browser icon
You are using an insecure version of your web browser. Please update your browser!
Using an outdated browser makes your computer unsafe. For a safer, faster, more enjoyable user experience, please update your browser today or try a newer browser.

PROTOCEL -MERUNGKAI TABIAT SEL KANSER

Posted by on February 9, 2011


Protocel adalah formula dietri yang diolah olih ahli kimia Amerika Jim Sheridan berasaskan teori olih pemenang hadiah nobel Dr Otto Warburg mengenai sifat sel kanser  yang anaerobic.

Apabila saya memperkatakan mengenai PROTOCEL dan bagaimana ia bertindakbalas dengan sel sihat dan sel kanser dalam badan,ia telah mengundang beberapa persoalan dari pembaca.

Formula permakanan yang diolah olih Jim Sheridan yang dinamakan PROTOCEL ini bertindak MERENDAHKAN KESELURUHAN VOLTAN SEL  PADA MANUSIA, .INI TERMASUKLAH SEL SIHAT DAN SEL KANSER TIDAK TERKECUALI.

Ada yang bertanya,apa kena mengena voltan dengan badan kita?.Dan bagaimana cecair PROTOCEL yang kita minum bolih memberi impak disegi turun naiknya voltan pada sel2 badan kita.

Untuk pemahaman yang mudah kita perlu melihat kepada beteri kereta.Bagaimanakah air suling ( air beteri ) mampu menggerakkan sebuah kereta.Menghidupkan semua aplikasi pada kenderaan.Jika bateri anda tiada air,bateri akan mati.

Begitu juga badan kita.Jika tiada cecair dalam badan kita,semua fungsi badan akan mati.Kehadiran cecair amat diperlukan dalam badan untuk membolihkan voltan terus dijana dalam badan untuk membolihkan semua deria kita berfungsi.Ada beberapa jenis cecair dalam badan yang berfungsi untuk menghasilkan voltan.

Jika bateri kereta memerlukan 12 volts untuk beroperasi dengan baik,badan manusia pula memerlukan  100 milivolts untuk membolihkan sel2 beroperasi.Badan memerlukan sekurang kurangnya 50milivolts lagi untuk membina sel2 baharu.

Badan manusia memerlukn cecair  untuk menjana arus letrik  untuk menggerakkan kesemua fungsi badan termasuk yang terpenting kesinambungan degupan jantung dan komunikasi diantara otak dan sistem deria.

Senarai dibawah adalah unsur2 yang terdapat dalam tubuh manusia.Perhatikan kepad POTASSIUM dan SODIUM,kerana 2 unsur ini adalah element penting dalam penjanaan voltan yang memungkinkan komunikasi antara sel.Dan bandingkan dengan bahan2 yang digunakan olih JIM SHERIDAN untuk mengolah formula PROTOCEL.

  1. Oxygen (65%)
  2. Carbon (18%)
  3. Hydrogen (10%)
  4. Nitrogen (3%)
  5. Calcium (1.5%)
  6. Phosphorus (1.0%)
  7. Potassium (0.35%)
  8. Sulfur (0.25%)
  9. Sodium (0.15%)
  10. Magnesium (0.05%)
  11. Copper, Zinc, Selenium, Molybdenum, Fluorine, Chlorine, Iodine, Manganese, Cobalt, Iron (0.70%)


Tetrahydroxyquinone

Tetrahydroxyquinone adalah molekul yang dikenali sebagai ubat anti katarak yang primitif.Ia juga merupakan molekul yang sangat aktif yang dapat mengambil bahagian dalam kitaran redoks dengan radikal semi kuinin yang mengarah kepada pembentukan spesies oksigen reaktif (ROS).

Rhodizonic Acid

Ia adalah sejenis zat kristal tak berwarna (disebut asam rhodizonic, dan asam karboksilik) yang diperolehi daripada carboxide kalium dan dari kuinon tertentu. Membentuk garam merah, kuning, dan ungu .

Sodium

Sodium merupakan mineral penting untuk semua organisma hidup. . Logam perisian juga muncul dalam kelimpahan sebatian, seperti natrium klorida, lebih dikenali sebagai garam. .

Potassium

POTASSIUM merupakan mineral yang sangat penting untuk fungsi i semua sel, rangkaian, dan organ dalam tubuh manusia. Ini juga merupakan zat elektrolit, yang melakukan tindakbalas elektrik dalam badan  dengan bantuan natrium, klorida, kalsium, dan magnesium. Potasium sangat penting untuk fungsi jantung dan memainkan peranan penting dalam kontraksi otot rangka halus dan elemen penting untuk fungsi pencernaan dan tisu

Croconic Acid / Triquinoyl

zat kristal kuning, yang diperolehi daripada potassium carboxide, asid rhodizonic, dan berbagai fenol dan turunan kuinin dan membentuk garam berwarna kuning atau oren.

Pyrocatchol (Anti-Oxidant)

fenol kristal putih, CH (OH), yang terdapat secara semulajadi pada tanaman dan g biasanya dihasilkan secara sintetik: digunakan sebagai antiseptik


Minerals and Trace Elements,

Copper (trace)

Dalam penulisan sebelum ini,telah dinukilkan bahawa perbezaan sel kanser dan sel yang sihat ialah

Sel sihat menjana tenaga dengan menggunakan oksigen.Dengan cara ini badan akan mendapat nilai voltan yang mencukupi untuk menyokong apa jua aktiviti yang perlu dilakukan.

Sel kanser menjana tenaga dengan menggunakan glukosa ( gula ).Ia juga menghasilkan voltan namun dengan nilai yang lebih rendah dari sel sihat.Kajian menyatakan sel kanser hanya menjana lebih kurang 15 hingga 20 milli volts.Ia sekadar mencukupi untuk aktiviti sel kanser tersebut membelah. Apabila kadar glukosa semakin rendah sel kanser akan melakukan apa sahaja untuk mendapatkan bahan bakar,ini termasuk mencurinya dari sel sihat

Konsep PROTOCEL ialah merendahkan nilai keseluruhan voltan sel sekitar 15 ke 20 peratus

Analisa mudah adalah seperti berikut

Sel sihat  100milivolt  tolak 15 peratus = 85 millivolts

Sel kanser 20 millivolts tolak 15 peratus = 17 millivolts.

Dengan berbaki 17 millivolts sel kanser tidak berupaya untuk bertaut dan menjalankan aktiviti pembelahan dan seterusnya terurai atau diserang olih antibodi.

Sementara dengan baki 85 millivolts sel sihat masih bolih terus berperanan seperti biasa.

Konsep voltan pada sel manusia bolih dibaca pada link2 berikut.

http://altered-states.net/barry/newsletter440/lightningbolts.htm

http://www.jci.org/articles/view/40801/version/2

Dalam penulisan yang lalu telah diterangkan serba ringkas mengenai SEL  AEROBIC dan SEL ANAEROBIC.Baca DISINI. atau DISINI.

Untuk file pdf mengenai protocel klik SINI.


Leave a Reply