browser icon
You are using an insecure version of your web browser. Please update your browser!
Using an outdated browser makes your computer unsafe. For a safer, faster, more enjoyable user experience, please update your browser today or try a newer browser.

VITAMIN B17,PROTOCEL,TAHEEBO

Posted by on May 7, 2011

 

 

Saya lebih condong mengemari kaedah PROTOCEL dan TAHEEBO LIFE TEA berbanding TERAPI METABOLIK VITAMIN B17 kerana dari pembacaan dan pengalaman saya,inilah 2 kaedah yang sangat popular dan digunakan olih kebanyakkan penghidap kanser di Barat.


Sebelum kita membincangkan mengenai apa yang saya maksudkan kaedah yang “simple” protocel dan taheebo mari kita membincangkan sejenak mengenai mengapa vitamin B17 seringkali gagal kepada pesakit2 kanser yang telah menggunakannya.


Bukan vitamin B17  tidak bagus UNTUK MEMBUNUH SEL2 KANSER,tetapi setelah saya selidiki beberapa kes dari pengguna2 vitamin B17 saya merumuskan bahawa Vitamin B17 jika mahu digunakan secara berkesan ialah dengan mengikuti segala protokol dengan sepenuhnya.
.
Umpamanya penggunaan enzim,barley grass,shark cartilege,pangamik acid dan pelbagai suplimen lagi.Ini menjadikan kos rawatan B17 amat tinggi dan jika ia tidak diikuti dengan pengunaan suplimen2 berkaitan ,ia akan menjadi sia sia.


Kesukaran mendapatkan supplimen berkaitan disamping kosnya yang tinggi akan menyebabkan pengguna memerlukan masa yang agak lama mencecah hingga 5 bulan untuk menampakkan vitamin B17  mula bertindak balas dengan sel2 kanser.


Vitamin B17 walaupun dikatakan berkesan keatas semua jenis kanser,namun dari pemerhatian dan pembacaan saya ia sebenarnya perlu diolah dengan supplimen berlainan untuk jenis2 kanser berlainan.Saya seringkali menyatakan Amigdalina tidak sesuai untuk kanser otak,bukan bermakna ia tidak bolih membunuh sel kanser diotak,tetapi untuk ia sampai ke otak ia mestilah disertai dengan pengambilan DMSO.


Soalnya dimanakah anda hendak mendapatkan DMSO dan DMSO perlu disuntik kedalam badan seiring dengan pengambilan injectible vitamin B17.


Dr. Harold Manner and Ernesto Contreras used this protocol. Injectable B-17 is also invariably administered along with the tissue penetrating agent dimethyl Sulfoxide (DMSO).


Kecelaruan ini telah menyaksikan dan menjawab pelbagai persoalan kenapa vitamin B17 hanya berkesan kepada sesetengah jenis kanser dan tidak kepada jenis2 kanser yang lain.

Satu perkara lain yang sering menghantui kita ialah tidak ramai orang mengetahu bahawa vitamin B17 terutamanya jenis suntikkan tidak sesuai untuk digunakan kepada pesakit kanser yang tenat dan terlantar.


Pesakit kanser yang tenat dan terlantar sering menghindari makanan akibat dari kesan2 agresif kanser.Apabila tiada tenaga dalam badan terutamanya nutrient dan zat2 penting,tekanan darah akan jatuh.


Harus diingat salah satu elimen penting yang terdapat pada semua jenis produk vitamin B17 terutamanya leaterile ialah ia berupaya “menjatuhkan tekanan darah”.Apabila tekanan darah sedia rendah ,dengan pengambilan vitamin B17 anda mungkin pengsan.Itulah sebabnya saya sering berpesan kepada pembeli vitamin B17 supaya tidak mengambilnya disaat tekanan darah anda rendah.Kesimpulannya Vitamin B17 jika ingin digunakan terhadap pesakit kanser yang terlantar harus dibawah pengawasan doktor.


Seringkali saya temui pengguna vitamin B17 yang mempunyai kanser tahap 4 dan telah bermestasis mengabaikan fungsi organ2 detoks.Dengan terus menerus mengambil suntikkan leaterile tanpa menghiraukan organ2 detoks seringkali akan mendatangkan bencana kedua,yakni darah menjadi toksid dan buah pinggang berhenti berfungsi.

 

Kerana apabila anda secara terus menerus menghujani sel kanser dengan vitamin B17,kuman kanser yang mati bukan sedikit.Ia perlu segera dikeluarkan dari badan,jika tidak ia menjadi racun kepada sel sihat.Olih itu kaedah dihospital2 kanser di Mexico melaksanakan cara serang dan keluarkan ia segera.


Jika sel kanser yang mati tidak sempat dikeluarkan pengambilan vitamin B17 harus dihentikan seketika.Untuk memberi peluang kepada organ2 detoks badan melaksanakan tugasnya.Jika organ2 badan tidak berfungsi dengan betul,ia mestilah disokong dengan penggunaan supplimen2 detoksfikasi umpamanya liver support supplimen dan kidney support supplimen.


Paru2 dan otak misalnya mempunyai sistem detoks yang paling lembab dan adalah sangat merbahaya jika terus menerus membunuh sel kanser didalam otak dan paru2 pada skala besar.


Kesimpulannya jika anda ingin Berjaya dengan penggunaan terapi vitamin B17,pastikan anda mendapatkan info yang betul untuk jenis2 kanser dan tahapnya.Vitamin B17 amat berkesan untuk membunuh semua jenis sel kanser namun ia lebih berkesan dilakukan dihospital2 alternatif kanser di Mexico kerana mereka mempunyai semua perkara yang diperlukan untuk memantau proses penyembuhan pesakit.
Untuk kanser2 peringkat awal terapi vitamin B17 lebih sesuai dilaksanakan dirumah kerana pesakit biasanya masih bertenaga dan berupaya menguruskan keadaan.


Mengapakah Protocel


Protocel,ia menyerang sel kanser secara terus tanpa memerlukan antibodi kerana ia terus sahaja memusnahkan sel kanser diperingkat selular ,yang menyebabkan sel tidak sempat untuk membentuk tumor.


Bagaimanakah protocel melakukan semua ini.


Mudah.Ia merendahkan voltan sel kanser sebanyak 20 peratus.Umpama mentol rumah,apabila voltan direndahkan lampu jadi malap.


Bagaimanakah caranya ia tidak menjejaskan sel sihat.


Jawabnya ia juga menjejaskan sel sihat.Namun tidak sampai membunuhnya.Kerana sel sihat mempunyai voltan 100milli volts sedangkan sel kanser mempunyai voltan 28mili volts.Pengurangan 20 peratus voltan pada sel sihat tidak menjejaskannya namun pengurangan 20 peratus voltan pada sel kanser akan menggangu aktiviti pembelahannya.


Mengapa sel kanser hanya ada 28mili volt sedangkan sel sihat 100mili volts?


Jawapanya sel kanser menggunakan gula / glukos sebagai bahan api atau sumber tenaganya.Glukose bukanlah sumber bahan api yang terbaik.Olih kerana ia bukan bahan api terbaik ia tidak membakar sepenuhnya menyebabkan ia banyak menghasilkan bahan buangan.Bahan buangan ini merupakan asid laktik.Asid laktik akan melemaskan sel sihat dan menyihatkan sel kanser.Itulah rasionalnya penghidap kanser tidak bolih makan gula.


Bagaimana pula sel sihat bolih ada 100milli volt.


Ini adalah kerana sel sihat menggunakan oksigen sebagai bahan apinya.Itulah sebabnya jika kita kekurangan oksigen,kita rasa nak pitam.Apbila sel menerima cukup oksigen pembakaran untuk tenaga akan menjadi mudah dan effisyen.


Oksigen memerlukan suasana berakali untuk ia mudah sampai ke sel.Jika badan terlampau banyak asid oksigen tidak akan sampai ke sel dengan jumlah yang banyak.Itulah sebabnya kita sering rasa keletihan dan tak bermaya kerana kandungan asid dalam badan tinggi dan kandungan oksigen rendah.


Bagaimana formula Protocel bekerja


Jim Sheridan seorang saintis kimia yang memahami bahawa kekurangan yang ada pada sel kanser, telah mencipta satu formula untuk “mengenakan” sel kanser.Dari adunan pelbagai bahan beliau menemui cara bagaimana untuk menggangu tenaga sel kanser.



Dan formulanya telah diiktiraf olih pihak FDA pada awalnya namun disebabkan lobi pihak farmasi FDA kemudiannya menimbulkan pelbagai kesukaran agar formula ini tidak dipasarkan sebagai ubat untuk kanser.Dan formula ini dibenarkan dipasarkan dengan nama supplimen kesihatan,bukan ubat kanser seperti yang diberikan kepada jenis2 dadah kimo.Dan ia tidak dibenarkan untuk diajar di sekolah2 perubatan.Itulah sebabnya hampir semua doktor tidak mengetahui mengenainya.


Namun hasil kerja Jim Sheridan telah diiktiraf olih ramai ahli sains dan doktor2 perubatan yang telah bersara dan doktor2 yang mengendalikan klinik2 persendirian di Amerika.


Bagaimana dengan pantang larang pemakanan


Sesuatu yang baik mengenai protocel ialah ia tidak menghalang anda untuk makan makanan kegemaran anda,maksudnya makanan yang seimbang.Bahkan daging juga dibenarkan diambil.Ini adalah kerana Jim Sheridan berpendapat sementara protocel bekerja melemahkan sel kanser anda,badan anda memerlukan protin dan nutrin2 lain untuk menyokong pembinaan sel sihat yang baru.
Namun beliau memilih untuk menasihatkan penghidap kanser menjauhi gula dan produk2 yang berunsur gula tiruan.


Mengapakah Protocel menyekat pengambilan suplimen2 kesihatan yang lain.


Protocel ialah formula yang direka untuk menjatuhkan voltan sel kanser.Ada beberap sebab formula yang telah diolah ini akan tidak lagi menjadi formula sekiranya ia diganggu olih beberapa unsur yang akan merosakkan formula tersebut.
Umpamanya supplimen vitamin C.akan merangsang pembinaan ATP sedangkan Protocel ingin mengurangkan kadar pembinaan ATP.


Apakah ATP


ATP nama penuhnya ialah adenosine triphosphate.Ia dihasilkan olih semua makhluk yang hidup didalam sel yang dinamakan “mitokondria” ( mitochondria ).Ia adalah tenaga simpanan sementara dalam sel.Apabila ada unsur luar dihasilkan ia akan bertindakabalas dengan unsur ketiga tersebut dan seterusnya menghasilkan bahan bakar yang menghasilkan tenaga.Tenaga inilah yang digunakan badan untuk semua aktivitinya.Tenaga inilah yang cuba diganggu olih Protocel agar tiada aktiviti pembelahan ( deviding ) dapat dilakukan olih sel kanser.

 

Cara terbaik untuk memahaminya ialah mengumpamakan ATP sebagai beteri kereta anda.
Apabila bateri lemah anda casnya semula dan digunakan untuk menghidupkan aplikasi2 elektronok kereta termasuk enjin kereta.Apabila alternater kereta anda rosak ( komponen yang cas kembali bateri anda ) disaat anda menggunakan semua aplikasi kereta secara serentak umpamanya menghidupkan lampu,radio,penghawa dingin,anda akan dapati lampu menjadi malap,penghawa dingin tidak sejuk dan sebagainya.


Supplimen vitamin C dilarang untuk diambil bersama protocel ialah kerana vitamin C akan menyebabkan kadar ATP bertambah hampir 30 peratus dengan ertikata lain ia mencas semula ATP sel kanser dan sel sihat.Sedangkan Protocel ingin menurunkan penghasilan ATP sebanyak 20 peratus.Bila ini berlaku Protocel menjadi tidak berkesan dan sia sia.

Begitu juga dengan penggunaan pelbagai supplimen lain dan sesetengah terapi metabolik yang lain,tidak terkecuali penggunaan herba dan dadah kimo.

 

7 Responses to VITAMIN B17,PROTOCEL,TAHEEBO

  1. Suhana

    Bagaimana sy boleh dapat protocel ini?

  2. admin

    terima kasih

    Protocel dan Taheebo Life Tea akan hanya sampai lg 2 minggu lagi .Sila nyatakan jenis kanser kerana terdapat 2 jenis formula 50 dan 23 yang mempunyai anecdotal yang berlainan untuk jenis2 kanser tertentu.

    019-2594593

    terima kasih

  3. zana

    salam.. saya nak tanya… bagaimana saya nak dapatkan protocel dan taheebo life tea ni? adakah perlu diambil taheebo life tea ini sekiranya saya ambil protocel?
    utk pengetahuan tuan/puan, saya pesakit kanser payudara stage3 dan telah menjalani pembedahan pd bulan julai 2010. Buat masa skrg saya sedang menjalani rawatan herceptin selepas rawatan kimo/radioterapi. Saya juga ada mengambil biji aprikot dan flekseed sebagai supliment.

  4. zana

    salam.. saya nak tanya… bagaimana saya nak dapatkan protocel dan taheebo life tea ni? adakah perlu diambil taheebo life tea ini sekiranya saya ambil protocel?
    utk pengetahuan tuan/puan, saya pesakit kanser payudara stage3 dan telah menjalani pembedahan pd bulan julai 2010. Buat masa skrg saya sedang menjalani rawatan herceptin selepas rawatan kimo/radioterapi. Saya juga ada mengambil biji aprikot dan flekseed sebagai supliment.

  5. admin

    waalikum salam zana

    Saya sudah response melalui email anda.Sila semak email

    jika tiada,saya bolih dihubungi melalui 019 – 2594-593

    Terima kasih

  6. elyasha83

    Salam…

    Nak tanya mcm mana nk dptkan protocel ni?? Mak saya menghidap kanser payudara stage 4. Dah buat pembedahan & kimo pada pertengahan tahun lepas. Skrg dia makan ubat yang hospital bekalkan selama 5 tahun.

    Kalau mak saya ambik protocel ni boleh ke dia ambik dengan ubat yang hospital bekalkan or dia kena stop immediately??

    Terima Kasih…

  7. admin

    sila semak email anda

    tqvm

Leave a Reply