yang fatal kerana  apabila tumor mula menggandakan pembahagiaanya ia akan menggangu fungsi2 organ penting terutamanya paru2,tersumbatnya kolon dan sebagainya.

 

Itulah rasionalnya,apabila anda mempunyai tumor yang besar didalam kolon kaedah  pembedahan mengeluarkan kolon terlebih dahulu dibuat  sebelum memulakan rawatan alternative.Begitu juga dengan tumor dalam saluran utama paru paru perlu segera dibedah mengeluarkan tumor kerana kaedah alternative tidak akan sempat mengecutkan tumor dalam masa  1 atau 2 bulan.

 

Perlu diingat apabila supplimen alternative masuk kedalam badan ia mula bertindakbalas dengan sel2 kanser dengan mengganggu metabolisma sel kanser.Jika jumlah sel kanser jenis yang berkembang pesat atau pantas kesan tindakbalas ini bolih dirasai umpamanya terasa sakit pada tumor atau rasa kurang bertenaga,letih lenguh pada organ badan yang ada kanser.

 

Sesetengah kaedah rawatan alternative bekerja dengan cara berlainan.Umpamanya B17 membogelkan salaputan protin sel kanser dan tugas seterusnya terserah kepada antibodi anda.Sementara protocel  bertindak menyerang sel kanser secara terus tanpa mengharapkan bantuan antibodi.Sudah tentulah simptom atau kesan sampinganya berbeza antara satu sama lain.

 

Olih itu adalah penting jika anda mengamalkan kaedah sesuatu rawatan alternative pastikan anda mengambil protokol penuh dan mengikuti  dengan teliti prosidur yang digariskan.B17 umpamanya mengetatkan diet permakanan sedangkan protocel tidak banyak memantangkan pengambilan makanan umpamanya daging.Jadi pastikan anda diberi penerangan lanjut mengenai sesuatu produk yang anda beli.Mengambil B17 tanpa disertakan dengan pengambilan enzim adalah siia sia.

One Response to KANSER PAYUDARA DAN KAEDAH RAWATAN