browser icon
You are using an insecure version of your web browser. Please update your browser!
Using an outdated browser makes your computer unsafe. For a safer, faster, more enjoyable user experience, please update your browser today or try a newer browser.

KANSER:APAKAH IRIDODIAL?

Posted by on January 11, 2011

IRIDODIAL satu perkataan atau istilah yang mungkin tidak pernah diperkatakan dalam dunia perubatan khususnya perubatan kanser terutamanya dirantau sebelah sini.


Saya mengkagumi dunia alam siber kerana maklumat2 yang terkandung didalamnya kadangkalanya membuatkan kita ketinggalan 100 tahun kebelakang dalam mengetahui mengenainya.


Mari kita berkongsi informasi mengenainya yang saya temui dalam asyik mencari nama nama besar saintis2 German dalam dunia perubatan alternatif kanser.


Iridodial adalah sejenis bahan yang didapati ujud dalam serangga terutamanya semut.Penyelidikkan  ini dilakukan olih seorang saintis German,Dr Didier Gifhorn  pada tahun 1985 mengenai unsur anti malignan dalam kanser atau tumor.


Sejenis unsur yang mempunyai kadar memperbaiki faktor genetik yang hebat.Ia dikenali sebagai Iridodial yang disempunakan olih Dr Peter Thies yang juga dari German.


Iridodial ini kemudiannya mula diketengah untuk kegunaan dalam perubatan kanser olih Dr. Hans Nieper pakar kanser German yang terkemuka didunia dalam perubatan kanser alternatif.


Secara umumnya serangga terutamanya semut tidak mempunyai antibodi atau imune system dan kajian menunjukkan serangga ini tidak pernah menghasilkan tumor dalam kitaran hidup mereka yang singkat.


Namun mereka mempunyai sejenis unsur  yang memperbaiki sistem genetik mereka.Dengan ertikata lain apabila mereka diserang penyakit unsur ini akan segera memperbaikinya.


Dan unsur ini dikenali sebagai iridodial yang kemudiannya diunjurkan untuk diselidiki keberkesananya dalam membunuh sel kanser pada manusia.


Iridodials yang diekstrak dari semut mempunyai sautu bahan yang dikenali dialdehydes yang  merupakan unsur utama dalam memperbaiki  sistem genetik sel manusia.


Walaupun serangga2 lain juga mempunyai unsur dialdehydes namun saintis lebih suka mengambil ekstraknya dari sejenis semut yang dikenali sebagai semut iridomyrmex kerana ia mempunyai kandungan dialdehydes yang banyak.


Semut Iridomyrmex ini juga dikenali sebagai semut yang bijak dan terdapat dengn banyaknya di India,Australia dan China.Olih kerana habitatnya berada dalam lingkungan daerah yang mempunyai radiasi geo-mgnetik yang kuat mereka dibekalkan dengan sstem baikpulih yang amat kuat.


Dr Hans Neiper menyataakan “Dalam pengalaman analisis klinikal saya,iridoddials adalah bahan yang melangkaui masa dalam terapi perubatan kanser.Ia sangat berkesan walaupun dalam kes kanser payudara terminal  dengan syarat saiz tumor tidak membesar lebih dari saiz yang tertentu.


Bahan ini bolih diambil melalui mulut atau kaedah suntikkan.Bukan sahaja ia amat berkesan dan murah jika dibandingkan dengan bahan2 antikanser yang lain,ia adalah selamat dan bolih diambil dalam jangkamasa yang lama dan tanpa kesan sampingan.Dalam 40 tahun pengalaman saya mengubat kanser,inilah pengalaman pertama saya yang terbaik iaitu menggunakan bahan iridodials”.


Dalam pengalaman ujian klinikal Dr Nieper,beliau telah menggunakan faktor semut ini kepada 15 orang pengidap kanser jenis malignan dan hasilnya amat memberangsangkan.


Dr Nieper menyatakan dengan menggunakan bahan iridodials ini ia dengan secara perlahan melemaskan sel2 kanser dan menghalang mereka dari membiak.Iridodials mengambil masa selama 8 bulan  hingga 2 tahun untuk menghalang penyebaran sel2 kanser.


Dalam lapurannya Dr Nieper juga mengatakan faktor semut ini telah menunjukkan kemajuan yang sebelum ini tidak pernah berjaya dilakukan.Walaubagaimana pun ujian keatas sel maglinan dalam tabung uji  dan ujian pada binatang tidak menunjukkan apa apa perubahan kepada sel kanser ini.


Penyedian produk ini memerlukan kepakaran dan standard disiplin yang tinggi untuk memastikan keberkesanya dalam pengubatan kanser.Menurut Dr Napier lagi pesakit kanser perlu memakan 5000 ekor semut iridomyrmex sehari untuk sembuh dari kanser.


Untuk informasi mengenai semut iridomyrmex dan habitatnya sila klik SINI.


Sedikit informasi mengenai Dr Hans Nieper

Beliau adalah doktor yang merawat bekas presiden Amerika, Ronald Reagan yang mengidap kanser kolon.


Dr Nieper adalah doktor yang mempunyai ranking tertinggi dunia dalam penyembuhan penyakit kanser


Beliau adalah penemu ulung  kaedah dalam perawatan migrain dan kemurungan.


Beliau membangunkan sistem rawatan kanser alternatif yang mendapat pengiktirafan kerajaan German.


Salah satu ungkapannya yang terpenting dan dituruti olih generasi2 doktor alternatif kanser selepasnya ialah “kanser tidak bolih dirawat sebagai penyakit setempat.Kanser memberi kesan seluruh badan.Olih itu seluruh badan mesti diperbetulkan.


Itulah sebabnya beliau dan doktor kanser alternatif German merawat kanser diperingkat akar umbinya  dengan bahan bukan toksid.


Dan yang terpenting pencapaiaanya ialah menemukan kaedah untuk mengangkut mineral keperingkat paling dalam dalam sel


Cara pengambilan Extrak Iridodial

Diamabil  sebelum makan
30 – 40 titik  satu hari

Ambil setiap hari dengan mencampurkan dalam air bebas klorin

Maklumat suppliment
Proprietary Extract Blend of Iridodial from Iridomyrex ants
Other Ingredients: Distilled water, Propylene glycol.


Leave a Reply