browser icon
You are using an insecure version of your web browser. Please update your browser!
Using an outdated browser makes your computer unsafe. For a safer, faster, more enjoyable user experience, please update your browser today or try a newer browser.

KANSER:APA YANG PERLU DITANYA PADA DR ANDA

Posted by on April 22, 2011

Nota:Saya telah paparkan posting ini beberapa jam yang lalu kemudian mengeluarkan semula dari web site ini kerana dihubungi olih seseorang yang merungut dan mengatakan saya tidak wajar menyulitkan lagi tugas doktor dengan soalan2 yang membebankan dan meletakkan libiliti kepada dr untuk mendedahkan beberapa perkara yang tidak wajar didedahkan kepada pesakit umpamanya peratus kejayaan sesuatu “treatment”.

Namun saya juga dihubungi olih seorang  pesakit kanser yang bertanya kenapa posting itu dikeluarkan kerana beliau berhasrat untuk menyalin butiran2 untuk dibincangkan bersama doktornya.

Setelah memikirkan dan mempertimbangkan kedua2 keadaan saya bersetuju untuk upload balik posting tersebut  dengan membuat sedikit pindaan pada tajuk asal,dan berharap pembaca  laman web ini meninggalkan komen diruangan komen dibawah samada anda bersetuju atau tidak kewajaran soalan2 berikut diajukan kepada doktor.

Alamat e-mail anda tidak akan  disiarkan.Diharap anda menggunakan bahasa yang sopan dan berfakta

Saya juga akan menyiarkan pengalaman anda berkaitan dengan perkara yang berkaitan dengan topik yang dibicarakan untuk dikongsi bersama.

Terima kasih.Admin

 

Jika anda telah disahkan menghidap kanser,ia sebenarnya bukan masaalah kecil.Anda sebenarnya menghadapi satiuasi yang amat serius.Kanser bukanlah seperti sakit demam,sakit kepala atau patah tulang tangan


Kanser adalah berkaitan survival anda disaat ini hingga ke akhir  usia anda.Olih itu anda perlu berikan perhatian kepada satiuasi ini kerana apa jua tindakkan anda sekarang bakal memberi impak kepada kualiti hidup anda pada masa hadapan.


Selepas sembuh dari kanser jika kanser anda jenis malignan anda sebenarnya berada dalam keadaan remission dan perlu berwaspada sepanjang hidup dengan mengawasi tabiat permakanan dan kualiti hidup anda.Kerana bakteria kanser tidak pernah dapat dikesan olih perubatan moden disaat ia dalam keadaan remission.


Oleh itu apabila anda telah disahkan olih doktor menghidap kanser jenis malignan anda perlu dibekalkan olih doktor mengenai maklumat2 yang perlu anda tahu mengenai kanser anda.

Masaalahnya di Malaysia doktor lebih suka menyimpan maklumat2 penting ini dan kerap tidak berkongsi info dengan pesakit.Antara faktor2nya ialah mungkin beranggapan jika diterangkan pun pesakit tidak akan faham.

Sementara dipihak pesakit pula menganggap doktor adalah tuan besar yang tidak bolih ditanya lebih2.Ataupun dalam banyak2 kes,pesakit sendiri tak tahu apa yang hendak ditanya.

Berikut adalah jenis2 soalan yang perlu anda tanya kepada doktor anda dan catatkan didalam diari anda buat rujukkan dan panduan anda dimasa hadapan.


Antara soalan2 asas ialah

  1. Nama teknikal kanser.Kerana sesetengah jenis kanser mempunyai pelbagai nama bergantung kepada tisu atau bahagian organ yang diserang seperti kanser otak dan leukemia.

  2. Tahap kanser anda.Adakah ia diperingkat 1,2,3 atau 4.Sesetengah peringkat kanser mempunyai sub2 “stagging” tertentu seperti 2b,3b dan sebagainya.

  3. Jenis tumor  samada jenis malignan atau benign.

  4. Saiz tumor dan bacaan tumor marker

  5. Anggaran pembesaran tumor.Doktor melalui ujian2 tertentu mampu meramalkan berapa cepat sesuatu tumor bolih membesar.Info ini menjadi sangat penting terutamanya jika anda mempunyai tumor didalam usus atau saluran utama paru2 anda.Jika ianya tumor didalam  hati,anda perlu faham bahawa ia perkara yang tidak punya banyak masa untuk melayan pelbgai karenah teknikal dan ujian2 makmal yang berliku liku yang mengambil masa berbulan bulan.

  6. Adakah tumor telah keluar dari koloninya atau bermestasis kemana mana bahagian badan.

  7. Pandangan doktor jika ia bermestasis, bahagian organ manakah yang sering ia bermestasis kerana ini akan menentukan organ manakah yang perlu diberi perhatian untuk dirawat terlebih dahulu.Umpamanya jika anda ada kanser paru2 yang telah bermestasis ke otak,anda tentu tertanya2 kenapa doktor  memberi perhatian kepada tumor yang berada dalam otak berbanding tumor yang berada dalam paru2.

  8. Apakah simptom2 untuk kanser jenis ini yang akan saya alami

  9. Apakah yang perlu saya lakukan untuk mengurangkan kesan2 simptom ini.Adakah anda akan dibekalkan dengan ubat2 tertentu dan adakah ubat2 yang dibekalkan bakal mendatangkan kesan sampingan pada jangkamasa pendik dan panjang.

  10. Jenis rawatan yang dicadangkan.Adakalanya terdapat kaedah2 lain umpamanya merujuk anda kepada pusat2 perubatan tertentu yang mempunyai kepakaran dan peralatan terkini  yang  berkaitan dengan kanser anda, namun kerapkali doktor tidak tahu mengenai kemampuan kewangan anda dan beranggapan anda tidak akan mampu,umpamanya kepakaran2 tertentu yang berada dihospital  di Singapura.

  11. Pembedahan – apakah peratus kejayaan pembedahan dari pengalaman beliau yang lepas dengan jenis kanser yang sama.

  12. Berapakah kos pembedahan

  13. Selepas pembedahan bagaimanakah kualiti hidup saya selepas ini.Contohnya jika anda membuang usus dibahagian hujung yang dipanggil rectum doktor terpaksa melencongkan usus anda kebahagian bawah perut dan anda terpaksa membuang air besar dengan cara itu sepanjang hayat anda.Begitu juga dengan  organ2 yang lain yang dibuang akan ada kekurangan tertentu yang menjejeaskan kualiti hidup anda nanti.

  14. Berapa lamakah kesan2 pembedahan akan sembuh

  15. Apakah risiko jenis pembedahan yang dicadangkan.

  16. Selain pembedahan,apakah pilihan kedua,ketiga yang bolih beliau cadangkan dan risiko2 yang berkaitan.

  17. Apakah rawatan susulan selepas ini adakah berkemungkinan ada pembedahan lain.

  18. Kimoterapi.Apakah tahap dadah dan jenis dadah kimo yang akan digunakan

  19. Berapakah jumlah cycle yang dicadangkan.

  20. Apakah kesan sampingan dari kimoterapi dan persedian yang perlu saya buat sebelum menjalani kimoterapi

  21. Berapakah kos rawatan kimo dan jika anda mempunyai insuran kesihatan anda perlu periksa polisi insuran anda adakah “ristriction” tertentu kerana kos dadah kimo adalah berbeza antara satu sama lain.

  22. Dalam masa kimo bagaimanakah tabiat makan yang sepatutnya

  23. Berapa lamakah kesan sampingan yang perlu saya lalui jangkamasa pendik dan panjang

  24. Untuk wanita,adakah kesan rawatan kimo menjejaskan peluang saya untuk mengandung.

  25. Jika anda ada sakit sampingan yang lain adakah rawatan kimoterapi atau pembedahan memberi impak berganda kepada kualiti kesihatan anda selepas ini.

One Response to KANSER:APA YANG PERLU DITANYA PADA DR ANDA

  1. yati

    Saya rasa doktor tidak keberatan untuk berkongsi sesetengah info mengenai penyakit dengan patient.Cumanya mungkin doktor mempunyai eteka2 tertentu yang perlu dipatuhi.
    Cuma saya tidak pasti samada memberi info untuk menyedapkan hati pesakit adalah sebahagian dari keperluan mematuhi etika contohnya kondisi sesuatu sesuatu penyakit.

Leave a Reply