browser icon
You are using an insecure version of your web browser. Please update your browser!
Using an outdated browser makes your computer unsafe. For a safer, faster, more enjoyable user experience, please update your browser today or try a newer browser.

KANSER OTAK DAN RAWATAN ALTERNATIF

Posted by on August 21, 2011

 

 

ANATOMI OTAK

Fungsi otak mewakili bahagian terbesar aktiviti2 yang berlaku dalam badan manusia.Ia mengawal hampir setiap pegerakkan dalam kehidupan manusia.Semua aktiviti2 manusia berkenaan sedar,pergerakan organ,pemikiran dan deria rasa dikawal dari dalam otak.

Apabila otak mati keseluruhan badan akan ikut mati.Tidak seperti tangan,kaki apabila ia putus , aktiviti badan yang lain masih bolih berfungsi.Apabila otak sakit akibat ditumbuhi atau diserang tumor dan kanser akan berlaku gangguan2 tertentu kepada pacaindera bergantung dibahagian mana otak, tumor menyerang.

CEREBRUM adalah bahagian otak yang terbesaryang berfungsi dalam pengawalan sedar,pemikiran dan sensasi.Ia terbahagi kepada 2 bahagian yang beroperasi secara berlawanan badan ( pengawalan arah kiri dan kanan badan )

Otak mempunyai pelbagai segmen untuk mengawal fungsi2 tertentu pergerakkan badan manusia.

1.FRONTAL LOBE

2.TEMPORALLOBE

3.PARIETAL LOBE

4.OCCIPITAL LOBE

Keempat2 bahagian ini disambungkan antara satu sama lain dengan tisu yang dinamakan “corpus callosum”

FRONTAL LOBEmengawal pelbagai fungsi berikut: Kewaspadaan,Tingkahlaku,Berfikiran abstrak / kreatif,Kecenderungan menyelesaikan masaalah,Kawalan emosi,Keintelektual,Inisiatif,Gerakkan otot,Bau.Reaksi fizikal dan Keperibadian.

PARIETAL LOBE

Ia mengawal fungsi2 seperti berikut:Respon terhadap rangsangan bahagian dalam badan,Kepandaian bahasa,Membaca dan beberapa fungsi berkaitan penglihatan.

Sensory Cortek terletak dibahagian depan “PARIETAL LOBE” ( kawasan tengah otak )Ia menerima maklumat dari sum sum tulang belakang ( SPINAL CORD )yang berkaitan dengan deria sentuhan,tekanan,rasa sakit dan persepsi mengenai kedudukkan bahagian tubuh dan pergerakkannya.

Motor Cortex pula terletak dibahagianatas dan tengah otak yang berfungsi mengawal pergerakkan dipelbagai bahagian badan.

TEMPORAL LOBE.Mengawal fungsi2 berikut:

Beberapa deria berkenaan tingkah laku

Beberapa fungsi berkaitan pendengaran

Beberapa fungsi percakapan

Pengwalan memori lampau


Kawasan yang dikenali dengan nama “Warnicle” adalah sebenarnya sebahagian dari “TEMPORAL LOBE” yang mengelilingi “Cortex” pendengaran yang jika ia terganggu olih tumorakan menyebabkan kecelaruan untuk merumuskandan memahami percakapan.

.
OCCIPITALLOBEpula terletak dibahgian belakang otak ( kepala ) dan ia berfungsi mengawal aktiviti2 berkaitan penglihatan.

“Broca Area”terletak dibahagian kepingan segitiga“inferior frontal gyrus” dan ia berfungsi dalam pemahaman bahasa,ucapan dan pengawalan neuron wajah.

Brain Stem terletak dibahagian bawah otak dan menyambung ke sum sum tulang belakang.Fungsi “Brain Stem” amat penting kerana ia mengawal deria pengesanan pusat,fungsi berkaitan jantung,pernafasan dan refleksi ( tindakbalas )

Cecair CEREBROSPINAL ( CSF ) adalah sejenis cecair yang beredar melalui otak dan “Spinal Cord” ( sum sum tulang belakang )Ia berfungsi seperti kusyenkepada keseluruhan otak untuk mengelakkan kecederaan otak.Untuk tempoh2 tertentu cecair ini akan berkurangandan pengurangan ini akan ditambah dari “choroid plexus” yang terletak dibahagian “ventricals”.Kehadiran tumor otak pada kawasan ini akan menyebabkan “blockage” ( tersumbat ) pengaliran CSF.

Terdapat 4 saluran “ventericals”dalam rongga otak yangbersambung dimana cecair “cerebrospinal”dihasilkan.

 

 

 

HYPHOTALAMUS satu wilayah dalam otak yang mengendalikan fungsi2 seperti pengawalan hormon badan,suhu badan,mood,kelaparan dan dahaga.

OPTIC CHIASMterletak dibawah “hypotalamus” dimana deria penglihatan bersilangke sisi berlawanan otak.

PINEAL GLANDmengawal tindakbalsas terhadap pengcahayaanseperti gelap dan terang

PITIUTARY GLAND adalah sejenis organ kecil bersaiz kacang yang terletak didasar otak dan dihubungkan ke “hypotelamus” melalui ranting .Ia berfungsi dalam perkara2 berkaitan pengeluaran hormon untuk pertumbuhan sistem kematangan seksual. 

 

MANINGES adalah membran yang menutupi otak dan “spinal cord “ ( sum sum tulang belakang).Tumor yang terhasil pada bahagian ini dikenali sebagai “meningioma”. 

 

 

THALAMUS terletak di pusat otak dan ia berfungsi sebagai pusat pengawalan data masuk dan keluar dari /kepada otak serta mengawal deria kesakitan dan perhatian.

 

Kanser otak atau tumor otak atau dalam bahasa Inggeris “brain cancer” atau “brain tumor” merupakan sejenis kanser yang paling sukar untuk dihadapi dan paling mencabar kepada doktor2 perubatan ortodoks atau alternatif.


Kanser otak menjadi suatu kanser yang amat merbahaya ialah kerana kanser otak berlaku dalam tempat yang paling sensitif dalam tubuh manusia.Sebarang cubaan semborono untuk merawatnya akan mengakibatkan sesuatu padah yang amat buruk seperti kelumpuhan,kecacatan fizikal,hilang ingatan dan bolih membawa maut.

 

Ini adalah kerana faktor “BBB” – BLOOD BRAIN BARRIER yang berfungsi sebagai “pengawal keselamatan” yang memastikan tidak semua bahan bolih sampai keotak melalui saluran darah.Fungsi ini adalah amat effisyen dalam melindungi otak yang amat sensitif namun apabila otak dijangkiti kanser BBB menjadi masaalah besar kepada pakar perubatan kanser otak.


Kanser/tumor otak biasanya dihidapi olih 3 gulongan usia.

KANAK KANAK

REMAJA

DEWASA


Kanser/tumor otak pada kanak2 kebiasaanya berbentuk “primary” yakni ia memang berasal dari dalam otak itu sendiri.Sementara pada gulongan dewasa ia mungkin berbentuk “primary” atau “secondary”.”Secondary” bermaksud tumor atau kanser itu berasal dari bahagian tubuh atau organ yang lain yang terlebih dahulu dijangkiti kanser.Ini disebut kanser yang telah “bermestasis” ke otak.

 

Kebiasaanya ia kerap bermestasis dari kanser paru2 dan kanser payudara.Walau bagaimanapun ia juga bolih bermestasis dari bahagian2 badan yang lain.Kanser otak didapati amat jarang bermestasis kebahagian badan yang lain kerana keperluan bermestasis itu sendiri adalah apabila keseluruhan otak telah tercedera teruk atau lumpuh dimana pada saat ini pesakit telah pun koma atau mati.

 

Kanser atau tumor otak pada peringkat kanan2,remaja atau dewasa yang bukan berbentuk “primary” disyaki berkaitan dengan isu2 yang berlegar pada kaedah permakanan semasa zaman kanak2. terutamanya yang berkaitan dengan kekerapan mengambil banyak makanan yang mengandungi unsur gula tiruan atau dinmakan “aspartame” dan makanan yang mengandungi “glutumarte” yang tinggi.


Baca mengenainya di SINI.


Peringkat2 Kanser / Tumor Otak Remaja / Dewasa

Pada asasnya peringkat2 tumor atau kanser otak banyak bergantung kepada bahgian2 otak yang diserang atau jenis jenis kanser / tumor otak

 

BRAIN STEM GLIOMAS.Ia berlaku didalam sel stem yang berhubung dengan “spinal cord”.Ia biasanya diistilahkan tumor/kanser “peringkat tinggi”i yang amat sukar dirawar dan kebiasaanya doktor tidak akan membuat biopsy terhadap jenis kanser ini.

 

Pineal Astrocytic Tumor.Ia adalah tumor yang terjadi berhampiran “pinal gland” dalam otak.Pinal gland bertanggungjawap mengawal menghasilkan cecair “melatonim” yang berfungsi mengawal fungsi tidur dan jaga kita.Terdapat pelbagai jenis peringkat untuk tumor yang berlaku pada bahagian ini.

 

Pilocytic Astrocytoma ( peringkat 1 ).Ia adalah tumor yang terjadi didalam sel otak yang dikenali sebagai “astrocytes”.Ia adalah jenis tumor yang kebiasaanya tidak merebak kebahagian luaran dan pertumbuhanya amat perlahan.Pembedahan adalah cara biasa doktor gunakan untuk mengeluarkan tumor.

 

Diffuse Astrocytoma (peringkat 2 )

Diffuse astrocytomas biasa berlaku kepada gulogan remaja dan ia jarang merebak kebahagian luaran namun ia juga bolih mencapai ke peringkat tinggi.

 

Anaplastic Astrocytoma (peringkat 3 )

Anaplastic astrocytomas juga dikenali sebagai astrocytomas maglinan kerana ia cepat membesar dan sering menyerang ke tisu2 berhampiran.I mudah dikenalpasti olih doktor kerana perbezaan ketara jenis sel tumor ini berbanding dengan sel biasa.Ia sering berlaku kepada gulongan dewasa..

 

Glioblastoma (peringkat 4 )

Glioblastomas adalah jenis kanser mglinant yang amat ganas dan merebak secara aggeresif.Biasa juga dikenali dengan nama gliobiastoma maltiforma atau astrocytoma peringkat 4.Ia biasa menyerang gulongan dewasa dan tua.

 

Oligodendroglial Tumors terjadi didalam sel otak bernama oligodendrocytes yang menyokong sistem saraf.Ia dipecahkan kepada beberapa peringkat.


Peringkat 2.Ia berkembang dengan perlahan dan selnya nampak seakan2 sama dengn sel sihat.Ia biasa berlaku pada gulongan dewasa dan gulongan tua.

 

Peringkat 3.Ia jenis yang berkembang cepat dan selnya nampak berbeza dengan sel sihat.

 

Mixed Gliomas adalh tumor yang mempunyai lebih dari satu jenis sel kanser.Ia dibezakan mengikut peringkat2 berikut.

 

Oligoastrocytoma (PERINGKAT2 ): Oligoastrocytomas adalah jenis tumor campuran astrocytes dan oligodendrocytes dan ia adalah jenis yang berkembang perlahan

 

Anaplastic oligoastrocytoma (peringkat 3 )Ia adalah jenis tumor oligostrocytoma peringkat tinggi dan biasa menyerang peringkat dewasa dan gulongan tua.


Ependymal Tumors adalah jenis tumor yang berlaku pada ruang disekeliling “spinal cord”.Ruang ini mengandungi cecair yang bertindak sebagai penampan yang melindungi otak dan spinal cord .Ia terbahagi kepada 2 peringkat.

 

Ependymomas Peringkat 1 dan 2.Ia adalah jenis tumor yang lambat berkembang dan selnya nanpak seakan akan sama sengan sel sihat.Keadah pembedahan biasa digunakan untuk mengeluarkannya.

 

Anaplastic ependymoma ( peringkat 3 )Ia jenis tumor yang berkembang amat cepat dan selnya nampak berbeza dengan sel sihat.

 

Medulloblastoma ( peringkat 4 )

Medulloblastomas adalah sejenis tumor yang terjadi pada bahagian bawah belakang kepala.Tumor jenis ini terjadi kebiasaanya secara perlahan dan hanya dapat dikesan apabila terjadi gangguan atau merasa kesakitan kepada bahagian belakang kepala.Ia biasa menyerang gulongan kanak kanak,remaja dan dewasa.Tumor jenis ini bolih merebak ke bahagian lain otak.

 

Pineal Parenchymal Tumors.Ia adalah sejenis tumor yang terjadi dari sel2 parenchymal atau sel pinocytes, iaitu sel yang membentuk pineal gland. Tumor jenis ini amat berbeza dengan tumor pineal astrocytic ( astrocytomas ) yang menyokong pineal gland. .Ia terbahagi kepada 2 peringkat.

 

pineocytomas ( peringkat 2 ) jenis yang berkembang agak perlahan dan biasa berlaku pada gulonga remaja dan dewasa.


Pineoblastomas ( peringkat 4 )Ia jenis tumor malignan dan biasa menyerang kanak kanak.

 

Meningeal Tumors biasanya berlaku didalam tisu nipis yang menyelimuti otak dan spinal cord.Ia biasanya hanya mempunyai peringkat 1 hingga 3.

 

Meningioma Peringkat 1.Kebiasaanya mempunyai pertumbuhan yang perlahan dan ianya adalah jenis benign dan biasa menyerang wanita.

 

Meningioma dan hemangiopericytomas peringkat 2 dan 3 adalah jenis tumor maglinan yang berupaya menyerang kebahagian lain otak dan spinal cord.

 

Peringkat 2 meningiomas lebih kerap terjadi kepada lelaki.Sementara jenis hemangiopericytomas sering berulang walaupun selepas dirawat dan pada peringkat ulangan ini ia biasa menyerang ke bahagian badan yang lain.

 

Germ Cell Tumor berlaku pada sel otak yang dikenali sebagai sel germ yang berfungsi dalam pembentukkan sperma pada lelaki dan telor dalam ovari utuk wanita.Tumor jenis ini kebiasaanya berlaku kepada bahagian badan yang lain namun jika didalam otak ia terjadi dibahagian tengah otak berhampiran pineal gland.Ia jenis malignan dan sering menyerang kanak kanak.


Craniopharyngioma ( peringkat 2 )

Craniopharyngiomas adalah tumor yang berlaku dalam ” sellar region” otak berhampiran “pituitary gland”. Pituitary gland ” adalah orga kecil yang terletak dibahagian lantai otak.Ia berfungsi mengawal kebanyakkan fungsi badan terutamanya fungsi berkaitan pembesaran.Ia sangat bahaya kerana berupaya menghalang pergerakkan cecair dalam otak yang bolih menyebabkn terjadi keradangan dan kebenkakkan otakDoktor biasanya melakukan pembedahan untuk mengeluarkan tumor.Tumor jenis ini sering menyerang gulongan tua.


Tumor otak samada benign atau maglinan mesti dirawat kerana bila ia semakin membesar ia menekan tongkorak kepala dan ini mendatangkan kesakitan yang amat sangat dan membawa kepada kelumpuhan dan kematian.


Sementara rawatan ortodoks hanya mempunyai 3 cara bedah,sinaran radiasi dan kimoterapi namun rawatan alternatif juga tidak mudah untuk merawat kanser otak.

 

Ini adalah kerana faktor BBB tadi.Walaupun kaedah membunuh sel kanser dapat dilakukan ia bakal menimbulkan masaalah lain iaitu sel2 kanser yang mati tadi perlu dikeluarkan segera dari dalam otak.

 

Rawatan alternatif tidak melihat kanser otak dari perspektif doktor hospital melihat kepelbagain jenis tumor otak.Mereka hanya melihat kepada ia adalah sejenis sel yang tidak normal yang tidak sepatutnya berada didalam otak walau dibahagian mana sekalipun tumor itu berada.

 

Dan apa jua supplimen yang dicadangkan adalah cukup bijak untuk membezakan diantara sel normal dengan sel yang tidak normal.Kerana sifat sel kanser walau dibahagian mana badan sekalipun ia berada ia mempunyai sifat yag sama iaitu ia bergantung kepada glukosa sebagai bahanapi utuk beroperasi sementara sel sihat menggunakan oksigen.

 

Pada peringkat2 tertentu kanser otak dimana pembedahan untuk mengeluarkan tumor adalah mustahil untuk dilakukan,doktor biasanya menggunakan antibiotik yang diolah didalam makmal untuk membunuh sel kanser.Antibiotik tersebut direka untuk memperdayakan BBB agar ia dapat masuk kedalam otak dan menyerang sel kaser.

 

Namun ianya tidak bolih digunakkan secara berterusan kerana kesan2 sampingan yang agak teruk.Hanya antibodi sahaja yang mampu meanggani masaalah ini.Namun olih kerana antibodi pesakit agak lemah dan sel2 kanser biasanya mempunyai selaput protin untuk memperdayakan antibodi sel2 kanser selalunya terselamat.

 

Disinilah kaedah rawatan alternatif memainkan peranannya.Perlu diingat bukan semua kaedah rawatan alternatif mampu untuk melepasi BBB olih itu hanya beberapa jenis kaedah terapi sahaja yag digunakan.

 

Seperkara lagi ialah berkenaan kerdangan dan kebengkakkan otak bolih terjadi jika sel2 kanser yag mati ini tidak segera dikeluarkan dari otak.Apabila sel2 kanser ini dibogelkan selaput protinnya secara agresif,antibodi dengan serta merta menyerang sel kanser.Apabila terlampau banyak sel kanser yang mati serentak keradangan dan kebenkakkan akan terjadi didalam otak.Ini amat merbahaya.

 

Jika doktor, biasanya membekalkan steroid untuk mengawal kesakitan dan keradangan kaedah alternatif menyarankan penggunaan MSM dan DMSO yang melakukan fungsi yang sama tetapi tidak memudaratkan pada jangkamasa lama penggunaanya kerana ia berunsur semulajjadi.

 

Penggunaan vitamin B17 yang amat popular di Malaysia seringkali disalah anggap sebagai kaedah terapi yang paling sesuai digunakan untuk kanser otak.Namun saya belum pernah lagi menjumpai pesakit2 yang sembuh melalui kaedah ini.Dan saya telahpun menjumpai pesakit yang menggunakan kaedah ini telah gagal walaupun diberikan suntikkan amigdalina B17 beserta pil b17 500 mg

 

Pernyataan dibawah mungkin bolih merungkai masaalah kegagalan vitamin B17 bertindak terhadap kanser otak.

 

There are other physicians who use it only under certain circumstances. Most commonly this would include anything that involves the brain or bone. Because of its powerful ability to permeate cell membranes, it is used to pull nutrients into the bone where normally it is difficult to deliver such nutrients. Furthermore, it will cross the blood/brain barrier and carry any nutrients with it that would not normally cross the blood/brain barrier. Consequently, the results of injected amygdalin when used with DMSO have been described as astounding when the brain is involved. Many of these physicians that now use DMSO with these conditions have previously had poor responses when dealing with conditions involving the brain because of the restrictions of the blood/brain barrier. Amygdalin itself is too large of a molecule to cross the blood/brain barrier and therefore does not normally get into the brain tissue. When DMSO is employed however, all of that changes and results are now being seen where extremely poor results were achieved before DMSO was used.

 

Perkara lain ialah jika pun unsur2 seperti vitamin B17 dapat sampai ke otak dan melemahkan sel kanser ( menghurai protin kanser ) sistem antibodi yang menyerang sel kanser itu secara tiba2 akan menyebabkan terjadi pendarahan dan kebenkakkan.

 

Pakar2 rawatan alternatif mencadangkan rawatan kepada kanser otak mesti dilakukan dengan perlahan dan selembut yang mungkin.

 

Walaupun ia mengambil masa yang agak lama namun ia berisiko rendah dan peratus kesembuhan adalah tinggi.Namun yang menjadi tanda tanya ialah bolihkah pesakit ini bertahan dalam jangkamasa yang lama.

 

Satu kaedah yang di cadangkan ialah membantu sistem antibodi badan dan enzim2 semulajadi badan bertindak membunuh sel kanser secara normal.

 

Ini bermakna usaha2 mestilah bermula dengan memastikan sistem imun berada dalam keadaan yang baik dan kuat.Pangkerias mesti berupaya untuk secara berterusan mengeluarkan enzim2 pemusnah protin.

 

Setelah melihat dalam pelbagai laman web alternatif kebanyakkan mereka mencadangkan merombak semula diet pesakit dengan memberi tumpuan kepada pembinaan dan pengukuhan sistem imun.

 

Makanan2 yang diambil mestilah yang menjirus kepada penghasilan sistem imun yang sihat dan kuat.Mereka juga mencadangkan beberapa jenis makanan yang berfungsi membantu pengkerias mengeluarkan enzim2 yang berkualiti guna memecahkan tembok protin sel kanser

Supplimen2 yang diberikan perlulah yang berkaitan membantu sistem imun dan fungsi pangkerias.

 

Disamping itu adalah mustahak untuk memastikan proses detokfikasi dapat berjalan lancar kerana sel kanser yang mati perlu segera dikeluarkan dari dalam darah terutamannya saluran darah otak.

 

Olih itu organ2 detokfikasi seperti buah pinggang,kulit,usus dan hati perlu sentiasa dalam keadaan yang sihat dan mampu melaksanakan tugas ini dengan cekap.

 

updated 24/2/2012

Pakar2 perubatan sependapat tidak  mudah untuk berhadapan dengan tumor otak,terutamanya dari jenis yang dinamakan “Glioblastomas”.Bahkan pakar2  alternatif juga adakalanya terpaksa menggunakan pelbagai kombinasi terapai alternatif untuk menghadapinya.

 

Dalam siri sambungan berikut kita akan membincangkan mengenai “glioblastoma” secara sepintas lalu kerana mereka yang mempunyai tumor jenis ini kebiasaannya hilang punca dan sentiasa berada dalam kesakitan yang amat sangat akibat himpitan tumor pada tengkorak.Doktor biasanya membekal “steriod” untuk membantu pesakit meredakan kesakitan yang dialami.

 

Dinamakan juga “Glioblastoma multiforme” ia adalah sejenis tumor yang muncul dari tisu otak yang dinamakan “gilal”Tumor jenis ini adalah jenis maglinant yang ganas,membesar dengan pantas dan apabila diletakkan dibawah mikroskop ia kelihatan amat berbeza dengan sel “gilal” yang normal.Dalam istilah perubatan ia sering dipanggil “grade IV astrocytoma.

 

Kajian menyatakan “survival rate” untuk GBM ini sangat rendah,hanya 1 dari empat pesakit GBM bolih bertahan sehingga 2 tahun.Ini adalah kerana tidak banyak kaedah yang bolih dilakukan olih perubatan moden yang banyak bergantung kepada kaedah pembedahan,radioterapi dan kimoterapi.

 

 

Pembedahan pula dalam banyak keadaan amat sukar dilakukan kerana kedudukkan dan saiz tumor yang terlalu besar.Jika pun ia berjaya dilakukan,doktor biasanya hanya berupaya membuang sebahagian kecil tumor namun risikonya sangat tinggi.

 

Kaedah radioterapi pula kerap menghadapi masaalah pesakit tidak bertindakbalas dengan kaedah ini.Inilah yang kerap berlaku dan kimoterapi adalah pilihan terakhir jika kedua2 kaedah tadi gagal.Secara umumnya apa jua kaedah diatas digunakan ia sentiasa berisiko tinggi dan biasanya doktor2 tidak memberikan peratusan yang tinggi untuk pesakit terus hidup selepas kaedah ini digunakan.

 

Adakah kaedah alternatif?

 

Saya pernah melalui pengalaman bertemu dengan pesakit GBM ini yang menggunakan kaedah protokol B17 dimana beliau diberikan suntikan leaterile sebanyak 6 kotak secara berterusan.Beliau juga mengambil pil novadalin 500mg beberapa botol.Namun kaedah ini juga gagal untuk menyelamatkanya.

 

Pada masa itu,kaedah Vitamin B17 masih baru di Malaysia dan ramai yang tidak tahu,termasuk doktor2 yang memberikan suntikan leaterile, bahawa ia perlu disuntik bersama sama DMSO.Molikul2 vitamin B17 sangat besar dan ia tidak mampu untuk meresap jauh kedalam tisu otak atau dalam ertikata lain ia tidak mampu merentasi saluran darah otak yang mempunyai penampan yang dikenali sebagai BLOOD BRAIN BARRIER.

 

Apakah dengan menambah DMSO akan menghurai masaalah ini?Tidak juga.Satu masaalh lain ialah kebiasaanya mereka yang menghidap kanser jenis GBM ini perlu berada dihospital kerana komplikasi yang disebabkan olih tumor GBM.I bolih menyerang secara tiba2 dan yang paling ditakuti adalah terjadinya “stroke”  didalam otak yang bolih mengakibatkan kelumpuhan dan koma.

 

Umpamanya adalah penting untuk diketahui bahawa Zink adalah mekanisme pengangkutan untuk laetrile dan nitrilosides di dalam badan. Biokimis dan penyelidik telah menyatakan anda boleh memberikan Laetrile kepada pesakit sehingga melelih keluar  melalui telinga pesakit, tetapi, jika pesakit  tersebut  tidak mempunyai tahap zink  yang mencukupi ,  laetrile tidak akan  masuk ke dalam tisu badan

 

Mereka juga mendapati tiada kesembuhan akan berlaku jika pesakit tidak mempunyai jumlah vitamin C yang mengcukupi dalam badan. Mereka juga mendapati bahawa magnesium; selenium, vitamin A, dan B kesemuanya  memainkan peranan yang penting dalam mengekalkan mekanisme pertahanan badan.

 

Ini adalah mengapa ianya sangat  penting untuk memahami bahawa kanser adalah lebih baik dirawat bersama   program pemakanan yang terdiri daripada diet, vitamin, mineral, laetrile dan enzim pankreas.

 

Untuk  melaksanakan protokol Vitamin B17 secara lengkap,terutamanaya yang melibatkan suntikan leaterile tidak mungkin dibenarkan kecuali anda memohon kebenaran bertulis dari Pengarah Kesihatan.Walaupun sesetengah doktor mempunyai kecenderungan untuk membenarkannya namun kita memahami tangan mereka terikat untuk melaksanakanya.

 

Lalu apakah ada kaedah lain?

 

Beberapa kaedah alternatif yang saya baca mengenainya dan berhubung dengan beberapa individu di USA,  ada mencadangkan penggunaan beberapa kaedah untuk membunuh tumor didalam otak.Antaranya “Cellect Budwig Protocol”,”Bob Beck Protocols”,”Bill Henderson Protocols”,”Protocel Therapy”” dan Sister Mary Eymard Poydock Treatment”.

 

Termasuklah juga dikatakan hospital kanser di Mexico mempunyai sehingga 80 peratus kejayaan dalam berhadapan dengan sebarang tumor dalam otak dengan penggunaan kombinasi beberapa jenis terapi alternatif dimana Vitamin B17 adalah terapi utama.

 

Setelah meneliti kesemua kaedah yang disyorkan dengan mengambilkira beberapa faktor terutamanya yang berkaitan dengan kemudahan untuk membawa masuk produk,selok belok penggunaannya dan kos yang tidak membebankan,saya telah membuat keputusan untuk mencuba hanya satu kaedah untuk tumor otak,termasuklah dari jenis GBM ini.

 

Namun tidak ramai yang ingin mencubanya kerana tidak yakin akan keupayaanya sehinggalah saya ditemui olih seorang disahkan olih doktor mempunyai tumor sebesar 3 cm yang duduk diatas saluran yang mengawal penglihatan dan pendengarannya.

 

Akibat dari itu beliau menghadapi masaalah penglihatan akibat kehadiran tumor tersebut.Doktor memberitahunya prosidur pembedahan amat sukar dilakukan dan berisiko tinggi dan jika pun bolih dibuang hanya sedikit yang bolih dicapai.Beliau disuruh pulang tanpa dibekalkan dengan apa2 ubat dan diminta datang kembali beberapa bulan kemudian untuk membuat imbasan dan menilai kembali kedudukkan tumbesaran tumor.

 

Beliau bersetuju untuk mencuba kaedah yang saya berikan dan menggunakanya.Beliau telah menggunakannya pada  pertengahan Julai 2011 sehingga kini.Selepas 2 bulan dia memberitahu saya penglihatanya bertambah baik dan hingga kini beliau tidak menghadapi masaalah sakit kepala seperti dahulu.

 

Saya tidak mahu terlalu optimistik tentang kemajuaannya sehinggalah imbasan dilakukan kembali untuk melihat kembali keadaan tumor dan berharap tumor telah hilang atau menjadi bertambah kecil.Temujanji untuk membuat imbasan dijangka akan dilakukan pada bulan Feb 2012.

 

Untuk tumor jenis GBM penggunaanya adalah sedikit berbeza  dan ia perlu disokong dengan pengunaan steroid atau MSM untuk mengurangkan keradangan akibat tindakbalas terapi ini dengan tumor.Jika anda adalah seorang penghidap kanser otak dan doktor tidak memberikan harapan yang tinggi mengenai kaedah2 yang ingin dicuba rasanya anda perlu mencuba kaedah ini.

Comments are closed.