Kanser Payudara Dan Kepentingan Fungsi Lymphnode

IMG-20130715-WA0001

 

breast lympnodes

Artikel ini mungkin agak panjang dan ia sebenarnya dikhususkan untuk menanggani beberapa isu disekitar kaedah rawatan untuk kanser payudara.Namun secara am ia juga berguna  untuk sesetengah jenis kanser yang lain.Ia ditulis berdasarkan pengalaman saya dalam menyelusuri  beberapa masaalah yang timbul berkenaan rawatan alternatif untuk kanser payudara.

 

Dalam bab kanser payudara ini saya telah menulis 4  artikel mengenainya yaitu “Kanser Payudara Dan Kaedah Rawatan Alternatif”“benarkah-pengambilan-vaksin-penyebab-kanser-payudara” , “Kanser Payudara Fakta Yang Disembunyikan”. dan Biopsy Punca Merebaknya Kanser Payudara”.

 

Sebelum  membaca artikel ini elok rasanya anda  meneliti dahulu artikel2 terdahulu untuk memahami mengapakah kanser payudara ini amat kompleks dan sebenarnya agak sukar ditanggani olih kaedah perubatan konvensional.

 

Penggunaan kimoterapi,pembedahan dan sinaran radiasi tidak dapat menanggani 100 peratus  penularan kanser ini sehingga ia berterusan merebak kebahagian organ2 dalaman yang lain seperti paru2 dan tulang.Sementara kaedah alternatif pula banyak bergantung kepada sejauhmana pesakit2 kanser payudara ini telah mengembara dengan penggunaan kaedah rawatan konvensional.Apabila anda menjalani biopsy,anda sebenarnya telah memulakan penularan atau melepaskan sel2 kanser kedalam saluran darah.Doktor amat memahami tentang perkara ini.Itulah sebabnya apabila hasil ujian makmal sampai ke tangan doktor dan ianya positif jenis kanser maglinant,beliau akan mengarahkan penggunaan kimoterapi atau pembedahan dilakukan dengan kadar segera.Biasanya selepas biopsy dilakukan tempat pertama yang akan menerima bahana ialah tisu2 disepanjang laluan jarum biopsy.Ia akan menyebabkan kawasan disekitar  laluan jarum biopsy menjadi bengkak.

 

“Breast biopsy complications can include pain, swelling, bleeding, and drainage from the biopsy site, infection and false positive results, leading to unnecessary treatments.

Doctors and researchers have noted that biopsy of a tumor can cause seeding, or spread of cancer cells along the path of the needle track at the biopsy site.  Author and health researcher Karl Loren has documented 73 cases of seeding from biopsies causing metastasis on his website.

Dr. Vincent Gammill , Center for the Study of Natural Oncology in Solana Beach, California, presented a case of a woman who had successfully treated her breast cancer naturally since 1994.  Last year, her conventional oncologist convinced her that she was a fool to refuse a needle biopsy.  She now has new tumors at each of the puncture sites.”Baca seterusnya dilink berikut

 

http://www.prnewswire.com/news-releases/do-biopsies-spread-cancer-167177565.html

 

Namun kita juga memahami perkara2 berkaitan prosidur dalam bidang perubatan konvensional  yang mewajibkan biopsy dilakukan untuk tujuan2 yang pada pandangan doktor adalah sesuatu yang perlu.Ia adalah diagnosis paling awal untuk doktor membuat perancangan kaedah rawatan yang berikutnya.

 

Perkara kedua yang menyebabkan kaedah alternatif agak sukar berperanan adalah  berkaitan kimoterapi dan pelbagai teknik pembedahan.Kimoterapi akan memusnahkan sistem imun atau antibodi.Sedangkan kaedah alternatif teramat bergantung kepada kemampuan antibodi untuk bertindak kepada sel2 kanser yang telah dilemahkan.Perlu diingat semua kaedah rawatan alternatif tidak mampu untuk membina semula tisu2 yang telah rosak.Sebab itu anda melihat kebiasaanya protokol2 kaedah rawatan alternatif disertakan dengan pelbagai jenis supliment sokongan.

 

Majoriti mereka yang beralih kepada kaedah alternatif ini sebenarnya telah menjalani pelbagai jenis kaedah rawatan konvensional terutamanya pembedahan dan kimoterapi.Sesuatu yang amat berbahaya yang dibuat olih kaedah kimoterapi  adalah merehatkan pesakit selama beberapa minggu dimana kita memahami ia adalah bertujuan untuk meminimakan impak keatas sel2 yang sihat.Namun sesuatu yang tidak kita sedari ialah kita sebenarnya memberi ruang kepada sel2 kanser untuk membina kembali kekuatannya dan menjadi imun kepada dadah kimoterapi.Cara ini juga sebenarnya merangsang pertumbuhan tumor baru dilokasi2 berhampiran dan terjauh.

 

Satu kes yang tipikal yang saya temui ialah seorang pesakit kanser payudara  yang menjalani pembedahan dan kimoterapi yang  kemudiannya membiakkan sehingga 5 jenis kanser lagi didalam badannya dalam masa tidak sampai satu tahun.Dia mempunyai tumor didalam paru2,hati,limpa,tulang dan rektumnya.Keemua tumor2 dilokasi tersebut adalah sebenarnya berpunca dari satu lokasi iaitu payudara.( Pesakit ini telah pun meninggal dunia dimasa artikel ini ditulis -ALFATIHAH.Kaedah kimoterapi sebenarnya berupaya melakukan 3 perkara yang menyebabkan ia perlu direhatkan untuk beberapa minggu untuk memberikan masa kepada sel2 yang sihat pulih sepenuhnya.

 

1.ia memusnahkan sel darah putih yang berperanan melawan infeksi

2.ia memusnahkan platelets untuk mengawal aktiviti2 pembekuan darah

3.ia memusnahkan sel darah merah yang berperanan mengangkut oksigen

 

www.dailymail.co.uk/health/article-2184277/cheamotherapy-encourage-cancer-growth.html

www.medicalnewstoday.com/articles/248661.php

http://www.cafemlm.com/kesihatan-dan-anda/kanser-dan-kimoterapi.html

 

Walaupun bertindak secara terburu buru dengan melakukan biopsy adalah tidak digalakkan namun membiarkan lump anda membesar tanpa melakukan apa2  adalah juga tidak  memadai.Jika anda tidak berupaya untuk menepis desakkan doktor untuk melakukan biopsy,bagaimanakah caranya untuk mengesahkan lump tersebut adalah dari jenis maglinant atau benignJika anda berurusan dengan hospital2 kerajaan dan anda tidak mahu melakukan biopsy lawatan anda berikutnya akan dibatalkan dan tiada lagi  rawatan yang akan diberikan.Sebenarnya jika anda merasakan amat berat untuk melakukan biopsy info berikut bolih membantu anda untuk membezakan jenis lump yang bersifat malignant dan benign.Dalam bidang perubatan jenis lump benign ini terbahagi kepada 3.

 

1.BREAST CYSTS.

 

Ia berbentuk cecair dan selalunya terjadi dicelah tisu payudara.Apabila disentuh ia licin seperti anda menyentuh plastik yang licin.Apabila ditekan ia seperti anda menekan pada belon yang berisi air.Ia berupaya bergerak pada lokasi berdekatan dan berupaya untuk bertukar xaiz pada masa kitaran haid.Ia bolih sahaja berada pada permukaan kulit  atau berada jauh didalam tisu payudara.

 

2.BREAST FIBROADEMAS.

 

Pada asasnya ia adalah sejenis sel yang berlainan dari sel2 payudara Ini adalah kumpulan  sel-sel yang menyokong lain-lain jenis sel di dalam payudara anda. Ia diperbuat daripada tisu bergentian dan kelenjar.Ia bersifat ketulan yang bulat pada permukaan payudara dan bolih sahaja bersifat keras atau anjal.Ia juga bolih bergerak semasa anda membuat pemeriksaan sendiri.Biasanya ia berada pada permukaan payudara dan mudah diakses. 

 

3.Breast Pseudolumps 

 

Ia adalah sejenis lump benign yang terbentuk dari parut tisu atau tisu lemak yang mati.Ia  jenis ketulan yang keras apabila disentuh dan  biasanya tidak berubah bentuk  dan saiz. Pseudolumps biasa berlaku  berhampiran permukaan, atau lebih mendalam di dalam payudara, dekat dengan dinding dada.

 

Lump jenis maglinant adalah apa yang disebut kanser.Ia berupa gumpalan sel2 malignan yang diperbuat daripada sel-sel yang tidak normal tisu payudara yang membelah  dengan cara yang tidak terkawal.Ia mempunyai bentuk yang tidak teratur (bukan bulat) dengan permukaan yang keras seperti bola golf.Ia tidak berubah tempat semasa anda membuat pemeriksaan sendiri dengan menekan kebahagian lump. 

 

Kanser payudara biasanya terjadi berhampiran permukaan, atau lebih mendalam di dalam payudara, dekat dengan dinding dada. Ia juga boleh berlaku di kawasan ketiak, di mana terdapat lebihan tisu payudara.Secara relatifnya apabila anda meletakkan bahagian belakang tapak tangan anda pada bahagian lump tersebut ia berasa sedikit panas kerana aktiviti2 pembelahan sel2 kanser.Anda juga akan merasa sedikit kesakitan apabila menekan lump tersebut.

 

Ada beberapa tindakkan yang bolih dilakukan untuk menanggani lump peringkat pertama ini.Anda perlu merujuk kembali artikel terdahulu untuk mengatahui  tahap2 kanser payudara.Kaedah paling saya syorkan adalah pembedahan membuang lump tanpa melakukan biopsy.Jika ini tidak dapat dibuat dihospital kerajaan hospital swasta bolih sahaja melakukannya dengan kos sekitar RM1500 hingga RM3000.Tanpa menunggu keputusan ujian keluar anda sepatutnya terus menggunakan kesemua   atau sebahagian perkara berikut.

 

1.Perkara pertama adalah anda perlu berada dalam diet anti kanser.Ini termasuklah penggunaan sayuran dan jus buah2an.Jauhi makanan2 yang ditinkan,makanan segera,produk2 tenusu dan hanya menggunakan air bebas klorin.Periksa gigi anda jika anda pernah membuat tampalan gigi dan pastikan ia sentiasa bersih.Apabila sel2 kanser ini berasa terancam olih antibodi ia segera melarikan diri bersembunyi dicelah2 rekahan tampalan gigi dimana antibodi anda tidak dapat berperanan disana.

 

Perkara paling asas dan murah yang bolih anda lakukan ialah mula mengambil 1 sudu teh biji aprikot yang ditumbuk atau diblender sebaik2nya setiap 3 jam waktu jaga anda.

 

Ambil bromelain 1 biji 3 kali sehari

Vitamin C 1000mg 2 biji 3 kali sehari

Minum 5 drop serum kunyit yang dicampur dalam 500ml air bebas klorin.

 

Selain kaedah diatas anda juga bolih menggunakan protokol sodium bicarbonate.Terdapat pelbagai kaedah penggunaan sodium bicarbonate untuk merawat kanser samada peringkat awal atau terminal.Cara paling asas ialah dengan meminum 1/4 sudu teh sodium bicarbonate bebas aluminium dalam 1 gelas air bebas klorin.

 

Saya  telah melakukan biopsy dan  mendapati payudara  membengkak.

 

Ini adalah satuasi yang kerap dihadapi dan ditanya penghidap kanser payudara.Apabila lump mula terjadi pada payudara ia sebenarnya mengambil masa untuk membiak dan membesar.Jika anda membiarkannya tanpa apa2 rawatan ia akan terus membesar hingga memenuhi keseluruhan payudara.Ia akan mengujudkan saluran darahnya sendiri untuk tujuan mendapatkan makanan dan mestatasis.Jika tiada lagi ruang untuk menampung tumbesarannya ia akan menerobos melalui kulit payudara.

 

Jika anda melakukan biopsy anda akan dapati payudara akan membenkak dalam tempoh 1 hingga 4 minggu.Olih kerana ianya tidak menyakitkan ramai yang menyangka ia adalah perkara biasa dan tidak perlu dirisaukan dan menharapkan bengkak itu akan surut dalam beberapa hari atau minggu akan datang.

 

Sebenarnya apa yang berlaku adalah sebaliknya.Ia adalah sebenarnya permulaan pembiakkan sel2 kanser baru yang mula berkembang untuk mengujudkan tumor2 baru.Ia bolih sahaja bertukar menjadi sebiji tumor baru yang lebih besar atau beberapa biji tumor baru yang lebih ganas.Senario yang sama akan berlaku   apabila tumor cukup matang untuk menerobos keluar dari permukaan kulit.Bezanya dalam kes pertama ia akan mengambil masa selama 1 tahun jika tiada biopsy dibuat.Namun untuk kes kedua ia hanya mengambil masa beberapa bulan dari tarikh biopsy dilakukan.

 

Saya sebenarnya sejak beberapa tahun yang lepas mengikuti dengan rapat beberapa kes yang melibatkan kanser payudara..Ini termasuklah melihat apakah kaedah alternatif yang sering diamalkan pesakit dan apakah akhirnya nasib pesakit2 tersebut. Saya melihat pesakit yang tidak pernah pergi ke hospital langsung semenjak lump dikesan kerana takut dengan kaedah hospital.Gulongan ini biasanya memilih kaedah perubatan tradisional dan antaranya yang paling berbahaya dilakukan ialah dengan mengurut lump.

 

Syugia diingatkan mengurut lump akan menyebabkan lump pecah  dan menambahkan kepantasan perebakkan sel2 kanser. Terdapat juga apabila dikesan mempunyai lump pada bahagian payudara,baru mula membuat pembacaan dan penyelidikkan sendiri lalu membeli dan mencuba pelbagai jenis supplimen dan protokol.Terdapat beratus suplimen dalam pasaran yang diiklankan sebagai supliment untuk menyembuhkan barah termasuklah penggunaan Vitamin B17.Namun ia tidaklah seindah seperti yang diiklankan.

 

Sesuatu supliment atau protokol2 tertentu kanser yang berkesan pada orang lain tidak semestinya berkesan pada anda.Ini termasuklah apa yang dijajakan sebagai produk Sarimah.   Untuk mendapatkan jawapan kepada permasaalahan kanser payudara kita perlu melihat   kepada payudara itu sendiri secara lebih dekat kerana saya percaya setiap organ dalam tubuh badan kita dilengkapi dengan pelbagai tisu2 yang berbeza dengan pelbagai fungsi yang beroperasi mengikut keadaan yang telah ditetapkan.

 

lymphatic system

 

Perkara pertama yang ingin diperkatakan ialah mengenai lympnode atau kelenjar.Apakah sebenarnya yang dikatakan lympnodes ini dan apakah fungsinya.Secara umumnya lympnode ( kelenjar )  terdapat dimerata tubuh kita dan disambungkan olih satu sistem yang dipanggil lymp vessels ( saluran ).Ia seperti saluran darah cuma bezanya saluran darah mengangkut darah ke seluruh tubuh manakala lymp vessel mengangkut pelbagai jenis cecair, bahan buangan yang berasal dari pelbagai tisu badan.Dalam kes payudara lymp vessels mengangkut semua jenis bahan buangan dari tisu payudara  dan pelbagai jenis cecair yang dinamakan cecair lymp.Inilah caranya  toksid dan tisu2 mati diangkut keluar dari tisu2 payudara untuk dilupuskan selain dari kaedah pepeluhan.

 

Cecair lymp ialah cecair dari dinding kapilari digunakan untuk mengangkut oksigen dan nutrisi2 tertentu kepada tisu tisu badan dan dalam kes ini adalah tisu payudara.Ia juga mengandungi antibodi yang melindungi tisu payudara dari serangan virus atau bakteria.Perlu diingat bakteria atau unsur2 negetif dari dinding kapilari juga bolih diserap masuk kedalam lympnodes  jika ia tidak dikeluarkan ia akan menyebabkan lympnode menjadi bengkak.Disinilah cecair lymp dan lymp vessel berperanan.Ia akan mennyahkan bahan buangan ini dengan pertolongan cecair2 dari sekeliling tisu dan seterusnya melupuskan kedalam lymp vessel yang lebih besar seterusnya kedalam saluran darah berhampiran dengan jantung.

 

Rangkaian lympnodes ini bersambung diantara satu sama lain diseluruh sistem badan sama seperti saluran darah.Selain menjadi stesen antibodi ia juga berperanan sebagai penapis yang menapis kekotoran dari masuk kedalam tisu.Dianggarkan terdapat hampir 500 ke 800 lympnodes diseluruh badan kita.Adakalanya ia bolih kelihatan dibawah permukaan kulit yang dapat dirasa apabila ia menjadi radang malah terdapat beberapa ratus lagi jauh didalam sistem organ yang tidak bolih dicapai atau dilihat dari permukaan kulit.Untuk payudara sahaja terdapat sekurang2nya 40 lympnode yang majoritinya tertumpu pada bahagian ketiak.

 

Sel2 kanser payudara merebak ke bahagian lain badan manusia melalui 2 cara.

Cara pertama adalah apabila biopsy dan pembedahan dilakukan terhadap payudara seperti dijelaskan diatas.Cara kedua ialah ia mesti berupaya untuk memisahkan dirinya dari induk utama dan melekap pada dinding lymp vessel dan dinding saluran darah.Dari sini ia akan masuk kedalam lympnode.Sepanjang pengembaraannya dalam lymp vessel ia akan diserang olih antibodi.Namun terdapat sebilangan darinya yang berjaya melepaskan diri dan bersembunyi jauh didalam tisu2 organ yang lain.

 

Didalam lympnode pada bahagian ketiak pergelutan antibodi dan sel2 kanser ini amat sengit dan olih kerana kedudukkannya sangat berhampiran dengan tumor payudara, selalunya sel2 kanser dengan mudah mengambil alih lympnode dan memusnahkannya.Dalam skop kaedah rawatan alternatif  jika lympnode itu masih tidak bertukar kepada warna hitam yakni menandakan ia telah rosak sepenuhnya,ia masih bolih diselamatkan dengan menggunakan kaedah2 rawatan tertentu.

 

Sementara pihak hospital biasanya akan membuang terus lympnode jika ianya telah mengandungi sel2 kanser kononnya untuk mencegah penularan sel2 kanser kebahagian badan yang lain.Saya telah mengulas perkara ini dalam artikel yang lalu.Apabila terlalu banyak lympnode dikawasan payudara dibuang terutamanya lympnode utama pada kawasan ketiak kaedah rawatan altyernatif akan menjadi sedikit sukar.Penjelasannya adalah seperti berikut.

 

Telah dijelaskan tadi lymp vessel mengangkut pelbagai jenis cecair didalam salurannya.Didalam cecair yang berwarna kekuningan ini terdapat antibodi untuk melawan infeksi.Terdapat juga zat2 makanan untuk tisu dan bahan2 buangan untuk dilupuskan kedalam saluran darah utama.Dari jaringan lymp vesel ini terdapat takungan yang berfungsi sebagai penapis toksid dan stesen2 antibodi.Satu perkara yang membuatkan lymp vessel ini berbeza dengan saluran darah ialah sistem pengepamnya.Saluran darah mempunyai jantung yang bertindak sebagai pengepam utama kepada darah untuk membolihkan darah sentiasa mengalir  keseluruh tubuh tanpa henti.Apabila jantung berhenti berfungsi untuk beberapa ketika sejumlah besar tisu2 badan akan mati terutamanya tisu2 dalam otak.

 

Sementara lympnode dan lymp vessel perlu juga ada sistem pengepamnnya sendiri.Ia sebenarnya bergantung kepada sistem pernafasan kita yang dijana olih diafram  sebagai pengepam utama.Selain  itu ia juga bergantung kepada pergerakkan fizikal kita seperti bersenam atau kita melakukan gerak badan2 tertentu.Inilah sebenarnya banyak membantu lympnode dan lymp vessel berterusan  membantu badan menjaga kesihatan tisu2 dalam badan termasukalah tisu2 payudara.Selain lympnode tisu2 payudara juga banyak bergantung kepada rongga2 halus pada bahagian bawah lapisan  kulit payudara  untuk  melupuskan bahan2 buangan melalui kaedah perpeluhan.

 

Apabila terdapat tumor didalam tisu payudara, bergantung kepada saiz tumor,ia sebenarnya telah mengujudkan  perubahan besar kepada struktur tisu payudara dan ini sangat mempengaruhi sistem detokfikasi payudara.Tumor mungkin sahaja melenyapkan 30 atau 50 peratus keupayaan payudara untuk melakukan kerja2 rutinnya.Dan jika ianya sangat besar sejumlah lympnode juga turut tertimbus  dibawah tumor.Maka yang tinggal hanyalah sebahagian kecil yang berada pada bahagian ketiak.

 

Ia bakal menjadi bertambah kritikal jika pesakit melakukan kaedah pembuangan lympnode yang masih berfungsi pada bahagian ketiak.Disinilah terletaknya dilema kepada kaedah rawatan alternatif yang lebih cenderung untuk membunuh tumor didalam kaloninya dari membuang tisu2 yang masih berfungsi dan sihat.Ada pelbagai kaedah alternatif yang bolih digunakan untuk membunuh tumor didalam payudara tanpa merosakkan struktur tisu2 yang masih sihat.Jika saya bolih mengesyorkannya adalah seperti berikut.

 

1.Sodium bicarbonate

2.Protokol Vitamin C

3.Protokol Vitamin B17

4.Protokol Protocel

 

Dengan teknik2 tertentu, protokol diatas sangat berkesan terutamanya penggunaan Sodium Bicarbonate atau Vitamin C.Ia  mampu memusnahkan tumor tanpa merosakkan tisu2 yang sihat.Malah ia juga berupaya untuk menyelamatkan lympnode2 yang masih belum rosak sepenuhnya.

 

Namun disini terdapat satu persoalan yang lain.Bagaimanakah SEL2 KANSER INI HARUS DILUPUSKAN keluar dari dalam payudara.Lagi besar saiz tumor lagi banyak sel2 kanser yang mati berlegar didalam payudara untuk dilupuskan.Lympnode2 utama yang berperanan menjadi saluran perlupusan toksid ini samada sudah terkambus,rosak atau telah dibuang dan  tidak lagi bolih diharapkan untuk menjadi  perkakas utama.Jika tumor itu sangat besar kebanyakkan saraf2 seni pada permukaan kulit payudara  tidak juga bolih diharapkan.

 

Onkologis2 dihospital mungkin sahaja tersenyum sinis menilai logik kenyataan ini memandangkan mereka hanya  ada satu cara untuk menangani permasaalahan ini iaitu melakukan pembedahan membuang payudara.Satu jalan pintas yang patut anda pikirkan semasak masaknya sebelum anda menurunkan tandatangan keatas sehelai surat kebenaran.Pada pandangan anda mengapakah tumor yang sangat besar sering menerobos keluar dari permukaan kulit dengan mengujudkan luka2 yang besar.Mengapakah tumor2 yang telah mati setelah cukup matang tidak keluar melalui sistem detokfikasi dalaman seperti colon dan rektum.

Jawapannya ialah kerana sistem badan telah diprogramkan untuk melupuskan toksid keluar dari badan dengan menggunakan organ detokfikasi yang paling dekat dengan punca masaalah.Umpamanya jika terdapat tumor pada bahagian dada keatas, sistem detoks yang sering berperanan melupuskannya selain kulit adalah mulut,hidung  dan telinga.Tumor didalam otak,paru2,hidung dan leher adalah contoh2 yang bolih disebutkan.Sementara tumor yang berada dibawah paras dada akan dinyahkan kedalam colon,rektum dan buah pinggang.

 

Sesuatu yang berlainan dengan tumor pada payudara ialah IA bergantung dengan banyak kepada lympnode dan kulit untuk melaksakan aktiviti2 perlupusan ini.olih itu untuk kaedah laternatif rawatan kanser perlu dilakukan dengan strategi2 tertentu untuk memberi masa kepada sistem detoks ini berperanan secara semulajadi.Jika siaz tumor sangat besar dan terlalu banyak lympnode telah musnah atau dibuang memusnahkan tumor perlu dilakukan secara perlahan2  untuk memberikan masa supaya sel2 kanser yang mati ini dapat dikeluarkan.Sel2 kanser yang telah mati akibat penggunaan apa2 kaedah alternatif  akan terperangkap didalam tisu payudara dan ini juga akan mengakibatkan payudara membengkak.

 

Dosage2 utama pemusnah tumor mesti dikurangkan dan ditambah secara berperingkat peringkat disamping penggunaan suplimen2 tertentu yang menyokong sistem detokfikasi terutamanya kulit.Tumor yang bersaiz kecil atau kanser payudara peringkat awal mungkin sahaja lebih mudah ditanggani berbanding dengan tumor yang besar.Saki baki lympnode ini mesti dibantu olih faktor luaran untuk memaksimakan keupayaannya.Terdapat beberapa  kaedah yang disyorkan olih doktor2 rawatan kanser alternatif untuk permasaalahan ini.

 

1.Teknik Pernafasan.

Pada bahagian kiri dada terdapat “lymphatic duct “ yang terbesar  dan merupakan lympnode utama.Ia bertindak seperti takungan utama dimana semua lympnode diserata badan melupuskan bahan buangan kedalamnya.Seterunya lympnode utama ini akan melepaskan toksid2  dari merata lympnodes kedalam saluran darah.Darah akan menjalankan aktiviti seterusnya dan melupuskannya keluar dari badan.Keluar masuk cecair yang lain seperti zat makanan dan antibodi juga diagih2kan olih lympnode utama ini  tanpa henti melaui satu sistem yang sangat kompleks.Berlainan dengan sistem aliran darah,sistem lympn hanya mengalir ke satu arah yakni dari bawah ke atas menghala ke leher.

 

Secara umumnya sistem lymphatic bertindak sebagai saliran dalam sistem badan.Ia mengumpul semua bahan2 toksid dari serata badan dan membuangnya kedalam sistem aliran darah.Bakteria dan virus2 yang terperangkap dalam lympnode akan dimusnahkan olih sel2 darah putih yang juga mengalir didalam sistem lymp vessel ini.Termasuk dalam keluarga lymphatic system adalah limpa,thymus,adenoids dan tonsil.Kesemua organ2 ini memberi manafaat yang besar dalam soal2 penghasilan antibodi kita.

 

Antibodi juga dihasilkan didalam sistem lymph ini.Ia diaktifkan olih sejenis protin yang dikenali sebagai sel2 B yang dihasilkan olih sistem imune badan apabila berlaku serangan bakteria atau unsur2 asing yang tidak dikenali badan.Semasa proses penghasilan ini sedang aktif  lympnode akan berubah menjadi besar dan jika lympnode tersebut berada berhampiran permukaan kulit ianya bolih dilihat dan dirasa dengan tangan.Ini adalah tindakbalas sistem imun yang sangat penting kepada sistem pertahanan badan.

 

Olih kerana kedudukakannya sangat berhampiran dengan organ utama pernafasan ia sangat mempengaruhi sistem pengepamam  kebanyakkan lympnode2 yang lebih kecil diserata badan.Sistem lymphatic sangat bergantung kepada pernafasan sebagai teknik untuk membolihkan pengaliran cecair  didalam sistemnya berjalan lancar.

Dr Lemole pakar pembedahan jantung dalam bukunya bertajuk THE HEALING DIET menyatakan “Adalah sangat penting anda memastikan sistem lymphatic sentiasa terbuka dan mengalir dengan lancar.Jika anda dapat memastikan sistem lymphatic sentiasa bersih,anda bolih menghapuskan 70 peratus penyakit2 kronik yang disebabkan beberapa sistem aliran anda tersumbat”.

 

Beriku adalah contoh bagaimana cara untuk melakukan senaman deep breathing

 

#Duduk diatas kerusi yang sesuai dan selesa umpamanya sofa.Keadaan duduk anda mesti selesa tanpa ada apa2 objek berdekatan atau diatas riba anda.

#Pejam mata dan kesan bahagian2 badan anda dengan minda jika ada sebarang kesakitan atau tekanan pada bahagian2 badan tertentu

#Beri perhatian kepada keadaan pernafasan anda

#Letakkan tangan kanan atau tangan kiri anda pada bahagian dada  dan selepas itu pada bahagian abdomen yang mempunyai rangsangan yang lebih kuat bersama turun naik nafas anda.Jika sekiranya rangsangan lebih kuat pada dada anda ini menunjukkan anda tidak bernafas dengan sempurna iaitu anda tidak menggunakan bahagian bawah paru2 anda untuk bernafas.

#Kemudian letakkan kedua dua belah tangan anda diatas abdomen dan kesan turun naik abdomen anda setiap kali anda bernafas

#Bernafas melalui hidung dan kesan samada turun naik abdomen dan dada anda bergerak seiringan atau tidak

#Sekarang letakkan tangan kiri anda pada abdomen dan tangan kanan anda pada dada.

#Tarik satu nafas yang panjang secara perlahan lahan melaui hidung.Sepatutnya dalam keadaan ini abdomen anda akan naik secara sekata dengan  sedutan nafas dan dada sepatutnya hanya bergerak sedikit sahaja.

#Lepaskan pernafasan anda melalui mulut dan pastikan lidah,rahang dan mulut anda dalam keadaan relax

#Fokus pada apa2 bunyi ketika mengeluarkan nafas dan anda patut rasa selesa dengan keadaan pernafasan yang panjang dan perlahan.

#Kemudian berdiri dalam keadaan yang stabil

#Bernafas melaui hidung anda.

#Keadaan  pernafasan yang betul ialah apabila anda menarik nafas yang panjang melaui hidung,anda patut dapat merasakan pergerakkan pada bahagian bawah sekali paru2 kemudian bahagian tengah seterusnya bahagian atas paru paru.

#Tahan nafas anda beberapa saat

#Lepaskan perlahan lahan relakskan bahagian abdomen dan dada anda.

 

Lakukan senaman pernafasan ini setiap hari  selama 5 ke 10 minit sehari

 

Berikut adalah satu lagi cara bagaimana untuk mengepam lympnode .Kaedah ini amat efektif kepada mereka  yang mempunyai lympnode yang diserang kanser yang menyebabkan lympnode menjadi bengkak seperti jenis2 kanser limfoma.

Sediakan

1 biji cili besar  yang paling pedas yang anda ketahui.Jika anda menggunakan cili api gunakan sebanyak 3 atau 4 biji.Jika anda ke Cameron Highland ada dijual cili yang namanya Herbanero.Ia adalah sejenis cili besar yang gemuk dan pendik.Kulitnya bewarna oren kemerahan.Ia adalah spesis cili ke tiga paling pedas didunia.

2.Tiga ulas bawang putih

3.Mentega Organik

4.Dua keping roti poun putih

5.Scot   emulsion oil

 

Tumbuk dalam lesung cili besar hingga lumat .Jangan buang biji dan pulurnya.

Kemudian masukkan 3 ulas  bawang putih dan tumbuk sambil gaulkan sebati dengan cili 

Sapu mentega organik keatas sekeping roti pound hingga rata

Ceduk campuran cili dan bawang putih tadi sapu diatas roti yang telah disapu mentega organik tadi

Lipat  2  roti tersebut dan makan.Kunyah perlahan lahan dan makan segigit demi segigit hingga habis.Setiap gigitan roti yang dicampur cili tadi gigit roti paun yang kosong secara berselang seli.

Apabila habis minum 2 atau 3 sudu besar scot emulsion oil.

Jangan minum air dan biarkan kepedasan itu hilang sendiri.

Semasa menahan rasa kepedasan ini bernafas dengan betul yakni tarik nafas yang panjang melalui hidung dan hembuskan melalui mulut.

 

Kaedah ini akan menyebabkan sel2 kanser  berhamburan keluar dari dalam lympnode dan suhu yang tinggi akan menyebabkan sel2 kanser mati kerana berbanding dengan sel2 sihat sel2 kanser amat sensitif kepada suhu panas.Lakukan kaedah ini 2 kali seminggu.Untuk mereka yang mempunyai kebengkakkan pada lympnode  akibat diserang kanser lakukan  teknik ini selama 7 hari berturut turut  dan rehat 7 hari.Berhenti hanya sekiranya lympnode itu telah kembali normal.

 

 

Dalam soal pernafasan secara amnya anda perlu bersenam.Lakukan senaman yang bersesuaian dengan kondisi anda.Seperti sukan ringan.Apabila anda keletihan secara otomatik anda bernafas secara mendalam.Ini mampu membantu melancarkan dan mempercepatkan pengepammam lympnode dan melancarkan pergerakkan cecair didalam saki baki lympnode yang masih ada untuk melupuskan sel2 kanser yang mati kedalam darah seterusnya dilupuskan melalui rektum dan pundi kencing.

 

Jika anda  merasa sukar untuk melakukan perkara diatas teknik berikutnya mungkin akan anda  lakukan dengan perasaan  gembira.Namun anda perlu mengeluarkan sediikit wang anda untuk membeli trampoline  yang berkualiti.Anda perlu lompat diatas trampoline setiap hari selama 20 minit.Kaedah ini disyorkan olih ramai doktor2 rawatan kaedah alternatif  terutamanya untuk kanser payudara.Teknik ini dinamakan rebouncing.

 

Teknik ini sangat praktikal kerana ia melibatkan pergerakkan semua  bahagian badan anda termasuk diperingkat selular.Rebounding melibatkan penggunaan GRAVITI secara positif.Kaedah pergerakkan ini berfungsi sebagai pengepam tiruan pada lympnode dan lymp vessel dan seterusnya memperhebatkan fungsi antibodi anda memusnahkan unsur2 asing dalam badan.Ia juga mampu mencegah terjadinya edema  dan penakungan cecair badan.

 

Namun demikian untuk mereka yang mempunyai jenis2 kanser yang kronik seperti kanser tulang atau kanser payudara dan kanser2 lain yang telah bermestasis ke tulang anda dilarang menggunakan teknik ini.Sesetengah pesakit kanser terutamanya kanser payudara tidak mengetahui samada kanser mereka telah bermestasis ke tulang.Anda dinasihatkan mendapatkan pengesahan doktor  samada kanser anda telah merebak ke tulang.

 

 

 

 

 

 

 

 

One thought on “Kanser Payudara Dan Kepentingan Fungsi Lymphnode”

Comments are closed.