browser icon
You are using an insecure version of your web browser. Please update your browser!
Using an outdated browser makes your computer unsafe. For a safer, faster, more enjoyable user experience, please update your browser today or try a newer browser.

Kanser Tiroid Rawatan Alternatif

Posted by on August 25, 2011

 

Apakah tiroid ( tyroids )


Kelenjar berbentuk rama-rama yang dikenali sebagai kelenjar tiroid terletak  di hadapan leher menghasilkan bahan kimia yang dikenali sebagai hormon. Hormon ini pada asasnya berfungsi  mengawal bagaimana badan kita beroperasi dari segi penggunaan makanan dan tenaga.


Kelenjar tiroid yang normal menghasilkan hormon  yang dikenali sebagai tiroksin. Berdasarkan jumlah tiroksin yang dihasilkan,ia akan mempengaruhi bagaimana badan berfungsi  memetabolisma  makanan yang kita makan, dan seterusnya bagaimana badan menguruskan sumber tenaga tadi untuk kebaikan keselurhan sistem badan.


Jika anda mengeluarkan hormon yang terlalu banyak, dan kelenjar tiroid  terlalu aktif, anda mengalami masaalah yang dipanggil  hyperthyroid, yang kerap terjadi kepada wanita (  2 peratus  ) dan lelaki ( 0.2 peratus).Jika anda tidak mengeluarkan hormon yang mencukupi, dan kelenjar tiroid tidak aktif, anda mengalami apa yang disebut  hypothyroid, yang memberi kesan kepada 2 peratus wanita dan 0.1 peratus lelaki.


Thyrotropin-releasing hormone – TRH

Thyroid-stimulating hormone  TSH


Pengeluaran hormon tiroid  bermula di bahagian otak dipanggil hipotalamus. Hipotalamus mengeluarkan thyrotropin dan membebaskan hormon (TRH). TRH bergerak melalui plexus vena yang terletak di  kelenjar pituitari, juga di dalam otak. Sebagai tindak balas, kelenjar pituitari kemudian mengeluarkan hormon perangsang tiroid (TSH) ke dalam darah. TSH bergerak ke kelenjar tiroid dan merangsang tiroid untuk menghasilkan dua hormon tiroid, L-tiroksin (T4) dan triiodothyronine (T3). Kelenjar tiroid juga memerlukan jumlah iodin yang mencukupi untuk  menghasilkan T4 dan T3.


Kita memerlukan lebih kurang 50mg jumlah iodin didalam seluruh sistem badan dan sebanyak  lebih kurang 15mg disimpan didalam tiroid.Iodin ini akan diadun dengan  L-tiroksin dan triodothyronine  untuk  mengawal keseluruhan metabolisma badan.Pengurangan dan  lebihan jumlah iodin dalam badan akan menyebabkan terjadinya masaalah berkaitan “hypertyroidsm” dan “hypotyroidsm”.


Terdapat peraturan tertentu dalam sistem  pengeluaran hormon tiroid: Untuk mengelakkan pengeluaran hormon yang berlebihan dilakukan olih  kelenjar pituitari.Ia dibuat  dengan membezakan  berapa banyak hormon T3 dan T4 berada dalam  dalam darah dan seterusnya penyesuaian  pengeluaran hormon pada kadar yang berpatutan . Sebagai contoh, apabila terdapat terlalu banyak hormon tiroid dalam darah, pengeluaran TRH dan TSH akan  menurun.


Kegagalan  dalam proses  pengawalseliaan ini boleh menyebabkan hipotiroidisme (masalah tiroid tidak begitu aktif) atau hipertiroidisme (masalah tiroid terlalu aktif).Apabila  terjadi lambakkan hormon tiroid dalam saluran darah,ini  akan menyebabkan badan menggunakan lebih tenaga untuk tujuan metabolisma.Untuk kondisi ini,simptom berikut biasanya berlaku


Sebelum itu perlu diketahui  “hypertyroidsm” dan “hypotyroidsm”  bolih sahaja menyebabkan kelenjar tiroid menjadi besar.Ia dipanggil “goiter”.Walaubagaimana pun mereka yang tidak mempunyai kadar iodin yang mencukupi juga bolih menyebabkan terjadinya “goiter”  ini.

Antara simptom “hypertyroidsm”

 

  • Gangguan perasaan sering resah

  • Sukar memberi tumpuan

  • Masaalah penglihatan ( double vision )

  • Bola mata yang tersembol

  • Kerengsaan mata dan mata berair

  • Kelelahan

  • Kekerapan buang air besar

  • Goiter

  • Sensitif pada haba panas

  • Terjadi peningkatan selera makan

  • Kerap berpeluh

  • insomia

  • Lemah otot

  • Otot lemah

  • Gemuruh

  • Denyutan jantung yang cepat atau tidak teratur

  • Keresahan dan kesukaran tidur

  • Sesak nafas

  • gegaran

  • Kehilangan berat badan

 

Hypertyroidsm dan “grave disease”

Grave disease kenalpasti sebagai punca utama penyakit tiroid “hypertyroidsm”.Ia berlaku apabila tiroid menjadi terlalu aktif mengakibatkan sistem imun menghasilkan antibodi dan menyerang sel2 tirod.Jenis antibodi ini dikenali denagan nama “thyroid-stimulating immunoglobulin (TSI)” yang dihasilkan olih kelenjar  pitutuari dalam otak.


 

Salah satu gejala penghidap grave disease ialah terjadi serangan pada bahagian mata, apabila sistem imun mengaktifkan antibodi,ia bukan sekadar menyerang sel2 pada tirod malahan pada bahagian tisu lain dalam sistem badan.Serangan pada bahagian mata adalah yang paling lazim.


Ia akan menyerang tisu2 pada bahagian belakang mata menyebabkan socket mata terjejas dan berlaku keradangan.Ia juga berupaya menjejaskan sistem saraf pada mata menyebabkan kesukaran untuk mengawal pergerakkan bola mata dan terjejasnya fungsi penglihatan.


Gejala ini dikenali sebagai “Grave’s ophthalmopathy (GO)”Simptom berkenaan “GO” ini mudah dikenali seperti kelopak mata yang cekang dan bola mata yang kelihatan tersembul,penglihatan berganda ( double vision ),sakit pada socket mata dan kesukaran mengerakkan bebola mata.


Walaupun gejala “grave disease” ini lebih kerap menyerang mereka yang mempunyai masaalah tiroid namun ia juga bolih berlaku kepada mereka yang normal.Gejala ini kebiasaanya akan beransur2 sembuh dengan sendiri namun ia  mengambil masa selama 2 tahun setelah autoimmune yang menyerang berangsur2 menjadi pasif.


Kanser tiroid bermula apabila terbentuknya “lump” yang dikenali “tyroids nodules” dan adakalanya ia jenis benign namun kebanyakkannya adalah jenis maglinan yang berupaya merebak keluar dari tiroid.


Walaupun terdapat sehingga 6 jenis kanser tiroid, jenis ” Papillary” atau karsinoma tiroid papillari adalah jenis kanser tiroid yang paling  kerap terjadi.Statistik menunjukkan ia menyumbang sehingga  75 hingga 85 peratus  daripada semua kes kanser tiroid. Ia berlaku lebih kerap di kalangan wanita yang berumur dalam lingkungan  30-40 tahun.


Sejenis lagi kanser tiroid yang menyumbang sehingga 20 peratus kepada masaalah kanser tiroid dikenali dengan nama “Follicular tyroid cancer” yang biasa menyerang wanita yang berusia lebih 50 tahun.

“Kaedah pengredan tahap kanser tiroid  biasanya dibuat menggunakan kaedah TNM kerana ianya lebih spesifik dan dapat mengambarkan keadaan sebenar kanser  tiroid.


T – Berapa jauh tumor telah berkembang dalam tiroid.

N – Adakah tumor telah bermestasis ke tisu bersebelahan

M – Adakah kanser telah bermestasis ke bahagian organ yang lain

Kemudian TNM dipecahkan kepad beberapa gred lagi untuk mengambarkan keadaan tumor

TX – Tumor tidak dapat di akses

T0 – Tiada eviden keujudan tumor

TIS – Carcinoma in situ

NX – Perebakkannya tidak dapat di akses

NO – Tiada mestasis ke lympnode bersebelahan


    N1a : Kanser telah merebak ke “lympnode” dan disekeliling tiroid pada bahagian leher.  

    N1b: Kanser telah merebak ke lympnode yang lain dibelakang kerongkong atau pada bahagian atas dada.

MX – Mestatasis ke luar dari organ tidak dapat diakses

MO – Tiada mestatasis ke organ yang jauh berlaku

M1 – Kanser telah bermestasis ke organ yang jauh.

Kemudian staging berikut digunakan untuk mengambarkan keadaan tumor

T1,T2,T3,T4 – Mengambarkan berkembangnya saiz tumor

T1 – Saiz tumor kurang dari 2cm dan belum keluar dari kelenjar tiroid.


T1a -Saiz tumor kurang dari 1 cm dan belum keluar dari kelenjar tiroid


T1b-Saiz tumor lebih dari 1cm tetapi tidak melebihi dari 2cm dan belum keluar dari kelenjar tiroid.


T2 – Saiz tumor adalah diantara 2cm ke 4 cm dan belum keluar dari kelenjar tiroid.


T3 – Saiz tumor melebihi 4cm dan telah keluar ke tisu berhampiran kelenjar tiroid.


T4a: Sebarang saiz tumor dan telah menyerang tisu2 berhampiran kelenjar tiroid terutamanya dibahagian

leher seperti peti suara ( larynx ), trakea,esopagus ( sambungan antara kerogkong dan perut ) dan saraf pada peti suara.


T4b: Sebarang saiz tumor yang telah merebak  ke bahagian tulang belakang atau saluran darah berhampiran.Ini adalah jenis kanser tahap tinggi.


Seterusnya pengredan tersebut diterjemahkan kepada tahap atau “staging” yang mengambarkan secara lengkap keadaan kanser tiroid.

Anda perlu merujuk kembali urutan TNM diatas untuk memahami tahap kanser  tiroid secara menyeluruh.Untuk kanser tiroid terdapat sedikit perbezaan untuk tahap umur dan jenis kanser tiroid yang dihidapi,namunsecara umumnya adalah seperti berikut.


Stage 1 : T1 – NO – MO


Stage 2 :T2 – NO – MO  / T3 – NO – MO


Stage 3 : T1 hingga T3 – N1a –  MO


Stage 4a: T4a,mana2 N – MO


Stage 4b: T4b,mana2 N – MO


Stage 4c : Mana2 T – mana2 N – M1

 

Hypotyroidism

Hypotryroidism adalah gejala berlaku pengurangan pengeluaran hormon tiroids oleh kelenjar tiroids.Penyebab yang paling umum untuk gejala “hypotyroidism” adalah apabila terjadi keradangan pada kelenjar tiroid yang memusnahkan sel2 kelenjar akibat serangan olih autoimune.


Ada pendapat yang mengatakan gejala “hypotyroidism” kerap berlaku kepada wanita yang berusia melebihi 50 tahun dan wanita2 selepas melahirkan anak.Ia dikenali dengan nama “postpartum thyroiditis”.Simptom dan gejala berikut kerap berlaku kepada mereka.


Kecacatan pada kelahiran

Pernah menjalani rawatan kaedah sinaran radiasi pada bahagian leher keatas

Penggunaan iodin radioaktif untuk merawat “hypertyroidsm”.

Pernah melakukan pembedahan pada kelenjar tiroid untuk tujuan merawat masaalah berkaitan tiroid.

Virus “thyroiditis” yang sering menyebabkan penyakit jenis “hypertyroidism


Antara tanda2 hypotyroidism ialah
Sensitif pada suhu sejuk,sembelit.kemurungan,kerap keletihan,haid yang lama,sakit sendi atau otot,pucat dan kulit kekeringan,keadaan rambut nipis dan kuku yang rapuh,bertambah berat badan,deria bau yang tidak sensitif,suara serak,sesak dada atau mencunggap,pertuturan perlahan,kulit menjadi kasar dan keadaan bulu kening  yang  berkurangan.


Kaedah Rawatan Kanser Tiroid


Pembedahan.Lazimnya terdapat 4 jenis kaedah pembedahan untuk kanser tiroid.

Lymphadenectomy.Ia  adalah pembedahan pembuangan lymphnode pada bahagian leher yang dijangkiti kanser.Ia juga bertujuan untuk  memeriksa tahap agresif  kanser.Ia bolih sahaja pembedahan sebahagian kecil tisu lympnode atau pembedahan yang lebih radikal yakni pembuangan secara keseluruhan lymphnode.


Lobectomy.Pembuangan “lobe” yang membawa maksud sebahagian kecil tisu2 dari paru2,payudara , hati atau tiroid itu sendri yang disahkan terdapat sel2 kanser.


Thyroidectomy.Pembuangan sebahagian kecil kelenjar tiroid yang dijangkiti kanser.


Biopsies.Pembedahan dimana2 bahagian tisu organ yang disyaki diangkiti sel kanser untuk tujuan pemeriksaan.


Kimoterapi


Terbahagi kepada dua jenis kaedah yaitu menyuntik dadah kimo kedalam saluran darah yang berupaya mecapai ke keseluruhan badan dalam usaha menghalang sel2 anser dari terus membelah.Ia dikenali dengan nama systemic cheamoheraphy.Kaedah kedua ialah mensasarkan dadah kimoterapi kepada organ2 atau tisu yang dijangkiti sel kanser.Ia dikenali sebagai “regional cheamotheraphy.Kebiasaannya ada 4 jenis dadah kimoterapi yang sering digunakan.


Adriamycin PFS (Doxorubicin Hydrochloride)
Adriamycin RDF (Doxorubicin Hydrochloride)
Doxorubicin Hydrochloride
Vandetanib

 

Kaedah Rawatan Hormon pula merujuk kepada mengeluarkan hormon2 yang berlebihan.Pengambilan sejenis dadah mampu untuk mengekang badan dari terus menghasilkan “tyroid stimulating hormon” ( TSH ).Bagi mereka yang menghadapi masaalah “hypotyroidism”  terdapat jenis2 pil yang berpaya  menampung kekurangan hormon tiroid.


Secara umumnya mereka yang menjalani kaedah ortodok terutamanya apabila kelenjar tiroid telah dibuang perlu berada dalam priskripsi ubat terutamanya ubat2 yang mengantikan fungsi tiroid seperti  Euthyrox, Thyroxine, Berlthyrox, Droxine, Eferox, Elthyrone, Eltroxin, Eutirox, Letrox, Levaxin, Levotirox, Levothyrox, Levotiroxina, Oroxine, T4KP, Thevier, Throxinique, Thyradin, Thyradin S, Thyrax, Thyrax Duotab, Thyrex, Thyro-4, Thyrosit, Thyroxin, Thyroxin-Natrium, Tiroidine.Ini adalah dari kumpulan dadah tiroid dalam kumpulan Levothyroxine dan  L-Thyroxine.


Namun pengambilannya pada satu tempoh yang lama membawa kesan2 sampingan yang lain seperti kereputan tulang.Anda perlu mendapatkan pandangan doktor mengenai kesan2 jangkamasa panjang penggunaanya dan nasihat2  berkaitan.


Perkara kedua ialah adakalanya selepas pembedahan dan rawatan kimoterapi dalam jangkamasa tertentu kanser tiroid ini sering menyerang ke pelbagai organ lain terutamanya yang berhampiran seperti dipersekiaran leher termasuklah “lympnode”.Ujian yang dinamakan imbasan  i131 untuk mengesan penularan kanser diseluruh bahagian badan.Anda mungkin diarah untuk memberhentikan pengambilan pil2 berkaitan untuk mendapatkan gambaran yang lebih jelas dari imbasan tersebut.


Kaedah Rawatan Alternatif


Kebanyakkan mereka yang mempunyai kanser tiroid beralih kepada kaedah alternatif hanya setelah mereka telahpun menjalani pembedahan pembuangan tiroid dan menjalani rawatan kimoterapi atau kaedah2 hospital yang lain.


Untuk kes2 seperti ini kaedah rawatan alternatif  menumpukan kepada pembasmian sel2 kanser yang telah bermestasis kebahagian lain badan.seperti tulang,paru2,pelbagai “lymphnode” dan otak.Adalah amat mustahak untuk mereka yang telah menjalani kaedah rawatan pembedahan troid untuk segera diletakkan dibawah protokol2 tertentu kaedah alternatif untuk mencegah mikrob2 kanser ini menyerang dan mengujudkan tumor2 bau dilokasi tertentu badan.


Antara kaedah2 yang bolih dipertimbangkan ialah vitamin B17  yang diambil secara berterusan samada dalam bentuk pil atau mmakan biji aprikot.Disamping penggunaan beberapa jenis suplimen untuk memperkuatkan sistem imun perlu diambil kerna para penghidap kanser terutamanya yang dalam rawatan kimoterapi akan hilang selera makan.


Suatu perkara yang penting ialah merombak diet harian dengan memberi keutamaan kepada pengambilan buah2an dan sayuran khususnya yang menyokong penghasilan iodin semulajadi badan umpamanya rumpai laut seperti  porpyra,chandrusnulva dan sebagainya.Makanan lain yang baik untuk menyokong fungsi tiroid adalah seperti beras perang,avocado,salad,flax seed,ikan salmon,ikan sardin dan sebagainya.Adakalanya pengambilan supplimen untuk mendapatkan jumlah iodin yang mencukupi adalah perlu kerana ianya lebih mudah diurus.

Adakah ubat tirroid yang bersifat semulajadi dan idak memudaratkan?.Satu perkara yang perlu diberi perhatian adalah keperluan unuk mendapatkan supplimen yang berbentuk “natural” kerana ia tidak memberi banyak kesan2 sampingan dalam jangkamsa masa lama penggunaanya.


Umpamanya horman tiroid sintetik dari kumpulan hormon tiroid “levotiroksin” apabila diambil dalam jangkamasa yang lama atau jka anda tidak berhati2 dengan kadar dosage tertentu seperti yang disyorkan akan mengakibatkan masaalah berikut dikemudian hari.


Antara gejalanya adalah seperti gangguan sistem saraf,sering kepenatan,bertambahnya selera makan,lemah otot,masaalah kereputan tulang,kejang perut,dada berdebar debar,kegagalan jantung,meningkatnya tekanan darah,muntah2 dan cerit berit,keguguran rambut,kegagalan fungsi hati,kesukaran bernafas,gangguan emosi,ketidak ketentuan pusingan haid dan masaalah berkaitan jantung.


Olih itu jika anda diletakkan dibawah perskripsi jenIs dadah tiroid ini anda perlu berhati hati dengan simptom2 diatas dan sekiranya ada,anda perlu berjumpa doktor anda untuk dibuat pemeriksaan dan menukar jumlah dosage yang dberikan.Untuk maklumat terperinci sila klik link berikut


http://www.nlm.nih.gov/medlineplus/druginfo/meds/a682461.html


Satu masaalah lain ialah jenis2 dadah tiroid sintetik pada pandangan sesetengah pakar  adalah berkenaan dengan hormon jenis T3 kerana jenis dadah levotirksin tidak mempunyai hormon T3 sedangkan kombinasi hormon T3 dan T4 pada pandangan mereka amat penting terutamanya untuk fungsi otak.


Olih itu kebanyakkan mereka mencadangkan pengambilan hormon tiroid jenis ARMOUR yang lebih “natural” dan ia mempunyai kedua2 hormon jenis T3 dan T4.Pendapat ini disokong olih doktor2 alternatif seperti Dr Mercola.

My experience is that well over 90% of people do much better on Armour thyroid”….Baca selanjutnya di SINI.


“Levothyroxine sodium will work for many people with hypothyroidism and will alleviate some of the symptoms.  However, many hypothyroids will not respond well to levothyroxine sodium.”-QUOTE


“ARMOUR “

“Hair loss may occur during the first few months of treatment. This effect is usually temporary as your body adjusts to this medication. If this effect persists or worsens, tell your doctor or pharmacist promptly.


Remember that your doctor has prescribed this medication because he or she has judged that the benefit to you is greater than the risk of side effects. Many people using this medication do not have serious side effects.-QUOTE


Walaubagaimanapun  pandangan doktor anda perlu dirujuk kerana sesetengah orang mempunyai gejala2 berlainan dan tidak memungkinkan pengunaan hormon tiroid  jenis Armour.Pada pandangan saya ialah anda perlu bertanya doktor anda dengan soalan seperti ini


“bolihkah saya menggunakan hormon tiroid jenis “ARMOUR”  terlebih dahulu?” .

updated   1/12/2011

Dari research yang saya lakukan  pil hormon tiroid jenis “ARMOUR” hanya sesuai digunakan olih bukan Islam kerana ia diperbuat dari sumber2 yang tidak halal.Olih itu orang ISLAM tidak digalakkan untuk menggunakannya.InsyaAllah jika ada maklumat2 lanjut mengenai  pil hormon yang terbaik  dari sumber2 yang halal,saya akan update pada artikel ini.

Harap maklum.

Comments are closed.