KANSER:APAKAH KAEDAH ALTERNATIF BENAR2 BERKESAN?

Selama lebih empat  tahun saya menulis mengenai kaedah alternatif merawat kanser, sehingga kini Vitamin B17 tetap menjadi tumpuan masyarakat teramai di Malaysia jika ianya adalah berkaitan dengan kanser.Ia adalah seperti  Vitamin B17 adalah satu satunya kaedah yang paling berkesan untuk menghadapi kepelbagaian jenis2 kanser.Ini juga mendorong bertambah ramainya  induvidu2  menceburi perniagaan dengan menjual produk2 berkaitan Vitamin B17 seperti biji aprikot mentah,kapsul aprikot yang dibuat sendiri dirumah dan tidak kurang juga produk2 yang berasaskan biji aprikot seperti losyen dan minyak aprikot.

 

Di sana sini muncul syarikat2 kecil yang  mula tumbuh memasarkan produk2 berkaitan Vitamin B17  dan doktor2  dari  aliran perubatan konvensional juga turut mempromosi dan “membuat duit” dengan menawarkan khidmat penggunaan Vitamin B17 sebagai kaedah yang lebih selamat untuk merawat kanser.Pelbagai jenis blog tumbuh bagai cendawan mempromosi dan menjual pelbagai jenis “support suplimen” untuk protokol Vitamin B17.Dalam keadaan ia  adalah sesuatu yang positif untuk memberi pilihan alternatif kepada kaedah penggunaan kimoterapi dan pembedahan.Namun demikian  ia juga telah berangsur angsur menjadi mimpi ngeri kepada kepada kebanyakkan pesakit2 kanser dan keluarga mereka.

 

Saya mula menjadi pemuja Vitamin B17   seawal tahun 2008 dan banyak membaca dan mencari pelbagai maklumat mengenainya untuk dikongsi bersama pembaca website ini.Semakin jauh saya bergelumang dengan produk2 berkaitan Vitamin B17, semakin saya rasa ingin meninggalkannya.Saya akan menerangkan kenapa saya berperasaan sedemikian.

 

Vitamin B17 secara umumnya adalah pembunuh sel2 kanser.Makan biji aprikot pahit atau yang dikapsulkan adalah baik untuk membunuh sel kanser.Membuat suntikkan protokol 21  hari adalah baik untuk membunuh sel2 kanser.Masaalahnya ialah ramai juga yang saya temui tetap tidak bernasib baik untuk terselamat  dari maut akibat cengkaman kanser walaupun membuat suntikkan 21 hari dan menelan beratus ratus pil2 atau kapsul2 biji aprikot.

 

Doktor2 yang membuat suntiikkan protokol Vitamin B17 mungkin sahaja tahu ramai pesakit mereka tidak kembali kepada mereka selepas protokol 21 hari telah selesai.Penjual2 produk Vitamin B17 mungkin sahaja hairan kenapa ramai pembeli2 mereka tidak kembali menghubungi mereka untuk meneruskan pembelian.Namun saya memahami kenapa semario ini berlaku.Ini adalah kerana pesakit2 tersebut telah tiada lagi didunia ini untuk kembali meneruskan rawatan atau sekurang2nya kembali mengucapkan ribuan terima kasih kepada doktor atau penjual kerana memperkenalkan produk Vitamin B17 kepada mereka.

 

 

Sesuatu perkara yang sangat merbahaya yang dibuat olih ramai penjual2 produk2 Vitamin B17  dan doktor2 yang menyuntik pesakit2 kanser  berasaskan protokol 21 hari ialah MEMBUAT PERAKUAN BAHAWA IA BERUPAYA MENYEMBUHKAN SEMUA JENIS KANSER.Ini adalah iklan yang berbahaya atau CLAIM yang berlebih lebih  dan memberikan raputasi yang buruk terhadap keberkesanan Vitamin B17 itu sendiri.Sebagai contoh, saya ingin menarik perhatian anda kepada sebuah syarikat dengan ratusan mungkin pengedar diseluruh Malaysia yang mengiklankan kapsul aprikot yang mereka hasilkan mampu merawat pelbagai jenis kanser dan belasan penyakit2 kronik yang lain.Iklan tersebut berbunyi begini,

 

 

“Mencegah dan merawat pelbagai jenis penyakit kanser seperti; Leukimia, kanser payudara, kanser Serviks, Kanser Otak, Kanser Hati, Kanser Tulang, Kanser Lympoma, Kanser Uterus, Kanser Perut, Kanser Prostat, Kanser Ovari, Kanser Colon, kanser Paru-paru, Kanser Usus, Kanser kulit dan lain-lain lagi”

 

Mampu merawat penyakit kronik yang lain seperti penyakit Kencing Manis, Jantung, Darah Tinggi, Gout, Parkinson & Asma.Mengurangkan berat badan, tekanan darah tinggi & Kolestrol dalam darah,mengimbangkan kandungan gula dalam darah,meningkatkan kesihatan mental & memori.membersihkan arteri.Mengurangkan masalah sakit sendi.Membantu masalah buasir,berfungsi sebagai tonic dan antioksidan yang dapat menyingkirkan toksin dalam badan.membantu mempercepatkan proses penyembuhan luka.Menyelesaikan masalah haid tidak teratur dan keputihan,mampu merawat masalah kulit seperti terdedah kepada sinaran Uv, gatal-gatal & alahan.Menyelesaikan masalah jerawat dan resdung.Menghaluskan kulitAnti penuaan.

 

Inilah jenis2 iklan atau kempen yang memusnahkan raputasi Vitamin B17 sehingga dihentam olih pelbagai pihak sebagai SCAM.Sebenarnya mereka yang menghentam secara keseluruhan Vitamin B17 ini tidak mampu untuk mencadangkan satu kaedah lain yang lebih selamat yang bukan dari kaedah alternatif.Umpamanya jika pesakit kanser tahap 4 hanya perlu bersenam sahaja untuk sembuh dari kanser.Jika kaedah rawatan hospital benar bereputasi tinggi,kita hingga kini tertunggu tunggu mereka mengeluarkan statistik penghidap2 kanser yang sembuh melepasi sekurang2nya 3 tahun.Dan jangan lupa keluarkan sekali statistik mereka yang mati dalam tempoh rawatan.Kebiasaanya apa yang kita tahu apabila seseorang pesakit itu hampir2 akan pasti mati kerana penderaan kimo dan radiasi cepat2 mereka disuruh pulang.Mungkin untuk  menjaga reputasi hospital.Seorang doktor alternatf menulis sinopsis buku beliau seperti berikut:

 

“Jika anda hendak mengetahui kecemerlangan sesuatu hospital,hendaklah anda menunggu disebelah belakang hospital.Dimana mereka yang mati akan dikeluarkan.”

 

Anda sebenarnya telah tertipu sekiranya anda mempercayai dengan memakan berbotol2 kapsul aprikot ini, mampu menyembuhkan kanser anda.Saya sebenarnya agak sedih kerana terlalu ramai menghubungi saya mengatakan mereka telah mengambil berbotol2 kapsul aprikot dan mendapati kanser mereka semakin menjadi bertambah teruk.Ini adalah kempen2 yang tidak bertanggungjawab pengedar2 kapsul aprikot dan ia kelihatannya amat kejam.Pesanan saya kepada pengedar2 kapsul aprikot ini,TOLONG HENTIKAN IKLAN2 YANG TIDAK BERTANGGUNGJAWAB INI.Pengalanan mengajar saya,hanya jadikan  kapsul aprikot untuk pencegahan atau jika ianya kanser peringkat  SATU atau supliment sokongan untuk protokol2 kaedah alternatif kanser yang lain.

 

 

Mereka2 ini perlu sedar bahawa kekejaman yang mereka lakukan ialah membuang masa yang amat berharga pesakit2 kanser.Ambil satu contoh mudah seperti iklan diatas “makan kapsul aprikot mampu menyembuhkan kanser perut”.Satu soalan mudah bagi pengedar2 kapsul aprikot diatas,“bagaimanakah seseorang yang mengalami kanser perut mampu menelan kapsul aprikot anda seandainya perutnya tidak lagi mampu melakukan proses pencernaan?.Bagaimanakah perut akan melakukan proses pencernaan dengan kehadiran tumor didalamnya?.Saya amat bersetuju sekiranya iklan diatas hanya menyatakan “MENCEGAH KANSER”dan ia nampak lebih realistik.Makan kapsul aprikot untuk kanser otak adalah PENIPUAAN disiang hari.Bahkan kaedah Vitamin B17 sangat tidak berkesan untuk kanser otak,perut,rektum,kolon dan beberapa jenis kanser yang agak kompleks seperti kanser pankerias dan kanser hati.Jika anda ada sebiji tumor yang besar mencengkam salah satu organ dalaman,jangan buang masa dengan hanya bergantung dengan kapsul aprikot.

 

Seterusnya kita  lihat pelbagai pihak membuat atau memproses sendiri tablet2 B17 dengan melebelkannya sebagai 500mg.Saya pernah menyebutkannya dalam artikel sebelum ini.Anda perlu berhati hati kerana anda bukan sahaja membuang masa anda dengan pil2 sampah seperti ini,bahkan duit  yang amat berharga juga menjadi sia sia.

http://www.cafemlm.com/mengenai-kanser/vitamin-b17-fahami-apa-yang-anda-beli

 

B17 500mg TABLET

 

 

Terdapat juga pihak2 yang mengambil kesempatan menjual  “package2 protokol vitamin B17” dengan harga yang sangat tinggi umpamanya seperti iklan berikut “RM3,125-00  for 5 injections pax.”.Tiada apa2 kesan terhadap kanser anda sekiranya anda pergi membuat suntikkan sebanyak 5 kali dengan harga sedemikian.Saya bolih menjualkan kepada anda hanya dengan harga RM1120 dengan pax yang sama,tapi saya tidak akan menjualnya kerana ianya adalah sia2 kecuali anda membelinya untuk tujuan “maintenance”.Terdapat juga klinik2 yang menjualkan “package2” ini berdasarkan “jumlah lawatan” sehingga mencecah RM900 sekali lawatan.Jika anda melawat mereka selama 21 hari, jumlahnya akan mencecah RM18,900,dan selepas itu anda bergegas ke hospital untuk dikimo kerana kanser anda telah menjadi semakin teruk.Saya kerap temui beberapa kes seperti ini.

 


Kenapa ia menjadi tidak berkesan?

Suatu perkara yang perlu anda faham,bukan semua jenis kanser bolih bertindak balas dengan kaedah vitamin B17.Merawat kanser mempunyai “seni” tertentu.Di Malaysia kita tidak mempunyai sebuah pusat terapi lengkap untuk merawat kanser.Ini adalah masaalah besar kita yang menjadi penyumbang kepada kegagalan Protokol Vitamin B17.Terdapat lebih 100 jens kanser yang menyerang tubuh badan kita dan olih kerana ia melibatkan organ2 yang berlainan,Protokol Vitamin B17 memerlukan kombinasi kaedah2 tertentu untuk bertindak balas dengan jenis2 organ yang berlainan yang diserang kanser.

 

Sebagai contoh mudah,sekiranya didalam rektum anda terdapat sebiji tumor yang menutupi 90 peratus lubang  rektum yang menyebabkan anda kebas kaki tiap kali membuang air besar,anda tidak patut membuang masa anda dengan protokol Vitamin B17.Anda perlukan protokol lain yang lebih pantas untuk membunuh tumor tersebut dan protokol vitamin B17 bolih digunakan untuk mencegah mestasis sel2 kanser ke organ lain khususnya ke hati dan tulang.

 

Seringkali pengiklan2 protokol Vitamin B17 ini mempergunakan kejayaan  hospital2 alternatif kanser di Mexico tanpa menyebut beberapa kombinasi terapi lain juga digunakan olih hospital2 tersebut untuk merawat jenis2 kanser yang berlainan.Tahukah anda bahawa semua hospital2 rawatan kanser alternatif mengamalkan sekurang2nya empat jenis terapi serentak untuk mendapat kejayaan sehingga 80 peratus  menyembuhkan pesakit.Diantaranya ia terapi hypertemia atau fever push thearapy,imunotherapy,vitamin C intervenous thearapy,ozon atau oxyganate thearapy dan electrostatic thearapy.

 

Disamping itu pihak hospital tersebut juga merangka menu permakanan pesakit berdasarkan jenis kanser.Kombinasi2  inilah sebenarnya menyumbang sehingga 80 peratus kejayaan mereka merawat kanser kronik.Itulah sebabnya penggunaan Protokol Vitamin B17 disini merekodkan sehingga 80 peratus kegagalan.Sekiranya Protkol Vitamin B17 ini mempunyai sehingga 80 peratus kejayaan di Malaysia ,anda berpeluang untuk menyaksikan beratus ratus atau beribu nama yang dipamerkan dalam blog2 penjual produk2 vitamin B17 muncul  sebagai testimoni.

 

 

Bahkan saya tidak dapat mengumpulkan sekurang2nya 10 nama dalam senarai mereka2 yang benar2 sembuh dari kanser dengan menggunakan Protokol Vitamin B17,Sebab itu saya tidak pamirkan testmoni didalam website ini kerana istilah sembuh dari kanser  sebenarnya bermaksud pesakit perlu melepasi tempoh sekurang2nya 5 tahun berada dalam “remission state” sedangkan kaedah Protokol Vitamin B17 ini baru secara agresif dignakan dalam 3 atau 4 tahun kebelakangan ini.Malah syarikat pembuat kapsul aprikot diatas yang baru beroperasi selama 2 tahun tanpa segan silu telah meletakkan testimoni2  tanpa no talipon pesakit kononnya telah sembuh dari kanser,Ini amat melucukan dan menjadi bahan tertawa doktor2 hospital.

 

 

Ramai diantara kita tidak pernah bertanya kenapakah ia dinamakan PROTOKOL 21 HARI?.Kenapa tidak dinamakan Protokol 30 hari atau 60 hari.Bunyinya pun agak pelik bukan?.Sebenarnya ia membawa maksud ,sekiranya dalam masa 3 minggu tumor atau kanser anda tidak bertindakbalas dengan protokol B17,anda perlu beralih kepada kaedah rawatan yang lain.Doktor2 dihospital alternatif kanser di Mexico akan serta merta beralih kepada kaedah lain atau menggabungkan kaedah B17  dengan pelbagai kaedah lain sekiranya tumor atau sel2 kanser tidak bertindak balas dengan Vitamin B17.

 

 

Begitu juga dengan kaedah2 terapi kanser yang lain,umpamanya terapi PROTOCEL yang saya promosikan sebagai yang terbaik untuk jenis2 kanser otak, rektum,colon dan perut.Sekiranya dalam masa 3 minggu anda tidak mengalami simptom2 seperti pengeluaran najis yang diselaputi lendir seperti putih telor,maka sesuatu mesti dilakukan untuk membantu kaedah protocel ini.Dan sekiranya 2 minggu selepas itu tiada juga simptom,ia memberi isyarat kaedah ini tidak sesuai dengan biologi tubuh anda.Anda perlu beralih kepada kaedah lain.


 

Doktor2 di hospital alternatif kanser di Mexico biasanya  akan melemahkan sel2 kanser dengan menggunakan kaedah hypertemia .Ia dilakukan berselang seli dengan suntikkan Vitamin B17.Konsep ini juga digunakan olih pihak hospital kovensionnal dalam merangka kaedah kimoterapi mereka seperti mempelbagaikan jenis2 dadah kimoterapi untuk jenis2 kanser berlainan.Pada pendapat anda mengapakah doktor sering mengkimo pesakit terlebih dahulu sebelum pembedahan bolih dilakukan?.Ini adalah juga strategi.

 

 

Sesuatu yang amat malang dengan kaedah merawat kanser meggunakan kaedah Vitamin B17 ialah seringkali ia tidak dijual atau diberitahu akan kepentingan detokfikasi.Jika anda membunuh sel2 kanser secara agresif  dan badan tidak berupaya mengeluarkan sel2 kanser yang telah mati ini,ia akan berlegar didalam saluran darah sebagai toksid.Hati yang terpaksa membuat kerja berlipat kali ganda ini akan keletihan dengan lambakkan toksid didalam salur darah.Inilah salah satu punca mengapa mereka yang membuat suntikkan leaterile tiap2 hari selama 21 hari akan menjadi semakin lemah dan tidak berdaya.

 

 

 Saya telah mengkhusus satu tajuk berkenaan detokfikasi kerana kepentingannya adalah sama dengan anda mengambil supliment untuk membunuh sel2 kanser.Ramai yang menghubungi saya bertanyakan apakah supliment yang sesuai untuk jenis2 kanser mereka,tapi hingga kini tidak seorang pun yang bertanya kaedah detokfikasi,walaupun artikel mengenai detokfikasi telah berada agak lama dalam website ini.Sehinggalah apabila mereka menggunakan suplimen tertentu dan merasakan sesuatu yang pelik berlaku seperti keletihan,mereka mula panik.

 

 

Saya melihat kedalam banyak protokol2 terkenal dunia dan apa yang dipraktikkan olih hospital2 alternatif kanser di Mexico,Germany,USA,Kanada dan Swiserland,semuanya memasukkan proses detokfikasi kedalam rawatan mereka.Penggunaan kaedah Coffee Enemas adalah yang paling popular untuk mengeluarkan sel2 kanser yang mati keluar dari sistem badan kita.Toksid2 ini akan dihantar ke hati untuk ditapis dan apabila jumlahnya terlalu banyak pesakit akan merasa sangat letih dan tidak bermaya.Penghidap kanser hati dan kolon mempunyai impak berganda kerana kedua2 organ ini amat penting untuk proses detokfikasi.

 

 

Sebiji tumor yang bersaiz 1 cm sahaja yang berada didalam tubuh anda,ia adalah mewakili 1  billion sel2 kanser.( http://www.meyersmedmal.com/tumor-doubling-defense.php )Sedangkan saiz 1 cm tumor tidak akan menunjukkan apa2 kesan ketara kepada kesihatan anda.Saintis menganggarkan tubuh manusia diperbuat dari  50 trillion sel.( http://www.sciencenet.org/biology/cell_biology/b00307c.html/.Adakalanya adalah sesuatu yang sangat bahaya untuk membunuh secara agresif jenis2 tumor yang berada dalam  organ2 yang  sangat perlahan dalam soal2 detokfikasi seperti tumor didalam paru dan otak.


 

Sedangkan kita tidak benar2 tahu berapa banyakkah sel2 kanser yang mati dalam 21 hari anda menyerang tumor dengan suntikan Vitamin B17.Bahkan terdapat kaedah alternatif mempunyai  senjata2 yang sangat kuat untuk membinasakan tumor dalam beberapa hari sahaja.Umpamanya ,jika anda menyuntik tumor yang kelihatan pada permukaan kulitt dengan sodium bicarbonate,,ia akan mati serta merta.Jika anda menyuntik  35% food grade hydrogen peroxide pada tumor,ia akan juga mati serta mertaNamun ianya bukanlah semudah itu.Anda perlu bersedia untuk menghadapi sebarang kemungkinan tersebarnya toksid sel2 kanser ini kedalam saluran darah.Jika ia tidak disertakan proses detokfikasi yang berkesan pesakit akan menderita dengan lebihan2 toksid yang bertebaran dalam pelbagai tempat khususnya hati.

 

Sebagai penutup’ kelmarin saya menerima satu lagi perkhabaran dari seseorang,saudaranya  yang menghidap kanser kronik yakni tahap 4 berada dalam keadaan nazak di hospital.Beliau telah mengambil suntikan Vitamin B17 berdasarkan Protokol 21 hari.Selepas keadaanya menjadi bertambah teruk beliau telah dibawa ke hospital dan doktor memberitahu ahli keluarganya tiada apa lagi yang dapat diperbuat dalam keadaannya yang sangat lemah.

 

Saya juga diberitahu sepanjang 21 hari menjalani suntikan leaterile beliau tidak melakukan proses detokfikasi,sesuatu yang sering dilupakan olih doktor atau pengamal perubatan konvensional.Ahli2 perubatan konvensional yang baru berjinak jinak dengan kaedah alternatif merawat kanser tentu sahaja tidak mempercayai tentang kepentingan proses DETOKFIKASI,namun mereka sangat bernafsu untuk melakukan protokol 21 hari  Vitamin B17.Kaedah cacar marba seperti ini meletakkan risiko yang sangat tinggi buat pesakit kanser kerana berbillion sel2 kanser yang mati beredar dalam saluran darah dan menjahanamkan organ2 detokfikasi badan dengan kejutan bebanan kerja yang sangat tinggi.

 

Adalah tersangat afdal anda memberhentikan protokol 21 hari dengan serta merta sekiranya pesakit menjadi bertambah lemah dari hari kehari.Saya sendiri telah mempraktikan kaedah memberhentikan apa jua suppliment yang membinasakan sel2 kanser sekiranya pesakit menjadi tersangat lemah.Bahkan saya pernah menasihatkan  seorang pesakit untuk  memberhentikan sesuatu protokol dan menasihatkan beliau pergi ke hospital untuk menjalani pembedahan dan kimoterapi.Hanya semata2 beliau tidak mahu pergi ke suana “infra red” untuk proses detokfikasi.

 

Jika sesuatu kaedah alternatif untuk merawat kanser gagal,DETOKFIKASI adalah salah satu elemen yang menjadi penyebab.Ada pelbagai kaedah detokfikasi yang bolih anda pilih semasa proses rawatan sedang berjalan dan bersuana adalah salah satu kaedah yang paling mudah dan murah.