Dalam artikel sebelum ini saya telah memperkatakan mengenai satu kaedah untuk membunuh tumor dan sel2 kanser yang dikenali sebagai PROTOKOL VITAMIN C atau “intervenous vitamin C “.Seorang pembaca menghubungi saya mengatakan sukar untuk mendapatkan klinik yang bersedia untuk melaksanakan kaedah suntikkan terutamanya dengan menggunakan sehingga 15 gm asid askorbik.Selanjutnya beliau bertanya bagaimana kalau dia mengambil supliment Vitamin C setiap hari.
Jika anda telah membaca artikel saya sebelum ini,ada saya sebutkan mengenai HYDROGEN PEROXIDE.Untuk Vitamin C bertukar menjadi hydrogen peroxide dalam badan anda ia mestilah mencapai ke jumlah melebihi 300 hingga 400mg/dl ( milligram per deciliter ) dimana proses “redox cyling” diperingkat selular akan menghasilkan kesan “pro oxidan ” yang akan membentuk hidrogen peroxide yang sangat toksid kepada sel2 kanser yang tidak mempunyai sejenis enzim yang dinamakan CATALASE.
30 gram dos minima atau permulaan suntikkan vitamin C seminggu adalah bersamaan dengan 30,000 pil vitamin C 1000mg perlu berada dalam badan anda setiap 1 minggu untuk ia bertukar menjadi hydrogen peroxide,satu amalan yang mustahil dan merbahaya untuk dilakukan.Ia akan memusnahkan perut anda.
Apakah yang dikatakan hydrogen peroxide?
Hydrogen Peroxide ( H2O2 ) adalah sejenis cecair tanpa warna dan mempunyai kepekatan yang sedikit kurang jika dibandingkan dengan air.Ia mula ditemui olih Louis Jacques Thénard pada tahun 1818.Ia adalah pada asasnya sebatian air dan oksigen. Olih kerana ia bersifat oksida ia sering digunakan sebagai bahan pencuci yang sangat kuat.Ia digunakan olih industri2 pembuatan bahan pencuci untuk menghasilkan pelbagai jenis bahan pencuci dan pembasmi kuman,termasuk yang digunakan dirumah anda.
Ia juga digunakan dalam industri pertanian sebagai racun semburan untuk membunuh perasit tumbuhan.Dalam industri loji rawatan air mereka telah mula beralih dari penggunaan klorin kepada hydrogen peroxide kerana ia lebih menjimatkan berbanding klorin.Dalam bidang farmasitukal ia digunakan untuk menghasilkan ubat2 sapuan pada permukaan kulit dan yang berbentuk titisan untuk merawat telinga.Sebagai contoh mudah buah lemon yang kita jadikan jus minuman adalah buah lemon yang sama digunakan dalam pembuatan sabun basuh pinggan anda.
Why does hydrogen peroxide foam when you put it on a cut?
Dalam bidang perubatan alternatif hydrogen peroxide digunakan dengan amat meluas untuk merawat pelbagai jenis penyakit termasuk kanser.Diantaranya adalah seperti berikut
Migrain
Herpes
Herpes zoster Alzheimer
Anemia Jangkitan HIV
aritmia Influenza
Asma
Cirrhosis Hati dan Jangkitan bakteria
Bronkitis Lupus Erythematosis
Kanser multiple sclerosis
Candida Jangkitan parasit
Penyakit Parkinson Kardiovaskular
Palsy Penyakit vaskular Penyakit periodontal
Sakit Prostat kronik
Diabetes Jenis 11 Artritis Reumatoid
Gangren Kayap Diabetic
Retinopahty Sinusitis Diabetic
Masalah Penghadaman/ Sakit Tekak
Jangkitan Ulser/ Epstein-Barr
Emfisema Jangkitan virus
Ketuat
Jangkitan kulat/ Jangkitan Yis
Gingivitis
Terdapat banyak grade hydrogen peroxide dalam pasaran dan untuk kegunaan dalam bidang perubatan samada dalam bentuk sapuan atau oral ia adalah dari jenis ” 35% food grade “.Walaupun ia dinamakan food grade ia mestilah dicampurkan dengan air dengan kadar2 tertentu untuk mengelakkan kesan2 sampingan yang mendadak terutamanya untuk jenis yang perlu diminum.Terdapat kaedah2 tertentu yang perlu dipatuhi dan saya tidak menggalakkan anda menggunakanya tanpa tunjuk ajar mereka yang arif dengan cara penggunaannya.Hydrogen peroxide adalah terapi bersendirian dan adakalanya ia sering digunakan bersama orzone thearapy kerana terdapat persamaan dari segi fungsinya.
Namun apa yang ingin kita bincangkan disini ialah penggunaan hydrogen peroxide yang dihasilkan olih badan kita melalui penggunaan Vitamin C.Telah disebutkan diatas pengambilan vitamin C dalam bentuk oral tidak mampu untuk menghasilkan hydrogen peroxide yang mencukupi untuk memusnahkan tumor.Ia hanya berkesan untuk menghadapi jenis2 bakteria dan virus tertentu kerana antibodi akan bertindak menggunakan Vitamin C ini dengan menukarkannya kepada hydrogen peroxide dan membasmi virus2 dan bakteria tertentu.
“We now report that the immune system seems to have
a previously unrecognized chemical potential intrinsic to the
antibody molecule itself. All antibodies studied, regardless of
source or antigenic specificity, can convert molecular oxygen
into hydrogen peroxide, thereby potentially aligning recognition
and killing within the same molecule.” –quote
Hidrogen peroksida adalah sebahagian daripada metabolisme badan yang normal yang dihasilkan badan kita setiap masa. Terdapat unit2 tertentu dalam sel-sel darah putih yang dipanggil “peroxisomes,” yang menghasilkan hydrogen peroxide ini. Sel2 darah putih ini bersama peroxisomes,kemudian memusnahkan bakteria2 yang menyebabkan penyakit.Rutin ini berlaku secara semula jadi, tanpa sebarang bantuan hidrogen peroxida daripada sumber luar.Hanya apabila kaedah ini gagal maka doktor terpaksa menggunakan antibiotik.
Sel2 kanser adalah dari kelompok sel2 yang primitif dan serba kekurangan, tidak seperti sel2 yang sihat.Ia bukan sahaja tidak berupaya menggunakan oksigen sebagai bahan bakar malah pelbagai lagi enzim yang penting diantaranya ialah CATALASE seperti yang disebutkan diawal artikel ini.
Catalase adalah enzim yang biasa ditemui dalam hampir semua organisma2 hidup yang terdedah kepada oksigen. Ia penting dalam kerja2 penguraian hidrogen peroksida kepada air dan oksigen dan sebaliknya. Ia adalah sejenis enzim yang sangat penting dalam tindak balas pembiakan.Catalase mempunyai ciri terpenting jika dibandingkan dengan semua enzim lain.Satu molekul katalase boleh menukar berjuta-juta molekul hidrogen peroksida kepada kedua2 air dan oksigen.
Dos yang tinggi asid askorbik (Vitamin C) akan menghasilkan hydrogen peroxide di dalam dan di sekeliling sel-sel. Sel-sel sihat menggunakan hidrogen peroksida untuk keperluan proses metabolik tertentu dan lebihannya akan ditukar ke dalam bentuk air dan oksigen satu bahan yang sangat berguna kepada badan.Olih kerana sel-sel kanser mempunyai sangat sedikit jumlah catalase, mereka tidak dapat untuk menukar hidrogen peroksida ke dalam bentuk air dan oksigen dan seterusnya menjadi toksid kepada mereka.Inilah caranya sel2 kanser atau tumor dimusnahkan.
Institut Kesihatan Kebangsaan (NIH), Institut Kanser Kebangsaan (NCI) dan Pentadbiran Makanan dan Dadah (FDA) telah akhirnya mengesahkan kajian Linus Pauling, PhD, Hugh Riordan, MD dan banyak saintis dan pakar perubatan lain sejak beberapa dekad yang lalu mengenai kesan2 terapeutik merawat kanser dengan vitamin C.Baca dari artikel berikut
Pharmacologic ascorbic acid concentrations selectively kill cancer cells: Action as a pro-drug to deliver hydrogen peroxide to tissues
http://ar.iiarjournals.org/content/29/3/809.full.pdf+html
Berikut adalah senarai dosage yang digunakan dalam protokol Intervenous Vitamin C seperti yang terkandung dalam Protokol Riodance IVC.
15 grams (30cc) perinkat 1
25 grams (50cc) peringkat 2
50 grams (100cc) peringkat 3
75 grams (150cc) peringkat 4
100 grams (200cc) peringkat 5
Untuk membaca protokol lengkap sila klik SINI.