browser icon
You are using an insecure version of your web browser. Please update your browser!
Using an outdated browser makes your computer unsafe. For a safer, faster, more enjoyable user experience, please update your browser today or try a newer browser.

LYMPHOMA ( KANSER LIMFOMA )

Posted by on September 19, 2011

LYMPHOMA ( limfoma ) adalah sejenis kanser yang berkaitan dengan pembelahan secara tidak normal sel2  pada “lymphatic system”.Dinamakan “lymphatic” bermaksud  kanser yang bermula  dalam “lymphocytes” dimana “lymphocytes” adalah sebahagian elemen sistem pertahanan  badan.


Apakah yang dikatakan “lymphatic system”.

Secara khususnya “lymphatic system” terdiri dari 3 unsur iaitu

 

1.lymphoid tissue (  tisu limfa )

2.lymph fluids” ( cecair limfa )

3.lymp vessels (  saluran limfa )

 

“Limphoid tissues” adalah  gabungan “lymph node”,system limpa dan tulang sum sum ( bone morrow ) yang bertanggungjawab membina darah untuk badan Kesemua elemen ini disambungkan antara satu sama lain olih “lymph vessels” yang berfungsi seumpama   saluran darah.


Juga termasuk dalam kategori ini ialah tonsils dan organ thymus.Didalam limphoid tissues ini terkandungnya “lymphocytes”( sel darah putih ) sel2 macrophages dan sel2 lain yang berfungsi sebagai antibodi dengan fungsi2 berlainan.


“Lymph nodes” utama terdapat pada bahagian2 badan berikut


abdomen,tulang selangka,dada,leher,ketiak,bawah dagu,belakang telinga dan pangkal paha.Jernal2 perubatan merekodkan terdapat hampir 500 “lympnodes” pada seluruh sistem badan kita.


Lympnodes bertindak sebagai stesen sistem imun dengan melepaskan antibodi untuk menyerang virus dan bakteria dikawasan yang berhampiran dengan kedudukannya.Lymphnodes ini akan menjadi bengkak sementara ( tiada rasa sakit dan kadang2 sedikit rasa sakit )apabila ada aktiviti serangan virus dikawasan berhampiran pada kedudukkannya.


Apabila ia menjadi bengkak ia sebenarnya memberi amaran awal kepada kita untuk membuat pemeriksaan lanjut mengenai kondisi kesihatan kita.Namun apabila  bengkaknya tidak surut dalam jangkamasa yang lama tanpa rasa kesakitan ,ada kemungkinan lympnodes sendiri telah dijangkiti virus atau terdapat tumor.Ini dikenali sebagai “Hodgkin Lymphoma.”


Adalah mustahak untuk anda segera berjumpa doktor sekiranya


# lymphnode anda bengkak dan tidak surut untuk beberapa minggu atau semakin membesar

# Pada masa yang sama demam,berpeluh sebelah malam

# Keadaan bengkak yang kemerahan

# Keadaan bengkak yang keras dan tetap pada kedudukkan asalnya.

# Untuk kanak2 anda perlu bawa mereka untuk pemeriksaan sekiranya bengkak berukuran lebih dari 1cm


Terdapat 2 jenis “lymphocytes” ( sel darah putih )utama yang melaksanakan 2 fungsi berbeza.

 

B lymphocytes -melindungi badan dari serangan virus dan bakteria.Ia juga menghantar isyarat tertentu kepada sistem imun untuk mengenal pasti jenis2 infeksi untuk dimusnahkan dan seterusnya menyimpan maklumat2 mengenai virus tersebut.Sel2 B lymphocytes dibina ditulang sum sum bersama sama sel darah merah.


nota: B lymphocytes dikenalpasti sebagai  yang paling kerap menyebabkan terjadinya kanser hodgkin’s limfoma.

 

T lymphocytes - Terdapat dalam pelbagai jenis  yang mempunyai tugas yang berbeza beza..Malah terdapat  sejenis T cell yang  berfungsi memusnahkan sel2 yang dijangkiti virus atau bakteria.Sel2 T lumphocytes ini dibina di satu organ yang dipanggil “thymus” yang terletak berhampiran jantung.


Apabila lympnodes diserang sel2 kanser dan seterusnya mengujudkan tumor,kondisi ini dinamakan limfoma.Ia terbahagi kepada 2 kategori yang dinamakan


# Hodgkin’s Lymphomas ( Hodgkin’s Disease ) – HL


# Non Hodgkin’s Lymphomas – NHL


Pada asasnya 2 kategori lymfoma ini berbeza namun ia sering berkongsi simptom yang sama dan adakalanya terjadi ditempat yang sama.Hanya ujian2 dimakmal dapat membezakan diantara 2 kategori ini.


Malah ianya agak “complicated” menyebabkan pelbagai ujian terpaksa dilakukan dan biasanya ia agak mengambil masa.Ujian2 ini terpaksa dilakukan kerana terdapat pelbagai kaedah rawatan khusus  yang bersangkutan dengan jenis2 dadah kimo yang perlu digunakan.


Olih kerana “lymphnodes” ini terdapat berselerak dibanyak bahagian badan, “HL dan NHL ini bolih saja bermula dari mana2 bahagian badan.Kebiasaanya ia akan mula menjangkiti “lympnodes” dahulu dan dari sini ia akan  merebak dari satu lympnodes ke lymphnodes yang lain melalui “lymphoid vessels” tadi.

 

Ia berkecenderungan untuk memasuki saluran darah dan menyerang ke bahagian2 organ yang lain terutamanya  paru paru,hati dan sum sum tulang.Dalam ertikata lain HL dan NHL adalah bersifat “malignant” kerana keupayaanya menyerang ke tisu2 berhampiran dan terjauh.

 

Nodular sclerosis Hodgkin disease: Jenis yang paling kerap menyerang gulongan muda ( 70 peratus )dimana lelaki dan wanita mempunyai peratusan yang sama banyak.Ia dikatakan kerap terjadi di kalangan penduduk negara2 membangun.


Mixed cellularity Hodgkin disease: Jenis ini kerap menyerang  gulongan dewasa,lelaki dan wanita mempunyai peratusan yang sama untuk mendapat hodgkin disease jenis ini.


Lymphocyte-rich Hodgkin disease: Sering bermula pada bahagian atas badan


Lymphocyte-depleted Hodgkin disease: Sering menyerang gulongan tua dan kebiasaana pada bahagian abdomen dan sum sum tulang.

 

Simptom


Terjadi kebengkakkan tanpa rasa sakit terutamanya pada bahagian leher,ketiak dan pangkal paha.


Demam sejuk

Kerap berpeluh pada sebelah malam

Kehilangan berat badan secara mendadak

Hilang selera makan

Gatal2 pada kulit

 

Walaupun punca2 terjadinya lymphoma tidak disahkan secara terperinci namun pakar perubatan mengariskan perkara2 berikut yang memberi risiko yang lebih tingi untuk seseorang menghidap limfoma


# Berumur dari 15 hingga 35 tahun dan berumur lebih dari   50  tahun


# Mempunyai saudara terdekat ( adik beradik ) yang menghidap limfoma


# Lelaki mempunyai kecenderungan yang lebih berbanding   wanita


# Mereka yang pernah mendapat penyakit yang dinamakan

“Past Epstein-Barr infection” seperti infeksi “mononucleosis”.


# Pernah menjalani rawatan tertentu untuk pelbagai penyakit yang  kaedah rawatannya melibatkan kemusnahan antibodi atau pengambilan  sesuatu dadah yang memberi risiko kepada kekuatan antibodi.

 

Kaedah Pemeriksaan.


ct scan akan dibuat terutamanya pada bahagian dada,abdomen dan pinggul ( pelvis ).Beberapa gambar akan diambil untuk melihat keadaan organ yang pada pandangan doktor kerap menjadi sasaran hodgkin’s disease ini.


Jika dari ct scan doktor mendapati memang ada aktiviti2 serangan bakteria kanser arahan berikutnya adalah untuk menjalani pet’s scan.Kaedah ini digunakan untuk mencari lokasi tumor maglinant untuk tujuan membunuhnya.


Glukose disuntik dalam saluran darah untuk mengenal pasti kedudukkan tumor.Tumor maglinant akan nampak terang dibawah  mesin “pet’s scan” kerana  mereka menggunakan gula hampir 80 kali ganda berbanding sel sihat.


Langkah berikutnya adalah keperluan untuk menggambil sedikit tisu dari tulang sum sum untuk mengesan kehadiran kanser.Adakalanya bila ada keperluan untuk memulakan “treatment” doktor akan mengambil sedikit tisu pada dinding abdomen untuk tujuan biopsy.Kaedah ini dikenali sebagai “laparotomy”


Kaedah2 lain yang termasuk dalam skop pemeriksaan awal sebelum proses rawatan dimulakan ialah seperti x-ray pada bahagian dada,pengambilan cecair lymp ( lymph fluid ) dan pemeriksaan darah lengkap.


Pngredan tahap ( stagging system )


Setelah semua data2 dikumpulkan dan sebelum proses rawatan dimulakan doktor akan mengeluarkan tahap kanser terlebih dahulu.Untuk “Hodgkin disease” keadaan kanser akan dibahagikan kepada 4 kumpulan asas iaitu


A,B,E dan S


A -Tiada simptom ditemui


B – Simptom seperti demam,gatal2 pada kulit, berpeluh malam dan kehilangan berat badan dicatatkan.


E – Bermaksud “extranodal” iaitu kanser ditemui dalam organ organ selain dari “lymphnodes”.Termasuk dalam ketagori ini ialah terdapatnya kanser pada tisu2 berhampiran lymphnodes utama.


S – Bermaksud “spleen” ia itu kanser telah sampai ke limpa.

 

Dari sini baru dimulakan stagging untuk Hodgkin’s Disease


Tahap 1


Kanser ditemui dalam satu “lymphnode” atau diluar organ atau berada  dikawasan  luar “lymphnode” ( tahap 1E.)


Tahap 1A ( tiada symptom ) 1B ( terdapat symptom )


Kanser berada pada bahagian atas abdomen dan tidak merangkumi sebahagian besar kawasan dada.

 

( simptom yang dimaksudkan adalah samada pada keadaan diatas terdapat simptom seperti demam malam atau kehilangan berat badan yang mendadak )Keperluan untuk membezakan ini ( ada simptom/tanpa simptom ) bakal menentukan kaedah rawatan yang akan diberikan.


Tahap 2


Kanser dijumpai samada di dalam  dua atau lebih kawasan lympnode di sebelahan  diafram yang sama  iaitu dibahagian bawah paru paru, dimana terdapat jaluran otot nipis yang membantu pernafasan dan memisahkan kawasan abdomen dan dada

 

Tahap 2E


Kanser dijumpai di satu lokasi atau organ selain dari lymphnode atau terdapat kanser dalam lymphnode yang berhampiran dengan organ dan ia telah pun merebak ke lymphnode berhampiran dibelahan diafram yang sama.

 

Tahap 2A ( tiada simptom ) Tahap 2B ( terdapat simptom )


Tahap 3


Kanser djumpai disekumpulan lymphnode pada kedua dua belah diafram.


Tahap 3E


Kanser terdapat dalam sekumpulan lymphnode pada kedua dua belah diafram dan dikawasan berhampiran atau organ seperti limpa,paru2,hati dan tulang selain dari lymphnode.Tahap 3S sekiranya ia dijumpai pada limpa.Sekiranya ia dijumpai  pada limpa dan organ2 lain yang berhampiran ia akan ditakrifkan sebagai tahap 3S+E

 

Tahap 4


Sel kanser dijumpai pada satu atau lebih beberapa bahagian organ dan tisu atau terdapat sel2 kanser didalam organ2 seperti hati,paru2, tulang dan pada lympnode yang jauh.Juga termasuk dalam tahap ini jika ia jenis kanser lymphoma yang berulang selepas rawatan yang pertama ( recurrent )

 

Kaedah rawatan


Kaedah rawatan untuk Hodgkin’s Limfoma adalah sama seperti jenis2 kanser lain.Ia bolih sahaja melibatkan pembedahan,kimoterapi dan sinaran radiasi.Namun kebiasaanya untuk jenis kanser ini dadah kimo atau sinaran radiasi biasanya menggunakan dosage yang tinggi dan ini akan mengakibatkan kesan sampingan jangkamasa pendik dan panjang yang lebih teruk.

 

Walaubagaimana pun ia juga bergantung kepada tahap2 kanser dan usia seseorang.Mereka yang muda lebih mudah untuk menyerap himpitan kesan2 sampingan ini.


Umpamanya jika lympnode yang dijangkiti berada berhampiran dengan organ2 sistem pembiakkan ia bakal menyebabkan kemandulan jika sinaran radiasi terpaksa dilakukan pada bahagian tersebut.Olih itu anda perlu berbincang dengan doktor anda mengenai pilihan terbaik sekiraya anda belum mempunyai anak.


Terdapat juga satu kaedah rawatan  untuk pesakit hodgkin lymphoma terutamanya yang berada pada tahap 4 atau hodgkin lymphoma yang berulang akan melalui kaedah rawatan yang dinamakan “stem cell transplantation”.


Melalui kaedah ini stem cell yang membina darah akan dikeluarkan,dirawat ( membunuh sel kanser limfoma ) dan dibekukan,kemudian kombinasi kimoterapi dan sinaran radiasi yang lebih kuat akan dilakukan yang akan memusnahkan kedua2 sel kanser dan sel sihat dalam sum2 tulang.


Selepas itu “stem cell” yang dikeluarkan tadi  akan dimasukkan semula kedalam badan anda pada saluran darah bahagian leher atau dada.Ia akan berkembang semula dengan menghasilkan darah2 yang baru.

 

Hodgkin’s Lymphoma adalah sejenis kanser yang agak unik kerana ia bakal membawa pelbagai jenis implikasi kepada keseluruhan sistem badan termasuk otak.


Disebabkan keunikannya inilah kaedah rawatan pastinya amat berliku liku kerana ia bakal melibatkan pelbagai jenis ujian dan analisis apatah lagi jika ia melibatkan jenis kanser yang telah bermestasis ke pelbagai organ2 yang lain.


Namun Hodgkin’s Lympoma tidak membunuh mangsanya serta merta.Ia bermula daripada satu simptom awal yang dapat dilihat atau dirasa olih penghidap umpamanya terjadi kebengakkan pada mana2 lympnode terutamanya pada bahagian leher yang tidak surut lebih dari 2 minggu.


Apabila simptom ini dikesan anda sewajarnya telah sampai ke hospital dan melakukan rawatan serta merta.Walaupun kaedah konvensional untuk rawatan kanser mempunyai reputasi yang amat tidak membanggakan namun untuk berlaku adil kita juga mengakui untuk jenis kanser Hodgkin’s Lymphoma dan Non Hodgkin’s Lymphoma kaedah konvensional mampu mencegah penularan kanser ini kebahagian2 lain organ dan menyebabkan pelbagai komplikasi lain yang lebih fatal.


Sementara kaedah konvensional mempunyai hanya 2 ke 3 peratus “survival rate” untuk jenis kanser2 lain,namun untuk Hodgkin’s Lymphoma mereka mempunyai sehingga 30 hingga 35 peratus survival rate.

 

Saya secara peribadi tidak menggalakkan anda untuk mencuba pelbagai jenis kaedah alternatif sehingga berbulan bulan kerana jenis kanser ini melibatkan sistem imun dan atibodi yang membelah menjadi sel2 kanser yang meyebabkan ia mengembara dari satu lymphnode ke lympnode yang lain.

 

OLIH ITU BERTINDAK SEGERA APABILA  SIMPTOM PERTAMA KELIHATAN SEPERTI BENGKAK PADA LEHER

 

Walaupun kaedah konvensional akan mengujudkan “side effect” tertentu dengan penggunaan  kimoterapi dan sinaran radiasi namun ia adalah “mild” dan bersifat sementara.

 

Selepas ini baru anda beralih kepada kaedah2 alternatif tertentu seperti penggunaan produk2 Vitamin B17.


Apabila situasi menjadi bertambah buruk akibat kelengahan anda menerima rawatan,kedua dua kaedah ortodoks dan alternatif tidak menjamin sesuatu  yang istimewa terutamanya kaedah konvensional akan mengakibatkan “side effectt” kekal yang membawa kepada pelbagai komplikasi lain seperti kerosakkan organ2 tertentu.

 

Sementara kaedah alternatif punya tidak banyak pilihan dan harus mengambilkira pebagai faktor yang bersangkutan dengan kehilangan darah,sesak nafas dan kegagalan organ2 detoks berfungsi.

 

Apabila Hodgkin’s Lymphoma telah bermestasis ia akan mengujudkan beberapa komplikasi seperti dibawah.

 

Intracranial Hodgkin’s Lymphoma – IHL

 

IHL adalah gejala dimana Hodgkin’s Lymphoma telah menjejaskan beberpa tisu pada otak  ( brain parenchyma )seperti “cerebrum”,”cerebellum” dan “brain stem”.


Gejala yang bolih dilihat bergantung kepada pada bahagian mana ia terjejas diantaranya sakit kepala,loya,muntah,sawan,pelupa dan gangguan penglihatan.

 

Epidural  Hodgkin’s Lymphoma – EHL

 

EHL ialah gangguan atau tekanan kepada sistem saraf tunjang akibat bermestasisnya kanser kebahagian tersebut atau ke lympnode yang berhampirannya.Antara gejala yang mungkin timbul adalah seperti sakit belakang terutamanya dalam posisi berbaring,gangguan kepada deria rasa,gangguan pada saraf tindakbalas dan pelbagai sebab lain yang bersangkutan dengan masaalah saraf tunjang.

 

Leptomeningeal Hodgkin’s Lymphoma – LHL

 

Cerebrospinal fluid ialah sejenis cecair yang terdapat dalam otak yang berfungsi sebagai pelampung otak.HL yang bermestasis ke sini akan mengakibatkan timbul gejala2 seperti sakit kepala,hilang keseimbangan ketika berjalan,sawan,pelupa,gangguan penglihatan,gangguan pendengaran.

 

Selain dari komplikasi diatas terdapat juga komplikasi berkaitan saluran darah dimana Hodgkin’s Lymphoma sering menyebabkan tersumbatnya beberapa saluran darah akibat bermestasisnya HL kesaluran darah tertentu.Ini akan menyebabkan terjadi tekanan dalam saluran darah dan pengumpulan air dalam abdomen dan angota2 lain yang menyebabkan terjadi kebengkakan.

 

Dalam sesetengah keadaan pesakit terpaksa diberikan darah untuk mengantikan darah yang hilang akibat bermestasisnya Hodgkin’s lymphoma ke sum sum tulang yang menggangu proses pengeluaran darah.

 

Manakala rawatan kaedah konvensional akan mengakibatkan bertambahnya gejala2 lain yang lebih serius seperti kerosakkan kekal kepada beberapa fungsi penting badan.

 

Hampir tiada  kaedah alternatif yang spesifik untuk menghadapi Hodgkin’s Lymphoma yang telah bermestasis kerana pelbagai kaedah yang hendak dcadangkan perlulah mengambil kira beberapa faktor diatas terutamanya apabila ia melibatkan kehilangan darah dan sum sum tulang itu sendiri diserang kanser.

 

Olih itu adalah amat wajar Hodgkin Lymphoma ini dirawat pada peringkat paling awal dan ianya belum bermestasis.

Comments are closed.