browser icon
You are using an insecure version of your web browser. Please update your browser!
Using an outdated browser makes your computer unsafe. For a safer, faster, more enjoyable user experience, please update your browser today or try a newer browser.

Mengenali Biji Aprikot Berkualiti

Ramai yang  bertanya kepada saya apakah yang dikatakan biji aprikot yang berkualiti dan bagaimana untuk mengenalinya.Dari segi harga,biji aprikot yang pahit dijual dengan harga RM80.00 hingga RM150.00 satu kilo.Hanya biji aprikot yang pahit dikatakan mengandungi apa yang dikenali sebagai “amygdaline” atau “leaterile” yang berfungsi memusnahkan sel2 kanser.Kebanyakan biji aprikot dibawa masuk dari Turki,Syria dan Iran.Terdapat juga jenis biji aprikot yang tidak pahit dan dijual pada harga RM40 ke RM60 sekilo.Biji aprikot yang tidak pahit ini telah diakui tiada nilai2 disegi perubatan kecuali nutrisi2 sokongan untuk nutrisi untuk sel.

 

Apakah semua biji aprikot sama disegi kualiti.TIDAK

 

Biji aprikot sepertimana biji2 buah2an lain yang berminyak berkecenderungan ditumbuhi kulat jika tidak segera dikeringkan.Sejenis kulat yang kerap tumbuh pada biji aprikot dikenali sebagai AFLATOXIN.Ia sejenis fungus  dari kumpulan MYCOTOXIN toksid   pencetus kanser kepada manusia khususnya kanser hati.

 

Untuk menghindari ujudnya fungus jenis ini biji aprikot yang telah dikeluarkan dari cengkerangnya perlu dikeringkan serta merta dibawah kelembaban  7 peratus dalam masa 48 jam.Selepas itu ia perlu disimpan dalam tempat yang dingin dengan kadar kelembaban yang selamat.

 

Olih kerana biji aprikot mudah terdedah kepada jangkitan kulat,faktor kebersihan semasa memprosesnya adalah penting.Jika anda pernah menonton dokumenteri bagaimana peladang2 di New Zealand memproses dan membungkus buah2an mereka,itulah cara sepatutnya biji aprikot diproses dan dibungkus.

 

Untuk mengekalkan kandungan amigdalin didalamnya biji aprikot tidak bolih dipanaskan atau dijemur dibawah sinaran matahari.Namun sesuatu yang menjadi kemuskilannya ialah pengedar sering menyarankan kepada pembeli untuk membasuh biji aprikot dengan air garam,mengeringkannya sebelum dimakan.Kaedah pengeringan tanpa menggunakan sinaran matahari ( jemur dalam tempat yang redup ) akan menambahkan risiko biji aprikot ditumbuhi kulat.Kebiasaanya biji aprikot akan nampak kering pada permukaannya tetapi yang sebenarnya  ia masih lembab dibahagian bawah kulitnya.Apabila anda terus simpannya dalam balang dalam beberapa minggu ia akan ditumbuhi kulat.

 

Biji aprikot yang kurang kandungan Amigdalinnya bolih dikenali melalui warnanya yang coklat gelap.Biji aprikot yang tinggi kandungan amigdalinnya bewarna coklat cair.Adakalanya pengeluar gemar membasuh biji aprikot dengan kaedah apa yang dipanggil “stone wash” untuk merubah warna biji aprikot.Olih itu beli biji aprikot dari sumber2 yang diyakini.

 

Adalah amat penting anda membeli biji aprikot yang diproses secara hygenic dan ujian makmal dilakukan untuk memastikan kualitinya.Atas faktor2 tersebut website ini hanya menjual  biji aprikot dari California ( USA ) kerana pengedarnya telah menyakinkan penulis biji aprikot mereka diproses dengan menggunakan teknologi terkini dan kualitinya dipantau olih pihak berkuasa.

 

Biji aprikot yang anda beli dari website ini tidak perlu dibasuh.Hanya simpan dalam tempat yang dingin jika anda berhasrat untuk menggunakannya dalam tempoh yang melebihi 3 bulan.Ia perlu disimpan dalam bekas kedap udara untuk  menggelakkannya  terdedah pada kelembaban.