Leukemia Dan Fungsi Bone Marrow

bone marrow

 

Artikel ini perlu dibaca bersama dengan artikel2 berikut

http://www.cafemlm.com/kesihatan-dan-anda/kanser-leukemia.html

http://www.cafemlm.com/kesihatan-dan-anda/barah-tulang-bone-cancer.html

Bone Marrow atau sum sum tulang  adalah tisu lembut yang kaya dengan nutrien terletak  di bahagian berongga sum-sum ( marrow ).Sum sum tulang berfungsi seperti “kilang” menghasilkan pelbagai jenis sel darah. Proses ini dikenali sebagai haemopoiesis.Didalam bone marrow terdapat pluripotent stem cells yang menentukan sel2 yang berlainan jenis yang perlu dihasilkan.Stem cell adalah yang digunakan dalam prosidur “stem cell transplant “ yang biasanya diambil dari kulit atau darah mereka yang mempunyai genetik yang bersamaan dengan penerima.Pada kanak2 bone marrow terdapat pada kebanyakkan jenis tulang.Sementara untuk orang dewasa bone marrow terdapat pada tulang pingul,tulang rusuk  dan  tulang dada

 

Sel2 darah merah  berfungsi mengangkut 0ksigen dari dalam paru2 paru untuk dihantar ke seluruh sistem badan.Sel2 darah merah tidak mempunyai nukleas seperti sel2 badan yang lain.Ini membolihkan lebih banyak ruang untuk hemoglobin berada didalamnya.Hemoglobin adalah  sejenis  protin ( unsur tidak larut )  yang melekap  kepada  oksigen atau karbon dioksida.Sebahagian besar unsur hemoglobin terdiri dari zat besi dan apabila ia bergabung dengan oksigen ia menerbitkan warna merah.

Selain dari itu sel sel darah merah membantu dalam kitaran nutren dan hormon ke seluruh badan.Sum sum tulang pada usia kanak2 adalah berwarna merah dan ia bertukar kepada warna kekuningan secara berperingkat apabial kita meningkat ke usia dewasa.Hemoglobin juga berfungsi mengangkut karbon dioksida dan menghantarnya semula ke paru2 untuk dikeluarkan melalui pernafasan.

Sel2 darah merah mampu bertahan selama lebih kurang 120 hari.Ababila sampai kepada tarikh luput ia dikeluarkan dari saluran darah kedalam hati dan limpa.Secara normalnya kecepatan sel2 darah merah baru akan dibina bersesuaiaan dengan tarikh luput sel2 darah merah yang lama.Sel2 darah merah yang dibekalkan dari luar kebiasaanya dapat bertahan sekitar 35-40 hari sebab ia telah dicampurkan dengan “anticogulant” untuk mencegah pembekuan darah.Dianggarkan terdapat 120 juta sel2 darah merah didalam setiap titik darah dan dihasilkan olih sum sum tulang dalam masa 1 minit sahaja.

Vitamin B6,B9 dan B12 adalah sangat penting dalam pembinaan hemoglobin.Kekurangan dalam pengambilan vitamin2 ini akan menghalang pembinaan sel2 darah merah.Dalam keadaan biasa kita memerlukan sebanyak 2.4 microgram vitamin B12,400 microgram vitamin B9 dan 1.3 microgram vitamin B6 setiap hari.Mineral seperti zat besi diperlukan untuk pembinaan sel2 darah merah yang mampu berfungsi untuk mengangkut oksigen dan karbon oksida.Seorang lelaki dewasa memerlukan 900micro gram “cooper”,8 milligram zat besi.Sementara wanita dewasa memerlukan 18 milligram zat besi sehari.Ianya berkenaan haid dan kehamilan.

Vitamin A, atau retinol, membantu menyokong  perkembangan sel darah merah.  Vitamin A membantu sel2 pramatang  berkembang menjadi sel-sel darah merah untuk  memastikan  badan dapat menghasilkan  sel darah merah yang mencukupi untuk menggantikan sel2 darah merah  yang mati kerana faktor usia. Ia juga memastikan sel-sel darah merah  yang sedang matang mempunyai akses kepada zat besi yang diperlukan untuk fungsi hemoglobin. Wanita memerlukan 700 mikrogram vitamin A setiap hari.

Sayur-sayuran berdaun hijau mengandungi vitamin A, B6 dan B9, serta tembaga dan zat besi. Bijirin  seperti bijirin bran, mengandungi vitamin B6, B9 dan B12, dan juga  mengandungi zat besi, manakala daging tanpa lemak menyediakan sumber vitamin B dan zat besi.Tiram  adalah juga sumber yang kaya dengan zat besi dan tembaga serta vitamin B12.Namun jika anda dalam proses rawatan penggunaan suplimen adalah lebih digalakkan kerana ia mudah diurus bagi memastikan anda dapat jumlah yang tepat dan mencukupi.

Platelets

Sel sel lain yang dihasilkan dalam bone marrow adalah platelets.Secara fizikal sel2 platelets berbentuk seperti cakera ( disc ) dan peranan penting platelet adalah dalam aktiviti  pembekuan darah.Ia berasal dari sel2 sum sum tulang gergasi yang dikenali sebagai megakaryocytes.Apabila tisu terluka,sejenis isyarat “trauma” dihantar ke sel2 dan  otak.Ini akan mengaktifkan platetelet yang berada paling berhampiran dengan kawasan terluka yang  kemudiannya mendorong platelet berubah bentuk dan melekap pada sel2 hemoglobin untuk menghalang darah terus mengalir.Pada masa yang sama sejenis protin dalam darah yang dipanggil fibrinogen juga turut diaktifkan dengan menutup luka.Antibodi juga turut dikerahkan kekawasan luka untuk mencegah sebarang aktiviti jangkitan dari luar.

clotting_process1

 

Wanita 12-16 gr/dL
Lelaki 14-18 gr/dL
Kanak kanak 10-16 gr/dL
Bayi baru lahir 12-24gr/dL

 

Dalam istilah perubatan,kekurangan jumlah platetelet dikenali sebagai Thrombocytopenia.Diantara sebab yang bolih menyebabkan masaalah ini ialah seperti

# tidak cukup platelet dihasikan olih sum sum tulang

# platelet dimusnahkan dalam sum sum tulang

# platelet dimusnahkan semasa berada dalam saluran darah

# platelet dimusnahkan dalam limpa atau hati

# rawatan kanser seperti penggunaan kimoterapi atau sinaran radiasi

# gangguan auto immune yang menyerang platelet.

Jika jumlah platelet terlalu tinggi disebut thrombocytosis.Ia dikira masaalah kesihatan yang serius kerana masaalah darah beku dalam saluran darah adalah sangat bahaya kerana ia bolih menyebabkan masaalah berkaitan jantung..Antara penyebab bacaan platelet menjadi terlalu tinggi adalah seperti

# Pendarahan atau kehilangan darah yang banyak
# reaksi alahan
# kanser
# Kegagalan buah pinggang 
# Serangan jantung atau prosidur pembedahan jantung
# kekurangan zat besi
# kekurangan vitamin2 berkaitan pembinaan darah khususnya Vitamin B dan zat besi
# Kegagalan fungsi limpa
# Anemia “Hemolytic” – sejenis anemia di mana badan anda memusnahkan sel-sel darah merah dengan lebih cepat daripada apa yang dibina.
# Keradangan, seperti artritis reumatoid,  penyakit keradangan usus
# pembedahan besar

Makanan yang membantu  meningkatkan jumlah platelet ialah “beet root”,kulit kentang ,karot,flax seed oil,chia seeds,kale,pasley,lettuce,ikan salmon dan cod liver oil.

sementara pengambilan bawang,tomato,blueberi,grape,garlic,ginger perlu dielakkan jika anda ada masaalah penurunan jumlah platelets.Pastikan pengambilan2 suplimen tertentu yang mengandungi unsur2 blood thinner dielakkan atau dikurangkan.

 

Sel sel darah putih

Pelbagai jenis sel2 darah putih juga turut dihasilkan dalam sum sum tulang atau bone marrow.Antaranya adalah seperti

Monocytes :4 – 6% nilai relatif

Ia adalah sejenis sel darah putih yang memusnahkan bakteria,beberap jenis kulat,benda asing yang masuk kedalam badan dan sel sel yang telah luput atau mati.Monocyte mempunyai jangka hayat selama 3 hingga 8 jam apabila berada dalam saluran darah namun apabila ia masuk kedalam tisu2 badan ia bolih hidup dalam satu jangkamasa yang agak lama.Pada masa ini ia dikenali sebagai macrophages.

lymphocyte.: 25 – 35% nilai relatif

Terdapat 2 jenis lymphocyte iaitu B-cell.Ia menghasilkan antibodi untuk menyerang dan memusnahkan bakteria,virus dan toksin.

Sementara T-cell pula menghadam dan memusnahkan sel2 badan yang ditawan olih virus dan sel2 badan yang bertukar menjadi sel sel kanser

Kebanyakkan antibodi jenis ini terdapat didalam lympnodes.

granulocytes
Granulocyte adalah  nama kolektif yang diberikan kepada tiga jenis  sel-sel darah putih: neutrofil, eosinofil dan basophils. Granulocytes, khususnya neutrofil, membantu tubuh melawan jangkitan bakteria. Bilangan granulocytes dalam badan biasanya meningkat apabila terdapat jangkitan yang serius. Orang yang mempunyai lebih rendah bilangan granulocytes lebih cenderung untuk terdedah kepada pelbagai jenis  jangkitan. 

Peningkatan jumlah sel2 darah putih ( Leukocytes – WBC ) melebihi 11000 biasanya disebabka berlaku peningkatan salah satu dari sel2 darah putih berikut

  • Neutrophilic leukocytosis 
  • Lymphocytic leukocytosis
  • Eosinophilic leukocytosis
  • Monocytic leukocytosis 
  • Basophilic leukocytosis

Reference Range

Units

Absolute Count

White Cell Count

4.0 – 11.0

k/ul

Platelet

150 – 450

k/ul

Basophil

0 – 4

%

0 – 0.3 k/ul

Blast

0

%

Hemoglobin

14.0 – 17.0

gm/dL

Hematocrit

40.0 – 52.0

%

Neutrophil

Eosinophils

45.0 – 70.0

1 – 3

%

%

1.0 – 8.0 k/ul

 

Jangka hayat sel2 darah dalam badan adalah seperti berikut

sel2 darah merah – 120 hari

sel2 darah putih  6–8 jam

platelets  7–10 hari

 

Istilah “blast cell”  adalah adalah merujuk kepada sel2 tidak matang ( immature cell )yang paling awal dihasilkan dalam sum sum tulang ( bone marrow ).Terdapat dua keadaan disini mengenai peningkatan jumlah “blast cell”.Pertama adalah jumlah yang terdapat dalam bone marrow itu sendiri dan yang kedua adalah jumlah yang terdapat dalam saluran darah.”Blast cell” didalam bone marrow sepatutnya berlegar dalam 30 peratus ke bawah (5 peratus adalah nilai sepatutnya namun untuk pesakit leukemia ia dikira masih berada dalam keadaan yang bolih dikira bersesuaian.).Peningkatan melebihi 30 peratus apatah lagi sehingga 90 peratus akan menyebabkan kesesakkan dalam bone marrow dan menyebabkan sel2 darah yang lain tidak dapat dihasilkan.Tiada blast cell sepatutnya ditemui dalam saluran darah.Jika terdapat blast cell dalam saluran darah ujian lanjut biasanya dilakukan terhadap bone marrow.

Namun demikian doktor2 lebih bimbang kepada peningkatan “blast cell” yang berlegar dalam saluran darah kerana ia menunjukkan kegagalan sum sum tulang untuk beroperasi dan petunjuk kepada sesuatu yang lebih serius mengenai leukemia itu sendiri.Olih itu bacaan “blast cell” ini kebiasaanya diambil dalam saluran darah.

Bagaimana Kaedah Rawatan Alternatif Menanggani Masaalah Leukemia.

Ini adalah topik yang lebih penting untuk dibicarakan kerana cara kaedah rawatan alternatif melihat kepada kanser leukemia adalah sedikit berbeza dari kaedah konservatif.Perbincangan mengenai menanggani leukemia menggunakan kaedah alternatif disini adalah berkenaan leukemia yang biasa dihidapi olih orang dewasa dan leukemia pada kanak2 memerlukan beberapa pengubahsuaian terutamanya dari segi teknik dan dosage akan dibicarakan dalam topik yang berasingan.

Leukemia pada orang dewasa kebiasaannya disebabkan olih sesuatu keadaan yang berlaku lebih awal yang menjejaskan “bone marrow”.Dalam istilah lain seseorang itu pada asalnya mempunyai sistem “bone marrow” yang sihat dan berfungsi dengan sempurna pada awal usianya..Pendedahan kepada persekitaran kerja atau prosidur2 rawatan hospital dengan ubat2 yang pernah diambil untuk menanggani sesuatu penyakit yang lain berkemungkinan telah merosakkan sistem “bone marrow” bertahun tahun kemudian.

http://www.askdocweb.com/bonemarrow.html

http://www.hindawi.com/journals/ah/2009/495863/

http://www.msdmanuals.com/home/cancer/prevention-and-treatment-of-cancer/chemotherapy

Sementara kaedah konvensional cuba menanggani leukemia dengan penggunaan dadah kimo  yang kebiasaanya menyebabkan lebih banyak kerosakkan tisu2 bone marrow yang  lain.Kaedah alternatif melihat kepada faktor2 membaikpulih tisu2 yang rosak disamping memusnahkan sel2 kanser yang berpotensi berhijrah kepada organ2 yang lain dan mengujudkan tumor pada tisu2 organ tertentu seperti hati,limpa dan otak.

http://www.soc-neuro-onc.org/media/files/page/4eca2cca/Levin_ch15_p362-374.pdf

http://oncolex.org/leukemia/background/metastaticpatterns

 

Bone marrow adalah sebahagian dari struktor tulang dan untuk memperbaiki tulang kita harus melihat kepada sel2 yang membentuk tulang itu sendiri.Penghidap kanser payudara umpamanya sering mendapati kanser mereka bermestasis ke paru2 serta tulang dan pada pengakhirannya mengalami kekurangan darah atau anemia.Ini disebabkan mestatasis sel2 kanser ke tulang telah juga telah menyebabkan fungsi bone marrow turut terjejas.

 

Secara asasnya tisu2 tulang adalah berupa protin dan mimeral.Mineral2 seperti kalsium dan fosfat umpamanya membentuk 60 peratus berat tulang.Air adalah sebanyak 25 peratus dan yang selebihnya adalah protin kalogen.Gabungan mineral dan protin ini menghasilkan tisu2 tulang yang kuat dan dan mampat.Kolagen adalah berkaitan dengan keupayaan tulang untuk menyerap tenaga, manakala  mineral memainkan peranan yang penting dalam kekukuhan tisu

.

Kita sering diberitahu melalui pembacaan atau iklan2 di media mengenai kepentingan kalsium untuk menjaga kesihatan tulang.Namun demikian apa yang penting untuk pesakit kanser adalah jenis2 kalsium yang selamat diambil dan kombinasi2 yang diperlukan untuk tulang menyerap kalsium yang bolih dimanafaatkan olih tulang terutamanya yang berkaitan dengan “Bone density”.Umpamanya susu dan produk2 tenusu adalah sumber yang baik untuk mendapatkan kalsium namun ia tidak sesuai untuk pesakit kanser.Malah satu kajian yang dilakukan menyebut kalsium dari susu adalah tidak selamat diambil jika kandungan vitamin C tidak cukup dalam badan kerana ia akan memberi masaalah berkaitan jantung.

http://www.vibrancyuk.com/dairy.html

 

Cara yang paling efektif untuk pesakit2 kanser mendapatkan kalsium adalah melalui pengambilan dalam bentuk supliment kerana ia mudah diurus berbanding jika mereka terpaksa makan pelbagai jenis makanan.Apa yang penting dalam soal2 berkaitan kesihatan tulang untuk pesakit2 kanser berkaitan tulang adalah supliment yang membantu membina “density” atau ketumpatan tulang.Antara elemen2 penting yang perlu ada dalam satu suplimen untuk membina ketumpatan tulang dan mengembalikan semula fungsi bone marrow adalah seperti berikut

1.kalsium yang diekstrak dari tumbuhan atau kalsium dari sumber laut yang sering disebut coral calcium.

2.Vitamin D3

3.Vitamin K

4.Magnesium

5.Boron

6.Silica – MSM

7.Vanadium

8.Strontium

Pesakit kanser leukemia kerap mengalami kekurangan darah kerana kegagalan bone marrow untuk menghasilkan sel2 darah merah.Ini mengakibatkan mereka terpaksa berulang alik ke hospital untuk memasukkan darah.Darah yang dimasukkan kedalam badan hanya bolih bertahan selama lebih kurang 30 hari berbanding dengan darah yang dihasilkan olih bone marrow yang bolih bertahan selama lebih kurang 120 hari.

Seandainya anda perlu membuat prosidur penambahan darah setiap minggu, ini bermaksna bone maroow anda gagal berfungsi ketahap yang sepatutnya.Kegagalan bone marrow menghasilkan sel2 darah merah banyak berkaitan dengan kurangnya nutrisi2 yang diperlukan akibat sistem permakanan yang tidak seimbang.Adalah lumrah pesakit2 kanser tidak berupaya untuk makan dengan mencukupi.Nutrisi2 yang tidak mencukupi akan mengakibatkan sel2 darah merah tidak sempurna dan sel2 darah merah yang tidak cukup sifat tidak akan dapat berfungsi untuk mengangkut oksigen dan karbon dioksida.

Ia juga dikaitkan dengan permasaalahan “blast cell” yang tinggi atau  sel2 darah merah yang tidak sempurna.Hati adalah tempat dimana segala nutrisi2 ini disimpan dan akan dihantar ke bone marrow mengikut aturan yang telah diprogramkan.Adakalanya jika hati mengalami masaalah, nutrsi2 ini juga tidak dapat disimpan.Ini juga akan mendorong seseorang itu akan menjadi aneamic.

Cara mudah untuk mengatasi masaalah kekurangan nutrisi adalah dengan mengambil “superfood”.Superfood adalah adunan pelbagai vitamin,mineral dan protin dalam satu hidangan.Ia bolih diambil berulangkali dalam kuantiti yang disyorkan mengikut kondisi pesakit kanser.Mereka yang tidak berupaya makan dengan banyak perlu kepada kuantiti yang banyak superfood kerana badan kita berupaya untuk menyimpan kuantiti nutrisi yang diperlukan dan melupuskan apa2 yang berlebihan.

Suplimen2 lain yang diperlukan adalah seperti berikut

1.Milk Thistle – untuk hati

2.Pancreatic Enzyme atau Bromelain untuk proses pencernaan

3.Vitamin C untuk sistem imune

4′ B Complex – pembinaan sel2 darah merah atau bolih juga diamalkan dengan meminum organic mollases 1 sudu teh 3 kali sehari

 

Kini kita akan bincangkan mengenai protokol untuk memusnahkan sel2 kanser dan mencegah ia dari bermestasis kebahagian2 organ yang lain.Sistem antibodi yang kuat adalah senjata yang terbaik untuk menanggani sel2 kanser.Namun untuk pesakit2 kanser khususnya kanser leukemia sistem antibodi telah terjejas dengan teruk akibat komplikasi yang ditimbulkan olih sel2 kanser itu sendiri.Perlu diingat untuk kanser leukemia bukan semua sel2 darah putih tidak berfungsi.Sebahagian kecil dari mereka masih berfungsi dalam aktiviti2 memusnahkan sel2 kanser atau virus2 yang mengancam sistem badan.Apa yang menjadi masaalah adalah kekuatan antibodi yang sedikit ini untuk berperanan.

75 peratus kekuatan sistem imune adalah dari penggunaan Vitamin C.Adalah digalakan anda memberikan sekurang2nya 6 gram Vitamin C sehari atau diambil melalui “intravenous” sebanyak 30 -60 gram setiap minggu yang dipecahkan kepada beberapa hari dalam satu minggu.

http://link.springer.com/article/10.2478%2Fs11536-010-0066-x#page-2

http://www.peakenergy.com/articles/nh20140222/Vitamin-C-is-the-‘muscle’-of-the-immune-system

Terdapat pelbagai kaedah alternatif yang sering disyorkan untuk menanggani kanser leukemia.Saya berpendapat anda tidak perlu bergantung kepada satu kaedah sahaja sebaliknya menggunakan kombinasi beberapa kaedah jika leukemia anda berada atau jenis leukemia yang agresif.Kaedah berikut bolih digunakan serentak dalam menanggani leukemia

Protokol Vitamin B17

Megadose Vitamin C

Protokol Trojan Horse 

Salah satu komponen yang penting dalam protokol Vitamin B17 adalah penggunaan DMSO.Ia adalah “carrier” atau “penetrater” yang sangat effisyen untuk menembusi tisu2 tulang yang amat sukar untuk dicapai olih mana2 “penetrater” yang terdapat dalam pasaran.Bahkan onkologis diketahui menggunakan DMSO untuk membawa dadah kimo ke lokasi tumor yang jauh didalam organ.Sekurang2nya 10-15ml diperlukan dalam satu2 treatment Protokol Vitamin B17 untuk menanggani kanser tulang dan leukemia.

Leaterile – 9 gram

DMSO – 10-15ml

Vitamin C – 15 – 30 gram

Pada hari kedua baru anda mulakan dengan Protokol Trojan Horse

sila rujuk ke link berikut untuk Protokol Trojan Horse

http://www.cafemlm.com/kesihatan-dan-anda/kanser-dan-sodium-bicarbonate-bah-3-2.html

Syugia diingatkan anda perlu minum banyak air bebas klorin semasa mengamalkan protokol ini untuk mengelakkan kesan2 “dehidrated”.Sukarang2nya 3 litre air perlu diminum dalam sehari.

http://www.cafemlm.com/kesihatan-dan-anda/kanserfungsi-buah-pinggang-dan-dehidrasi-dehydration.html

Perkara terakhir ingin saya kongsikan disini adalah berkenaan pelbagai kemungkinan berlaku semasa proses rawatan.Seringkali kita temui mereka yang dalam proses menjalani rawatan mengalami pelbagai kesan sampingan samada simptom seakan2 nampak menjadi semakin serius atau berlaku beberapa perkara yang sebelum ini tidak ujud.

 

Untuk leukemia,ujian darah perlu dilakukan secara berkala mengikut temujanji anda dengan pihak hospital.Ini sangat penting dipatuhi walaupun anda merasakan semakin sihat.Proses penyembuhan akan memakan masa yang agak lama kerana tulang orang dewasa diketahui memerlukan masa yang agak lama untuk sembuh.

 

Demam adalah salah satu simptom kepada permasaalahan leukemia.Ia adalah kerana pesakit leukemia mudah terdedah kepada serangan bakteria atau virus akibat ketidakupayaan bone marrow menghasilkan jumlah antibodi yang mencukupi.Demam adalah sistem pertahanan badan yang terakhir jika antibodi2 yang lain gagal menanggani infeksi.Ia diaktifkan olih satu bahagian otak yang dinamakan hypothalamus.

 

Hipotalamus satu bahagian otak yang bertanggungjawab untuk pengeluaran banyak hormon penting badan, bahan-bahan kimia yang membantu mengawal sel-sel yang berbeza dan organ-organ. Hormon dari hipotalamus mengawal fungsi fisiologi seperti aturan suhu, dahaga, lapar, tidur, mood, nafsu seks, dan pelepasan hormon lain dalam badan. Doktor mentakrifkan suhu diantara 37.2 sehingga 37.8  degrees Centigrade adalah dalam kategori demam dan suhu yang melangkau sehingga 39 ke 40 degrees Centigrade adalah demam yang dalam kategori bahaya.

Walaupun saintis tidak sepenuhnya memahami bagaimana Hipotalamus terangsang untuk mengaktifkan demam namun mereka percaya imune system telah menghantar satu isyarat khusus kepada Hipotalamus untuk berbuat demikian setelah ia tidak berupaya lagi untuk menanggani jenis2 virus tertentu.Walaubagaimanapun doktor2 kanser alternatif percaya virus2 yang dimaksudkan adalah sel2 kanser yang menjadi semakin agresif dan ketidakupayaan antibodi menangganinya  adalah punca kepada demam diaktifkan.

38 °C (100.4 °F) –  Rasa panas, berpeluh, rasa dahaga, rasa sangat tidak selesa adakalanya mengigil.

39 °C (102.2 °F) –  Berpeluh yang banyak, ruam merah pada bahagia badan,degupan jantung laju dan kesukaran bernafas.Pada kanak2 bolih menyebabkan sawan.

40 °C (104.0 °F) – Pitam, dehidrasi, berasa sangat tidak bermaya,disertai dengan rasa loya atau  muntah.

41 °C (105.8 °F) – Pengsan, muntah-muntah, sakit kepala yang teruk, pening, kekeliruan, halusinasi, kecelaruan dan rasa teramat dahaga.Degupan jantung sangat laju atau cepat.

42 °C (107.6 °F) – Pengsan, berada di dalam kecelaruan yang teruk, muntah-muntah,sawan.Tekanan darah  menjadi tinggi atau rendah dan kadar jantung akan menjadi sangat cepat.

43 °C (109.4 °F – Bolih  sebabkan kerosakkan otak’sawan dan mungkin kematian.

Suhu paling tinggi yang pernah direkodkan yang pesakit bolih bertahan adalah  46.5 °C (115.7 °F.Namun suhu pada 39 °C (102.2 °F) dan ke atas perlukan perhatian hospital

Kebanyakkan bakteria dan virus tidak dapat bertahan dengan suhu panas ini dan ia mudah dimusnahkan olih antibodi.Ini termasuk sel2 kanser.Dalam kaedah alternatif terdapat satu terapi yang dikenali sebagai Hypertemia Thearapy dimana doktor menggunakan sejenis mesin untuk mengujudkan demam buatan yang dikawal olih komputer.Badan atau kawasan tumor akan dipanaskan pada suhu 40 °C dan selepas itu mereka akan gunakan samaada dose tinggi Vitamin C atau suntikkan B17 untuk memusnahkan sel2 sel kanser.

hypertemia2hyperthermiaHeaderWeb

.

Hypertemia Thearapy.

 

 

 

 

 

One thought on “Leukemia Dan Fungsi Bone Marrow”

Comments are closed.