browser icon
You are using an insecure version of your web browser. Please update your browser!
Using an outdated browser makes your computer unsafe. For a safer, faster, more enjoyable user experience, please update your browser today or try a newer browser.

TUMOR DAN SEL KANSER

Posted by on October 14, 2011

Saya mengutarakan topik ini kerana terdapat banyak kekeliruan dikalangan pesakit2 kanser yang menggunakan pelbagai jenis terapi alternatif tidak mengetahui mengenai apa sebenarnya yang mereka sedang hadapi.


TUMOR dan SEL KANSER adalah 2 entiti yang sama tetapi tidak sama.Dari segi konsepnya kita semua tahu sel2 kanser apabila ia mula menetap pada satu2 tempat ( organ dalaman ) misalnya ia akan berkembang atau membelah dan terus membelah sehingga membentuk TUMOR.Terdapat lebih dari 100 jenis kanser yang berlainan yang dicatatkan olih saintis perubatan.


Kedua2 kaedah rawatan alternatif dan konvensional bersetuju dan mengakui TUMOR adalah ancaman dan punca kepada berlakunya beberapa komplikasi yang menjejaskan kesihatan secara keseluruhan.Sel2 kanser didalam bentuk tunggal tidak mendatangkan beberapa ancaman yang serius kepada kondisi kesihatan kita,bahkan kita tidak merasakan kesakitan.


Namun tumor yang membesar mampu menghalang atau menjejaskan fungsi pelbagai organ dari berfungsi secara normal.Umpamanya sebiji tumor yang besar didalam usus akan menyebabkan tersumbatnya sistem perkumuhan terpenting badan.Tumor yang berkembang didalam otak mampu menghentikan keseluruhan aktiviti badan yang lain.


Inilah dua perbezaan yang ketara antara tumor dan sel2 kanser.Lantaran itu kaedah2 rawatan konvensional akan melakukan apa sahaja yang bolih untuk membuang atau mengecilkan saiz tumor untuk membolihkan aktiviti2 sistem badan berfungsi seperti biasa.Ini dilakukan melalui kaedah pembedahan,kimoterapai dan sinaran radiasi.


Adakalanya sesuatu pembedahan tidak dapat dilakukan jika kedudukkan tumor berada terlalu hampir dengan saraf2 yang penting.Adakalanya terdapat tumor yang banyak dan berselerak dalam sesuatu organ juga tidak memungkinkan pembedahan dilakukan.Saiz tumor yang terlalu besar juga menjadi penghalang kepada beberapa prosidur pembedahan.


Jika inilah keadaannya kimoterapi dan sinaran radiasi adalah pilihan pertama walaupun ia sebenarnya agak songsang dengan kaedah2 menghadapi kanser dalam skop rawatan konvensional itu sendiri.Umpamanya tumor yang besar didalam payudara melebihi 7 cm perlu dikecilkan sedikit sebelum pembedahan bolih dilakukan untuk mengelakkan kerosakkan teruk struktor payudara.


Pada asasnya tumor terbentuk dari pembelahan sel2 yang tidak normal walau pada bahagian mana sekali pun ia bermula.Tumor tidak semestinya berkaitan dengan sekumpulan sel2 kanser yang sering disebut benign,namun tumor jenis maglinan adalah sejenis entiti dari sel2 kanser yang  mampu merebak atau menyerang kebahagian2 lain badan.Ia bolih sahaja berupa jenis pepejal yang keras atau benjolan yang mengandungi cecair didalamnya.Ia adalah sel2 yang membesar tanpa kawalan dan tanpa tujuan tertentu.


Pada peringkat awal sel2 kanser dalam bentuk tunggal berupaya dimusnahkan olih antibodi namun pada saat tertentu apabila antibodi menghadapi masaalah,sel2 kanser tadi telah pun membelah dengan pantas dan mengujudkan sistem perlindungan dari diserang atau dikesan olih antibodi.Dengan mengujudkan suasana berasid disekeliling tumor,membina selaput protin yang tebal disekeliling tumor dan membina sistem darah sendiri,ia dari hari kehari menjadi kebal kepada sistem antibodi badan untuk memusnahkannya.


Sebagai sebahagian dari tisu badan tumor juga berkehendakkan kepada  makanan untuk survival namun yang menjadi masaalah ialah mereka membiak  dan makan dengan cara yang bertentangan dengan sel2 sihat.Sejak berdekad dahulu para saintis perubatan menjalankan pelbagai kajian mengenai sifat2 dan keperluan sel kanser.


Sel2  kanser mengemari gula atau glukosa untuk sumber utama tenaga mereka.Ia menggunakan  gula 8 kali lebih banyak dari sel2 yang sihat.Doktor Otto Warbug dalam penyelidikkanya mengenai  sel2 kanser menyatakan sel2 kanser menggunakan gula sebagai bahan bakar utama untuk memberikannya tenaga untuk pelbagai aktivitinya.Sedangkan sel2 yang sihat  menggunakan oksigen.


Glukosa bukanlah bahan bakar yang baik dan ia meninggalkan sejumlah besar bahan buangan berupa asid laktik.Asid laktik akan menghalang sel2 yang sihat disekeliling tumor tadi untuk mendapatkan oksigen.Apabila tidak mendapat oksigen yang mencukupi,sel2 sihat tadi jatuh sakit dan ia akan menjadi sebahagian dari entiti tumor.Antibodi tidak dapat beroperasi dengan sempurna dalam suasana berasid disekeling tumor.Ini menjelaskan mengapa tumor tidak dapat dimusnahkan olih antibodi.


Tumor malignan membelah dengan pantas berdasarkan faktor gandaan.1 /2/4/8/16/32/64 dan seterusnya.Itulah sebabnya seringkali apabila anda telah merasa kesakitan dan disahkan olih doktor mepunyai tumor,minggu2 berikutnya kesihatan anda bertambah parah kerana tumor menjadi semakin besar akibat faktor gandaan tadi.Contoh yang tipikal pada kenyataan ini ialah tumor hati  yang dikesan pada tahap lewat biasanya akan menjadi bertambah parah  dalam  tempoh beberapa bulan berikutnya.


1 cm saiz tumor yang berupaya dikesan olih peralatan  atau kaedah hospital selalu dikategorikan  kanser peringkat awal  atau peringkat satu.Namun tahukah  anda 1  cm  adalah mewakili sejumlah 1 billion sel kanser.Dalam beberapa tahun berikutnya jika saiz tumor anda telah berukuran 5 cm ini bermaknan terdapat lebih kurang 5 billion sel kanser.Pada peringkat ini atau saiz 7 cm, sel2 kanser telah pun berhijrah ke tempat lain dan membentuk tumor yang baharu.


Pakar2 perubatan bolih mengukur kepantasan sel2 kanser ini membelah dengan melakukan ujian yang dinamakan S-phase fraction ( synthesis fraction ).Dengan mengukur kepantasan sel kanser  menyalin kod2 DNAnya.Doktor  bolih mencadangkan peratusan pembesaran tumor dan tahap agresif sesuatu  sel2 kanser.


6 peratus kebawah – kurang agresif

6 peratus hingga 10 peratus – agresif peringkat pertengahan

10 peratus keatas – terlampau agresif atau agresif peringkat tinggi


Kaedah lain  dinamakan Ki-67.


Ki-67 adalah sejenis protin dalam sel2 kanser.Jumlah protin ini akan meningkat semasa sel2 kanser bersiap sedia untuk membelah.Lebih banyak protin ini ditemui,lebih agresif  sel2 kanser ini  membelah.


10 peratus ke bawah – kurang agresif

10 peratus hingga 20 peratus – moderate atau boderline

20 peratus keatas dikira sangat agresif.


Dua kaedah diatas ini jarang2 dilakukan melainkan  ada beberapa keperluan tertentu seperti mencari kebarangkalian sesuatu jenis kanser yang telah dirawat untuk menyerang kembali.


Namun mengikut pandangan beberapa ahli sains perubatan kaedah mengira saiz tumor menjadi kritikal untuk diketahui terutamanya untuk jenis2 kanser yang telah bermestasis.Umpamanya jika sel2 kanser telah bermestasis ke hati adalah penting untuk pakar2 perubatan mengetahui tempoh sel2 kanser ini membelah dan membentuk tumor baru.Kerana dalam keadaan doktor merangka strategi untuk menghadapi tumor primary,mereka perlu merangka strategi tertentu berkenaan dengan sel2 kanser yang bermestasis ini.


Satu kaedah terbaharu  telah dibangunkan oilih  sekumpulan saintis Jabatan Radiasi dan Fizik , University of Gothenburg ( Sweden ).Kaedah terbaharu ini dinamakan ” SPESIFIC GROWTH RATE” (   SGR  ) yang berupaya mengira kadar peratusan pertumbuhan sel2 kanser berdasarkan jumlah  hari.Mereka berpendapat bahawa dengan kaedah terbaharu ini doktor bolih merangka strategi tertentu mengenai keberkesanan sesuatu kaedah rawatan yang dicadangkan keatas pesakit kanser.


Sesuatu yang unik mengenai tumor ialah ia berupaya membina saluran darahnya sendiri yang disambungkan dengan saluran darah utama.Bagaimana mereka melakukannya masih lagi dikaji olih kebanyakkan saintis2 perubatan hingga kini.Dalam bahasa awam seringkali disebut akar tumor atau tumor berakar.Melalui saluran darah inilah mereka mendapat bekalan makanan dan mengembara ke bahagian2 badan yang lain utuk membentuk “secondary cancer”.Dalam istilah perubatan disebut mestatasis.


Sel2 kanser membelah lebih pantas dari sel2 yang normal olih itu mereka memerlukan sumber makanan yang berlipat kali  ganda.Untuk memungkinkan ini sel2 kanser akan membina saluran darah sendiri.Masaalahnya saluran darah yang dibina seolah2 sengaja dibina untuk menghalang kemasukkan oksigen yang memudaraatkan mereka.Dengan ketiadaan oksigen yang sampai, sel2 kanser bolih mengekalkan suasana berasid disekeliling tumor.Saluran darah yang tidak sempuna ini juga dikenalpasti sebagai penyebab kepada kegagalan dadah2 kimo tidak dapat membunuh tumor dengan lebih  efektif


Dengan adanya saluran darah ini sel2 kanser bukan sahaja mendapat bekalan makanan yang mencukupi untuk aktiviti2 pembelahan,malah mereka menggunakan saluran darah ini sebagai laluan pintas untuk menuju kepada bahagian2 lain badan kerana saluran2 seni darah ini biasanya bersambung kepada saluran darah utama badan.SOURCE


Sekumpulan penyelidik dari universiti Ohio,Amerika Syarikat yang membuat kajian mengenai saluran darah yang menjadi pembekal utama makanan untuk tumor.Ia adalah berasal dari saluran darah sel sihat  yang diambil alih  sel2 kanser.Mereka juga berpendapat didalam tumor terdapat apa yang dipanggil “stem cell” yang yang dikenali sebagai “precancerious stem cell” yang bertangungjawab membentuk saluran darah untuk tumor.Sifat “stem cell” ini  bolih sahaja terdiri dari sel2 kanser jenis benign atau malignan.


Hakikat ini sememangnya diakui olih pakar2 perubatan yang menggunakan pelbagai cara untuk menyekat  bekalan makanan dari sampai kepada tumor.Antaranya kaedah yang dikenali dengan nama Radioembolization dimana doktor akan meletakkan sejenis kaca halus yang diselaputi bahan radioaktif didalam saluran darah tumor.Apabila kaca halus ini memasuki kekawasan tumor ia akan melepaskan bahan radioaktif tersebut yang seterusnya membunuh sele kanser didalam tumor.

 

Kaedah lain ialah dengan cara  meletakkan beberapa jenis bahan seperti span,jenis2 logam tertentu pada “entry point” saluran darah yang menuju tumor.Tumor yang kecil pada peringkat awal dan hanya berada dalam koloninya pada satu2 tempat disebut Carcinoma in Situ.Ia agak perlahan membelah,kadangkala mengambil masa bertahun tahun sehinggalah mereka berupaya membentuk saluran darah sendiri.


Jenis2 kanser seperti kanser payudara,kanser usus ( colon ),kanser otak,kanser prostat,kanser hati,kanser paru paru dan kanser ovari mempunyai tumor yang bolih membesar melebihi 10 cm dan mereka memerlukan sumber makanan yang amat banyak.Mereka sering merebut makanan dari sel2 yang sihat dan ini mengakibatkan sel2 yang sihat tidak mendapat nutrisi yang mengcukupi lalu ia jatuh sakit dan diserang olih antibodi.


Olih itu apabila ingin menggunakan kaedah alternatif anda  perlu memilih satu kaedah yang menyerupai kaedah kimoterapi bekerja.Sesuatu yang berbeza adalah kaedah alternatif  tidak membunuh sel2 yang sihat atau memusnahkan antibodi.Kaedah alternatif yang kita pilih ialah yang mampu membunuh tumor secara spesifik dan bertindakbalas kepada tumor sepantas dadah kimo bertindakbalas.


Mereka yang mempunyai tumor yang besar dalam organ2 penting tidak punya banyak masa untuk mencuba pelbagai kaedah dengan membunuh sel2 kanser yang tunggal yang sebenarnya baru mencuba untuk membelah.Sedangkan yang menjadi ancaman adalah tumor yang menghimpit fungsi2 organ penting.


Terdapat beribu ribu jenis supliment dari seluruh dunia yang dipromosikan sebagai ubat untuk kanser,termasuk dinegara kita.Setiap hari terdapat perakuan2 baru mengenai sesuatu suplimen yang mampu menentang kanser.Adakalanya ia disertai dengan pelbagai testimoni yang secara pukal mengatakan suplimen2 mereka berkesan keatas semua jenis kanser.


Penjual2 suplimen untuk kanser kadangkalanya lebih merbahaya dari doktor2 konvensional yang mengkimo pesakit mereka sampai mati.


Di barat sendiri terutamanya di Amerika,pelbagai kaedah atau supliment yang dijual dan melalui pelbagai ujian makmal telah dibuktikan hanya berkesan untuk jenis2 kanser tertentu.Malah ada diantara suplimen2 ini  berusia 70  tahun dan masih digunakan hingga kini.


Saya tertarik dengan membaca beberapa blog yang mempromosi ubat kanser dengan hanya berdasarkan testimoni pengeluarnya dan dengan secara pukal membuat perakuan yang suplimennya mampu berhadapan dengan semua jenis kanser.Anda jangan terperangkap kerana kanser bukan hanya berkisar mengenai kemampuan kewangan anda tetapi yang kebih penting adalah masa yang anda ada.


Kanser adalah penyakit yang subjektif dan ia memerlukan kaedah yang pelbagai untuk menghadapinya.Malah protokol vitamin B17 yang berusia hampir 100 tahun pun telah banyak menyumbang kepada kegagalan kerna pelbagai faktor.Walaupun kaedah ini menjadi teras utama kepada berpuloh hospital alternatif kanser diserta dunia terutamanya di Mexico.


Pertimbangkan penyataan ini.Kenapa ia ( vitamin B17 ) memberi sehingga 80 peratus kejayaan di hospital Mexico namun ia gagal sama sekali keatas anda dan ramai lagi yang telah saya temui.Saya rasa ada jawapannya.


Kerana dihospital di Mexico mereka menggunakan pelbagai jenis protokol terkenal dunia disamping Vitamin B17 adalah  sebagai protokol utama.Dan doktor2 disana merawat kanser dengan  memfokuskan keadaan keseluruhan kesihatan seseorang dan sejarah tabiat pemakanan pesakit dimasa lampau.Sehinggakan emosi seseorang pun diambilkira untuk membantu proses pemulihan.


Olih itu adalah mengarut dan tidak benar mereka yang menjual suplimen kanser memburukkan kaedah vitamin B17 semata mata kerana mereka telah gagal semasa menggunakannya.Saya sendiri mengakui kaedah Vitamin B17 tidak sesuai digunakan keatas jenis2 kanser tertentu,bukan kerana ianya tidak berkesan tetapi kesukaran untuk mendapatkan “support suplimen” seperti hydrazine sulphate,cesium cloride,mesin hypertemia  dan lain yang kebiasaanya diolah bersama penggunaan protokol vitamin B17.


Olih itu apabila anda mempunyai tumor yang besar didalam organ,anda perlu kepada sejenis supplimen yang bertindakbalas dalam tempoh sekurang kurangnya 2 minggu selepas anda menggunakannya.Bukannya berbulan bulan kerana umpamanya pesakit kanser hati yang matanya telah bertukar kuning tidak mempunyai masa dalam 1 bulan untuk sesuatu suplimen bertindakbalas dengan tumor.


Tumor bukan sahaja perlu dikecutkan tetapi organ yang dihuninya perlu diambil kira kesihatannya.Kebanyakkan suplimen yang menghentam tumor dengan keras tidak membantu membaikpulih tisu2 organ yang telah rosak.Apabila tumor mengecut atau mati sel2 organ harus dibekalkan dengan suplimen tertentu.Olih itu dapatkan suplimen yang betul untuk jenis organ yang terlibat.


Perkara lain yang tidak kurang pentingnya adalah detokfikasi.Saya telah membaca banyak protokol2 alternatif kanser terhebat dunia kesemuanya memasukkan keperluan untuk proses detokfikasi dan mereka membekalkan suplimen2 tertentu untuk proses detokfikasi.Umpamanya protokol Bob Beck Protokol memasukkan kaedah detoks cofee enemas sebagai kaedah detoks kolon yang mesti dilakukan.


Kerana anda bukan berbicara mengenai beratus ratus sel kanser yang akan dan telah mati yang perlu dikeluarkan dari badan,Anda sebenarnya sedang berhadapan dengan sekurang2nya 5 bilion sel kanser.Jika anda membunuh tumor yang berukuran 5 cm dalam kepala sekali gus,anda bolih menjadi koma kerana otak adalah organ yang paling lembab dalam soal2 detokfikasi.


Perkara berikutnya adalah suplimen berkenaan pembinaan antibodi.Walaupun suplimen2 kanser tidak membunuh antibodi namun pada sesetengah keadaan dimana pesakit telah terlantar dengan agak lama dengan hanya makan makanan2 terpilih atau tidak seimbang,antibodi tidak dapat dihasilkan dengan secukupnya.Umpamanya konsep kerja dalam protokol Bob Beck Protocol atau Bio Resonance hanya melemahkan struktur sel kanser,tugas selebihnya adalah terserah kepada antibodi anda untuk bertindak.Jika antibodi lemah kaedah2 ini akan turut gagal.


Perkara terakhir yang dikira penting adalah memastikan setiap suplimen yang anda beli untuk berhadapan dengan tumor adalah cara  menggunakannya dengan betul berdasarkan apa yang digariskan olih pengeluar atau penjual.Mereka yang menjual supplimen kepada anda adalah mereka yang mengetahui apa yang mereka jual dan cara2 penggunaanya,Tidak semua orang tahu semua perkara berkenaan kanser dan tidak juga semua doktor tahu semua perkara berkenaan kanser.Cara  terbaik adalah bertanya kepada ramai orang atau membaca dari pelbagai sumber.Dibawah  adalah suplimen2 terbaik dunia untuk berhadapan dengan masaalah tumor dan pembelahan sel2 kanser.


Anda bolih menggunakanya namun anda dinasihatkan untuk benar2 tahu cara menggunakannya dari semua sudut termasuk jenis2 simptom tindakbalasnya,tempoh penggunaannya,jumlah atau sukatannya,suplimen2 yang bolih dan tidak bolih digunakan bersama,cara2 pengambilan alternatif sekiranya berlaku apa2 komplikasi dan suplimen2 lain yang bolih dan tidak bolih digunakan bersamanya.


Menghadapi tumor dan sel2 kanser bukanlah dengan anda pergi membeli beberapa kotak supliment yang bolih membunuhnya dan mengambilnya setiap hari begitu sahaja Tumor yang sebesar 5 – 7 cm tidak akan hilang dalam masa beberapa hari,minggu,bulan dengan suplimen2 yang anda ambil.Umpamanya Protocel atau Paw paw  berupaya mengecutkan tumor sedikit demi sedikit dengan melemahkan struktur tumor dan meleraikanya sedikit demi sedikit.( lysing process ).Dan ini mengambil masa sehingga 1 tahun untuk tumor yang sebesar 5-7 cm untuk lenyap sepenuhnya.Dan 1 tahun lagi pengambilannya untuk mempastikan anda bebas kanser sepenuhnya.


Cellect Budwig Protocol

Paw Paw

Cesium Chloride

Protocel/Enteleve/Cantron

Germinium

Graviola

Hydrazine sulphate

RMS Protocols

Comments are closed.