KESAKITAN AKIBAT KANSER

Himpitan tumor adalah penyebab kepada timbul rasa kesakitan.Tumor yang menekan kearah tengkorak kepala seperti jenis kanser glioblastomas akan mengakibatkan kesakitan yang tidak dapat digambarkan.Tumor yang menekan kearah pelbagai organ dalam badan akan mengakibatkan rasa sakit yang menyebabkan pesakit tidak bolih tidur dan mengerang sepanjang masa.Adakalanya kesakitan datang semasa proses penyembuhan jika anda dalam proses rawatan.

 

 

Suatu perkara yang sering disalah tafsir mengenai perkara2 yang berlegar dalam soal2 kesakitan ini ialah kesakitan yang hadir akibat penularan kanser atau kesakitan yang disebabkan serangan kanser kepada organ2 tertentu.Sejenis lagi kesakitan ialah kesakitan yang disebabkan olih kaedah2 rawatan kanser itu sendiri seperti kimoterapi,pembedahan dan sinaran radiasi.Kesakitan jenis ini akan mengakibatkan organ2 yang tidak berkaitan secara langsung dengan kanser merasa sakit.

 

Umpamanya kaedah kimoterapi akan memusnahkan banyak tisu2 yang sihat dimerata bahagian badan seperti mulut,kulit atau mata merasa sakit semasa menjalani kaedah kimoterapi.Mulut umpamanya merasa sakit atau loya adalah kerana air liur adalah antara sel2 sihat yang sering membelah.Dadah kimoterapi adalah bersifat atau diprogramkan untuk menyerang semua sel2 yang membelah menyangkakan ia adalah sel2 kanser.

 

Sementara kaedah alternatif pula bolih juga menghadirkan kesakitan,cumanya ia lebih terarah kepada bahagian yang mempunyai tumor.Umpamanya jika anda menggunakan PROTOCEL, pada satu ketika anda akan merasakan kesakitan pada bahagian tumor.Ini adalah kerana tumor adalah sebahagian dari tisu2 yang hidup dan ia tidak normal kerana ia membelah secara agresif.Apabila unsur2 aktif protocel menyerangnya ia akan jadi radang dan jatuh sakit.Disaat inilah biasanya pesakit akan merasakan kesakitan tersebut.

 

 

Apakah sebenarnya rasa sakit dan bagaimana ia mempengaruhi minda kita?

 

Kita merasakan kesakitan melalui    aktiviti2  yang berkaitan dengan perubahan2 tertentu pada hormon,pusat penghantaran isyarat yang berpusat disaraf tunjang dan aktiviti2  yang berlaku dalam otak

 

Deria saraf  akan  menghantar isyarat  (  Prostaglandins ) tentang apa yang berlaku di persekitaran tubuh  ke otak melalui saraf tunjang. Otak akan  menghantar  kembali maklumat  ke saraf  motor, yang membantu kita  melaksanakan tindak balas  yang perlu dilakukan.

 

 

Jika kecederaan itu seperti patah pada tulang tangan atau kaki, otak akan menghantar isyarat mengandungi maklumat agar  tangan atau kaki yang patah tidak dibebankan dengan memaksa pergerakkan tambahan.Adakalanya saraf tunjang juga menghasilkan tindakbalas sendiri tanpa bantuan otak dalam menghasilkan tindakbalas sendiri untuk menghadapi satuasi kecederaan tersebut.Ia dipanggil REFLEKSI dimana isyarat  dihantar terus dari saraf tunjang  ke bahagian yang tercedera untuk melindungi kawasan tersebut dari terus tercedera dengan lebih teruk

 


Namun otak juga menghantar satu lagi isyarat kepada sel2 pada bahagian tisu yang tercedera untuk menggerakkan aktiviti perlindungan atau penyembuhan sementara.Umpamanya jika berlaku kecederaan  pada angota badan akibat terjatuh kita akan merasa kesakitan dahulu sebelum timbul keradangan atau kebengkakkan pada bahagian yang terkena impak.Lama kelamaan bengkak akan surut dan kesakitan yang dirasai akan berangsur angsur berkurangan.

 

 

Kesakitan akibat kanser biasanya berlaku apabila terdapat kecederaan kepada organ2 dalaman atau luaran apabila tumor yang semakin membesar menghimpit organ2 berkenaan adakalanya sehingga menyebabkan berlaku kecederaan pada organ.Apabila keadaan ini berlaku saraf deria akan menghantar isyarat ini melalui saraf tunjang dan terus ke otak.Otak akan menterjemahkan isyarat ini dalam bentuk kesakitan dan inilah yang menyebabkan kesakitan itu dirasai.

 

Tumor yang menghimpit saluran darah juga akan menyebabkan kesakitan dipelbagai bahagian badan kerana sel2 yang tidak mendapat bekalan oksigen yang mencukupi akan menimbulkan keradangan dan apabila saraf2 ini ( nociceptors ) membawanya ke otak ia akan diterjemahkan dalam bentuk kesakitan.

 

 

Apabila otak menerima isyarat ini ia akan menghantar balik isyarat2 tertentu kepada pelbagai angota badan dan organ untuk menguruskan punca2 terjadinya kesakitan.Ini termasuklah arahan umtuk jantung yang akan berdegup dengan lebih laju untuk menghantar oksigen yang lebih banyak kepada tisu2 dan organ2 yang terlibat.

 

 

Pakar perubatan mengketogerikan jenis kesakitan kepada 2 bahagian yaitu ” acute pain ” dan ” chronic pain “.Kesakitan akibat kanser adalah dikategorikan sebagai ” chronic pain ” kerana ia bersifat jangkamasa panjang  dan memberikan kesan yang mendalam kepada rohani dan fizikal pesakit.

 

 

Manakala kesakitan yang diakibatkan olih kaedah rawatan kanser itu sendiri seperti pembedahan,kimoterapi dan radioterapi dikategrikan sebagai ” acute pain ” kerana ianya bersifat sementara dan akan hilang rasa sakit apabila rawatan berakhir.Dalam ertikata lain pesakit kanser akan mengharungi kedua dua jenis rasa sakit ini dalam masa yang amat panjang.

 

 

Pakar sains perubatan mengatakan kita bolih mengawal aliran penghantaran isyarat kesakitan ini dari sampai ke otak.Isyarat kesakitan ini akan dihantar melalui 2 cara ke otak.Yang pertamanya melalui “motor way ” dan ia sangat pantas.Isyarat kesakitan yang diakibatkan olih luka pada angota badan atau organ ( acute pain ) adalah contoh penghantaran isyarat melalui “motor way”.Sementara isyarat kesakitan berskala lama atau “chronic  pain” dihantar melalui apa yang dipanggil “side way /road ”  dan ianya lebih perlahan.

 

 

Kesakitan akibat kanser sangat perlu ditanggani  seimbang dengan percubaan2 yang dilakukan untuk merawat kanser itu sendiri.Pesakit2 kanser mempunyai hak untuk  tidak merasa kesakitan langsung atau  meminimakan rasa kesakitan walaupun ketika menjalani apa2 kaedah rawatan.Ini dijelaskan dan dibenarkan olih WHO sendiri.

 

 

Olih itu pelbagai kaedah telah diselidiki  dengan menghasilkan pelbagai jenis dadah untuk menghilangkan  atau meminimakan rasa kesakitan terhadap pesakit kanser.Selain penggunaan dadah terdapat juga kaedah yang melibatkan pembedahan untuk menghalang penghantaran isyarat kesakitan dari sampai ke otak.Ia biasanya melibatkan memusnahkan saraf2 disekitar organ yang terlibat yang bersambung dengan saraf tunjang.Kaedah ini dinamakan neurectomy, cordotomy,  cingulotomy dan rhizotomy .Kaedah ini biasanya dilakukan kepada pesakit yang tidak bertindakbalas dengan dadah2 penahan sakit atau dilakukan jika doktor menjangkakan hayat pesakit tidak lama.

 

 

Namun kaedah2 pembedahan untuk amat jarang dipraktikkan kerana ia melibatkan kos yang tinggi disamping ia juga bolih mengakibatkan risiko yang fatal dan yang telah diketahui adakalanya ia akan mendatangkan kesakitan berlipat kali ganda dalam tempoh beberapa bulan selepas pembedahan ini dilakukan.Olih itu doktor2 lebih suka menggunakan pelbagai jenis dadah yang amat kuat seperti morfin.Sekiranya pesakit alah atau tidak bertindakbalas dengan dadah tersebut seringkali  pesakit dibiarkan dalam keadaan sedemikian iaitu menanggung rasa kesakitan ini.

 

 

Ubat Tahan Sakit

 

 

Morphine, hydromorphone, fentanyl, sufentanyl dan  meperidine  adalah dari jenis dadah tahan sakit dalam keluarga yang dinamakan OPIOID.Ia adalah  contoh2  dadah yang dimasukkan atau disuntikkan  kedalam sistem saraf tunjang  untuk menghilangkan atau mengurangkan kesakitan.Ia bertindak menghalang isyarat2 kecederaan dari dihantar ke otak.

 

Juga terdapat sejenis alat yang dikenali sebagai  intrathecal pump yang dipasangkan kepada pesakit untuk memasukkan cecair morfin pada skala berterusan dan sekadar yang diperlukan apabila rasa sakit timbul.Jika pesakit tidak dapat bertoleransi dengan dadah penahan sakit  yang dimakan pengunaan intrathecal pump ini biasanya digunakan.Intrathecal pump  yang dikawal komputer lebih effektif kerana ia diprogramkan  untuk melepaskan morfin kedalam sistem saraf tunjang   (Intrathecal ) sekadar yang diperlukan sahaja.Pemasangan intrathecal pump memerlukan pembedahan dilakukan olih pakar bedah.

 

 

Walaupun kaedah ini kelihatan amat efektif dan memberansangkan namun disana terdapat pelbagai risiko  dalam jangkamasa panjang penggunaanya seperti kerosakkan pump dan pendarahan.Doktor lebih gemar mencuba  kaedah memusnahkan saraf  pengesan kesakitan terutamanya jenis  ”  rhizotomy  ”  dahulu sekiranya ia lebih sesuai.

 

 

 

Selain penggunaan alat diatas morfin juga bolih diberikan  melalui kaedah berikut

Tablet atau kapsul  yang diberikan dalam jarak 2 hingga 4 jam

Cecair yang disuntikkan ke dalam saluran darah atau dibawah kulit

Tablet yang diletakkan dibawah lidah.

 

Kaedah lain yang amat kerap digunakan ialah menggunakan pil tahan sakit jenis yang dikenali sebagai ”  non steroidal anti inflammatory drugs  ( NSAIDs ).Kelompok2 lain dadah2 penahan sakit adalah seperti Non-Narcotic Analgesics,Narcotic Painkillers,Topical Analgesics dan Topical Anesthetics

 

 

Penggunaan ubat tahan sakit ini sebenarnya mensasarkan kepada isyarat2  yang akan dihantar ke otak.Yakni menghalang otak dari mengecam isyarat kesakitan  dan seterusnya menterjemahkannya dalam bentuk kesakitan.

 

Dadah dari jenis ubat bius misalnya menghalang isyarat kesakitan dari sampai ke otak sementara dadah seperti morfin atau ACTIQ menghalang otak dari menerima isyarat kesakitan.Olih kerana chronic pain bolih menimbulkan pelbagai gejala seperti kemurungan  dan keletihan yang bolih mengakibatkan kegagalan rawatan doktor sebenarnya tiada pilihan lain dengan membekalkan ubat penahan sakit yang bersesuaian dengan kondisi pesakit untuk menyerap rasa kesakitan.Doktor juga amat berhati hati untuk tidak memberikan sesuatu yang berlebihan seperti dadah ACTIQ atau morfin lebih2 lagi jika keadaan jantung , buah pinggang atau hati pesakit berisiko tinggi untuk gagal.

 

 

ACTIQ sejenis ubat tahan sakit yang agak kontraversi adalah jenis yang agak sering digunakan terhadap pesakit2 kanser kronik.Ia dikatakan 80 kali lebih berkuasa dari morfin dan penggunaan selama 2 minggu sahaja akan mengakibatkan pesakit menjadi ketagih kepadanya.Saya tidak pasti samaada dadah jenis ini masih digunakan di hospital kerana ia diselubungi pelbagai kontraversi dan ada lapuran yang saya baca ia telah mengakibatkan 127 kematian di USA  akibat penyalahgunaannya.Antara kesan2 sampingan ACTIQ  seperti muntah,kesukaran melangkah,keliru,pitam,mulut kekeringan,kecederaan akibat kemalangan,sakit kepala dan sebagainya.

 

Jenis2 dadah diatas  perlu melalui priskripsi doktor kerana ia bolih mengakibatkan ketagihan dan menimbulkan implikasi yang lain jika digunakan secara berterusan.Ia juga sering disebut dengan nama2 yang agak  merisaukan  seperti DREAMER,GOD’S DRUG,NEW JACK SWING,MISS EMMA,MISTER BLUE dan sebagainya.Jenis2 ubat tahan sakit yang lain adalah seperti dari kumpulan MEPERIDINE atau PETHIDINE,HYDROCODONE,OXYCODONE,PENTAZOCINE,METHADONE dan FENTANYL.

 

 

APAKAH  ALTERNATIF YANG LEBIH SELAMAT?

 

 

Dalam bidang perubatan alternatif sejenis bahan yang dikenali sebagai METHYLSULFONYLMETHANE atau lebih popular disebut MSM adalah bahan yang lebih selamat untuk mengatasi masaalah kesakitan atau mengurangkannya hingga ke tahap 70 peratus.Mengikut rekod MSM ditemui olih doktor Stanley Jacob dari Oregon Health Science University,Portland Amerika Syarikat.Seorang lagi adalah Robert Hershler seorang  ahli kimia yang bekerje dalam sektor pembuatan  kertas.MSM adalah juga komponen penting kepada kuasa penyembuhan olih DMSO.

 

Ia adalah sejenis sulfur semulajadi yang terdapat dalam semua benda hidup termasuk dalam badan manusia sepertimana keujudan air dan sodium dalam badan kita.Malah Dr Jacobs berpendapat ia adalah sama penting diambil sepertimana kita mengambil vitamin C.

MSM digunakan diseluruh dunia untuk  mengatasi masaalah kesakitan yang disebabkan olih penyakit2 seperti Acid reflux,Allergies,Alzheimer’s symptoms,Arthritis,Asthma,Back pain,Blood circulation problems,Cancer,Candida,Cholesterol control,Chronic fatigue,Colon cancer,Chronic headaches,Constipation,Diabetes,Fibromyalgia,Heart burn,Gastrointestinal problems,Leg cramps,Lung dysfunction,Lupus,Migraines,Muscle pain,Nail and hair growth,Scar tissue reduction,Tendonitis dan Ulcers.

 

Walaubagaimanapun secara umumnya MSM secara keseluruhannya sangat efektif  digunakan untuk mengurangkan atau menghilangkan terus rasa kesakitan kerana ia bertindakbalas  secara langsung  dalam sel2 dimana ia memanpulasi persekitaran biologi sel  dan dengan cara ini deria2  “nociceptors” tidak dapat mengesan isyarat kecederaan tersebut.Enzim yang bertanggungjawab  menimbulkan gejala keradangan ini dinamakan COX2 atau secara mudah sering disebut PROSTAGLANDINS 1 dan PROSTAGLANDINS 2.Prostaglandins 1 akan menimbulkan gejala keradangan  untuk membolihkan Prostaglandins 2 dihasilkan untuk memulakan proses pembaikpulih dengan mengurangkan keradangan dan seterusnya mengurangkan kesakitan.

 

Olih itu MSM  TIDAK SESUAI  untuk dianggap sebagai agen penyembuhan untuk pelbagai jenis penyakit.

 

Didalam bidang kaedah alternatif terdapat satu kaedah yang lebih selamat untk menghadapi masaalah keradangan tisu2 lembut yang menyebabkan ia dikutip olih ” nociceptors” dan dihantar ke otak untuk diterjemahkan dalam bentuk kesakitan.Ia selamat kerana ia adalah berasal dari unsur alam semulajadi terutamanya dari tumbuh2a disekeling kita.Ia dinamakan “PROTEOLYTIC ENZYME”.

 

 

Terdapat pelbagai jenis tumbuhan dan buah2an yang dikenalpasti olih para penyelidik sebagai  bukan sahaja berguna untuk proses pencegahan penyakit dan agen penyembuhan sesuatu penyakit bahkan ia juga amat baik untuk mencegah keradangan tisu2 lembut dalam badan.Tumbuhan2 seperti  nenas ( enzim bromelain ) sangat baik untuk mengurangkan keradangan pada tisu.Penyelidikkan mengenai bromelain ini sebenarnya telah berusia hampir 60 tahun dan diiktiraf olih ramai penyelidik pada saat ini.

 

 

KUNYIT yang agak sinonim dengan masyarakat kita disahkan olih ramai penyelidik termasuk para penyelidik berkaitan kanser  seperti Sloan Kettering Cancer Research Centre di New York  n lebih efektif dari asprin untuk  menutup enzim COX2  yang bertanggungjawab menghasilkan isyarat2 keradangan yang menyebabkan kesakitan.Bahan2 aktifnya mampu menyahkan radikal2 bebas  yang menyumbang kepada keradangan tisu2 lembut.

 

HALIA yang sangat popular menyimpan rahsia penyembuhan semulajadi semejak 2500 tahun yang lampau dan disahkan olih penyelidik2 abad ini sebagai sangat berguna untuk penyembuhan kepada pelbagai jenis penyakit termasuk kanser.Para penyelidik menyatakan ia lebih selamat digunakan berbanding dengan dadah2 NSAID’S dalam menanggani masaalah keradangan dan kebengkakkan tisu2 badan.Ia menggurangkan penghasilan prostaglandins  yang menyebabkan keradangan tisu.

 

Anda juga bolih melayari ke link  berikut untuk mengetahui herba2 yang mampu menyumbang kepada meminimakan kesan kesan kesakitan terutamanya yang berkaitan kanser.Secara umumnya jika sesuatu komponen herba itu mampu mengurangkan keradangan tisu maka ia akan secara otomatik akan mengurangkan kesan2 kesakitan.

 

http://www.nativeremedies.com/blog/natural-herbal-pain-relief/

 

Pada siri sambungan kali ini saya hanya ingin berkongsi maklumat mengenai sejenis herba yang kita gunakan setiap hari dalam pelbagai jenis masakkan kita ala timur.Ia telah dibuktikan olih pelbagai penyelidikkan diperingkat antarabangsa sebagai herba yang terbaik untuk mengurangkan kesakitan.

 

Saya ingin ia diberi keutamaan disini kerana untuk kanser ia juga adalah pembunuh sel2 kanser yang amat dikagumi.Namun rahsia keajaibannya sengaja disembunyikan dari khalayak umum semenjak 50 tahun yang lampau.Ia adalah CILI

 

Barangkali ia nampak seperti gurauan.Namun teruskan bacaan anda hingga akhir,saya akan bentangkan mengenai rahsia mengapa ia sangat berfaedah kepada penghilang kesakitan dan sekali gus bertindak sebagai pembunuh sel2 kanser yang sangat berkesan.Saya tidak maksudkan hanya sel2 kanser malah ianya berkemampuan menyusutkan saiz tumor anda.

 

CAPSAICIN adalah nama kimia yang menerbitkan rasa pedas pada semua jenis cili.Rasa pedas cili adalah KEPANASAN jika ia hendak diterjemahkan dalam pemahaman istilah perubatan.Ia telah mula diselidiki olih ramai penyelidik dari seawal tahun  1816.Semenjak itu pelbagai jernal perubatan telah dihasikan hingga kini untuk digunakan keatas pelbagai jenis masaalah kesihatan yang dihidapi olih manusia moden.Namun kajian2 ini lebih disebarkan sebagai agen pembunuh rasa kesakitan dengan menyembunyikan satu fakta penting bahawa ia adalah pembunuh tumor dan sel2 kanser yang amat efektif.

 

Kita sering membuang bahagian dalam cili ketika memasak dan hanya menggunakan badannya sahaja.Tahukah anda bahagian terpenting cili disegi perubatan bukan terletak secara total kepada badan dan bijinya.Bahkan bahagian terpenting  yang menyimpan CAPSAICIN terbanyak ialah pada urat2 ditengahnya  ( PLACENTA ) yang memegang biji2 cili.Bahkan biji cili sebenarnya tiada unsur2 CAPSAICIN didalamnya.PLACENTA inilah yang membuatkan cili amat berguna disudut perubatan.

 

 

Bagaimana CAPSAICIN membunuh  kesakitan.Kajian saintifik mengenainya adalah seperti berikut

 

TRPV1 adalah sejenis protin yang terdapat pada penghujung saraf pengesan yang fungsi utamanya adalah mengesan dan menjana  suhu badan kita.CAPSIACIN dipercayai bertaut pada  saraf neuron pengesan haba dan kesakitan secara tidak langsung ia mengaktifkan TRPV1  yang menyebabkan kitamerasa sensasi haba.Jika keadaan ini dibiarkan beterusan dalam satu jangkamasa ia akan melenyapkan fungsi sejenis lagi “neurontransmitter”  yang dikenali sebagai “SUBTANCE -P “ yaitu satu lagi jenis unsur yang bertanggungjawap dalam tugas2 pengesanan kesakitan dan haba.

 

Secara mudahnya CAPSAICIN bertanggungjawab menganggu sensitiviti saraf2 neuron yang menyebabkan ia tidak dapat mengesan dan menghantar isyarat keradangan ke saraf tunjang dan otak.Ia tidak merosakkan saraf2 neuron itu sendiri kerana apabila capsaicin berkurangan saraf neuron ini akan berfungsi sepeti sediakala..Teori ini diutarakan olih seorang penyelidik bernama David Julius dari Universiti Of California pada tahun 1997.

 

 

Capsaicin kini telah digunakan secara agak meluas sebagai ramuan tahan sakit terutamanya dalam bentuk krim yang disapukan kepada bahagian luar badan.Ia digunakan untuk pesakit artiritis yang sering mengalami kesakitan pada bahagian sendi namun ia dikatakan mengambil masa 1 hingga 2 minggu untuk kesakitan tersebut tidak dirasai.Rujuk senarai dibawah untuk jenis2 kesakitan yang lain yang menggunakan krim sapuan.

 

  • Back pain

  • Bursitis

  • Fibromyalgia

  • Joint pain

  • Muscle pain

  • Nerve Pain

  • Osteoarthritis

  • Pain due to diabetic neuropathy

  • Phantom pain after amputation

  • Post-herpetic neuralgia

  • Post-surgical neuropathic pain

  • Pruritis (itching)

  • Rheumatoid arthritis

 

Salah satu produk yang berasaskan capsaicin yang amat popular ialah SINUS BUSTER.Bersesuaian dengan namanya ia sebenarnya digunakan untuk masaalah hidung berhinggus,resedung dan penyakit migrain.

 

Bahan aktif sinus buster ( capsaicin ) bertindak keatas membran mukosa yang menyebabkan pengeluaran hingus yang banyak.Pada masa yang sama ia juga membunuh bakteria dan virus yang menimbulkan gejala keradangan terutamanya pada penghidap2 resdung.

 

 

http://www.ncbi.nlm.nih.gov/pubmed/9824407

 

 

Untuk mereka yang kerap mengalami migrain sinus buster bertindak menghalang isyarat kesakitan pada bahagian2 sinus dari dihantar ke otak. Laman web Sinus Buster menyenaraikan lebih daripada 40 kajian klinikal yang mendokumenkan keberkesanan capsaicin dalam merawat gejala kesesakan resdung.

 

 

Satu perkara yang amat menarik mengenai sinus buster ini ialah ia bolih digunakan olih pesakit2 kanser untuk melegakan kesakitan yang ditimbulkan olih gejala2 akibat himpitan tumor.Klik link berikut untuk mengetahui bahan2 lain yang digunakan untuk menghasikan sinus buster

 

http://www.livestrong.com/article/188462-ingredients-of-sinus-buster/

 

KUNYIT

 

 

Unsur terpenting dalam kunyit dikenali sebagai CARCUMIN.

 

Dikenali sebagai bahan penahan sakit yang sangat efektif sejak beratus tahun yang lampau kerana ia berupaya  menyekat protein keradangan tisu  Kunyit  bolih digunakan untuk mengantikan  ubat2 penahan sakit dalam kelumpuk  NSAID tanpa apa-apa kesan sampingan kepada organ-organ termasuk perut, hati, jantung dan buah pinggang.

 

Pelbagai kajian dikemukakan bahawa curcumin mampu mengurangkan sakit kronik artritis reumatoid dan kanser tak kecuali.Malah saya akan menulis mengenainya secara khusus dalam artikel akan datang bagaimana ia juga berupaya membunuh sel2 kanser dan mengecutkan tumor.Ia mempunyai beratus ratus jernal penyelidikkan  dalam bidang perubatan semenjak tahun 1901 menyebabkan  ia gagal dipatenkan olih pengilang2 farmasi di Amerika walaupun pelbagai percubaan telah dilakukan.

http://www.rediff.com/news/aug/23tur.htm

Bahan  penahan sakit yang ditemui didalam  curcumin mencegah  bahan P Neurotransmitter  daripada menghantar isyarat sakit ke otak. Curcumin juga mengurangkan radang dengan mengurangkan aktiviti prostaglandin. Klik link berikut

http://www.everydayhealth.com/pain-management/0403/spice-up-your-life-and-fight-pain-with-curcumin.aspx

 http://www.holistic-medicine-md.com/turmeric.html

 

http://detroit.cbslocal.com/2012/03/18/is-curcumin-the-pain-free-spice-of-life/

Turmeric has been shown to be a more effective than steroid medications when dealing with acute inflammation. Curcumin is the main therapeutic ingredient in turmeric which acts as great healing medicine. . Research shows that Curcumin suppresses pain through a similar mechanism as drugs like COX-1 and COX-2 inhibitors. – quote

 

Ia perlu diambil  sebanyak 400-600 mg   tiga kali sehari. Untuk kesan maksima  penyerapan, ia boleh dimakan  bersama pil  bromelain, pil enzim anti-radang yang terdapat dalam nanas.Paling ideal dimakan  setengah jam  sebelum makan.

 

 SALIVA -AIR LIUR

 

 

Jika anda merasai kesakitan telan air liur anda sekerap dan sebanyak mungkin.Bunyinya agak pelik namun penyelidikkan terkini menemui sejenis bahan dalam air liur manusia yang dinamakan opiorphin sejenis bahan  penahan sakit yang 3 kali ganda lebih kuat dari morfin yang digunakan terhadap kesakitan kronik.

 

Keunikan opiorphin ialah ia bertindak didalam laluan yang membawa maklumat kesakitan yang  menuju ke otak,kerana ia beroperasi di dalam sel sel saraf tulang belakang dimana maklumat2 kesakitan diproses untuk di hantar ke otak. Malah ia mampu merangsang  tindakbalas emosi pesakit dalam menghadapi kesakitan.

 

Kajian penting ini dilakukan olih sekumpulan penyelidik di Pasteur Institute in Paris, France telah membuka lembaran baru dalam penghasilan ubat tahan sakit semulajadi yang bebas dari kesan2 toksid seperti yang terdapat pada pelbagai jenis ubat tahan sakit yang digunakan tika ini.

 

Para saintis berharap dapat mengasingkan seterusnya mensintesiskan molekul2 Opiorphin  untuk mendapatkan kuantiti yang banyak tanpa perlu menjejaskan air liur itu sendiri.Opiorphin adalah molekul mudah namun  kajian masih berjalan bagaimana  untuk mensintesiskan dan menghasilkan kuantiti yang besar tanpa perlu mengasingkannya  dari air liur,

Rougeot, salah seorang dalam pasukan penyelidikkan ini merumuskan adalah tidak mustahil untuk mencari ubat yang dapat  merangsang badan untuk menghasilkan air liur dalam skala besar  supaya ia bolih bertindak sebagai ubat tahan sakit semulajadi untuk manusia.

 

Untuk membaca maklumat lanjut mengenai penyelidikkan ini sila klik pada link2 berikut

 

http://www.cosmosmagazine.com/news/846/potent-painkiller-discovered-saliva

 

http://www.news-medical.net/news/20100729/Scientists-develop-new-version-of-medication-to-relieve-severe-forms-of-pain.aspx

 

http://www.cosmosmagazine.com/news/846/potent-painkiller-discovered-saliva

One thought on “KESAKITAN AKIBAT KANSER”

Comments are closed.