Terdapat lebih 400 jenis rawatan alternatif untuk kanser.Dibawah ini adalah senarai jenis2 yang paling digunakan dan diperkatakan di Barat terutamanya di Amerika.
1 .PROTOKOL VITAMIN B17
2 ESSIAC TEA PROTOCOL
3 .CESIUM HIGH PH THERAPHY
4 .DR KELLEY’S ENZYME THERAPHY
5 .THE HOXSEY THERAPHY
6 .PROTOCEL THERAPHY
7 .FLAXSEEDOILAND COTTAGE CHEESE
8 .THE GERSON THERAPHY
9 .714X
10.BURZYNSKI ANTINEOPLASTONS
11.THE RIFE MACHINE
12.ELLAGIC ACID
13.N-TENSE
14.TAHEEBO/PAU D ARCO
15.LOW DOSE NALTREXONE
16.LIFEONE FORMULA
17.THE CAAT PROTOCOL
18.POLY MVA
19.HYDRAZINE SSULPHATE THERAPHY
20.CELLECT BUDWIG ENZYME THERAPHY
21.BILL HENDERSON THERAPHY
22.OZONE THERAPHY
23.BOB BECK PROTOCOL
24.GERSON CLINIC THERAPHY
25.PAW PAW THERAPHY
26.BAREFOOT CALCIUM
27.LORRIANE DAY THERAPHY
28.OXYGEN THERAPHY
29.PROTANDIM
30.MINERAL MIRICLE SOLUTION ( MMS )
31.HYPERTEMIA THERAPHY
Disamping itu terdapat kaedah rawatan alternatif yang menggabungkan sebahagian terapi diatas dan digunakan serentak yang terdapat di
1.GERMAN CANCER CLINIC / HOSPITAL
2.MEXICO CANCER CLINIC / HOSPITAL
Gambar diatas adalah hasil rawatan kanser alternatif di Klinik Kanser German
Dari senarai2 diatas saya hanya memilih beberapa jenis kaedah rawatan untuk dipromosikan dan dedahkan info2 berkaitannya untuk pembaca2 di Malaysia khususnya.
Samada dengan cara menggalinya dari internet,membeli e-book bahkan membeli buku dari Amerika.Kerana sebahagian besar dari maklumat2 mengenainya tidak terdapat secara percuma dari internetAdakalanya saya mendapatkannya dengan percuma dari rakan2 forum yang mengendalikan laman2 web berkenaan kanser dari luar negara.
Untuk pengguna2 di Malaysia khususnya beberap krateria harus diberi perhatian.Antaranya
Digunakan olih sebahagian besar penduduk dunia.
Mudah untuk dapatkan produk berkaitan
Mudah cara penggunaannya
Yang pentingnya digunakan olih hospital2 rawatan alternatif kanser.
Satu perkara yang penting untuk diketahui olih “care taker” yakni orang yang mengawasi dan mengguruskan penggunaan kaedah2 terapi diatas wajar mempunyai dan mendapatkan seberapa banyak info agar terapi2 tersebut dapat diberikan dengan betul seperti yang digariskan.
Umpamanya saya dapati ramai yang membeli dan menggunakan kaedah terapi B17 bahkan ada yang membelanjakan RM8000 untuk leaterile yang disuntik namun pesakit tidak juga sembuh,sedangkan di hospital2 di Mexico ia digunakan dengan amat berkesan.
Ini adalah kerana
Tidak menggunakan protokol lengkap B17
Mencampur adukkan jenis2 terapi
“It is very, very important to make sure you do not add anything to either of these protocols which will interfere with the Budwig Diet. Treatments like Protocel(R), Paw Paw, Graviola, Entlev(R), etc. will interfere with either of these treatments!!”
Menggunakan terapi yang salah untuk jenis2 kanser,umpamanya leaterile tidak sesuai untuk mereka yang ada tumor di otak.
Memberhentikan terapi dipertengahan secara tiba2
Berbalik pada tajuk asal diatas REMISSION ialah tempoh bertenang yang mengesahkan seseorang pesakit kanser itu benar2 telah sembuh dari kanser.Baik doktor rawatan ortodoks maupun doktor alternatif kanser menetapkan tempoh REMISSION ini selama 5 tahun dari pengecutan tumor dan penurunan “cancer marker” dalam darah.
Ramai orang menyangka mereka telah sembuh dari kanser setelah melihat tumor telah lenyap.Ini adalah pemahaman yang salah.
Terdapat dua jenis keadaan REMISSION yaitu “complete remission dan partial remission.
Complete remission membawa maksud seseorang itu tiada lagi mempunyai tanda atau simptom kanser namun ia tidak bermakna kuman kanser telah lenyap dalam badan anda.
Partial remission pula ialah terdapat tanda dan simptom yang menujukkan kanser sedang beransur ansur sembuh dan ini menandakan kuman kanser tidak lagi membelah.
Saya telah menjumpai seseorang yang telah sembuh dari kanser melalui kaedah rawatan alternatif dimana dalam saat remission ini beliau telah kembali mengamalkan tabiat2 permakanan tidak sihat menyebabkan kanser kembali menyerang dalam beberapa bulan sahaja.Akibatnya amat fatal dan beliau tidak dapat diselamatkan walaupun mengunakan kaedah terapi yang sama.
Begitu juga dengan mereka yang telah menjalani rawatan pembedahan,kimoterapi dan sinaran radiasi.Mereka tidak sepatutnya merasa amat selesa dan beranggapan mereka telah bebas kanser.
Kuman kanser dikategorikan sebagai “smart microb” dan amat seni dan biasanya ada sebahagian kecil dari mereka dapat melindungi diri dengan berhijrah ke lokasi badan atau organ yang lain.
Harus diingat,kanser yang terpacul pada diri anda sekarang dalam bentuk tumor yang besar,bukanllah berada disana secara tiba2 atau dalam masa beberapa hari bahkan tahun.
Ia sebenarnya telah mula berada pada keadaannya sekarang selama mungkin 4 ke 5 tahun.
Umpamakan sinki dapur anda yang tersumbat,kotoran2 lemak yang melekat pada paip2 sinki telah pun bermula semenjak anda mula menggunakannya.Namun sautu hari apabila anda membuka air sinki,air tidak turun sebaliknya melimpahkan kelantai.Rupanya sejak 5 tahun yang lepas anda tidak pernah memberi perhatian kepada batang paip yang menyambungkan sinki dapur anda ke bahagian longkang.
Tumor yang ada dalam organ atau bahagian tubuh anda adalah sebahagian dari sel anda yang perlu kepada makanan sama seperti sel2 badan yang lain.
Tumor yang membesar pada jangkamasa matang akan membina sistem saluran darah mereka sendiri,yang pada istilah doktor disebut “akar”.Begitulah tabiat sel kanser,ia membina saluran darah “haram” yang memberikan mereka akses kepada pembuluh darah utama supaya mereka bolih menuju kepada bahagian badan atau organ yang jauh setelah tiada lagi makanan dilokasi asal mereka.Anda lihat betapa cerdiknya sel kanser.
Tumor yang terbonjol keluar pada bahagian leher sebesar cawan adalah sebahagian dari tubuh anda.Jika anda melakukan pembedahan umpamanya, anda sebenarnya membuang sebahagian dari daging anda.Inilah cara yang terpantas untuk membuang tumor yang tidak diperlukan.Namun harus diingat saki baki sel kanser akan melarikan diri melalui saluran darah yang mereka bina untuk bersembunyi kelokasi2 yang tidak pernah dapat dikesan olih doktor.
Dalam beberapa tahun yang mendatang tanpa anda sedari kanser terjadi dibahagian badan atau organ yng lain.Inilah hakikat yang perlu disedari olih mereka yang menyangka mereka telah sembuh dari kanser.
Apabila anda mengamalkan terapi alternatif,anda sebenarnya sedang membunuh tumor sebesar cawan itu secara perlahan lahan.Apa jua terapi alternatif,mereka bekerja dengan memotong sumber makanan tumor dan membiarkan tumor mati kelaparan.Apabila tidak mendapat makanan,umpamanya glukos sumber utama makanan mereka,sel2 kanser akan “self distruct” dan bangkai mereka yang mati akan dinyahkan dari badan olih sistem detoks semulajadi badan.
Olih itu untuk mengecutkan tumor yang sebesar cawan dalam organ samada dalaman atau luaran memerlukam masa yang agak lama sebelum ianya dapat dikecutkan 100 peratus.Sebenarnya sesuatu yang telah berada bertahun tahun dalam badan adakalanya memerlukan sehinga berbulan2 untuk surut.
Adakalanya tumor tersebut tidak akan hilang namun mereka akan menjadi seperti busut yang tiada aktiviti dan dalam istilah kanser dipanggil “benign”.Kanser benign tidak merbahaya dan bolih dibuang dengan selamat.Membiarkan tumor jenis benign adalah juga tidak selamat kerana pada bila2 masa ia bolih bertukar kepada jenis malignan.
Itulah sebabnya ramai pakar2 rawatan alternatif mencadangkan anda terus mengambil suplimen2 terapi alternatif untuk beberapa tahun selepas remission untuk memastikan seluruh tubuh anda tidak lagi ada sel2 kanser yang bersembunyi.
Terdapat juga jenis2 tumor yang memerlukan pembedahan segera dilakukan,terutamanya yAng menghalang sistem pernafasan seperti tumor pada bahgian paru2 atau tumor yang menutupi colon dalam kes2 kanser perut atau usus.Juga ada jenis tumor otak yang ganas yang mencengkam bahagian tengkorak yang bolih membuat pesakit koma perlu segera dibedah sekadar menyelamatkan pesakit dengan kadar segera.
Doktor biasanya lebih peka dengan satuasi2 yang membahayaknnaya nyawa ini.
Sebagai penutup pada artikel ini saya amat berharap mereka yang telah menggunakan produk2 terapi alternatif memberi perhatian kepada perkara2 berikut.
1.Pastikan anda mendapatkan maklumat yang betul mengenai kaedah alternatif yang digunakan dengan jenis kanser yang anda sedang hadapi.Saya sedikit terganggu dengan kaedah penggunaan terapi vitamin B17 yang digunakan untuk tumor atau kanser otak.Dalam banyak2 maklumat yang sampai kepada saya vitamin B17 tidak akan dapat melepasi BBB dan ia tidak pernah dicadangkan olih pakar kanser alternatif.
2.Setiap terapi alternatif mempunyai sekatan2 tertentu mengenai gabungan dengan terapi lain,suppliment 2 tertentu yang perlu digunakan bersama dan suplimen2 tetentu yang mesti dielakkan dan juga jenis2 makanan yang perlu diambil dan dielakkan.
3.Fahami kondisi pesakit kanser umpamanya adakah dia terlantar dan mempunyai masaalah untuk ambil produk2 yang berbentuk pepejal,cecair atau suntikkan.Anda sudah tentu tidak patut membiarkan mereka yang memunyai kanser lidah atau kanser usus mengunyah biji aprikot atau makan produk2 berbentuk pil atau kapsul.
4.Fahami tindakbalas produk dengan kanser.Adakalanya sesetengah jenis produk bertindak balas dengan perlahan terhadap sesetengah jenis kanser.Umpamanya PROTOCEL bertindkbalas dengan pantas terhadap jenis2 kanser tahap 4 yang telah bermestasis ke pelbagai organ.Manakala vitamin B17 bertindakbalas dengan pantas dengan kanser2 pada tahap 1 dan 2 dan agak perlahan dengan jenis2 kanser yang agak kronik.
5.Yang terbaik gunakan 2 atau 3 jenis terapi serentak namun ketiga tiganya mestilh tidak berlawanan antara satu sama lain.
6.Beri masa yang secukupnya untuk terapi berfungsi.Adakalanya sesetengah terapi memerlukan sehingga 1 atau 2 bulan untuk ia mula menunjukkan tindakbalas.Hanya pesakit yang dapat merasakan tindakbalas tersebut.Adakalanya ia berupa hilang kesakitan pada tempat yang tumbuh tumor.Adakalanya dalam warna dan kekerapan pembuangan air besar dan air kecil dan sebagainya.
7.Dapatkan produk dari sumber2 yang betul dan diyakini ketulinannya.Umpamanya produk D pau arco atau Taheebo mempunyai banyak pengeluar yang sering bersaing harga diantara satu sama lain.Kebiasaannya saya hanya membeli dari pengeluar2 yang nama syarikat mereka sering disyorkan olih laman2 web kanser alternatif yang popular.
Perbezaan harga biasa dikaitkan dengan cara ia diproses dan sumber2 bahan mentah yang tepat digunakan umpamanya jenis spesis pokok yang dikatakan mempunyai manafaat disegi perubatan.Umpamanya tongkat ali di Malaysia mempunyai pelbagai pengeluar dengan pelbagai harga namun yang lebih diyakini ialah produk yang diiktiraf olih KKM dan dikeluarkan olih syarikat yang berpengalaman.Harganya mungkin agak lebih sedikit tapi ianya berbaloi kerana kita mendapatkan yang terbaik untuk masaalah yang kita hadapi.
Umpamanya vitamin B17 terdapat dengan pelbagai harga dipasaran Malaysia.Berikut adalah anggaran yang sepatutnya harga produk2 berkaitan vitamin B17
Angaran harga dibawah adalah untuk produk vitamin B17 yang dikeluarkan oleh cytoPharma,Mexico.Setakat ini saya belum pernah mendengar produk2 vitamin B17 tiruan melainkan biji aprikot yan dikatakan agak murah yang diperolihi dari China.