browser icon
You are using an insecure version of your web browser. Please update your browser!
Using an outdated browser makes your computer unsafe. For a safer, faster, more enjoyable user experience, please update your browser today or try a newer browser.

MENGENAI KANSER

KANSER atau BARAH adalah penyakit berkenaan dengan percambahan sel2 yang tidak seimbang dimana sel2 yang berlebihan ini menjadi ancaman kepada sel2 yang sihat.


Terdapat banyak faktor samada faktor luaran atau dalaman yang memungkinkan terjadinya serangan kanser.Kajian menunjukkan hampir 70 peratus pengidap kanser adalah disebabkan faktor luaran yang kebanyakan berpunca cara diet yang kita ambil.

 

Ia menjadi lebih buruk lagi semenjak bercambahnya restoran2 makanan segera serta keperluan manusia ingin memudahkan atau memendikkan masa "pengurusan permakanan" disebabkan gaya hidup moden yang  bermotokan "PANTAS","RINGKAS" dan "MUDAH".

 

Disamping itu persekitaran tempat tinggal dan penciptaan peralatan moden yang mendedahkan manusia kepada radiasi,partikel debu kimia dan pengambilan bahan2 beracun dan toksid seperti tembakau,alkohol,caffene,bahan kecantikkan dan bahan2 kimia yang diproses untuk melangsingkan badan atau pil2 rangsangan yang menggangu metabolisma semulajadi badan.

 

colon-cancer-1-300x225coloncancer-300x187BRAEST CANCER2kidney-cancer336ovarian

Satu kajian yang dijalankan di Amerika dalam 2009 merekodkan kematian akibat kanser adalah seramai 269,800 orang dimana kanser paru menyumbang 30 peratus diikuti kanser payudara sebanyak 27 peratus kematian.

Bagaimana kanser terbentuk.

Pada asas nya sel darah putih ( leukocytes ) memusnahkan sel asing seperti sel kanser.Sel kanser disalaputi olih jaluran protin yang menghalang sel darah putih dari memusnahkannya.ia umpama perisai yang perlu dimusnahkan sebelum sel darah putih dapat membunuh  sel kanser.

 

Enzim adalah pemangkin kimia yang membenarkan makanan dicerna untuk menghasilkan zat makanan.Terdapat banyak  enzim yang berkerja untuk menghasilkan tindak balas kimia dalam badan

 

 

Terdapat dua enzim dalam badan manusia bertanggungjawab memecahkan protin haiwan ( daging ) yang kita makan.Ia adalah 'trypsin' dan 'chymotrypsin'.Ia tidak diperlukan untuk memecahkan protin dari sayuran.Ini dilakukan olih ezim lain yang dihasilkan olih tubuh yang biasanya berlaku didalam pengkerias.


Semua manusia mempunyai sel kanser dalam badan.Tetapi sel sel kanser ini dimusnahkan olih 'trypsin' yang memecahkan tembok protin untuk membolihkan sel darah putih memusnahkan saki baki sel kanser.Bolihlah dikatakan 'trypsin' adalah garisan hadapan badan kita dalam menghalang pembiakkan sel  sel kanser.

 

Enzim sangat penting kerana ia mencerna makanan untuk mendapatkan zat untuk badan kita.Sumber enzim yang utama ialah dari makanan segar yang belum diproses.Contohnya adalah seperti sayuran segar,kekacang,buah2an dan daging segar.Enzim bekerja mencerna makanan ini dan menukarkannya menjadi tenaga untuk badan.

 

Sekiranya makanan ini dimasak terlalu lama atau dibiarkan terdedah enzim dalam makanan tersebut akan menghurai sebelum ia masuk ke dalam badan kita.Enzim bolih binasa dngan kepanasan.Sekiranya makanan didedahkan pada suhu 137 darjah farenheit anda akan memusnahkan kandungan enzim didalamnya.Ini menyebabkan makanan lebih sukar untuk dicernakan.Itu adalah kenapa kita perlu mengambil enzim pencernaan tambahan ( supplement ) jika kita makan terlalu banyak makanan bermasak.


 

Apakah yang dikatakan kanser 'Malignant' Menurut seorang saintis Jepun Herman Aihara didalam bukunya, Sel tubuh kita dikelilingi olih cecair yang sedikit alkali untuk memungkinkan kehidupan.Jika anda bersukan yang berat,anda akan merasakan kepenatan atau mencunggap dan kekejangan otot.Ini adalah kerana pengeluaran dan pengumpulan asid laktik yang menyebabkan pembakaran gulokosa yang tidak sempurna.


Dalam perkataan lain dalam keadaan senaman yang berat badan tidak mendapat cukup oksigen untuk metolisma gelukos.Pada masa itu kadar pH tubuh adalah sekitar 7.26-7.27 yang pada keadaan normal sepatutnya beredar diparas 7.3-7.4.Ini adalah dalam keadaan berasid darah dalam badan.Dalam keadaan ini ia akan dibetulkan olih sistem penampan badan kita yang akan menukarkan keadaan berasid kepada kurang berasid dan melupuskannya sebagai carbon dioksida(CO2)yang dikeluarkan melalui pernafasan.


 

Dalam keadaan ini darah akan menjadi lebih berasid,fizikal badan akan mengalami keletihan,badan akan menjadi dingin.Bila cecair dalam badan menjadi lebih berasid,kita akan berasa sedikit pening,sakit pada dada dan perut.

Menurut kata En Keiichi Morishita dalam bukunya ' Hidden Truth of Cancer', jika keadaan darah menjadi terlebih berasid maka sistem tubuh akan membuang lebihan bahan bahan berasid ini kebahagian lain tubuh supaya tubuh bolih mengekal keakaliannya.

 

Jika keadaan ini berterusan sesetengah kawasan tubuh akan menjadi lebih berasid dan sel sel akan mati.Sel yang mati ini sendiri akan bertukar menjadi asid dan setengahnya dapat menyesuaikan diri dalan keadaan tersebut.

Dalam lain perkataan setengah dari sel ini mati dalam suasana yang berlainan ini ada sel sel yang terselamat dan menjadi sel sel yang tidak normal.Sel sel yang tidak normal ini dikenali sebagai 'sel malignan'.Sel malignan tidak berhubung dengan fungsi otak dan kod memori DNA.Olih itu sel sel malignan ini akan membiak/membesar tanpa kawalan.Ini adalah kanser.

 

 

80% pesakit kanser hati lambat dikesan

PUTRAJAYA 23 April – Sebanyak 80 peratus pesakit kanser hati terlalu lewat dikesan untuk menerima rawatan sekali gus menyebabkan peluang disembuhkan menjadi tipis.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Mohd. Ismail Merican berkata, keadaan itu amat menyedihkan kerana kanser hati merupakan penyakit yang boleh dicegah dan dirawat.

”Kebanyakan kes kanser hati di dunia berkaitan dengan penyakit hepatitis B yang boleh dicegah melalui vaksin,” katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Beliau yang juga pakar kanser hati berkata, ramai pesakit memandang ringan simptom kanser hati yang sama dengan tanda-tanda gastrik.

”Simptom kanser hati yang muncul adalah sama dengan tanda-tanda masalah penghadaman, sakit perut, gastrik dan perut kembung.

”Keadaan ini menyebabkan pesakit membiarkan tanda-tanda penyakit ini berterusan tanpa menyedari mereka telah mengalami kanser hati,” katanya.

Beliau berkata, teknologi pengesanan awal kanser hati seperti Prinsip Sentinel amat penting untuk membolehkan pesakit menerima rawatan secepat mungkin.

”Dengan pengesanan awal, doktor boleh memberikan rawatan dan peluang pesakit untuk sembuh lebih cerah.

”Teknologi Prinsip Sentinel juga dapat memberi manfaat kepada penduduk di Asia kerana 75 peratus pembawa kronik hepatitis B berada di rantau ini,” katanya.

http://www.utusan.com.my/utusan/design1_files/main_story_gradient_bottom.jpg



* Teknologi kesan kanser awal dimaju

* Oleh THOMAS CHONG pengarang@utusan.com.my

PUTRAJAYA 23 April – Kerajaan akan menyelidiki teknologi Prinsip Sentinel untuk membolehkan pertumbuhan kanser dikesan pada peringkat terawal sekali gus meningkatkan peluang penyembuhan pesakit.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata, penyelidikan itu akan dijalankan melalui usaha sama dengan GeneNews Malaysia Sdn. Bhd. (GeneNews) dengan menumpu kepada kanser hati, kanser nasofarinks dan penyakit hepatitis B yang menjadi punca utama kepada kanser hati.

Menurutnya, penyelidikan tersebut akan diperluaskan pada masa depan dengan meliputi lebih banyak jenis penyakit memandangkan kaedah pengesanan sekarang mempunyai kelemahan tertentu khasnya dari segi keupayaan pengesanan awal.

”Teknologi Prinsip Sentinel dapat memeriksa gen dalam darah dan melalui pemeriksaan ke atas sel darah, ia dapat menggambarkan tahap kesihatan tisu-tisu yang berada dalam tubuh kita.

”Teknologi ini juga dapat meramalkan risiko sesuatu penyakit, melakukan pengesanan awal penyakit, mengenal pasti tahap penyakit serta membolehkan doktor mengesan tindak balas penyakit terhadap rawatan yang dijalankan,” katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Tiong Lai berkata, percubaan klinikal terhadap Teknologi Sentinel akan dijalankan selama dua tahun sebelum diperkenalkan sepenuhnya.

”Proses penyelidikan dan pembangunan teknologi ini memakan perbelanjaan berjuta-juta ringgit pada peringkat awal. Apabila ia dibangunkan sepenuhnya, kita boleh mengkomersilkannya ke luar negara,” katanya.

Tiong Lai berkata, teknologi itu diperkenalkan di bawah Rangka Pelan Tindakan Kebangsaan bagi Mengawal Kanser yang bertujuan membantu dan mengurangkan pesakit kanser di negara ini.

”Rangka ini sebagai satu langkah penyelesaian komprehensif dengan melibatkan aspek pencegahan, saringan, pengesanan awal, diagnosis, rawatan, pemulihan, penjagaan serta peranan rawatan tradisional dan komplimentari,” katanya.

Menurutnya, kajian pada 2008 mendapati 116 kes baru kanser dilaporkan di kalangan 100,000 rakyat Malaysia atau 30,000 kes baru dikesan setiap tahun.

”Kanser yang kerap kali dilaporkan di kalangan lelaki ialah kanser usus besar, paru-paru, nasofarinks, prostat, leukemia, perut dan hati. Kaum wanita pula sering dilaporkan dengan kanser payu dara, serviks, usus besar, ovari, leukemia dan paru-paru,” katanya.

Dalam pada itu, Ketua Saintis GeneNews Kanada, Datuk Profesor Dr. Liew Choong Chin berkata, Malaysia merupakan negara ketiga selepas Amerika dan Kanada yang membangunkan teknologi ini.

”Sistem pengesanan kanser pada peringkat awal adalah amat penting. Jika pesakit menerima rawatan untuk kanser usus besar pada peringkat awal, pesakit boleh sembuh,” katanya.