browser icon
You are using an insecure version of your web browser. Please update your browser!
Using an outdated browser makes your computer unsafe. For a safer, faster, more enjoyable user experience, please update your browser today or try a newer browser.

RAWATAN ALTERNATIF KANSER USUS ( KOLON )

Posted by on May 14, 2011

maklumat lengkap mengenai kanser colon sila baca DISINI

 

KANSER usus atau ” colon cancer “ adalah kanser yang terjadi didalam usus besar dan usus kecil.Olih kerana kanser terjadi diruangan tempat pencernaan dan penyerapan nutrien dan zat zat makanan ia dilihat sebagai amat merbahaya.Kanser perut berkongsi risiko yang amat tinggi dengan kanser kolon.


Tumor didalam usus terbahagi 2 jenis.


Benign .Ia jenis tumor yang tidak  merebak kebahagian lain badan dan kebiasaanya selamat untuk dibuang melalui kaedah pembedahan yang dipanggil  “colonoscopy”.Tumor jenis benign perlu juga dibuang kerana ia berpotensi untuk bertukar menjadi tumor jenis malignant.


Malignant.Tumor jenis ini berupaya untuk merebak  samaada dibiarkan tanpa rawatan atau melakukan pembedahan,kimoterapi dan radiasi.


Tumor biasa terjadi didalam usus besar atau didalam usus kecil dipenghujung usus yang dipanggil “rectum”.Tumor dipercayai bermula apabila terbentuk gelembung2 pada permukaan dinding usus.Ia dikenali sebagai “polypse”.Pada tempuh beberapa  tahun  “polysps” ini akan berkembang dan  membengkak dipermukaan dinding usus.


Samada ia jenis benign  atau malignant hanya bolih disahkan melalui  ujian “biopsy”.Namun pada perngkat ini kebiasaanya  symptom  belum bolih dirasai  kerana ia belum menjejaskan fungsi keseluruhan kolon.


Jika pada peringkat ini ia dikesan doctor biasanya akan memulakan proses “staging” dan memulakan kaedah rawatan.”Staging” untuk kanser kolon adalah seperti berikut.Olih kerana kanser kolon cenderung untuk merebak ke organ  hati dan paru paru,xray atau scan akan dilakukan pada bahagian tersebut.


Kanser kolon mempunyai kaedah pengeredan yang agak berbeza dan kompleks dengan kanser2 lain kerana ia mempunyai pelbagai peringkat perkembangan.Dan kaedah pengeredan terkini yang selalu digunakkan ialah kaedah yang dikenali dengan nama “TNM STAGING SYSTEM”.


T membawa maksud berapa jauh tumou telah berkembang dari permukaan usus dan adakah ia telah merebak kepada tisu2 berhampiran.


N membawa maksud adakah ia telah merebak ke “lympnode” berhampiran dengan persekitaran tumor


M membawa maksud adakah sel kanser telah bermestasis kebahagian organ lain seperti hati dan paru paru


Tx  – tumor belum berkembang atau  info yang ada belum mencukupi


Tis  – tumor berada pada peringkat paling awal kebiasaanya ia hanya


Berada didalam lapisan paling dalam kolon yang dikenali sebagai “mucosa”


T1  – Tumor telah berkembang sehingga ke melepasi dinding murcosa


Menuju ke bahagian “sub murcosa”


T2  – Tumor telah berkembang melepasi sub murcosa menuju ke bahagian Dinding tebal usus yang dikenali sebagai “muscularis propria”


T3  -   Tumor telah berkembang melepasi “muscularis prpria” dan menuju kebahgian luar dinding kolon tapi belum merebak kepada tisu berhampiran.


T4a -  Tumor telah menembusi kebhgian paling luar usus dekenli sebagai “serosa”


T4b  -  Tumor telah berkembang dibahagian luar kolon dan telah menjangkiti ke tisu2 berhampiran


Kategori N biasanya adalah pengredan yang berkait dengan atau jika ia telah merebak ke “lympnode “ berhampiran.


Nx – bermaksud belum ada bukti kanser telah berada berhampiran “lympnode”

N0 – Kanser dijumpai berhampiran “lympnode”


N1 -  Kanser berada didalam 1 hingga 3 lympnode atau berhampiran.Juga dikenali sebagai N1a,N1b dan N1c yang membawa maksud jumlah lympnode yang terlibat 1,2 dan 3.


N1c menandakan ia telah dikesan  berada dibahgian lemak lympnode.


N2 -  Membawa maksud sel kanser telah berada dalam 4 lympnode


N2a – Kanser dikesan berada dalam 5 atau 6 lympnode.


N2c-  Kanser dikesan berada dalan 7 lympnode


Sementara ketogori M pula membawa maksud kanser dikesan bermestasis kebahagian lain organ seperti hati dan paru atau di lympnode yang jauh


M0 – bermaksud ia dikesan belum bermestasis


M1a – Kanser dikesan telah bermestasis ke 1 organ atau lympnode yang jauh.


M1b – Kanser telah dikesan bermestasis ke lebih dari satu organ atau lympnode yang terjauh atau bahagian luar abdomen.


Dari sini pengeredan akan dilakukan secara berkumpulan untuk untuk mengambarkan secara keseluruhan keadaan kanser.Ia adalah kombinasi kepada pengredan TSM diatas.Pengredan secara umumnya adalah seperti berikut.


Peringkat “ 0 “

Ini adalah peringkat paling awal.Pada peringkat ini tumor biasanya berada dalam kedudukkannya yang asal iaitu pada bahagian lapisan dalamn usus.Ia juga sering disebut olih pakar kanser dengan nama carcinoma.


Peringkat 1

Pada peringkat ini tumor telah membesar sehingga melangkau ke pertengahan tisu usus.


Peringkat 2

Tumor kanser telah melepasi bahgian dalam dan tengah usus kepada kedudukkan  permukaan usus.Pada peringkat ini biasanya akan terjadi gejala2 atau symptom yang dapat dirasai penderita.


Peringkat 3

Pada peringkat ini tumor kanser telah merebak ke bahagian “lymp node” 3 atau 4 lymp node


Peringkat 4

Pada peringkat ini tumor kanser telah merebak ke lebih banyak lymp node berhamoiran dan juga ke bahagian lain badan,kebiasannya hati dan paru paru.


Sesuatu yang perlu disedari bahawa kanser kolon bolih atau telah terjadi bertahun tahun sebelum simptom2 berkaitan timbul.Simptom akan dirasai bergantung pada bahgiam mana tumor terdapat.Olih kerana  posisi kedudukkan usus itu sendiri melingkari dari bahagian kanan,tengah dan kiri,kebiasaanya  tumor yang terjadi pada posisi2 tertentu kolon akan menimbulkan gejala simptom yang berlainan.


Misalnya tumor yang berada pada sebelah kanan akan hanya menunjukkan simptom apabila ia telah benar2 menjadi besar.Dan apabila ia mula menunjukkan simptom penderita akan kehilangan banyak darah dan menyebabkan “anemia” yang membawa kepada keletihan,pitam dan sesak nafas.


Dan tumor yang berada pada sebelah kiri ( saiz kolon yang lebih kecil ) simptom akan cepat dirasai seperti kesukaram membuang air besar.Bila ini berlaku pesakit biasanya akan merasa kekejangan pada perut,keletihan,pendarahan yang pekat ( jika tumor berada di “rektum” dan kekejangan  abdomen.


Simptom kanser kolon sila rujuk ke link berikut


http://www.cafemlm.com/kesihatan-dan-anda/kenali-simptom-kanser.html

 

Sementara kaedah rawatan konvensional mempunyai peratusan yang kecil untuk sembuh sepenuhnya,menghampiri kosong peratus terutamanya jenis kanser yang telah bermestasis, manakala rawatan alternatif pula tidak menjanjikan peluang yang tinggi kerana seringkali mereka yang beralih kepada rawatan alternatif hanya setelah mereka menjalani  kaedah kimoterapi dan sinaran radiasi.


Manakala mereka yang mempunyai tumor pada bahagian rektum ( hujung usus ) dimana penyambungan usus sukar dilakukan akan terpaksa  membawa beg “stoma” sepanjang hayat dan berharap tumor tidak akan berulang pada bahagian2 lain usus atau organ.Kerana sekiranya ini terjadi penderitaan adalah berlipat kali ganda.


Rawatan alternatif menjadi agak sukar kerana banyak kemusnahan telah terjadi kepada sel2 sihat pada dinding usus yang mempunyai saluran2 seni urat yang berfungsi untuk menyerap nutrient dan zat2 makanan telah terkambus.


Namun sautu perkara yang perlu diberi perhatian khusus adalah sekiranya terdapat tumor yang besar didalam kolon atau perut,pembedahan hendaklah dilakukan dengan kadar segera untuk membuang tumor.Kemudian barulah kaedah rawatan alternatif bolih dimulakan.


Manakala jika terdapat tumor pada bahgian rektum yang menutupi hampir 90 peratus rektum,pilihan mungkin agak sukar dilakukan.Kaedah alternatif mungkin sahaja tidak mempunyai cukup masa untuk mengecutkan atau memusnahkan tumor.


Namun jika ianya masih diperingkat 30 hingga 40 peratus penutupan,kedua2 kaedah pembedahan dan alternatif mungkin mempunyai ruang masa untuk menyelesaikan keadaan.


Mereka yang menghidap kanser kolon seringkali berasa lemah dan tidak bermaya walaupun mereka kelihatannya makan dengan banyak.Ini adalah kerana makanan yang dimakan tidak dapat dicernakan dengan sempurna dan menjadi bahan buangan.


Yang keduanya nutrient dan zat yang diserap seringkali terpaksa dikongsi dengan sel kanser terutamanya glukos dan nutrient penting yang amat diperlukan oleh sel yang sihat.


Yang ketiganya sel kanser mengeluarkan bahan sampingan yang dipanggil  asid laktik.Asid laktik menghalang sel sihat dari menerima nutrien dan zat yang amat diperlukan untuk membina antibodi untuk melawan sel kanser.Dalam ertikata lain sel sihat telah disekat dari mendapat bahan mentah yang bolih digunakan untuk menghapuskan sel kanser.


Asid laktik ini kemudianya dihantar ke hati dan ditukarkan kepada glukos.Malangnya kitaran makanan ini pula dibolot oleh sel kanser juga.Itulah sebabnya merawat kanser kolon amat memerlukan strategi khusus kerana kaedah rawatan alternatif banyak bergantung kepada apa yang disebut ” oral chealation”


Lantaran itu pengidap kanser kolon  perlu mengambil banyak zat makanan untuk memastikan sel sel yang sihat mendapatkan bekalan yang mencukupi.Yang sebaik baiknya zat2  ini diambil dalam bentuk cecair atau suppliment tertentu yang diolah sedemikian rupa agar hanya sel yang sihat sahaja mendapat manafaat.Dengan cara ini sel2 kanser akan kelaparan dan menjadi lemah.


Selepas kaedah pengawalan diet ini dapat dilakukan dengan berhati hati,langkah kedua pula ialah memusnahkan sel kanser yang sedia lemah.Kaedah2 rawatan alternatif menawarkan apa yang dipanggil “perangkap offside ” terhadap sel kanser.Sel2 kanser yang kelaparan ini akan diumpan untuk menghadam bahan2 yang bila dihadamkan akan menjadi racun kepada sel kanser.


Kemudiannya kaedah detokfikasi digunakan untuk mengeluarkan sel2 kanser yang mati dari dalam saluran darah.


Yang akhir sekali adalah merawat usus dan dinding perut yang tercedera dengan menggunakan supplimen khusus untuk kolon dan perut.


Lantaran itu rawatan alternatif terhadap   kanser kolon dan perut bolih sahaja menelan belanja yang agak tinggi kerana faktor “kegagalan kolon dan perut untuk memproses makanan mentah atau ” raw food “.


Jika anda ingin merawat kanser kolon atau membeli produk berkaitan protokol ini anda perlulah memahami dengan sepenuhnya kaedah apa yang ingin digunakan.


Contohnya pembelian vitamin B17 samada jenis injectible atau  berbentuk pil 500mg sahaja tidak akan membantu.Beri perhatian perkara dibawah sebelum anda memilih produk.


1.Anda perlukan supliment untuk proses detokfikasi  terutamanya “colon detok”.Tetapi jika tumor anda terlalu besar  colon detoks tidak digalakkan kerana dikhuatiri berlaku pendarahan yang banyak ketika ia digunakan.


2.Anda perlukan suppliment yang membina antibodi dan enzim  untuk pengkerias bagi membolihkan protin2 sel kanser dimusnahkan.


3.Anda memerlukan supplimen yang menghalang sel kanser dari mencuri   zat2 makanan dari sel yang sihat.


4.Anda perlu mengujudkan suasana berakali dalam badan untuk melemaskan  sel kanser dengan pengambilan  makanan atau minuman yang tinggi phnya.Terdapat juga suppliment kearah ini jika pesakit kanser kolon tidak mampu makan atau minum dengan banyak sumber2 makanan berakali.


5.Kemudian barulah diambil supplimen2 tertentu untuk membunuh sel kanser dan seterusnya mengecutkan tumor.


Produk2 berkaitan perkara diatas terdapat dalam pasaran dengan pelbagai jenis,jadi adalah penting anda mendapatkan produk yang betul.


Seperkara lagi protokol rawatan alternatif memerlukan anda menghabiskan sesuatu protokol sebelum anda beralih menggunakan kaedah yang lain.Dengan mencampur adukkan kaedah rawatan mungkin akan menyebabkan anda membina dan membiakkan lagi sel kanser.


Telah dibicarakan diatas tadi terdapat banyak keadaan dimana pesakit kanser colon dan kanser perut hanya beralih kepada rawatan alternatif hanya selepas gagal dengan rawatan  menggunaan kaedah radiasi dan kimoterapi.


Pada peringat ini pesakit kebiasaannya sangat lemah dek kerana hilang selera makan dan penurunan berat badan yang drastik.Dalam peringkat ini antibodi pesakit berada dalam keadaan nyawa2 ikan dan bukan sahaja tidak mampu melawan sel kanser malah seringkali ia gagal bertindak keatas virus2 selsema dan demam yang akhirnya membawa kepada kematian.


Bahkan sel2 kanser ini akan sampai kepada satu tahap dimana bila tiada apa lagi yang bolih digunakan sebagai sumber tenaganya ia akan makan sel2 yang sihat dalam ertikata lain ia “memakan pesakit kanser dari dalam”.Kronologi ini dikenali sebagai CACHEXIA .


Sila rujuk disini untuk info lanjut berkenaan  cachexia


http://www.cafemlm.com/kesihatan-dan-anda/kanser-dan-hydrazine-sulphate-2.html

 

http://www.cafemlm.com/kesihatan-dan-anda/kanser-dan-terapi-hydrazine-sulfate.html

 

Secara lazimnya sel kanser menggunakan glukos sebagai sumber tenaganya dan hasil buangannya adalah asid laktik.


Sel kanser menghasilkan lebih banyak asid laktik dari sel normal.Ini menjadikan suasana dipersekitaran tumor sangat berasid dan ini disukai mereka.


http://www.cafemlm.com/kesihatan-dan-anda/protocel-merungkai-tabiat-sel-kanser.html

 

Sementara sel2 normal menjadi lemah kerana suasana berasid ini akan menghalang sel2 normal mendapat nutrien dan zat makanan.Lebih malang lagi asid laktik ini menghalang oksigen dari sampai ke sel sihat.


Asid laktik kemudian dihantar ke hati untuk ditukar kepada glukos.Sekali lagi glukos ini akan direbut olih sel kanser. dan sekali lagi bahan buangan ini akan dihantar kehati untuk ditukar semula kepada glukos.Kitaran yang berulang ulang inilah yang membuatkan pesakit kanser kolon sering kepenatan.


Sepekara lagi apabila antibodi tidak dapat bertindak terhadap sel kanser,ia memungkinkan 2 perkara terjadi.Yang pertamanya sel kanser mencuri zat dan nutrien dari sel normal.Yang keduanya apabila tiada apa lagi yang bolih dicuri ia akan memakan sel yang normal.Dalam istilah lain “pesakit kanser mati kerana memberi sel kanser makan”.


Para pakar kanser berpendapat cachexia adalah penyebab utama kenapa penderita kanser kolon gagal diselamatkan.Kita tidak pasti fenomena ini diakui olih para doktor.Namun bukanlah menjadi rahsia lagi kebiasaannya para doktor akan menasihatkan pesakit kanser untuk makan apa sahaja dengan banyak.Satu jenis nasihat yang BETUL dan SALAH


Bila situasi ini telah difahami sekarang adalah masa bertindak untuk menyekat routine atau kitaran ini.Sel kanser harus disekat untuk mendapat glukose dan asid laktik perlu dineutralkan kepada suasana berakali yang amat dibenci olih sel kanser.


Perkara ini akan dibincangkan dalam dalam penulisan akan datang.Untuk sementara ini anda dinasihatkan untuk makan dan minum dengan banyak sumber makanan berakali.Minuman yang terbaik adalah jus lemon.Minum ia dengan kerap.Jus lemon bila ia masuk dalam badan ia adalah bersifat akali.


Sering periksa Ph badan anda untuk mendapatkan kadar bacaan samaada anda lebih toksid atau akali.Rujuk artikel saya berkenaan Ph badan dan kaitanya dengan kanser.


http://www.cafemlm.com/negeri/ph-badan-dan-kaitannya-dengan-kanser.html

 

Apakah kaedah terapi alternatif yang paling sesuai untuk kanser kolon.


Yang pertamanya anda perlu memahami beberapa perkara sebelum mencuba kaedah rawatan alternatif seperti yang dituliskan diatas


1.Ketahui kondisi tumor anda.Dapatkan info lengkap mengenai keadaan tumor umpamanya saiz tumor,kedudukkan tumor,sudahkah ia bermestasis ( kemana ? ) dan jika bolih ramalan doktor mengenai kepesatan pembesaran tumor umpamanya 1mm setiap 1 bulan dan sebagainya.


2.Jika ia memerlukan pembedahan segera,lakukannya kerana dikhuatiri kaedah rawatan alternatif mungkin sahaja mengambil masa yang agak lama untuk bertindak keatas tumor.


Apabila anda mempunyai tumor yang besar didalam kolon atau rektum,anda perlu berhati hati dalam memilih kaedah alternatif yang bersesuain.Tumor didalam kolon adalah ruangan yang agak sempit.Apabila tumor telah mendominasi lebih 50 peratus ruang dalam kolon,sesetengah kaedah akan menyebabkan tumor jadi radang atau bengkak sementara akibat tindakbalas yang terjadi dengan unsur2 supplimen terapi alternatif.


Penambahan 30 ke 40 peratus lagi kepada saiz tumor akan meletakkan anda dalam risiko berlaku penutupan kolon yang menghalang sistem pembuangan air besar.Ini tidak baik walaupun ianya bersifat sementara sebelum ia mulai surut dan mati perlahan lahan.Itulah sebabnya saya menyarankan anda memeriksa saiz tumor untuk mendapatkan peratus penutupan kolon olih tumor.


Satu kaedahlah lain yang bolih dipertimbankan untuk mengawal keradangan tumor dan mengurangkan kebengkakkan ialah melalui pengambilan steriods yang dipreskrepsi olih doktor.Namun ia mungkin agak sukar untuk diperolihi jika doktor tidak memahami apa tujuan anda meminta diberikan steroids.


Selain itu MSM ( methyl-sulfonyl-methane ).Untuk pesakit knser ia sering digunakan untuk mengawal keradangan dan kebengkakkan tumor.Ia selamat digunakan  kerana ia bersifat  semulajadi yang sering diserap olih tumbuh2an.Cadangan pengambilan untuk mengawal kebenkakkan tumor ialah sebanyak  40gram sehari.Namun jika dalam bentuk kapsul ia adalah dalam 500mg  dan pengambilan 8 ke 10 kapsul sehari dikira memadai.


Perkara yang paling penting untuk pesakit kanser kolon ialah mengecutkan saiz tumor secepat mungkin.Ini adalah keutamaan pengidap kanser kolon.Itulah sebabnya prosidur hospital akan memulakkannya dengan kedah pembedahan baru diikuti olih kimoterapi atau radiasi.Kimoterapi dan radiasi adalah untuk membunuh saki baki sel kanser yang tertinggal selepas pembedahan kerana potensinya untuk membentuk semula tumor samada dilokasi asal atau tempat lain dalam badan


Protocel adalah satu kaedah yang dikenalpasti sebagai paling cepat dalam bentuk supplimen untuk mengecutkan tumor.Sebaik sahaja ia diminum ia akan menuju kearah tumor kerana disana  terdapat jumlah sel kanser yang paling banyak.


Namun satu perkara yang perlu diingat apabila ia menyerang tumor,tumor akan menjadi bengkak atau radang sekurang2nya untuk tempoh 2 minggu dan penggunaan seterusnya akan menyaksikan penyusutan drastik saiz tumor.Ia bolih mengambil masa sehingga 3 ke 4 bulan untuk ia benar2 surut  100 peratus.


Sisa buangannya ialah melalui pembuangan air besar dimana anda akan akan lihat najis anda diseliputi dengan lendir berarna keputihan.Sila rujuk pada link  berikut untuk mengetahui mengenai simptom penyembuhan.


http://www.cafemlm.com/kesihatan-dan-anda/lysing-proses-tindakbalas-protocel.html


Selain protocel anda digalakkan untuk mengambil enzim pengkerias untuk pembinaan enzim pencernaan dan Taheebo life Tea untuk  pengukuhan antibodi.


Secara khususnya

PROTOCEL,MSM,ENZIM PENGKERIAS DAN TAHEEBO LIFE TEA adalah kaedah yang bolih saya syorkan.


Pengambilan vitamin B17 terutamanya dalam bentuk kapsul dan pil juga sesuai untuk memaksimakan pembunuhan sel kanser.

 

 

Updatrd 31/10/2011


Hari ini saya menerima satu lagi berita sedih mengenai seseorng yang menderita kanser rektum meninggal dunia setelah hampir 3 bulan mengambil PROTOCEL  dan pil VITAMIN B17-500mg .- Alfatihah

 

Semasa saya melawat arwah sebelum pengambilan PROTOCEL keadaan beliau sangat kurus dan terlantar dikatil.Beliau tidak dapat berdiri atau duduk kerana bengkak pada bahagian punggung disebabkan tumor yang menekan pada bahagian dalam rektumnya.Saya difahamkan beliau telah menjalani pembedahan lencongan dengan mengantikan “stoma beg” sebagai alternatif untuk pembuangan air besar.Disamping beliau telahpun menjalani rawatan kimoterapi.Saya juga difahamkan pusingan kimoterapi berikutnya dijadualkan 1 bulan lagi.


Namun saya berpendapat dengan keadaanya yang tersangat lemah menyebabkan doktor terpaksa menangguhkan rawatan kimoterapi.Ini adalah kelaziman kerana pada kebiasaanya rawatan kimoterapi tidak bolih ditangguh dalam masa yang melebihi 2 minggu kecuali doktor berpendapat ia akan lebih memudaratkan sekiranya kimoterapi diberikan dalam keadaan pesakit sangat lemah.

 

Beliau telah diberikan PROTOCEL dari saat itu.Saya percaya beliau telah mengambil PROTOCEL dengan cara yang betul disamping mematuhi beberapa peraturan yang diberikan.Pada minggu pertama saya diberitahu terdapat banyak lendir yang keluar bersama najis didalam “stoma beg” beliau.Air kencingnya juga bewarna agak kelam dan berbuih.Ini menunjukkan PROTOCEL telah mula bertindakbalas dengan tumor pada rektumnya.Ini berlaratun hingga minggu kedua dan ke tiga.Pada masa yang sama saya diberitahu selera makannya telah bertambah baik berbanding dahulu.

 

Pada minggu ke empat dan ke lima saya diberitahu simptom tindakbalas telah berkurangan.bermaksud tidak banyak lendir keputihan yang keluar bersama najis.Namun air  kencingnya  masih menunjukkan simptom yang sama malah terdapat lendir seperti nanah hingga menyebabkan tiub saluran tersumbat dan terpaksa dibersihkan selalu.

 

Pada saat ini selera makannya masih baik walaupun makanan diambil agak sedikit namun kekerapanya bertambah.Saya memang menyarankan beliau untuk tidak mengamalkan pantang larang yang  yang terlalu ketat kerana pengambilan PROTOCEL akan membuatkan pesakit keletihan dan tidak bertenaga.Ia seperti anda menjalani kaedah kimoterapi dimana anda perlu makan secukupnya makanan yang berkhasiat untuk mendapatkan tenaga menghadapi kesan2 sampingan dadah kimoterapi.

 

Saya juga diberitahu olih rakan2 forum PROTOCEL,akan terdapat satu tempoh,biasanya pada bulan kedua,tindakbalas PROTOCEL seakan akan terhenti.Ini adalah kerana sel2 kanser sedang atau telah membina imuniti terhadap bahan2 aktif PROTOCEL.Perkara ini juga  kadangkala berlaku dalam kaedah kimoterapi dan doktor biasanya mempertingkatkan kekuatan dadah kimo.

 

Pada minggu2 berikutnya simptom tindakbalas telah kembali namun kali ini agak teruk sehingga beliau terpaksa dikejarkan ke hospital yang saya diberitahu untuk melakukan penambahan darah.Sebelum itu saya menyaksikan sendiri bengkak pada bahagian punggungnya semakin lembik apabila menekannya dengan jari.Setelah tiga hari berada dihospital  beliau dibenarkan pulang.Tiga hari kemudian saya menerima sms mengatak arwah agak kritikal dan tenat dan  dua hari kemudian beliau telah meninggal dunia.Arwah berumur sekitar 55 tahun.Saya tidak pasti apa sebenarnya yang berlaku dihospital dan jenis “treatment” yang diberikan.Saya akan mendapatkan jawapan kemudian dan akan “update ” dalam website ini.


Dalam kes kedua,pada hari raya ke dua yang lepas saya mendapat panggilan talipon dari seseorang yang memberitahu saya  bapanya yang berumur 75 tahun  telah pulih dari kanser rektum.Saya telah mengesyorkan beliau mencuba PROTOCEL setelah doktor berpendapat tiada kaedah rawatan yang bolih ditawarkan kepada beliau kerana faktor usia.Beliau mengambil PROTOCEL selama 3 bulan dan hingga kini masih mengambilnya.Saya percaya beliau tika ini berada dalam tahap remission kerana dia sudah kembali makan seperti biasa dan tiada lagi kesulitan membuang air besar.Saya juga dimaklumkan simptom tindakbalas PROTOCEL agak agresif hingga pada satu peringkat sebiji tumor sebesar syiling 20 sen bewarna putih keluar bersama najisnya.

 

Saya menulis mengenai  perkara ini bertujuan agar kita sama sama  mendapat pelajaran dan seterusnya memperbaiki apa2 yang yang tidak kena dengan kaedah penggunaan PROTOCEL.Kekurangan kita yang amat teruk di Malaysia tika ini ialah kita tidak mempunyai walau sebuah pun klinik rawatan alternatif untuk kanser.Tidak terdapat doktor2 yang benar memahami bagaimana untuk merawat kanser dengan menggunakan kaedah alternatif.

 

Walaupun kita menggunakan kaedah alternatif untuk merawat kanser namun pada hakikatnya kita teramat memerlukan peralatan2 hospital untuk membuat penilaiaan berterusan mengenai kondisi pesakit.Umpamanya kita perlu mengetahui mengenai perkembangan saiz tumor,kesihatan organ2 detoks dan juga kesihatan organ2 lain yang berkaitan dengan kemungkinan mestatasis  telah berlaku.Untuk ini kita perlu membuat imbasan dan membuat ujian darah dan semua ini hanya bolih dilakukan dihospital dibawah pengawasan doktor.


Doktor2 pula sentiasa bersikap skeptikal terhadap penggunaan kaedah alternatif dan biasanaya tidak melayan permintaan kita untuk melakukan ujian berkala jika beliau tahu kita mengamalkan kaedah alternatif.Sungguh malang penderita kanser menghadapi pelbagai rintangan untuk terus hidup dan tidak mahu penderitaan yang berpanjangan akibat penggunaan kimoterapi.

 

Berbalik pada perkara diatas saya ingin membuat rumusan mengenai apa sebenarnya yang membezakan seorang abang yang berusia 55 tahun dan seorang pakcik yang berumur 75 tahun yang menghadapi jenis kanser yang sama.

 

Pertamanya ialah arwah telah melakukan pembedahan dengan melencongkan sistem pembuangan air besar beliau.Pihak keluarga tidak dimaklumkan dengan maklumat yang terpeinci apakah kaedah pembedahan yang dilakukan.Maksudnya adakah bahagian rektum itu dibuang sepenuhnya atau ditinggalakan didalam untuk mereput bersama tumor.Sila rujuk gambarajah dibawah,

 

 

 

Kanser rektum berlaku dalam dua keadaan.

1.Ia tidak mencangkupi keseluruhan rektum.Peratusan penutupan lubang rektum  mungkin sahaja  bermula dari satu peratus hingga ke  100 peratus.Dan bahagian “anus” ( hujung rektum )  belum terjejas.


2.Kanser rektum tersebut melitupi keseluruhan rektum,yakni bahagian “anus” telah terjejas.

 

Terdapat 4 jenis kaedah pembedahan yang biasanya digunakan olih doktor untuk melakukan pembedahan kepada bahagian rektum

 

1.Polypectomy.Ia  bukan pembedahan utama.Prosidur ini dilakukan  melalui kaedah colonoscopy bertujuan untuk mengeluarkan gelembungan sel2 “polyps” pada dinding rektum.

 

2.Local excision.Ia biasanya dilakukan jika sel  tumor belum muncul pada permukaan dinding rektum.

 

3.Resection.Kaedah ini dilakukan jika tumor telah keluar pada permukaan dinding rektum.Prosidur ini biasanya melibatkan pengambilan sedikit tisu2 berhampiran seperti lympnode,jaluran diantara dinding abdomen dan rektum.

 

4.Pelviv exenteration.Kaedah ini dilakukan jika tumor telah merebak kebahagian  berhampiran kolon  pundi kencing dan prostat.Bagi wanita sedikit dari tisu2 pada bahagian ovari,servik dan “vagina” mungkin dikeluarkan  untuk  ujian makmal.

 

Bergantung kepada kesesuaian,doktor akan membuat lencongan dari usus besar untuk  pembuangan air besar ke dalam “stoma bag”.Penggunaan stoma bag bolih sahaja bersifat sementara atau kekal bergantung kepada jenis pembedahan yang dilakukan.

 

Selepas itu kimoterapi akan diberikan untuk membunuh saki baki sel kanser yang ada pada luka pembedahan dan kawasan sekitarnya.Adakalanya kimoterapi dan sinaran radiasi diberikan terlebih dahulu sebelum pembedahan dilakukan bertujuan untuk mengecilkan sedikit saiz tumor untuk memudahkan pembedahan dan mengurangkan permasaalahan pembuangan air besar melalui anus.Kaedah ini namakan “neoadjuvant therapy”.

 

Terdapat pelbagai jenis dadah kimo yang biasa digunakan untuk tujuan kimoterapi pada bahagian rektum.Diantaranya adalah

 

Adrucil (Fluorouracil)
Avastin (Bevacizumab)
Bevacizumab
Camptosar (Irinotecan Hydrochloride)
Cetuximab
Efudex (Fluorouracil)
Erbitux (Cetuximab)
Fluoroplex (Fluorouracil)
Fluorouracil
FOLFIRI
FOLFIRI-BEVACIZUMAB
FOLFOX
Irinotecan Hydrochloride
Panitumumab
Vectibix (Panitumumab)


Telah diterangkan dahulu,apa jua kaedah kimoterapi tidak akan membantu membaikpulih bahagian2 organ yang telah dibuang.Jika anda membuang rektum dan menggunakan stoma beg,keadaan itu akan kekal sepanjang hayat anda.


Perkara kedua ialah apabila doktor melakukan pembedahan samaada bertujuan pembuangan sebahagian atau keseluruhan rektum,mereka tersangat pasti sel sel kanser telah pun berhijrah ke tempat lain.Jika ianya masih berada pada sekitar luka pembedahan adalah pasti anda akan mendapat sebiji lagi tumor beberapa bulan akan datang.


Jika sel2 kanser berhijrah keorgan terjauh seperti hati,paru dan ovari ia akan muncul mungkin 1 atau 2 tahun akan datang.Namun dalam kebanyakkan kes yang melibatkan pembedahan dan kimoterapi sel2 kanser sebenarnya berada pada kebanyakkan organ yang berhampiran dengan rektum seperti abdomen,lympnodes,kolon,prostat,pelvis,saluran kencing dan ovari.Cumanya adakalanya jika pemeriksaan menyeluruh tidak dilakukan doktor biasanya lebih memberikan tumpuan  kepada organ2 yang terpenting sahaja seperti hati kerana sekiranya hati telah terjejas keseluruhan kaedah rawatan akan menjadi berliku liku.


Perkara ke tiga ialah berkenaan keberkesanan fungsi organ2 seperti rektum dan kolon selepas pembedahan dan kimoterapi.Jika kolon anda dikimo penyerapan zat2 makanan tidak akan dapat dilakukan dengan sempurna.Seringkali walaupun pesakit makan dengan banyak namun mereka masih merasa amat lemah kerana kegagalan fungsi kolon tadi.Kebanyakkan dari kita selama ini berpendapat kolon hanyalah tempat untuk mengumpulkan bahan2 hampas dari makanan yang dimakan.Sebenarnya kerja2 penyerapan zat makanan berlaku disepanjang kolon sehingga ke usus kecil.


Sebelum ini terdapat seorang makcik yang menghidap kanser kolon telah pun sembuh dan berada dalam remission setelah menggunakan PROTOCEL selama 4 bulan.Makcik tersebut menjalani pembedahan penyambungan kolon tetapi beliau tidak pernah menjalani kimoterapi.


Yang menambahkan penderitaan pesakit kanser rektum dan kolon adalah apabila sel2 kanser juga perlukan makanan dan apabila makanan berkurangan mereka akan mencurinya dari sel2 yang sihat.Pesakit dari hari ke hari akan merasa semakin lemah.Pada peringkat ini,cara terbaik ialah menggunakan supliment atau nutrisi berbentuk cecair kerana ia mudah diserap olih badan.


Rasionalnya mengenai 2 satuasi penghidap kanser rektum diatas ialah pakcik yang berumur 75 tahun tadi mempunyai peluang yang besar untuk pulih dan bertahan semasa PROTOCEL bertindakbalas dengan tumor didalam rektumnya kerana keupayaan sistem kolonnya menyerap zat dari makanan.Walaupun berdasarkan umurnya dia hanya mampu makan sedikit sahaja makanan namun jika makanan yang dimakan adalah berkualiti penyerapan zat2 dan nutrisi makanan bolih mencapai ke 100 peratus.Antibodinya tidak terjejas olih kaedah kimoterapi dan radiasi.

 

Walaupun pada peringkat awal dan pertengahan PROTOCEL secara agresif bertindak balas dengan tumor pada rektumnya, beliau mampu mengatasinya Saya percaya dalam satuasi abang diatas doktor hanya membuangkan sebahagian rectum diatas dan meninggalkan sebahagian yang lain bersama “anus” bertujuan untuk menyambungkan semula apabila luka pembedahan telah sembuh dan sel2 kanser telah tiada pada bahagian tersebut.Namun perkara sebaliknya berlaku.Walaupun telah dikimo namun rektumnya  dibahagian bawah dan “anus” telah ditumbuhi tumor semula  berdasarkan  benjolan  keras yang semakin membesar pada punggungnya.Perlu diingat  doktor adakalanya tersalah jangka mengenai jenis dadah kimo yang tepat untuk jenis2 dan tahap kanser menyebabkan anda perlu kembali membuat “cycle” yang baharu dengan menggunakan jenis dadah kimo yang berlainan.

 

Olih itu  adalah penting untuk kita memahami  setiap risiko yang akan dihadapi dengan melalui pelbagai  kaedah pembedahan  agar kita dapat menilai kaedah yang mana yang paling berisiko rendah dan adakala sesetengah kaedah pembedahan  berisiko rendah ini terdapat dihospital swasta  samada di Malaysia atau Singapura.

 

Kebanyakkan dari kita sebenarnya tidak mendapat info secukupnya dari doktor mengenai pelbagai kaedah rawatan yang ditawarkan.Kebanyakkan dari kita tidak berpeluang untuk bertanya kepada doktor apakah ada umpamanya kaedah pembedahan lain yang lebih berisiko rendah.Terutamanya mereka yang tidak berkemampuan dan hanya bergantung kepada hospital kerajaan terpaksa akur dengan apa jua kaedah rawatan yang ditawarkan,Jika kita banyak pertanyaan dan bersikap amat teliti,anda akan dissuruh pulang atau mendapatkan rawatan dihospital swasta.Olih kerana  hospital kerajaan amat sesak dengan pelbagai  peringkat pesakit kanser,adakalanya temu janji berikutnya akan menyebabkan anda  terjerumus kedalam satiuasi yang lebih berbahaya.

 

Sebagai kesimpulan saya berpendapat PROTOCEL mampu untuk menyingkirkan tumor dalam tempoh 4 atau 5 bulan,bergantung kepada saiz tumor dalam kolon atau rektum.Namun ia banyak bergantung kepada  beberapa perkara berikut

 

1.Kadar peratusan rektum yang tersumbat olih tumor.Mereka yang mempunyai sehingga 80  hingga 100  peratus tumor tersumbat dalam rektum TIDAK DIGALAKKAN untuk terus menggunakan PROTOCEL atau apa2 kaedah alternatif sekali pun.Protocel dan kaedah alternatif yang lain  tidak akan sempat memberhentikan atau menyusutkan tumor dalam tempoh 1 atau 2 bulan.Kaedah yang tepat adalah melakukan pembedahan pembuangan tumor.Jika tumor telah terlalu hampir dengan “anus” saya menyarankan anda melakukan kaedah pembedahan yang dinamakan  “laparoscopic abdominoperineal resection” yang membawa maksud keseluruhan rektum yang terjejas dan anus dibuang kesemuanya.Dan stoma beg digunakan untuk alternatif membuang air besar.Meninggalkan sebahagian dari bahagian bawah rektum dan “anus” adalah lebih berbahaya kerana ia berkemungkinan besar akan membiakkan kembali tumor.

 

2.Jika anda berhasrat untuk menggunakan kaedah alternatif selepas pembedahan,elakkan dari menggunakan kimo.Dadah kimo akan menjejaskan dengan teruk keupayaan colon untuk menyerap zat makanan.Apabila zat makanan tidak dapat diserap dengan baik ini akan menjejaskan kualiti sistem antibodi anda.Apabila sistem antibodi anda tidak bertenaga ia tidak mampu memusnahkan sel2 kanser yang tersebar semasa pembedahan.Dan beberapa bulan atau tahun akan datang anda akan dapati terdapat tumor2 yang baharu dalam hati,pankerias dan abdomen.

 

Jika selepas menjalani kimoterapi dan radiasi anda masih bolih beralih kepada kaedah alternatif.Namun sebenarnya tiada jaminan seratus peratus kesembuhan.Ramai pakar2 perubatan alternatif berpendapat kaedah kimoterapi  akan menjejaskan dengan teruk peluang untuk pesakit kanser sembuh dengan menggunakan kaedah alternatif.Saya telah menulis sebelum ini dimana Dr Gonzales yang mengendalikan klinik rawatan alternatif untuk kanser pankerias dimana beliau memberi keutamaan kepada pesakit yang belum pernah menjalani rawatan kaedah hosptal.Beliau yang mempunyai pengalaman selama 25 tahun merawat kanser menggunakan kaedah alternatif mengatakan peluang untuk mereka yang tidak menjalani kaedah rawatan hospital untuk sembuh adalah lebih tinggi dari mereka yang telah menjalani pembedahan dan kimoterapi.

 

http://www.cafemlm.com/kesihatan-dan-anda/kanser-pankerias-pancreatic-cancer.html

 

Adakalanya mereka yang beralih kepada kaedah alternatif selepas gagal dengan kaedah kimoterapi mengambil masa yang agak lama untuk sembuh.Dan terpaksa berbelanja besar untuk membeli pelbagai suppliment sokongan untuk kekal bertenaga sementara elemen2 kaedah alternatif memusnahkan sel2 kanser.

 

3.Tanya kepada seberapa ramai doktor yang berlainan apakah jenis pembedahan yang terbaik untuk masaalah yang anda hadapi.Catatkan dalam dairi anda kaedah2 pembedahan yang disyorkan beserta risiko yang terpaksa anda lalui selepas pembedahan.

 

4.Jika anda sedang dan telah melakukan kimoterapi amalkan makanan yang berbentuk cecair kerna ia lebih mudah diserap olih kolon berbanding dengan yang berbentuk pepejal.Anda perlu mengambil pelbagai jsenis supliment untuk menyokong fungsi antibodi,pankerias,hati dan tulang untuk membantu  pembinaan sel2 baharu.

 

5.Jika anda menggunakan terapi alternatif adalah mustahak anda membuat ujian berkala untuk mengetahui perkembangan keseluruhan kanser.Saya telah menemui beberapa orang yang telah menjalani rawatan pembedahan dan kimoterapi  yang merasakan mereka telah sembuh dan tidak membuat pemeriksaan berkala dihospital.Dan apabila timbul simptom baru  dan merasakan kesakitan baharu pergi buat pemeriksaan.Apabila pemeriksaan dibuat doktor mengesahkan ia kanser hati tahap 4.


Ingat apabila anda pernah diserang kanser dan sembuh,risiko anda untuk mendapat semula kanser yang sama atau berlainan adalah setinggi 100 peratus.

 

 

 


 

Comments are closed.