KANSER:TIPS YANG PERLU ANDA TAHU

Tidak seperti penyakit lain,kanser tidak memberi banyak ruangan masa untuk anda bertangguh tangguh dengan mencuba pelbagai cara atau melayan kerenah birokrasi pihak hospital,lebih2 lagi di hospital kerajaan yang senantiasa dipenuhi dengan pelbagai jenis kanser kronik.


Kita sering mendengar doktor memberikan tarikh temujanji yang berbulan bulan dari tarikh anda membuat pemeriksaan awal kanser.Atas alasan ramai lagi pesakit kanser yang serius yang perlu diberi keutamaan.

 

Sedangkan para doktor mengetahui kanser adalah lebih berkesan dirawat diperingkat awal berbanding jika ia nya telah melarat atau telah bermatasis dimana peluang untuk sembuh adalah dalam lingkungan 30 peratus berbanding 70 peratus jika rawatan segera terus diberikan.

 

Kanser membelah setiap saat.Ini adalah fakta yang perlu difahami.Jangkamasa sebulan dari doktor mengambil sample tisu tumor untuk dibuat analisis ( malignan atau benign ) atau menyukat kanser melalui bacaan darah,sebenarnya meletakkan pesakit dalam keadaan amat merbahaya.

 

Seandainya ia jenis malignan yang berkemampuan menyerang tisu atau organ lain,jangkamasa 1 bulan untuk temujanji berikutnya akan menyaksikan pesakit dalam keadaan yang semakin lemah.1 bulan lagi penanguhan untuk buat pembedahan akan menyebabkan sel kanser telah pun menyerang tisu2 yang berhampiran.

 

Sudah tentulah kimoterapi akan menjadi lebih sukar kerana kuantiti dadah kimo yang terpaksa digunakan bertambah untuk menjangkau ke kawasan yang lebih besar.

 

Untuk mereka yang berkemampuan, rawatan di hospital swasta akan dapat membantu proses penyembuhan awal kerana tumor malignan dapat dikeluarkan lebih awal dan kuantiti dadah kimo dapat dikurangkan dan ini dapat mengelakkan dari kemusnahan besar2an imune system dan sel2 yang sihat.

 

Namun yang amat menyedihkan tidak ramai yang mampu menanggung kadar bayaran dihospital swasta kecuali anda mempunyai insuran perubatan.Seringkali saya menerima email dimana pesakit2 kanser ini dideritai olih ibu bapa yang kebanyakan tidak mempunyai insuran perubatan dan anak2 terpaksa bergolok gadai untuk membolihkan orang tersayang mendapat rawatan segera kerana nyawa ibubapa tidak bolih ditukar ganti dengan wang ringgit.

 

Seseorang telah menceritakan pada saya,dalam masa 1 bulan  dia telah membelanjakan RM24 ribu untuk pil kimo  yang berharga RM800 sebiji  untuk ibunya yang mengidap kanser paru2  dihospital swasta.

 

Kecuali kanser payudara yang bolih dibuat pemeriksaan awal olih tuanpunya badan,kanser lain biasanya tidak menunjukkan apa2 kesan atau kesakitan pada peringkat awal.(early stage ).Kebiasaanya kanser peringkat awal dapat dikesan dengan menjalani ujian darah dengan pengkhusussan bacaan kanser dalam darah atau ujian x ray dimana doktor dapat melihat sesuatu yang luar bisa pada organ dalam badan.

 

Namun tidak ramai yang prihatin untuk berusha kearah itu.Ssetengah orang yang sensitif kepada perubahan pada tubuhnya akan segera kehospital untuk mendapatkan kepastian mengenai perubahan yang biasanya tidak menyakitkan itu.Umpamanya tidak lawas membuang air kecil atau tidak dapat mengawal pembuangan air kecil yang biasanya dikaitkan dengan kanser prostat atau kanser buah pinggang.

 

Seorang sahabat ( arwah ) yang mengidap kanser mata tidak menyangka yag mata kirinya  selalu berkedip tanpa kawalan menandakan ia mempunyai tumor pada bahagian matanya.Sehinggalah mata nya selalu berair dan sakit dan apabila beliau membuat pemeriksaan kansernya telah pun berada pada tahap 4.

 

Perhatikan perubahan2 ganjil pada luar dan dalam tubuh anda.Tumor pada bahagian luar badan selalunya dapat dikesan dengan bonjolan2 bahagian luar badan dan selalunnya ia tidak menyakitkan.Umpamanya bonkolan pada bahagian leher,dalam mulut atau rasa tidak selesa dalam korongkong atau perubahan pada suara.Dan kesemua simpton ini tidak sembuh dalam jangkamasa yang lama atau terjadi berulang ulang.Ini adalah simpto kanser “head and neck” yang bolih sahaja melarat menjadi lebih serius seandainya ia telah mencapai tahap matang.

 

Perubahan pada sistem perkumuhan seperti kerap membuang air kecil, hilang pengawalan membuang air kcil atau mengalami kesakitan setiap kali  membuang air kecil dan ada darah dalam air kencing atau kesakitan pada bahagian bawah belakang adalah antara simpton2 kanser prostat.


Lalu apakah yang bolih anda lakukan sekiranya  anda telah disahkan mempunyai tumor atau kanser?.Nasihat saya jangan panik dan bertangguh tangguh menanti temujanji 1 bulan untuk pemeriksaan selanjutnya.

 

Pastikan jenis tumor.Malignan atau benign.Dapatkan bacaan darah ands.Pergi buat pemeriksaan dihospital swasta kerana anda bolih mendapatkan jawapan dalam masa  1 minggu.Kebiasaanya pemeriksaan awal tidak melibatkan kos yang tinggi.

 

Jika ianya jenis benign yang biasanya tidak menyerang tisu2 bersebelahan namun pembedahan perlu juga dilakukan untuk mengeluarkannya kerana terdapat penyelidikkan bahawa kanser jenis benign bolih juga berubah menjadi malignan dalam keadaan2 tertentu.Cumanya anda punya banyak masa untuk kearah itu dan tidak berapa perlu berasa kuwatir dalam masa2 terdekat.

 

Jika ianya jenis malignan kebiasaanya doktor bolih mengukur berapa pantas ia  membelah dan seterusnya menyerang tisu2 yang berdekatan.Ingat doktor dengan  peralatan yang mereka ada amat bagus dalam perkara ini.Bahkan mereka bolih mencadangkan berapa lama anda bolih hidup dengan hanya membuat uji kaji tertentu pada darah dan tisu kanser anda.

 

Berhenti dari tabiat permakanan anda yang biasa.Kanser adalah penyakit berkaitan matabolisma.Ia bermaksud anda kekurangan sesuatu enzim dalam badan dan anda mempunyai lebihan racun  yang anda dapt dari persekitaran atau makanan anda.Umpamanya anda gemar memakan makanan yang dipanggang atau terlalu banyak memakan daging tanpa memakan sayur2an atau buah2an .

 

Dengan mengawal cara diet anda ia sekurang kurangnya dapat membantu memperlahankan aktiviti pembelahan sel kanser.Umpamanya jika anda memakan banyak sayuran dan buah2an khususnya yang kaya dengan vitamin c,ia dapat memperkuatkan imun system dan ini berupaya memperlahankan pembiakka sel kanser.Makanan utama sel kanser adalah gula,protin dari binatang seperti daging dan produk tenusu.Olih itu tahan diri anda buat masa ini dari makanan2 tersebut.Protin juga terdapat dalam buah2an dan sayur2an.

 

Satu perkara yang selalu dipertikaikan orang  untuk menjadikan alasan untuk tidak berusha kearah rawatan ialah mereka mengatakan  kanser adalah penyakit keturunan dan mereka mendapatnya dari generasi yang terdahulu.Ini adalah hujah yang silap untuk tidak berusha.Perlu diingat walaupun penyelidikan merumuskan salah satu punca kanser adalah dari keturunan namun  rantaian  ini bolih diputuskan bermula dari diri anda atau generasi dibawah anda.

 

Jika anda tidak mempunyai keturunan yang mempunyai kanser  dan anda mendapatnya dari tabiat pemakanan dan alam sekitar atau cara hidup,anda merupakan generasi pertama yang akan mewariskan kanser kepada generasi dibawah anda.Kanser bermula apabila ada gangguan atau terjadi mutasi pada dna  yang akan menyebabkan fungsi sel bercelaru.Dan dna yang rosak inilah yang akan diturunkankan kepada generasi berikutnya.

 

Namun generasi yang mewarisi dna yang cacat ini tidak semestinya mendapat jenis kanser yang sama.Umpamanya kanser prostat, ada kajian menunjukkan 42 ke 57 peratus ia diwarisi dari generasi terdahulu.Terdapat juga satu kajian mengatakan sekiranya pasangan ibu bapa yang mengidap kanser,anak mereka yang ketiga menghadapi risiko yang lebih besar untuk mewarisi kanser walaupun ia tidak semestinya jenis kanser yang sama.


Olih itu adalah mustahak anda memutuskan rantaian ini dengan membaikpulih dan mengembalikanya ke asal sekurang kurangnya generasi dibawah anda dapat mematikan terus rantaian ini diperingkat awal usia mereka.

 

Apakah pendapat anda tentang penyataan berikut.”Penderita kanser yang mendapat rawatan dihospital mati lebih awal berbanding dengan mereka yang tidak mendapatkan rawatan apa2″.Inilah pandagan beberap saintis yang membuat penyelidikan mengenai kanser.Sudah tentu mereka mempunyai asas yang kuat untuk mengeluarkan pendapat yang nampak terlalu  extrem.Namun kenyataan berikut mungkin ada benarnya jika ia bersangkutan jenis kanser kronik seperti paru2,payudara,kolon atau kanser rahim.

 

Namun ada doktor bebas yang tidak terikat dengan “protokol2 perubatan kanser” menyatakan kebenaran fakta diatas bergantung kepada kaedah rawatan yang diberikan.Kanser adalah penyakit yang berbentuk subjektif dan ia juga memerlukan rawatan yang bersifat subjektif.Umpamanya pembedahan mengeluarkan tumor adakalanya merbahaya jika tidak dikeluarkan dan ada juga yang menjadi merbahaya jika dikeluarkan.Kaedah pembedahan yang seewenang wenangnya adakalanya membawa implikasi yang lebih buruk umpamanya tumor malignan yang berhampiran dengan organ2 penting

 

Manakala doktor terpai metabolik berpendapat selagi kedudukan tumor malignan ini tidak menghalang sistem pernafasan pesakit atau menghalang sistem penghadaman ia tidak perlu dibedah untuk mengeluarkannya.Mereka berpendapat kaedah yang lebih defensif unpamanya membunuh tumor dalam koloninya adalah yang terbaik.Contohnya mempertingkatkan imune system dan dan merencatkan pembesaran tumor dengan mengambil supliment2 tertentu.


Sekarang anda perlu membuat keputusan bagaimana untuk menguruskan kanser yang sedang anda deritai.Pengurusan kanser sebenarnya terlalu subjektif.Anda masih perlu merujuk kepada doktor anda untuk mendapatkan informasi2 tertentu mengenai kedudukkan tumor,,angaran tumbesaran tumor dan angaran jangkamasa ia menjangkiti tisu atau organ bersebelahan.Umpamanya tumor yang menghalang sistem pernafasan seperti pada paru2 atau kerongkong perlu segera dibedah.Tumor yang membesar dengan pantas dalam sistem penghadaman umpamanya kanser usus atau perut juga perlu dibuang segera untuk membolihkan zat  dapat diserap dengan sempurna untuk tujuan rawatan.

 

Namun jika anda penderita kanser payudara,anda perlu lebih berhati hati terutamanya jika ianya sudah berada diperingkat 3 atau 4.Statistik menunjukkan rawatan kanser payudara melalui kaedah ortodok ini tidak menunjukkan kesan yang memberangsangkan.Kita seringkali mendengar penderita kanser payudara seringkali menjadi bertambah kritikal selepas mendapat rawatan dihospital terutamanya hospital kerajaan yang dipenuhi dengan pelbagai kerenah birokrasi dan kaedah2  cuba2 yang membawa kepada bertambah cepatnya kanser merebak.

 

Pada saat itu anda wajar mendapatkan rawatan alternatif seperti penggunaan vitamin B17,enzim,pembinaan imune system dan mengamalkan diet2 tertentu.Berbanding dengan rawatan ortodoks yang menyerahkan bulat2 pengubatan kanser kepada doktor anda,rawatan alternatif ini bergantung kepada berapa kuat azam anda untuk sembuh dengan benar2 mengikuti beberapa prosidur yang ditetapkan.


4 thoughts on “KANSER:TIPS YANG PERLU ANDA TAHU”

  1. Hello there, just became alert to your blog through Google, and found that it’s truly informative. I’m gonna watch out for brussels. I will be grateful if you continue this in future. A lot of people will be benefited from your writing. Cheers!

  2. assalamualaikum…saya baru melawat websiteni..
    info ni sgt bagus dan berguna untuk saya dan keluarga..
    diharap admin dapat teruskan dengan info terkini..sekian..

Leave a Reply

cafemlm08@gmail.com sms/whatsApps 019-2594593

1 visitors online now
1 guests, 0 members
Max visitors today: 8 at 12:06 am UTC
This month: 21 at 05-17-2017 08:28 pm UTC
This year: 56 at 01-04-2017 11:49 pm UTC
All time: 187 at 04-25-2010 08:29 pm UTC
error: Content is protected !!