browser icon
You are using an insecure version of your web browser. Please update your browser!
Using an outdated browser makes your computer unsafe. For a safer, faster, more enjoyable user experience, please update your browser today or try a newer browser.

KANSER:BERTINDAK DENGAN BIJAK

Posted by on July 31, 2011

 

 

Apabila berhadapan dengan kanser pesakit biasanya panik dan kebanyakkan pelan tindakkan dilepaskan kepada orang2 kepercayaan mereka untuk berfikir dan bertindak bagi pihak mereka,Orang kepercayaan ini dipanggil “care taker”.Ini adalah merupakan tindakkan yang betul kerana “care taker” dapat berfikir dengan lebih rasional ( out of the box ) dan pergerakkan mereka tidak dibatasi dengan kesan2 kesakitan akibat kanser seperti pesakit.


“Care taker” perlu tahu banyak maklumat mengenai  kanser serta peka terhadap pelbagai kaedah rawatan alternatif termasuklah yang bersifat spritual.Kerana kanser juga berhubung rapat dengan emosi pesakit kerana ia melibatkan rembesan2 kimia dalam badan yang mempengaruhi kekuatan antibodi dan keaktifan sel2 kanser.


http://www.embodiworks.org/spirit


“Care taker” perlu memahami  jenis kanser,tahapnya dan adakah ia telah bermestasis kebahagian2 lain organ.Dapatkan data yang spesifik umpamanya saiz tumor dan bacaan tumor marker.Maklumat2 penting ini kebiasaanya akan datang dari hospital atau doktor yang membuat pemeriksaan keatas pesakit.


Dengar dengan teliti apa yang akan dicadangkan olih doktor untuk kaedah2 rawatan hospital.Kebiasaannya sebelum meletakkan pesakit dalam beberapa kaedah rawatan,doktor akan menjalankan ujian rapi mengenai kemungkinan2 tertentu yang menghalang kepada keberkesanan kaedah yang mereka telah tetapkan.Umpamanya penyakit2 lain seperti kencing manis,masaalah jantung, tekanan darah tinggi dan pelbagai kemungkinan lain.

 

Semuanya perlu dicatatkan kerana ia akan membantu anda untuk melakukan perkara terbaik untuk pesakit.Ini adalah kerana

Hospital tidak akan menerima sebarang kaedah rawatan alternatif walaupun mereka tiada halangan penggunaanya pada sesetengah keadaan,namun seringkali kebanyakkan suppliment alternatif tidak dapat bertahan dengan samaada kesemua jenis dadah kimo atau dengan sesetengah jenis dadah kimo.

Kaedah alternatif yang digunakan secara “over the counter” memerlukan beberapa petunjuk dari ujian2 tertentu peralatan hospital untuk mengenalpasti beberapa keadaan pesakit agar dosage2 tertentu bolih ditambah atau dikurangkan bergantung kepada kondisi2 tertentu hasil ujian hospital umpamanya saiz tumor,bacaan darah dan pelbagai ujian kesihatan yang berkaitan.


Agak menyedihkan melihat bagaimana dua  kaedah rawatan ini saling bertentangan antara satu sama lain sedangkan didepan mereka terdapat satu nyawa yang perlu diselamatkan.


Terdapat sesetengah doktor dengan angkuhnya menyatakan sepanjang 20 tahun menjadi pakar bedah kanser beliau belum pernah menemui mereka yang berubat dengan kaedah alternatif tidak kembali semula ke hospital akibat kegagalan kaedah alternatif.


Namun demiakian saya bolih sahaja menunjukkan kepadanya beberapa orang yang sudah berada dalam keadaan “remission” yang menggunakan kaedah2 alternatif tertentu.Bahkan dalam satu kes seorang pesakit telah menunjukkan kepada doktornya botol supplimen yang beliau gunakan untuk menyusutkan 100 peratus tumor yang ada dalam kolonnya.


Tahukah anda secara keseluruhan,kaedah kimoterapi hanya mempunyai 3 peratus kejayaan untuk “survival rate” 5 tahun atau lebih.Ini bermakna  ia mempunyai kadar kegagalan sebanyak 97 peratus yang membawa maksud pesakit akan mati  dalam masa kurang dari 5 tahun.


Agak mengejutkan sesetengah jenis kanser mempunyai kadar kejayaan dibawah 1 peratus.Umpamanya jenis kanser berikut mempunyai survival rate 0.0 peratus untuk pesakit hidup melebihi 5 tahun.Kanser tersebut adalah prostat,,pangkerias,melanoma,( kulit )sarcoma,uterus,empedu,buah pinggang dan multiple myeloma.

Untuk  mengetahui “survival rate” untuk jenis2  kanser lain sila klik  link dibawah.


http://www.beating-cancer-gently.com/support-files/chemocurerate.pdf

 

Terdapat juga pesakit kanser yang meninggal dunia dihospital sebelum sempat doktor merawati penyakit kanser.Umpamanya satu kes yang diceritakan olih salah seorang “care taker” mengenai emaknya menghidap barah mulut dimana doktor mencadangkan pembuangan sebahagian kecil gusi yang dijangkiti.Doktor telah melakukan pelbagai jenis pembedahan kecil diperut dan kerongkong dan menghalang pesakit dari makan selama beberapa hari.Emaknya meninggal pada hari ke 7 setelah menderita kesakitan akibat kaedah “rawatan awal” ataupun pre treatment” sebelum rawatan sebenar untuk kanser bermula.Emaknya berusia sekitar 60 tahun.

 

Dan satu lagi kes kanser payudara dimana doktor menyarankan kepada waris membawa pesakit pulang kerana doktor menjangkan hayatnya sekitar 1 bulan setengah kerana kansernya telah bermestasis ke hati kini setelah 3 bulan ia masih lagi bertahan dan matanya yang kuning akibat komplikasi pada hati telah pun menjadi  jernih atau putih.Dia diberikan supliment anti kanser sahaja selama 3 bulan dan masih meneruskan pengambilannya.


Contoh yang saya utarakan diatas adalah untuk memberi satu gambaran kepada “care taker” bagaimana keputusan yang anda buat bakal menjadikan pesakit bertambah parah atau sebaliknya.Adalah penting untuk anda fahami bahawa para doktor dihospital terikat dengan pelbagai porsidur dan undang2 yang mesti mereka patuhi apabila menawarkan sesutu kaedah rawatan.


Mereka tidak akan menawarkan atau menasihatkan sesuatu yang diluar kaedah rawatan yang digariskan kerana mereka tidak mahu menanggung risiko periuk nasi mereka terbalik hanya kerana seorang pesakit kanser seperti yang dibawah jagaan anda.


Walaupun pada masa yang sama saya temui juga beberapa orang pesakit kanser kronik yang tidak dapat bertahan dalam keadaan mengambil beberapa terapi alternatif namun kebanyakkanya menjalani kimo terapi,sinaran radiasi dan pembedahan dan pada masa yang sama membeli pelbagai jenis suppliment seperti produk2 vitamin B17 disamping mencuba kaedah homopati.


Wajarkah seorang pesakit kanser menjalani kimoterapi,sinaran radeoterapi dan pembedahan pembuangan tumor?


Buat pesakit yang berumur 50 tahun ketas kaedah kimoterapi bakal memberi kesan yang mendalam kepada kondisi kesihatannya dimasa akan datang.Kerana kaedah kimoterapi akan turut membunuh sel2 sihat dan binasanya antibodi pada skala besar besaran.Doktor mungkin pada masa yang singkat bolih mengecutkan tumor ( selalunya hamya beberapa peratus sahaja ) namun sakibaki sel2 kanser yang berhijrah ini akan membina kekuatan berlipat kali ganda kerana selepas antibodi musnah tiada lagi halangan kepada sel2 kanser untuk membelah dilokasi yang baru.


Rasional kepada kenyataan ini ialah tumor mengambil masa bertahun tahun untuk menjadi besar dalam organ dalaman dan mula mendatangkan impak kepada kesihatan anda,namun apabila sahaja ia diganggu dengan kaedah kimoterapi, tumor yang baru akan mula tumbuh dibahagian yang sama atau bahagian badan yang lain dalam masa tidak sampai satu tahun.

 

http://www.cancer.gov/cancertopics/coping/chemo-side-effects

“Sometimes age factor of the patient is also considered when the need arises to stop chemotherapy treatment. Due to age older people cannot tolerate the side effects of chemotherapy and taking this into consideration sometimes doctors decide to stop chemotherapy treatment and feel that they can live life as comfortable as possible without chemotherapy.QUOTE

 

Untuk membina semula antibodi pesakit memerlukan kombinasi makanan2 yang mengandungi zat2 dan nutrisi yang mencukupi.Dan ianya bukanlah diambil dalam masa 1 atau 2 minggu untuk pesakit mendapatkan semula antibodinya.Sedangkan seperti yang kita semua sedia maklum selepas menjalani kaedah kimo,pesakit tidak lalu makan atau muntah2 untuk 1 atau 2 minggu.


http://www.virology.ws/2009/07/22/adaptive-immune-defenses-antibodies

 

Sedangkan kita tahu mereka yang sihat sekalipun apabila usia telah mencecah lebih 50 tahun,keupayaan untuk makan dengan banyak menjadi agak terbatas.Sesuatu fakta yang perlu kita akui bahawa apabila kita menjadi semakin berusia semua unsur2 dalaman kita akan turut terjejas seiring dengan terjejasnya keadaan fizikal atau pancaendera.Kita tidak lagi berupaya berlari 5 km tanpa masaalah berbanding dimasa usia kita telah mencecah 60 tahun.


http://www.chemotherapytreatments.org/articles/when-to-stop-chemotherapy.html

 

Ringkasan kepada beberapa perkara mengenai pesakit dan keadaan kansernya yang patut berada dalam pemahamam anda adalah seperti berikut.  

kanak kanak pelbagai peringkat umur,remaja,dewasa dan mereka yang telah  berusia melebihi 50 tahun

jenis kanser, tahap , lokasi tumor dan saiznya
adakah kanser telah bermestasis,berapakah bahagian organ yang terlibat
pernahkah pesakit menjalani sebarang kaedah rawatan umpamanya pembedahan atau kimoterapi
kondisi fizikal pesakit termasuk penerimaanya kepada pelbagai jenis makanan.
Jika sebelum ini beliau telah pernah menjalani rawatan alternatif,anda perlu mendapatkan nama atau
kaedah terapi tersebut.

 

Doktor2 alternatif kanser menyatakan pihak hospital merawat kanser dengan kaedah menghapuskan simptom sedangkan kaedah alternatif berpendapat simptom adalah petunjuk yang diberikan badan untuk kita mengenal pasti punca kepada simptom dan seterusnya merawat punca kepada penyebab timbulnya simptom.


http://www.b17.com.au

 

Dalam ertikata lain hosptal memandang tumor yang terdapat dalam badan  sebagai ancaman utama dan mesti dihapuskan “at all cost” sedangkan kaedah alternatif melihat ujudnya tumor adalah kerana akibat kegagalan antibodi berperanan.Olih itu kaedah yang perlu digunakan ialah merawat punca kepada kegagalan antibodi berperanan.

 

Disamping kita juga bersetuju dengan kaedah2 hospital untuk sesetengah jenis tumor haruslah  dirawat terlebih dahulu sekadar untuk menyelamatkan nyawa pesakit atau mengurangkan kesan2 himpitan tumor umpamanya tumor yang menekan tengkorak kepala,tumor yang menghalang sistem pernafasan dan tumor yang menghalang sistem perkumuhan.

 

Kerana sesetengah kaedah alternatif bertindak agak perlahan dan kaedah2 rawatan hospital mampu untuk memberi masa yang diperlukan olih kaedah alternatif berperanan.Cara ini dikenali sebagai “buying time”.

 

Kita juga bersetuju dengan penggunaan kaedah kimoterapi untuk jenis2 kanser seperti lympoma kerana keperluan untuk mengecutkan tumor secara drastik adalah satu keperluan untuk kanser jenis ini bergantung kepada berapa seriuskah keadaan tumor tersebut atau di lokasinya,dan kecepatannya membesar.

 

Kemudian “care taker” ini perlu membuat beberapa “research” dan mengumpulkan seberapa banyak maklumat mengenai suppliment2 tertentu atau kaedah2 alternatif yang bersesuaian dengan keadaan pesakit.

 

Umpamanya anda tentu tidak mahu mencuba kaedah yang mempunyai terlampau banyak pantang larang permakanan jika keadaan pesakit terlantar dan makan melalui tiub.

 

Menggunakan kaedah terapi metabolik Vitamin B17 untuk pesakit2 yang terlantar adalah juga tidak sesuai kerana masaalah tekanan darah pesakit yang tidak stabil.

 

Mencampur adukkan kaedah terapi alternatif adalah juga tidak digalakkan untuk keadaan2 tertentu kerana sesetengah terapi alternatif membuat kerja2 yang bertentangan dianatara satu sama lain.Umpamanaya menggunakan terapi vitamin C dengan terapi Cantron,Enteleve atau protocel adalah tindakkan sia2 kerana vitamin C bekerja untuk membina ATP sel2 sedangkan formula rekaan Seridan ini bekerja secara merendahkan ATP sel.

 

Inilah diantara contoh2 maklumat yang anda perlu tahu sebagai “care taker” kepada pesakit kanser.

Comments are closed.