Protokol Dosage Tinggi Vitamin C

Vitamin C sangat popular digunakan dalam bidang kecantikkan.Dengan dosage 1 gram yang diambil bersama glutatahione  ia telah membantu ramai khususnya kaum wanita untuk mendapatkan kulit yang berkauliti.

Pengambilan Vitamin C dan glutatahione  secara “intravenous” adalah lebih berkesan dan memberikan keputusan yang pantas berbanding pengambilan secara oral.

Namun untuk kaedah alternatif rawatan kanser jumlah yang digunakan di klinik2 Vitamin C adalah 30 hingga 100 kali ganda.Ia bertujuan untuk mengujudkan sautu entiti lain yang dikenali sebagai hydrogen peroxide.Hydrogen peroxide merupakan toksid kepada tumor atau sel2  kanser.

Protokol Vitamin C bolih digunakan bersama sama dengan hampir semua protokol2 kanser yang lain kecuali Protokol Protocel.

Bahkan para penyelidik menyarankan dosage tinggi vitamin C diberikan bersama sama kaedah kimoterapi dan sinaran radiasi untuk melindungi sel2 yang sihat khususnya sel2 antibodi yang perlu sentiasa cergas untuk memusnahkan sel2 kanser yang telah dilemahkan olih dadah kimo.

http://time.com/4718630/vitamin-c-cancer-treatment-chemotherapy/

Saya mengesyorkan protokol Vitamin C digunakan untuk semua jenis kanser.Samada protokol penoh atau digunakan untuk menyokong protokol2 kanser yang lain khususnya protokol Vitamin B17.

Dalam kaedah rawatan konvensional untuk menanggani tumor2 yang bersaiz besar atau jenis2 tumor yang berada dilokasi2 yang tidak bolih dilakukan pembedahan atau jenis2 tumor yang berselerak dalam organ2 kritikal, biasanya doktor akan mengesyorkan kaedah kimoterapi atau sinaran radiasi digunakan terlebih dahulu.Ia bertujuan samada untuk mengecilkan saiz tumor atau membunuh seberapa banyak yg bolih tumor2 yang bersaiz kecil.

Protokol dosage tinggi vitamin C berupaya melakukan perkara yang sama tanpa merisikokan sel2 yang sihat dan organ2  dalaman.

Walaubagaimanapun untuk jenis tumor yang agak besar dan mudah dicapai melalui kaedah pembedahan tanpa merisikokan nyawa pesakit maka kaedah membuang tumor adalah lebih praktikal.

Ini akan memudahkan protokol vitamin C dilakukan tanpa kesan2 sampingan yang teruk akibat penghuraian tumor atau Tumor Lysis Sindrome (TLS).

Antara jenis tumor yang agak mudah dicapai melalui kaedah pembedahan adalah seperti tumor payudara yang melebihi 5 cm,tumor  didalam usus yang menghalang pengeluaran najis  dan tumor yang besar didalam ovari.

Saya menyarankan para doktor untuk meneliti protokol dosage tinggi Vitamin C yang telah digunakan olih doktor2 di barat sejak 50  tahun yang lalu.Malah ia masih digunakan hingga kini di hospital2 dan klinik2 persendirian di Germany,Canada,Mexico dan Amerika.

Untuk melakukan protokol penoh Vitamin C selama 6 minggu di hospital2 alternatif kanser di Germany misalnya, menelan belanja sehingga RM250,000.Alangkah baiknya jika ianya dapat dilakukan disini dengan kos yang jauh lebih murah .

Protokol yang dimaksudkan adalah The Riodance IVC protocol.Sila klik link berikut untuk maklumat protokol yang saya maksudkan.

RIODANCE IVC PROTOCOL

Secara asasnya vitamin C  dalam dosage yang kecil adalah bersifat anti oksidan.Oksidasi adalah tindakbalas kimia yang menghasilkan radikal bebas dan rantaian radikal bebas inilah yang akan merosakkan dna sel2.

Sebagai contoh jika anda memotong sebiji buah apel dan membiarkannya beberapa jam,anda akan melihat warna permukaan buah apel akan berubah ke warna coklat pada permukaannya.Ini adalah tanda2 oksidasi dan kemunculan radikal2 bebas pada permukaan buah apel tadi.

Kemudian hiris sepotong buah lemon dan perahkan jus lemon diatas permukaan buah apel tadi.Anda akan melihat warna permukaan buah apel akan bertukar ke warnanya yang  asal.Ini adalah satu eksperimen mudah untuk menunjukkan  apa yang dilakukan olih viatamin C dalam badan kita.Ia menyerap radikal2 bebas pada sel2 dan dilupuskan melalui sistem perkumuhan.

Radikal2 bebas ini berupaya merosakkan dna sel2 dan membiakkan sel2 kanser pada jangkamasa mendatang.

Vitamin C berupaya  menghapuskan rantaian2 radikal bebas ini.Malah dengan hanya menggunakan dosage sekitar 100mg sudah cukup untuk menanggani penyakit scurvy,

Namun Vitamin C dalan dosage yang  besar  mampu melakukan 2 perkara.Ia bolih bertindak sebagai anti oksidan dan pada masa yang sama  bertindak sebagai pro oksidan.

Pro oksidan adalah satu keadaan tindakbalas kimia yang mendorong  kepada  berlakunya tekanan oksidatif melalui meĺalui  pembentukkan “reactive oxigen species”  ( ROS ).

ROS adalah tindakbalas kimia yang mengandungi antaranya  oksigen,peroxides dan superoxide.(hydroxyl ) .Keseluruhan proses ini dinamakan Redox ( reduction oxidation ) Cycling yang bertanggungjawab memusnahkan tumor.

Sel2 yang sihat tidak terjejas dengan kemunculan hydrogen peroxide kerana sel2  yang sihat mempunyai satu enzim yang dinamakan catalase   yakni satu sebatian yang meningkatkan tindakbalas kimia tanpa ia mengalami perubahan kimia.

Apabila tumor maglinant didedahkan kepada hydrogen peroxide ia mengujudkan satu keadaan yang dinamakan tekanan oksidasi atau oxidative stress didalamnya ( tumor ).Ini mendorong sel2 kanser mengalami satu keadaan yang dikenali sebagai opoptosis yakni sel2 kanser  memusnahkan diri sendiri.

Konsep ini bersamaan dengan kaedah kimoterapi dan sinaran radiasi ( mengujudkan oxidative stress ),namun dadah2 kimo turut menjejaskan sel2 yang sihat dan membunuh sistem imun.

Selain dari itu kekuatan dadah kimo tidak bolih dipertingkatkan dengan sertamerta  jika tumor maglinant turut mempertingkatkan imuniti mereka kerana dikhuatiri akan menjejaskan sel2 organ yang sihat dan sel2 darah.

Sementara dosage vitamin C bolih dipertingkatkan dari masa kesemasa dalam tempoh waktu yang lama tanpa menjejaskan sel2 yang sihat.

Inilah kaedahnya  bagaimana dosage tinggi vitamin C  berfungsi  untuk memusnahkan tumor.

Perkara utama dan  penting untuk melaksanakan protokol ini adalah memastikan jenis atau jenama vitamin C yang hendak digunakan.Ia juga dikenali sebagai ascorbic acid.

Olih kerana asid askorbik  ini sangat mudah diproses,ramai yang memproses sendiri cecair vitamin C  tanpa mengambilkira aspek2 penting dalam proses penghasilannya terutamanya penggunaan bahan mentah dan ph larutan vitamin C.

Sangat banyak dalam pasaran kini khususnya yang didalam pasaran kosmestik, jenis2 vitamin2  C yang diproses sendiri khususnya yang diimport dari China,Thailand,Korea dan Filipina.

Terdapat juga yang dibotolkan menggunakan jenama2 terkenal dunia.Sesetengah pengguna mengalami pelbagai kesan sampingan dan ada juga yang tidak mendapat keputusan seperti yang diharapkan.Palagiat seperti ini juga dialami olih jenis2 vitamin C dosage tinggi dengan menggunakan jenama2 terkenal dunia.

asid ascorbic tiruan

Pastikan anda hanya mendapatkan bekalan dari agen2 atau pengimpot yang sah kerana sangat sukar untuk membezakan antara yang tiruan dan yang original.Ini ssngat penting diberi perhatian kerana ia bolih sahaja mempengaruhi keberkesananya  jika anda menggunakannya untuk rawatan kanser.

Takrif sebenar protokol dosage tinggi vitamin C untuk menanggani kanser secara umumnya ialah memasukkan Vitamin C dalam badan anda sebanyak 1 gram untuk setiap 1 kg berat badan anda.Jika berat badan anda adalah 50kg maka jumlah yang diperlukan adalah sebanyak 50 gram vitamin C.

Namun ia biasanya dimulakan secara berperingkat dengan dosage minima sebanyak 15 gram unuk tempoh beberapa hari.

Tidak seperti protokol vitamin B17 yang mesti dilakukan setiap hari,protokol vitamin C lebih mementingkan jumlah vitamin C yang perlu berlegar dalam saluran darah  dan olih kerana badan kita menggunakan vitamin C setiap hari ia perlu kerap  ditambah untuk  vitamin C ini berada pada tahap maksima agar redox cycling sentiasa berlaku secara berterusan.

Lantaran itu vitamin C disyorkan diambil selang sehari atau beberapa hari  antara dosage.Badan kita akan melupuskan jumlah vitamin C yang berlebihan.Bahkan aspek penting yang perlu diberi perhatian adalah JUMLAH  yang mencukupi diambil dan FREKUENSI  pengambilannya.

Kegagalan menggunakan Vitamin C untuk merawat kanser atau pelbagai penyaki kronik adalah disebabkan dosage yang tidak mencukupi.Ini akan menyebabkan hydrogen peroxide tidak terbentuk secara berterusan dan gagal untuk mengujudkan oxidative stress.

“As established by seminal studies by Chen et al. (2829), in concentrations higher than 1 mM, ascorbate can cause a build-up of hydrogen peroxide (H2O2), which is preferentially toxic toward tumor cells”. -quote

Misalnya untuk menanggani pesakit2 kanser diperingkat terminal memberi 10 gram vitamin C setiap 1 jam pernah dilakukan olih beberapa doktor2 yang mempelupori rawatan kanser kaedah alternatif.

Tempoh yang diperlukan bergantung kepada tahap  kanser anda.Namun kebiasaanya ia mengambil masa sehingga 2 ke 3 minggu untuk memberikan impak kepada tumor.

Dalam Protokol Riodance dinyatakan sekiranya penggunaan sehingga 100 gram sehari dan tiada tindakbalas yang ditunjukkan maka anda bolih mencuba kaedah lain.Mungkin sahaja protokol  ini tidak sesuai buat anda.

Secara ringkasnya protokol ini bolih dimulakan dengan 15 gram sehari 3 kali seminggu.

Diikuti dengan 30 gram sehari 4 kali seminggu.Dosage 30 gram ini perlu dikekalkan selama 2 minggu.

Fasa yang berikutnya adalah bergantung kepada berat badan anda.Sekiranya berat badan anda adalah 60 kg,anda bolih beralih kepada 60 gram sehari 3 kali seminggu.

Fasa ini perlu dikekalkan untuk tempoh sekurang2nya selama 3 minggu.Sekiranya terdapat response yang bagus dosage tersebut perlu dikekakalkan sehingga simptom2 kegagalan organ telah kembali normal.

Fasa ke 4 adalah fasa pra penyembuhan dan biasanya menggunakan dosage yang sama dengan frekuensi 2 x seminggu.

Frekuensi yang seterusnya adalah 1 kali seminggu,satu kali setiap 2 minggu,satu kali setiap tiga minggu dan dosage satu bulan sekali.

Jika sekiranya anda menggunakan dosage yang melebihi 30 gram,kaedah terbaik adalah mengecilkan dosage kepada frekuensi 2 kali sehari.( 15 gram pagi dan 15 gram sebelah petang )

Adalah sangat PENTING anda mengambil beberapa suplimen sokongan secara oral untuk menyokong kitaran redox cycling secara berterusan.

Antara supplimen2 yang disyorkan untuk menyokong protokol dosage tinggi Vitamin C adalah seperti berikut.

1.Vitamin C 1000 mg diambil 1 biji 3 kali.Yang terbaik adalah jenis liposimal C atau jika sukar untuk mendapatkan jenis liposimal dapatkan Vitamin C jenis yang dilebelkan slow release.

2.Selenium 100 mcg  diambil 1 biji 3 kali sehari.

 

3.Alpha Lipoic Acid diambil 1 biji 3 kali sehari.ALA juga bolih didapati dalam bentuk suntikkan

Ketiga2 suplimen diatas adalah merupakan antioksida yang kuat digunakan bersama2 dengan protokol vitamin C untuk menyokong redox cycling yang berterusan terutamanya pada hari2 dimana kaedah  intravenous tidak dilakukan.

Olih kerana protokol dosage tinggi vitamin C ini tidak mempunyai konflik dengan kebanyakkan protokol2 kanser yang lain,adalah digalakkan anda menyokong protokol ini dengan supliment2 dari protokol yang lain.

Antaranya tablet amigdalin Vitamin B17,pancreatic enzyme dsbnya.

 

Pastikan anda minum jumlah air yang mencukupi sepanjang tempoh pengambilan Vitamin C.Yang terbaik adalah mendapatkan dehydration drip pada kesokkan hari.

Pengambilan suplimen  sokongan tertentu amat disyorkan untuk menyokong protokol ini.Antarnya adalah glutathione,tablet b17 amigdalin dan panceatic enzyme atau bromelain.Jika terdapat perebakkan sel2 kanser ke hati anda disyorkan menggunakan suplimen milk thistle.

Berikut adalah beberapa tip penting yang diutarakan olih beberapa doktor yang merawat kanser menggunakan dosage tinggi vitamin C

1.Pecahan dosage.Majoriti doktor2 berpendapat memecahkan dosage kepada beberapa bahagian dalam sehari lebih baik untuk mendapatkan kesan yang optimum terutamanya pada minggu2 dimana jumlah dosage perlu dipertingkatkan.

Umpamanya 60 gram sehari dibahagikan kepada 3 atau 4 bahagian.15 gram setiap 4 atau 5 jam.Atau 20 gram dipecahkan kepada sebelah pagi,petang dan malam.

2.Menggunakan jumlah “diluter” yang rendah.Umpamanya untuk 30 gram menggunakan hanya 250ml diluter hartmans atau untuk 15 gram menggunakan hanya 100ml atau 150ml diluter hartmans.Walaupun ia sedikit memberikan ketidakselesaan kepada pesakit namun doktor2 ini berpendapat ia lebih memberikan impak yang maksimun terutamanya untuk jenis2 kanser yang agresif..

Nota

Suntikkan Vitamin C TIDAK diluluskan olih pihak berkuasa Kementerian Kesihatan Malaysia.Ini termasuklah untuk kecantikkan dan untuk tujuan apa2 rawatan termasuk kanser.

Penulisan didalam laman web ini hanya bertujuan untuk berkongsi maklumat.

Anda dinasihatkan merujuk kepada doktor sekiranya anda mengalami masaalah kesihatan.

Sekiranya anda berkehendakkan berhasrat untuk melakukan protokol Vitamin C anda disarankan melakukanya dihospital atau di klinik2 yang terdapat dinegara2 maju sepert di USA,GERMANY,CANADA,MEXICO,