browser icon
You are using an insecure version of your web browser. Please update your browser!
Using an outdated browser makes your computer unsafe. For a safer, faster, more enjoyable user experience, please update your browser today or try a newer browser.

VITAMIN B17 DAN KANSER

Posted by on September 2, 2011

 

Biji aprikot,Amygdalin, Leaterile adalah kaedah rawatan alternatif yang  juga dikenali dengan nama Vitamin B17  agak popular di Malaysia dan mempunyai banyak testimoni2 yang positif dari pengguna2 khususnya di Malaysia.Olih kerana kepopularitinya  ramai yang berminat untuk mencubanya dan ada yang mendapat manafaat darinya,tidak kurang juga yang kecewa  setelah membelanjakan ribuan ringgit.


Apakah sebenarnya Vitamin B17?


Seorang profesor perubatan Argentina berkata “Jika anda adalah pengidap kanser,dan doktor megatakan kepada anda tiada apa lagi yang bolih mereka lakukan,maka hendaklah anda memakan biji aprikot sebanyak mungkin”

 

Sebelum kita pergi dengan lebih jauh lagi memperkatakan mengenai vitamin B17,terlebih dahulu kita perlu memahami mengapa penggunaan vitamin B17 diharamkan penggunaanya dihospital2 seluruh dunia.


Dalam kamus perubatan moden vitamin B17 tidak ujud dan tidak diiktiraf sebagai sebahagian dari komuniti vitamin yang tersenarai dalam kamus2 vitamin.Istilah vitamin B  hanya  berhenti pada Vitamin B15,saudara terdekat dengan Vitamin B17.Malah vitamin B17 tidak diiktiraf dan dilebelkan sebagai ubat atau nutrisi yang  mampu merawat kanser.

 

Amerika adalah kiblat perubatan doktor2 dan hospital2 dari seluruh dunia.Ia dipantau dengan rapi olih pihak berkuasa Amerika melalui beberapa agensi yang dikenali dengan nama FDA ( Food And Drug Administration ),American Cancer Society (  ACS ) dan mereka diberin kuasa  mutlak untuk meluluskan ubat2,vitamin2,silibus di fulkulti2 perubatan  dan peralatan2  rawatan.


FDA juga bertindak sebegai penguatkuasa untuk memastikan semua keperluan undang2 dipatuhi bukan sahaja di Amerika bahkan penguatkuasaan ini juga turut mencakupi seluruh dunia.Ia dilasanakan dengan memperkudakan PBB yang diseliakan olih WHO  dengan memastikan hanya kaedah rawatan dan ubat2an yang dilulukan olih FDA sahaja bolih digunakan untuk rawatan kanser.


Mengapakah FDA  dan AMA ( American Cancer Society ) tersangat berminat untuk menghalang informasi2 berkaitan vitamin B17 sebagai ubat untuk merawat kanser?Jawapannya adalah  WANG.Kanser adalah penyakit kronik dan ia tergolong dalam klas penyakit yang memberi keuntungan yang berpanjangan kepada  industri farmasi  khususnya di Amerika.Kerana ia mengambil masa bertahun tahun untuk merawat kanser dan industri perubatan akan tetap mengaut keuntungan samada pesakit itu hidup atau mati.


Dari falkulti perubatan lagi graduan2 perubatan diajar untuk merawat simptom kanser sedangkan doktor alternatif kanser berpendapat simptom kanser adalah petunjuk mengenai sesuatu yang tidak kena pada sistem badan terutamanya yang melibatkan kegagalan sistem imun dan antibodi.Apabila mereka melihat ada tumor yang timbul pada permukaan kulit,apa yang difikirkan ialah bagaimana  cara mudah untuk hilangkan tumor.Jawapanya ialah dengan pisau bedah dan letak racun pada bekas2 luka pembedahan.Inilah konsep yang ditanamkan pada doktor diuniversiti2 perubatan diseluruh dunia.Awas! jika ada doktor2 yang tidak mengikuti apa yang dipelajari,lesen doktor mereka akan dirampas dan mereka tidak bolih merawat pesakit lagi.

 

Klik link dibawah untuk membaca artikel Dr. George J Georgiou, Ph.D.,ND.,D.Sc (AM) mengenai isu  berkaitan.

 

Are we treating cancer, but killing the patient

 

“”Conventional cancer treatments—surgery, chemotherapy and radiation therapy  aim all of their big guns directly and exclusively at the tumor, attempting to destroy it at all costs. And sometimes, because of treatment complications, those costs can even include the life of the patient- the very thing that was supposed to be the goal in the first place. A compromised quality of life is another cost with conventional treatments, with side effects ranging from complete debilitation for months or even years, to transitory but significant discomfort”.“QUOTE””

 

Siapakah dibelakang penguatkuasaan perundangan berkaitan pengharaman penggunaan Vitamin B17 ini dan mengapa FDA teramat berminat dalam menguatkuasakan undang2 berkaitan rawatan alternatif untuk kanser ini?.Jawapannya ialah pemain2 industri farmasi dan pengeluar mesin2 canggih bidang perubatan.Di Amerika untuk merawat kanser menelan belanja ratusan ribu ringgit


Kanser paru2  – RM102,000

Kanser payudara – RM114,000

Kanser kolon – RM162,000 – RM330,000

Baca seterusnya di SINI dan SINI dan SINI.


ERBITUX adalah merupakan satu2 nya dadah kimo yang paling mahal pernah dhasilkan untuk penghidap kanser colon dan kanser lymphoma yang kronik.Ia berharga USD17,000 hingga USD24,000 untuk  terapi satu bulan.Dalam RM ialah RM51,000 hingga RM72,000!.Dan kita semua tahu rawatan kimoterpi tidak akan berakhir dengan anda membuat kimo selama 1 bulan.SOURCE

 

Dengan keuntungan yang sangat besar,pengilang2 farmasi ini mampu membiayai  operasi2 FDA,ACM,universiti2 perubatan dan menyumbang kepada tabung WHO yang seterusnya pula mengagihkan kepada negara2  yang bernaung dibawah PBB dengan syarat2 yang diunjurkan olih pengilang ubat di Amerika.


Ini adalah industri berbilion dollar setahun dan adalah amat malang bagi pengeluar ubat ubatan untuk menerima hakikat bahawa  kanser bolih disembuhkan dengan kos USD30 hingga 100 dolar sebulan.Dan hikikat Vitamin B17 tidak bolih dipatenkan kerana ia adalah unsur asli dari tumbuhan menyebabkan mereka melancarkan serangan besar besaran terhadap penggunaan vitamin B17.Saksikan video dibawah bagaimana seorang pesakit kanser yang sembuh dengan menggunakan vitamin B17 dihumban kedalam penjara.


9 July 2003 – World arm wrestling champion Jason Vale will face FDA backed court action in New York on 14 July for sharing the seeds that allowed him to overcome terminal cancer. The case is about constitutional rights of free speech but also touches our right to choose treatment of our liking – without government interference….baca seterusnya.

 

 

Di negara kita Malaysia jika anda tidak berkemampuan untuk merawat kanser anda bolih pergi meminta bantuan dari pelbagai agensi termasuk Majlis Kanser Nasional ( MAKNA ) tapi dengan syarat bantuan kewangan yang diberi adalah untuk rawatan dihospital bukan untuk membeli pelbagai supliment lain khususnya yang berkaitan dengan Vitamin B17.


Vitamin B17 mula ditemui olih seorang ahli biokimia Amerika Dr Ernest T Krebs pada tahun 1951.Namun penyelidikkan terawal mengenai vitamin B17 bolih dijejaki dari tahun 1802 olih beberapa ahli kimia seperti Bhon,Pierre Jean Robiquet dan Boutron.Ia juga dikenali dengan nama AMYGDALIN atau LEATERILE.Ia bolih sahaja ditemui dalam biji2 buah2an yang pahit namun kandungan yang lebih banyak terdapat dalam biji buah aprkot.Ahli sains  botanik yang membuat kajian mengenai kanser telah menemui satu puak dipergunungan Himalaya di Pakistan yang semenjak 100 tahun yang lampau tidak seorang pun dikalangan puak itu menghidap kanser.

 

Dan apa yang mengejutkan mereka rata2 penduduk HUNZA ini umur mereka mencecah sehingga 120 tahun.Kematian disebabkan penyakit pada umur 70an adalah sangat jarang.Tabiat permakanan mereka adalah pokok Aprikot.Saya mengatakan pokok aprikot ialah kerana puak ini memanafatkan keseluruhan pokok aprikot ini dari akar,kulit,daun,buah dan biji sebagai makanan dan sumber ubat2an harian mereka.


Teori Mengenai Kanser


Sebelum kita memahami bagaimanakah Vitamin B17 bertindakbalas dengan sel2 kanser kita perlu memahami bagaimana sebenarnya kita mendapat kanser.Para saintis sebenarnya secara majoriti menyatakan kanser terjadi apabila mikrob berjaya masuk kedalam satu sel sihat dan menguasai dan merobah sifat semuladi sel tersebut.Dari sana ia membina sistem pertahananya sendiri dari ancaman pelbagai unsur semulajadi badan seperti oksigen,antibodi dan keaklian badan.Tiga unsur ini adalah ancaman kepada kelangsungan hidup mikrob kanser.


Teori mengenai sifat sel kanser yang anti oksigen diutarakan olih pemenang hadiah nobel dari German ( 1931 ) yang  berpendapat semua sel kanser bersifat anearobic yakni mereka menjana tenaga dengan menggunakan glukosa sedangkan sel yang sihat menggunakan oksigen ( aerobic )sebagai bahan bakar.Beliau adalah Dr Otto Heinrich Warburg.Berdasarkan kepada penemuan  beliaulah maka saintis2 yang terkemudian darinya mencari jalan bagaimana untuk menggangu punca tenaga sel2 kanser ini.


Umpamanya Dr Royal Rife mencipta sejenis mesin gelombang letrik yang berupaya mengharubirukan aktiviti2 mikrob didalam sel yang dijangkiti dengan gelombang2 seni elekrik  dan seterusnya diserang olih antibodi.Mesin beliau ini dinamakan The Rife Machine yang sehingga kini masih lagi digunakan dan dipertingkatkan keupayaannya.


Kaedah rawatan lain yang berteraskan kepada teori Dr Warburg ialah Orzone Theraphy, Bob Beck Protocol.Protocel/Enteleve/Cantron Protocol,Hydrazine Sulphate Protocol,Casium Chloride Protocol dan sebagainya.


Hakikat bahawa setiap sel kanser mempunyai sejenis selaput protin disekelilingnya diakui  dan disahkan sebagai punca mengapa antibodi tidak berupaya membunuh sel kanser secara semulajadi.Secara lazimnya sistem imun badan dan antidodi akan memastikan semua sel2 yang jatuh sakit dan mencuba untuk berubah menjadi entiti lain akan diserang dan dihadam olih antibodi.


Dan protin bukanlah dianggap sesuatu yang tergolong dalam sesuatu yang patut dimusnahkan.Itulah sebabnya antibodi tidak menyerang sel kanser yang diselaputi protin.Namun badan mempunyai satu lagi kejutan buat sel kanser.Ia adalah 2 jenis enzim yang dihasilkan olih pangkerias iaitu “cheamotrypsin” dan “trypsin”.Dua jenis enzim ini berfungsi untuk mencerna protin termasuk protin yang terdapat pada sel kanser.Apabila jaluran protin sel kanser telah dihadam olih 2 jenis enzim ini,barulah antibodi dapat melihat ia adalah sel yang tidak normal dan bertindak menyerangnya.

chemotrypsin dan trypsin


Masaalah yang dihidapi olih manusia moden tika ini,ialah kita mengambil terlalu banyak protin dari haiwan dan mengabaikan permakanan yang memperkukuhkan fungsi pankerias.Daging umpamanya mempunyai sejenis enzim untuk mencerna dirinya sendiri apabila berada dalam perut.Enzim ini amat sensitif kepada pemanasan melampau.Memakan daging yang dimasak sepenuhnya akan menyebabkan enzim pencerna ini musnah dan badan terpaksa mengerahkan enzim trypsin dan cheamotrypsin untuk mencernakan daging.


Jika kita mengambil daging yang dimasak sepenuhnya dalam kuantiti yang banyak dan kerap tanpa mengambil makanan2 yang menyokong sistem pangkerias lama kelamaan  jaluran protin pada sel kanser tidak dimusnahkan dan ini akan mendorong sel2 kanser terus membelah dan membentuk tumor.Inilah apa yang diperkatakan olih Dr Kerbs bahawa kanser adalah penyakit “metabolics disease” yaitu satu penyakit yang disebabkan olih kehilangan satu unsur penting dalam badan.Baca SINI.


Bagaimana Vitamin B17 Memusnahkan Sel Kanser


Perkara ini sangat menarik diperkatakan kerana semenjak pulohan tahun yang lampau pelbagai pihak menerbitan pelbagai artikel yang menyandarkan bukti mereka pada analisis2 makmal yang dipalsukan dan kita semua sedia maklum pembiayaan kepada penyelidikan2 ini.


“Experiments with tumor-bearing rodents have demonstrated no curative properties by amygdalin administration. Amygdalin is not as non-toxic as claimed, particularly when ingested orally, and especially when taken with plant material high in beta-glucosidase. The claims for cure and control of cancers in humans have been refuted by distinguished physicians who specialize in the treatment of cancer patients.”-QUOTE

 

“The hazards of amygdalin therapy were evidenced in several patients by symptoms of cyanide toxicity or by blood cyanide levels approaching the lethal range. Patients exposed to this agent should be instructed about the danger of cyanide poisoning, and their blood cyanide levels should be carefully monitored. Amygdalin (Laetrile) is a toxic drug that is not effective as a cancer treatment”.-QUOTE

 

Bolih dikatakan hampir kesemua jernal2 penyelidikkan mereka berkisar kepada satu unsur yang merbahaya yang terdapat didalam amygdalin atau leaterile yang dikenali sebagai “hydrogen cyanide” dan  “benzaldehyde”.Sementara NCI ( National Cancer Institute ) dalam artikelnya  secara khusus telah menyanggah penyelidikkan ahli2 perubatan yang menyokong penggunaan vitamin B17 sebagai penawar untuk kanser.Baca artikel berikut dari NCI dan FDA mengenai topik ini.


http://www.cancer.gov/cancertopics/pdq/cam/laetrile/HealthProfessional/page1

http://www.cancertreatmentwatch.org/q/laetrile/commissioner.pdf

 

Apakah Hydrogen cynide”?. – HCN

Hydrogen cynide adalah dikategorikan sebagai bahan toksid yang digunakan dalam pelbagai bidang industri seperti polimer,cat,nylon,baja  dan sebagainya.Malah pada era perang dunia 1 dan 2 ia digunakan sebagai senjata dan gas untuk menjalankan hukuman mati pada pesalah.Ia bolih dihasilkan secara sintetik ( malah ia juga dinamakan leaterile yang dikilangkan untuk kegunaan industri -sodium dan potassium cynide ) namun ia juga bolih didapati secara semulajadi dari tumbuhan terutamanya biji buah2an yang pahit seperti epal,beri dan biji buah aprikot.


Apakah Benzaldelhyde – C6H5CHO

Benzaldehyde  adalah sebatian organik yang terdiri daripada  benzen den gantian formil. Ia adalah aldehid aromatik yang paling mudah dan salah satu bahan penting dalam pelbagai bidang industri. Cecair tanpa warna ini mempunyai ciri-ciri  seperti bau biji  badam. Malah, benzaldehyde adalah komponen utama minyak badam pahit dan boleh diekstrak daripada beberapa sumber-sumber semula jadi yang lain.


Sangahan penyelidik Vitamin B 17

 

Tidak terdapat apa yang diatakan hidrogen cynide bebas dalam Laetrile. Apabila Laetrile bertembung dengan  enzim “ betaglucoside”yakni satu enzim yang hanya terdapat pada sel kanser laetrile akan dipecahkan untuk membentuk dua molekul glukosa yakni   satu molekul benzaldehyde dan satu molekul hidrogen cynide (HCN).Seperti yang dinyatakan diatas dalam tubuh kita hanya sel kanser sahaja mengandungi enzim betaglucosyde.Dalam ertikata lain hydrogen cynide mesti dikilangkan dan ia TIDAK   terapung secara bebas didalam leaterile.Elemen ini terkunci kemas jika ita melihat kepada sifat molikul tersebut.Inilah fakta penting yang tidak diterangkan kepada umum olih pihak2 yang bersekongkol dengan pengilang2 ubat.


“When it was clearly established some time later that Laetrile did, indeed, release hydrogen cyanide in
the presence of the cancer cell, how do you suppose the FDA reacted? Did they admit that they were
wrong? Did they admit that they had done a very inadequate job in running their tests? No! They now
proclaimed that Laetrile contained hydrogen cyanide and thus was toxic!
So, here is a bureau of the Federal Government which, a short time before, had said that the reason
Laetrile did not work was because it did not release hydrogen cyanide in the presence of cancer cells. Now,
when they find that it does, they say that it is toxic. When offered an opportunity to present evidence of
Laetrile’s toxicity in Federal Court, they admitted that they had none”-QUOTE


Manakala apa yang dikatakan bahan “cynide” pada leaterile,pada hakikatnya “cynide” yang sama juga terdapat dalam kebanyakan biji buah2an yang lain dan ia dimanafaatkan dalam bidang perubatan untuk menghasilkan vitamin B12 ,B15  saudara terdekat dengan vitamin B17.


 

Sel-sel normal dalam bdan kita mengandungi enzim yang dipanggil
Rodhanese yang meneutralkan” Amygdalin. Enzim ini tidak membenarkan Amygdalin untuk melepaskan “cynide” Dengan cara ini, Amygdalin hanya berfungsi sebagai glukosa kepada sel-sel sihat dan penyumbang dalam bentuk tenaga.Sel2 kanser malignant tidak mengandungi enzim rodhanese ini. Oleh itu  amygdalin tidak diaktifkan untuk membebaskan “hydrogen cynide”.Bahan2 buangan yang tidak diproses kerana tiada kehadiran enzim “beta glocosides” akan dilupuskan melalui sistem perkumuhan.


Video dibawah mengenai vitamin B17 pernah diterbitan dalam rancangan TV tempatan.

http://www.cafemlm.com/mengenai-kanser/watch-videos-on-cancer

 

Produk berkaitan Vitamin B17 dan kaedah penggunaan.


Walaupun vitamin B17 juga bolih digunakan untuk pelbagai masaalah kesihatan yang lain termasuk tekanan darah tinggi ( hypertension ),artikel ini hanya akan memperkatakan mengenai penggunaannya berkaitan kanser.Untuk kaedah pengambilan berkaitan masaalah kesihatan yang lain sila rujuk ke link berikut.


http://www.cafemlm.com/mengenai-kanser/cara-mengambil-biji-aprikot

 

Kesemua produk2 berkaitan Vitamin B17 adalah diperbuat dari sumber biji aprikot pahit kecuali beberapa jenis yang dinamakan “nitrolisides food” yang diperbuat dari adunan pelbagai jenis biji buah2an seperti apel,beri,biji aprikot dan daun2 dari tumbuhan tertentu.Biji aprikot yang terbaik yang dirujuk sebagai dos pengambilan untuk pencegahan kanser adalah biji aprikot yang ditanam secara organik dan diproses secara teliti untuk mengekalkan kandungan vitamin B17nya.

 

Jumlah yang tepat untuk memakan biji aprikot seperti yang disyorkan untuk pencegahan kanser ialah berdasarkan berat badan.Setiap 10kg berat badan,anda perlu makan 1 biji aprikot.Dalam ertikata lain,sekiranya berat badan anda adalah 60kg,anda perlu makan sebanyak 6 biji aprikot setiap hari.Untuk mereka yang telah didiagnos mempunyai kanser,biji aprikot diambil bersama produk2 vitamin B17 yang lebih kuat.Jumlahnya bergantung kepada tahap kanser.Namun sesetengah orang mempunyai alahan kepada leaterile atau itamin B17,olih itu sebagai permulaan anda digalakkan mengunyah 1 biji dahulu dan tambahkan jumlahnya setiap hari sehingga anda mencapai 1 jumlah yang bersesuaian dengan berat badan anda.


Biji aprikot bukanlah sesuatu yang beracun namun pengambilan yang berlebihan akan memberikan beberapa simptom tertentu seperti pening kepala,mual,loya dan muntah.Ia seumpama anda makan garam atau makanan2 lain secara berlebihan akan menyebabkan timbul simptom2 tertentu.Adakalanya badan mengambil masa untuk menyesuaikan dengan unsur2 yang terkandung dalam  Vitamin B17.Satu perkara penting yang perlu diberi perhatian ialah vitamin B17 boleh menurunkan tekanan darah,olih itu hanya makan dalam jumlah yang bersesuaian dengan berat badan anda.


Pil Amigdalin 100mg kebiasaanya digunakan untuk pencegahan kanser sekiranya seseorang itu tidak mampu untuk mengunyah biji aprikot.Ia hanya diambil sebanyak 1 biji sehari.Dan ia juga bolih digunakan untuk menyokong protokol vitamin B17  untuk rawatan kanser.Jumlahnya bergantung samaada anda mengambil protokol lengkap dan jenis2 kanser yang dihidapi.


Pil Amigdalin 500mg adalah pil yang lebih berkuasa dan dikatakan jumlah kandungan leaterilenya bersamaan dengan 175 biji aprikot.Kebiasaanya ia digunakan untuk merawat kanser yang diambil 6 biji sehari.Bolih juga digunakan untuk mencegah kanser namun anda perlu memotong pil tersebut kepada 4 bahagian dan diambil 1 bahagian setiap hari.

 

Injectible Leaterile mempunyai kadar leaterile yang lebih tinggi dan lebih pantas bertindak terhadap sel kanser kerana ia disuntikan terus kedalam saluran darah.Ia biasa digunakan terhadap kanser2 kronik dan yang telah bermestasis.Untuk kanser2 jenis ini ia biasa diberiakan sebnyak 6gm/20ml sehari yang bersamaan 2 botol.Setiap botol mengandungi 3gm/10ml leaterile.Adakalanya untuk kanser2 yang telah bermestasis diberikan 9gm/30ml sehari atau bersamaan 3 botol.


B17 Cream pula adalah krim sapuan yang biasanya digunakan untuk jenis2 tumor yang terjojol keluar pada bahagian kulit seperti kanser kulit, limfoma,kanser payudara dan sebagainya.Ia adalah produk sokongan dalam protokol vitamin B17.Perlu dingat protokol vitamin B17 yang lengkap perlu disokong dengan pengambilan suplimen tertentu untuk berhadapan dengan jenis2 kanser dan tahapnya.Antaranya adalah seperti “injectible Vitamin C ( ascorbic acid ),DMSO dan L-Glutathione dimana ia disuntikan bersama injectible leaterile.Suplimen2 lain yang biasanya digunakan bersama protokol B17 ialah seperti pancreatic enzyme,bromaline,zinc, manganese, magnesium, selenium,Vitamins B6, B9 dan  B12, Vitamin A dan  Vitamin E.

 

Yang pertamanya perlu diberi perhatiaan ialah vitamin B17 walaupun amat mujarab untuk merawat kanser,ia adalah sangat perlahan.Jika anda mengambil protokol vitamin B17 pastikan anda ambil protokol lengkap yang disyorkan.Umpamanya jika anda mengambil injectible leaterile,komponen penting yang perlu disertakan dengannya ialah seperti


Vitamin C injectible ( Ascorbic Acid)


Vitamin B15 capsules ( pangamic acid ) 1 kapsul 3 kali sehari


Pancreatic Enzyme ( maegazyme forte ) – 3 kapsul sehari 2 jam selepas makan


Zinc capsules – 1-2  kapsul 50mg sehari


Pil Amigdalin 500mg – diambil 3 – 6 biji sehari


L- Glutathione – injectible ( jika anda ada masaalah berkaitan hati )


DMSO – element yang memastikan leaterile dapat sampai ke sel2 kanser tanpa merubah struktur leaterile itu sendiri.Ia disuntik bersama leaterile kedalam saluran darah.Kebiasaanya jumlah yang digunakan ialah sebanyak 3 ke 5 cc untuk setiap botol leaterile.Jika anda memerlukan sebanyak 3 botol leaterile untuk setiap kali suntikkan,jumlah DMSO yang mesti dicampurkan adalah sebanyak 9 ke 15cc.


Vitamin A dan E emulsion drop 3- 5 titik dicampur dalam jus buah2an diambil 3 kali sehari


ip6 – untuk mempertingkatkan keupayaan sistem imun dan antibodi diambil 8 biji sehari


Protokol diatas adalah dikira memadai untuk leaterile benar2 memberi impak kepada sel2 kanser anda.Ia adalah protokol selama 21 hari atau 30 hari bergantung kepada jumlah leaterile yang anda ambil sehari.Umpamanya jika anda menggunakan 2 botol sehari anda mungkin memerlukan 30 hari untuk menghabiskan sebanyak 60 botol leaterile.Juga terdapat keadaan2 tertentu anda mungkin memerlukan sehingga 70 botol leaterile.Juga perlu diambil perkiraan sesetengah orang tidak berupaya menerima sehingga 3 botol ( 9mg ) sehari.


Fasa ke 2

Pil 500mg – diambil 6 biji sehari


biji aprikot pahit – diambil sekitar 100 biji sehari


Vitamin A dan E emulsion drop 10 titik dalam jus buah2an 2 kali sehari


IP6 capsules – 8 biji sehari


Pancreatic Enzyme ( Megazyme Forte ) 3 biji sehari


NOTA: Pencreatic Enzyme adalah bersifat pencair darah.Jika anda dibawah perskripsi ubat pencair darah untuk masaalah jantung dan hypertension,dosage tertentu perlu diubah olih doktor anda.


Vitamin K yang terdapat dalam kebanyakkan sayuran berdaun hijau.Jika anda dibawah perskripsi ubatan yang berkaitan pencair darah untuk masaalah jantung atau hypertension sayuran2 berdaun hijau perlu dielakkan.

 

 

Yang keduanya selepas anda menghabiskan 1 bulan atau 21 hari protokol diatas anda perlu meneruskan dengan fasa 2 protokol tanpa mengambil injectible leaterile.Fasa kedua ini akan berterusan sehingga tumor menjadi kecut dan sel2 kanser telah dikeluarkan dari badan.Saya menjumpai banyak kes dimana apabila pesakit telah menghabiskan fasa pertama,terus sahaja mencuba pelbagai kaedah lain atas pelbagai sebab.Cara yang sebetulnya adalah anda perlu kehospital untuk membuat ujian2 tertentu samada ujian darah untuk menilai kembali tahap kanser anda.Ujian imbasan seperti MRI dapat memberitahu anda keadaan tumor samada saiznya telah berkurangan atau kekal pada tahap terdahulu.


Perkara ke 3 adalah berkenaan makanan yang anda ambil semasa menjalani terapi metabolik vitamin B17.Terapi ini memerlukan anda banyak mengambil makanan2 anti kanser.Ia memerlukan anda banyak makan buah2an,sayuran dan sayuran kekacang.Sebaiknya semua sayuran ini hendaklah dimakan separuh masak untuk mengekalkan nutrisinya.Jus buah2an yang kaya dengan serat dan vitamin C adalah vital untuk memastikan anda mendapat semua  mineral yang diperlukan badan dalam tempoh rawatan.


Umpamanya karot kuning adalah sangat baik dibuat jus dan diambil 3 gelas besar sehari atau memakannya secara mentah.Satu perkara yang perlu diberi perhatian ialah hanya gunakan buah2an yang dikenali sebagai mempunyai elemen2 anti kanser kerana sesetengah buah2an tiada elemen2 ini menyebabkan sel2 kanser mendapat bekalan glukosa dari buah2an tersebut tanpa ada elemen2 anti kanser.Contohnya jus karot kuning juga mempunyai glukosa disamping terdapat juga elemen2 anti kanser.Apabila sel2 kanser mengambil glukosa dari jus karot ia juga mengambil nutrisi yang membunuhnya.


Namun pada pengalaman saya ramai pesakit terutamanya yang terlantar sukar untuk melakukan perkara2 diatas olih sebab itu saya sering mencadangkan mereka untuk mendapatkannya dari suplimen2 dalam bentuk cecair yang telah diolah untuk nutrisi diatas.Umpamanya jus Monavie adalah terbaik untuk mengatasi masaalah berkaitan permakanan sihat anti kanser dalam masa rawatan.

 

Perkara ke 4 adalah berkenaan pantang larang permakanan jika anda menggunakan protokol Vitamin B17.Secara mudahnya elakkan mengambil protin2 dari haiwan seperti daging,telor  dan susu.Namun saya mempunyai kecenderungan untuk menggalakkan pengambilan susu kambing segar kerana ia mempunyai unsur2 anti kanser.Gula,tepung,makanan2 segera,makanan yang ditin atau dijeruk perlu dielakkan.Semua makanan2 yang berasaskan penggunaan susu dan gula yang dijual dipasaraya adalah termasuk dalam makanan2 yang perlu dielakkan.

 

Perkara terakhir yang perlu diberi perhatian adalah sistem detokfikasi badan.Sel2 kanser yang mati dalam badan perlu segera dikeluarkan jika tidak ia mendatangkan masaalah lain terutamanya yang melibatkan bebanan kepada hati dan buah pinggang.Sentiasa minum air tanpa klorin dengan kerap.Jus terbaik untuk sistem detoks adalah jus lemon atau epal merah.Amalkan meminumnya 3 gelas besar setiap hari.Pesakit kanser sentiasa perlu berada pada tempat yang terang dan dimasuki sinaran cahaya matahari.Saya sering menjumpai pesakit ditempatkan dalam satu ruangan bilik yang suram 24 jam sehari tanpa terdedah kepada sinaran matahari.Ingat tempatkan pesakit berhampiran tingkap dimana cahya matahari bolih masuk.Jika pesakit berupaya berjalan,amalkan berada diluar rumah seperti taman permainan sewaktu cahaya matahari sedang naik


Rumusan


Seperti yang dinyatakan diatas protokol vitamin B17 bertindak amat perlahan terhadap kanser2 tertentu namun ia amat berkesan sekiranya anda berupaya mengikuti dengan teliti segala aspek yang dinyatakan diatas.Olih sebab itu untuk jenis2 kanser yang kronik dan pantas membelah atau kanser dimana tumor menghalang fungsi2 organ penting,protokol ini mungkin tidak bersesuaian.Namun demikian pengambilan vitamin b17 dikenalpasti sangat baik untuk menghalang pembelahan sel kanser dan mencegahnya dari merebak kebahagian lain badan.


Terdapat juga sesetangah keadaan dimana pesakit mengambil 2 atau 3 terapi kanser lain bersama protokol vitamin B17.Ia bolih dilakukan dengan syarat anda tahu dan faham mengenai bagaimana terapi2 tersebut bekerja.Jika tidak anda tidak mendapat apa2 manafaat dari kedua2 atau ketiga2 terapi yang anda gunakan termasuk vitamin B17.


Umpamanya apabila anda menggunakan terapi vitamin B17,anda tidak bolih menggunakan protocel,enteleve atau cantron,juga anda tidak bolih menggunakan terapi Bob Beck Protocol ( sistem electro medicine ),Graviola,Hydrazine  sulphate,cesium chloride dan sebagainya.Jika sekiranya anda tidak menjadikan protokol vitamin B17 sebagai kaedah rawatan utama hanya gunakan beberapa perkara untuk memberikan impak maksima kepada keberkesanan kaedah rawatan utama umpamanya penggunaan pil 500mg,biji aprikot,zinc capsules,ip6 capsules dan pancreatic enzyme.


Adakalanya untuk jenis2 kanser colon atau perut penggunaan vitamin B17 menjadi tidak efektif kerana pesakit tidak dapat menghadam makanan2 penting yang diunjurkan diambil.Manakala pengambilan beberapa jenis suplimen yang berbentuk kapsul dan tablet tidak dapat dihadam dengan sempurna menyebabkan dosage maksima yang diperlukan hanya 50 peratus atau kurang dari itu yang bolih dimanafaatkan.Untuk kes2 seperti ini,penggunaan suplimen dalam bentuk cecair mungkin sahaja dapat membantu.

 


Terdapat tiada hidrogen sianida “percuma” di Laetrile. Apabila Laetrile datang dalam hubungan dengan betaglucosidase enzim,
Laetrile dipecahkan untuk membentuk dua molekul glukosa, satu molekul benzaldehyde
dan satu molekul hidrogen sianida (HCN). Dalam tubuh, sel dan kanser hanya kanser
sel-mengandungi enzim yang. Kata kunci di sini adalah bahawa HCN mesti dibentuk. Ia tidak terapung di sekitar
bebas dalam Laetrile dan kemudian dilepaskan. Ia mesti diperbuat. Glucosidase enzim beta, dan hanya
enzim yang mampu pembuatan HCN dari Laetrile. Jika tidak ada sel-sel kanser dalam badan,
tiada beta-glucosidase. Jika ada tidak beta-glucosidase, tidak HCN akan terbentuk dari Laetrile (1).

Comments are closed.