MULTIPLE SCLEROSIS ( MS )

spinal cord

 

 

MULTIPLE SCELOROSIS adalah penyakit yang berkaitan kepincangan sistem saraf tunjang ( spinal cord ) dan sistem kawalan saraf dalam otak.Gangguan kepada sistem saraf ini menyebabkan maklumat2 penting dari otak tidak dapat dialirkan dengan berkesan.

 

Apakah sipinal Cord.

Ia adalah seperti sebuah tabung yang dipenuhi dengan saraf saraf halus yang memanjang pada pertengahan belakang seiring dengan tulang belakang.Dalam otak ia bermula dari bahagian belakang kepala  ( occipital bone ) dan berakhir pada tulang pinggul yang dikenali dengan nama LUMBAR VERTEBRAE.

 

Ia berakhir pada diantara L1 dan L2 pada bahagian bawah tulang belakang.Spinal cord atau saraf tunjang ini dilindungi oilh sejenis tulang yang dinamakan vertebrae dan bersifat anjal.Terdapat 3 saluran darah  utama iaitu  anterior spinal arteryposterior spinal arteries, corresponding spinal veins.

 

Secara keseluruhannya ia mempunyai sebanyak 33 segmen tulang dipecahkan kepada 7 cervical vertebrae ( tulang leher ),12 thoracic vertebrae,5 lumber vertabrae,5 sacral dan 1 coccygeal.Sementara tulang pertama yang menyokong kepala dinamakan atlas.
Panjang saraf tunjang ini adalah 45cm pada lelaki sementara perempuan adalh 43 cm.

 

Dan keseluruhan sistem ini dikenali sebagai CENTRAL NERVOUS SYSTEM yang jika terjadi sebarang masaalah pada bahagian ini akan menyebabkan pelbagai komplikasi termasuk lumpuh.Ia merupakan lebuhraya maklumat yang terpenting menghantar pelbagai maklumat dari keseluruhan bahagian badan ke otak.
mylean

 

Saraf tunjang ini diselimuti olih sejenis fiber  berwarna putih yang dikenali dengan nama MYELIN SHEATHED NERVE FIBERS.

 

Sementara pada lapisan dalam pula terdapat sel2 saraf bewarna kelabu dan akhirnya terdapat juga sejenis cecair yang mengalir disepanjang saraf tunjang yang dinamakan CEREBRASPINAL FLUIDS atau air tulang belakang.

 

r7_myelinsheath

 

 

MYELIN adalah sejenis cecair yang menyaluti saraf tunjang dan saraf2 lain dan ia diperbuat dari sejenis protin dan tisu2 lemak.Ia berfungsi untuk memoptimumkan penghantaran maklumat yang melalui saraf tunjang ke otak.

 

Sebarang masaalah yang ujud kepada myelin sheath ini akan memperlahankan sistem ulangalik penghantaran maklumat.Dan inilah sebenarnya punca kepada penyakit MULTIPLE SCELOROSIS.

 

Hingga kini saintis belum mengenalpasti punca sebenar penyakit MS namun mereka mengesyaki ia berkaitan dengan aktiviti virus dan kegagalan fungsi sistem imunn itu sendiri.Mengikut teori mereka sistem imun dalam usaha menyerang virus tersebut turut menyerang myelin menyangkakan ia adalah sebahagian dari penceroboh.

 

Sesetengah saintis berpendapat MS adalah penyakit berkaitan auto imune.Pendapat yang lain pula  berpendapat ia disebabkan olih serangan virus/mikrob yang menjadikan tisu2 myelin sebagai makanan mereka dan mengujudkan pelbagai jenis toksid dan radikal bebas didalam sistem saraf itu sendiri.Mikrob2 ini telah gagal dimusnahkan olih antibodi kerana persekitaran berasid melemahkan sistem imun itu sendiri.

 

Terdapat 4 jenis Multiple Sclerosis

Relapsing Remitting-RR

Hampir 70 peratus pesakit2 MS bermula dari kelompok RR.Ia dimulakan dengan serangan secara tiba2 dengan simptom2 kelumpuhan sebahagian diikuti kelumpuhan penuh dan kelumpuhan kekal pada sesetengah angota badan.

 

Siri2 serangan iniakan diikuti dengan simptom2 yang berkurangan atau dipanggil remission sehinggalah serang baru bermula.Ia dikenali dengan nama RELAPSE dan biasanya relapse akan berlaku dari 2 minggu hingga beberapa bulan.

 

Primary Progressive -PP

Hampir 15 peratus pesakit2 MS menghidap jenis PP.Ia bersifat serangan yang agak perlahan dengan simptom2 kearah kelumpuhan mengambil masa tertentu dengan tiada tanda2 pemulihan atau remission.Kebanyakkan pesakit MS jenis ini mendapatnya setelah berumur 40 tahun keatas.

 

Secondary Progressive – SP

Sesuai dengan namanya ia bermula dengan serangan semula apabila sismptom serangan awal MS semakin hilang.Kebanyakkan pesakit MS dari jenis RR akan menuju ke Secondary Progtessive MS ini.

 

Progressive Relapsing – PR

MS jenis ini akan bermula dengan serangan yang tiba2 tapi simptom kelumouhan berlaku secara berperingkat peringkat.Ia juga kadang2 akan pulih sepenuhnya dari simptom2 tersebut namun terdapat juga yang berupa kelumpuhan kekal.

 

SIMPTOM2 MULTIPLE SCLEROSIS
Gangguan penglihatan seperti kabur,pengecaman warna,hilang penghilatan pada sebelah mata dan sakit pada bahagian mata
Kecacatan atau kelemahan tangan seperti hilang kawalan atau keseimbangan pada lengan.
Kesakitan pada otot dan kesakitan yang menyucuk
Kehilangan deria sentuhan,pertuturan tidak lancar atau pening
Gangguan pada kelancaran sistem kencing atau buan air besar
Gangguan pada otak seperti hilang konsentasi atau pelupa kronik
Dipressi dan paranoid
Tidak dapat mengawal ketawa dan kekerapan membebel kronik.

 

Diagnosis

Olih kerana simptom kepada masaalah MS ini mengambil masa yang agak lama untuk muncul biasanya kaedah diagnosis ini lewat dimulakan sehinggalah ia telah menjadi agak kronik.Ia melibatkan pakar2 dari ongkologis dan neurologis yang bergilir2 melakukan diagnosis untuk mengesahkan kesahihan MS.
Antara kaedah diagnosis yang digunakan ialah
MRI
Ujian psikologi
Pengambilan cecair spinal cord

 

Kaedah rawatan konvensional merumuskan tiada ubat untuk penyakit ini.Apa yang bolih dilakukan adalah terapi2 tertentu untuk memulihkan kelumpuhan dan mengurangkan kesakitan.Dadah jenis yang memberi impak kepada sistem imun biasa digunakan untuk mengurangkan tahap agresif sistem imun.Diantara yang kerap digunakan ialah

 

DEPO MEDROL

MEDROL

METHYLPREDNISOLONE

DELTASONE

ORASONE

CORTICOSTEROIDS

 

Untuk mengatasi pelbagai jenis kecacatan biasanya dadah2 berikut digunakan.

Kekejangan Otot

BACLOFEN,TIZANIDINE,DIAZEPAN,CLONAZEPAN,DANTROLENE.

Masaalah penglihatan

METHYLPREDNISOLONE

Gangguan fikiran

AMANTADINEMODAFINIL,PROVIGIL

Masaalah Melangkah  atau berjalan

DALFAMIPRIDINE

Kesakitan

ASPIRIN,IBUPROFEN,ACETAMINOPHEN

Sistem Perkumuhan

Antibiotik,Vitamin C,OXYBUTYNIN

Selain itu terapi fizikal juga turut digunakan untuk memulihkan kelumpuhan dan kecacatan angota2 badan yang lain.

 

KAEDAH RAWATAN ALTERNATIF

Doktor2 alternatif  berpendapat Multiple Sclerosis adalah disebabkan olih bahan buangan berasid dari jenis2 mikrob yang tidak dikenalpasti.Mereka menamakan bahan buangan ini MYCO TOXINS.Bahan buangan berasid ini menggangu sistem transmasi maklumat diantara otak dan bahagian2 badan.

 

Teori yang lain pula ialah mereka sependapat dengan doktor2 aliran konservertif yakni ia merupakan penyakit AUTO IMUNE DESEASE.Cuma penjelasan mereka ialah mikrob2 ini berada pada satu kawasan yang tidak dapat dicapai olih sistem imun pada bahagian dalam saraf tunjang.

 

Antibodi dikatakan cuba menyerang mikrob yang ia tidak berupaya untuk mencapainya dan seterusnya merosakkan kawasan dipersekitaran saraf tunjang.Kesan serangan ini memusnahkan mylin sheath saraf tunjang.

 

Sebab2 lain berlakunya penyakit MS ini ialah berkaitan kehadiran logam berat dan persekitaran usus yang tidak bersih.Logam berat seperti merkuri dan aluminium biasanya lebih tertumpu kepada aktiviti penampalan gigi.

 

Aktiviti penampalan gigi harus diberikan perhatian yang serius kerana terdapat  banyak penyelidikkan yang telah direkodkan mengaitkan masaalah MS ini dan aktiviti penampalan gigi.Ia bukan sahaja dikenalpasti sebagai penyebab utama kepada masaalah MS dan penyakit “auto imunne” yang lain malah  para penyelidk juga mengesyaki jenis2 kanser seperti kanser payudara juga adalah berpunca daripada aktiviti2 penampalan gigi.

 

Aktiviti menyumbang 2 masaalah kepada  penyakit MS ini.Yang pertamanya ia menghimpunkan jenis2 bakteria  yang terdapat pada celah2 keretakkan atau ketidak sempurnanya kaedah penampalan itu sendiri.Dr Price MD menyatakan 

 

“Sel2 yang sihat terdapat sejenis  kod didalamnya.Ia dikenali sebagai Major Histo Compatibility Complex ( MHC ).Ia adalah kod peribadi anda yang dikenali sebagai SELF.Badan anda hanya mengenali kod ini dan sebarang kod yang lain adalah sebagai NON SELF.Sistem imune anda telah dilatih untuk menyerang dan membunuh kod2 yang dikenali sebagai NON SELF ini kerana ia adalah penceroboh”

 

Jika terdapat satu atom dari merkuri ( bahan penampal gigi ) melekap kepada sel2 yang sihat perubahan pada sel2 tersebut akan menyebabkan ia menjadi sel NON SELF dan ini akan mendorong sistem imune diaktifkan dan menyerangnya.Jika merkuri tersebut melekap kepada sel2 saraf kesannya ialah penyakit berkaitan neurologikal seperti Multiple Scelorosis,Lupus,Lou Gehrig’s dan lain2 penyakit berkaitan saraf.

 

http://en.wikipedia.org/wiki/Major_histocompatibility_complex

http://global.britannica.com/EBchecked/topic/359034/major-histocompatibility-complex-MHC

 

Yang keduanya bahan2 yang digunakan dalam tempoh jangkamasa panjang  terhurai dan memasuki kedalam sistem saraf gigi dan saluran darah itu sendiri.

http://www.cafemlm.com/mengenai-kanser/kanser-payudarafakta-yang-disembunyikan

 

Syugia diingatkan kehadiran radikal bebas mampu menambahkan beban kepada tugas antibodi untuk berperanan dengan lebih berkesan.

 

Mereka yang mengemari makanan laut ( kecuali jenis2 ikan yang kaya dengan omega 3 ) juga dikhuatiri terdedah kepada penyakit multiple scelorosis.Pengambilan kerap lemak yang diproses dari binatang2 berlainan dan pengemar makanan jenis kekacang yang diproses juga dikategorikan terdedah kepada jenis mikrob yang hidup didalam kekacang.

 

http://msology.ca/how-does-your-diet-affect-ms-part-1

http://www.slate.com/articles/news_and_politics/explainer/2007/02/peanut_butter_and_salmonella.html

 

Kesimpulannya penyakit MS bolih sahaja disebabkan olih

1.Kehadiran 1 jenis atau pelbagai jenis mikrob didalam saraf tunjang

2.Kehadiran logam2 berat didalam saluran darah atau didalam saraf

3.Pengumpulan transfatty acid yang sangat tinggi didalam darah  dan sistem saraf

 

Namun perbezaan pendapat mereka membawa kearah satu rumusan yang sama ia itu kehadiran sejenis mikrob yang menjadi penyebab utama penyakit MS ini.Olih itu kaedah alternatif direka untuk membersihkan bahan2 toksid dan radikal bebas dalam keseluruhan sistem badan.

 

Kaedah ini bersamaan dengan proses detokfikasi yang digunakan untuk merawat kanser protokol  alternatif.Ia dimulakan dengan pengambilan coffee enema yang dilakukan setiap hari selama 1 minggu.Kemudian dijarakkan setiap 1 minggu.Coffee Enema perlu diambil bersama suppliment berikut

Potassium powder atau capsules 1 biji selepas enemas

Magnesium Citrate 1 biji sehari

Probiotics

Milk Thistle 1 biji 3 kali sehari

Jus buah2an 1 gelas 3 kali sehari

Minum air bebas klorin 3 litre sehari.

 

Selepas satu minggu melakukan proses detokfikasi barulah kaedah rawatan dimulakan.Terdapat beberapa kaedah yang sering dicadangkan olih pakar2 kaedah alternatif untuk menghapuskan mikrob2 seni yang menyebabkan kemusnahan mylin sheath.

 

Secara umumnya kaedah terbaik untuk menanggani kesemua sebab2 diatas adalah dengan cara membekalkan atau mengambil suppliment2 antioksidan yang tinggi.Ia bermaksud menggunakan supliment2 antioksidan secara agresif.Sebagai contoh adalah penggunaan PROTOCEL atau CANTRON.

 

Ia dicadangkan kerana keupayaan antioksidannya yang sangat tinggi  malah ia jauh lebih tinggi berbanding dengan suplimen2 antioksidan dalam pasaran kini.Protocel bertindak merendahkan sumber tenaga mikrob2 ini dan menghalang keupayaannya untuk bercambah.

 

Sementara itu jika punca kepada permasaalahan penyakit MULTIPLE SCLEROSIS ini disebabkan keujudan merkuri /radikal bebas yang tinggi bahan aktif dalam Protocel mampu untuk mencegah oksidasiyang tinggi atau  pembentukkan radikal bebas

Sila rujuk artikel2 berkenaan Protocel dalam blog ini.

 

Antioksidan adalah satu proses menghalang oksidasi diperingkat selular.Oksidasi bolih sahaja berlaku setiap hari dan atas pelbagai sebab umpamanya stress,merokok,pengambilan pelbagai jenis makanan proses dan terdedah kepada persikataran yang tidak sihat.

 

Apabila terjadi proses oksidasi yang tidak sihat ini,ia akan menyebabkan terbentuknya molikul2 yang tidak stabil yang dikenali sebagai radikal bebas yang berupaya memusnahkan sel2 badan.Radikal bebas ini berupaya merosakkan DNA sel2  menyebabkan sel2 ini gagal berfungsi dengan sempurna atau mati.Gangguan kepada proses2 sel ini akan mengakibatkan pelbagai penyakit terutamanya kanser,MS,Alzheimer,Lyme Deaseac,Arthritis,Diabetes dan lain penyakit.

Nota: ( Ia  ada persamaan dengan perkara berkaitan MHC diatas cuma ia dari  pendapat penyelidik  yang berlainan )

 

Badan kita memang telah disiap sediakan untuk menghadapi masaalah oksidasi ini umpamanya gluthathione yang dihasilkan dihati berupaya untuk menghalang rantaian oksidasi sebelum ia menyerang sel.Ia melakukan kerja dengan melekapkan diri dengan radikal2 bebas dan seterusnya menghalang proses rantaian oksidasi 

 

Mereka yang tidak gemar memakan sayuran dan buah2an adalah terdedah kepada pelbagai penyakit yang bersangkutan kekurangan nutrisi anti oksidan didalam badan.Kebanyakkan  sayuran yang berwarna terang adalah sumber2 antioksidan yang tinggi.Umpamanya karot oren,keledek,tomato,apel merah atau hijau,blueberry,aprokot,strawberrys,kobis unggu dan pelbagai sayuran lain adalah sumber antioksidan yang baik.

 

Secara umumnya terdapat pelbagai jenis antioksidan yang berlainan dengan fungsi2 yang khusus olih itu adalah penting kita mengambil pelbagai jenis sayuran dan buah2an untuk mendapatkan jenis antioksidan yang berlainan.

Antioksidan berikut adalah untuk meneutralkan radikal bebas dan mencegah berlakunya penyakit2 berkaitan sel seperti kanser.

beta carotene,alpha carotene,lycopene,beta crpytoxanthin,zeaxanthin,astaxanthin,lutien

 

Jenis antioksidan berikut pula sangat penting untuk memperteguhkan sistem imun,mengoptimumkan fungsi otak,saluran kencing dan penglihatan

quercetin,rutin,hesperidin,apigenin dan lutaolin

 

Isothiocyanates pula penting untuk proses detokfikasi diperingkat selular,mencegah aktiviti  unsur2 karsinogen dan mengurangkan kemungkinan dari serangan kanser payudara dan prostat.Sumber kepada Isothiocyanates yang terbaik terdapat didalam sayuran seperti pelbagai jenis kobis,brokoli,kale,bok choy,cauliflower dan sebagainya.

 

Resveratrol adalah antioksidan yang penting untuk untuk mencegah pembekuan darah,mengurangkan kadar kolestrol,melindungi jaluran salur darah dan mencegah keradangan.Ia bolih didapati dari buah anggur unggu,blueberries dan canberries.

 

Tannins pula mampu mengurangkan risiko berlakunya kanser dan ia juga adalah bersifat anti virus dan bakteria.Sumber terbaik adalah teh hijau.Baca juga dari SINI untuk beberapa maklumat tambahan mengenai anti oksidan.

 

Satu lagi kaedah yang sangat berkesan untuk merawat MS  ialah  melalui kaedah suntikkan MEGADOSE VITAMIN C.Dan adalah baik untuk disertakan sekali dengan Alpha Lipoid Acid dan Glutathione.Berbeza dengan penggunaan kaedah utuk rawatan kanser ia tidak perlu kepada protokol penuh.

 

Asid Askorbik atau Vitamin C adalah agent detokfikasi yang amat stabil kerana keupayaannya memerangkap dan seterusnya meneutralkan pelbagai unsur toksid yang berbahaya untuk sistem badan.

Ini termasuklah keupayaannya bertindakbalas dengan pelbagai jenis toksid organik seperti arsenik,merkuri,carbon monosida,sulfur dioksida dan logam2 berat yang lain.Mereka yang merokok umpamanya akan mendapat manafaat yang sangat baik sekiranya mengekal pengambilan Vitamin C secara konsisten.Ini termasuklah mereka yang sering terdedah dalam persikataran udara yang tercemar.Kesemua unsur2 tersebut adalah agen karsinogen yang mampu melumpuhkan fungsi pelbagai jenis sel dan punca terjadinya kanser.

 

Pelbagai kajian menunjukkan asid askorbik mampu mengurangkan kesan sampingan dadah kimo seperti pendarahan dan kemusnahan sel2 sihat.Namun suatu fakta yang sering disembunyikan olih onkologis2 ialah Vitamin C dalam dosage yang tinggi akan menyebabkan kebanyakkan dadah kimo menjadi tidak berkesan.Walaupun mereka mengakui pesakit2 yang menjalani kimoterapi masih memerlukan vitamin C untuk mempercepatkan proses pemulihan dari kesan sampingan dadah kimo.

 

Satu tips yang penting yang perlu diketahui olih mereka yang terpaksa menjalani kaedah kimoterapi atas pelbagai sebab ialah mengambil seberapa banyak vitamin C  selepas menjalani kimoterapi.Mengikut penyelidik Vitamin C akan melakukan salah satu atau kedua2 perkara berikut.

1.Ia akan mengagalkan terus keupayaan dadah kimo menjejaskan sel2 yang sihat  dan sel2 kanser sekali gus.Bermaksud dadah kimo menjadi tidak berkesan.

“The use of vitamin C supplements could have the potential to reduce the ability of patients to respond to therapy,” Mark L. Heaney, associate attending physician at Memorial Sloan-Kettering Cancer Center said in a statement. 

 

Dr. Heaney and his colleagues tested the effects of vitamin C on myeloid leukemia and lymphoma cancer cells in a laboratory. When the cells were exposed to vitamin C before being treated with chemotherapy drugs, the drugs became 30 to 70 percent less effective. The more vitamin C that was in the cells, the less effective the chemotherapy became

 

However, the researchers discovered that the primary mechanism actually lies in the energy-producing structures in cells called mitochondria. Chemotherapy drugs work, in part, by damaging the mitochondria, which triggers cancer cell death. Vitamin C protects mitochondria cells from this damage. “Vitamin C appears to protect the mitochondria from extensive damage, thus saving the cell,” according to Dr. Heaney.

2.Ia melindungi sel2 yang sihat kerana sel2 yang sihat memerlukan Vitamin C yang banyak untuk kekal berfungsi.Namun sel2 kanser yang menyerap vitamin C akan mendapati diri mereka dilemahkan olih proses antioksidan dan sangat terdedah kepada ketoksidan dadah kimo.Ia membawa maksud Vitamin C membantu dadah kimo menjadi lebih berkesan keatas sel2 kanser.

 

“High Doses of Antioxidants Including Vitamin C Do Not Decrease the Efficacy of Chemotherapy” 
 Abram Hoffer, M.D., Ph.D.  

 

Antioxidant-and-Chemotherapy Combo Shows Significant Benefits

 

http://orthomolecular.org/resources/omns/v08n07.shtml

 

Salah satu cara sistem pertahanan badan melawan serangan bakteria dan virus ialah menggerakkan  sel-sel darah putih masuk ke dalam tisu yang terjejas. Sel-sel darah putih ini bertindak  menghadam bakteria. Proses ini dikenali sebagai fagosaitosis dan ia dikawal oleh asid askorbik. Jumlah bakteria yang dimusnahkan olih sel2 darah putih dipengaruhi  jumlah kandungan asid askorbik dalam darah. Ini adalah salah satu sebab mengapa kekurangan asid askorbik dalam badan mendedahkan kita kepada serangan penyakit berjangk

 

Let us now look into some other useful properties of ascorbic acid.  Certain bacteria, during their growth, elaborate and secrete deadly poisons or toxins.  In some of the infectious diseases,the most distressing symptoms and toxic effects,such s the choking of diphtheria or the muscle spasms of tetanus, or lockjaw, are caused by these toxins.  The toxin produced by bacteria causing a type of food poisoning, thebotulinus toxin, is one of the most powerful and deadly poisons known to man.  The lethal dose is so small it is invisible to the naked eye. –Linus Pauling

 

“It was early found that ascorbic acid had the power to neutralize, inactivate,and render harmless a wide variety of these bacterial toxins:  diphtheria”-Harde and Phillip

 

Sesuatu  yang disepakati olih penyelidik2 moden mengenai masaalah MS ialah pengambilan makanan yang mengandungi lemak tepu yang tinggi.Apakah lemak tepu?.

 

Lemak tepu merujuk kepada sekumpulan asid lemak yang mempunyai karakteristik dan unsur2 yang tersendiri. Sebahagian daripada asid lemak tepu adakalanya memberi manafaat kepada badan tidak kurang juga yang mendatangkan masaalah kepada sistem badan.

 

Walaupun lemak tepu bermanafaat kepada kesihatan kita namun terdapat juga jenis2 tertentu lemak tepu yang  berpotensi mengakibatkan masaalah kesihatan seperti  risiko penyakit jantung, strok, dan juga kanser.Kenyataan ini benar jika kita mengambilnya dengan kuantiti yang banyak dan berterusan.Jumlah yang dicadangkan olih dietrisi ialah sebanyak 20 gram sehari.

 

Minyak yang diproses seperti minyak kelapa,kekacang  dan minyak sawit adalah dikenali dengan nama HYDROGENATED OIL.Ia dikatakan mengandungi sehingga 86  peratus lemak tepu yang tertinggi dalam senarai untuk setiap 100 gram yang dimakan.

 

Pengemar2  masakkan bersantan atau makanan2 yang menggunakan santan yang tinggi jumlah lemak tepu yang terkandung dalam setiap 100 gram adalah sebanyak 57 gram lemak tepu yakni bersamaan dengan  148 peratus.

 

Lemak  haiwan dan sayuran  biasanya digunakan untuk membuat burger, bebola daging, sosej, kuah, atau makanan goreng. Secara umum lemak ini mengandungi  kira-kira 40% lemak tepu dalam setiap  100 gram yang diambil bersamaan dengan 186 peratus.

 

Mentega yang biasanya digunakan untuk membuat  kek, biskut dan  roti mengandungi 54 gram untuk seriap 100 gram yang diambil.

Klik SINI untuk maklumat2 tambahan.

 

One thought on “MULTIPLE SCLEROSIS ( MS )”

Comments are closed.