Aphanizomenon flos-aquae ( AFA )-Rawatan Kanser?

Barangkali tidak ramai yang tahu apakah Aphanizomenon flos-aquae atau singkatan nama ringkasnya AFA.Saya diminta untuk menulis mengenai perkara ini kerana sejak kebelakangan ini terdapat sejenis makanan kesihatan ( Cellmaxx ) yang dikaitkan dengan penggunaan Aphanizomenon flos-aquae sebagai bahan asasnya.

AFA adalah dalam keluarga spesis lumut atau rumpaiair.Terdapat pelbagai spesis rumpaiair samada dari air masin atau air tawar dan AFA adalah spesis rumpaiair tawar.Aphanizomenon flos-aquae ,Spirulina dan Chlorella adalah dalam famili yang sama digunakan dalam menghasilkan makanan kesihatan atau dikenali sebagai “super food”.

Super food adalah olahan permakanan yang mengandungi kepelbagaian nutrisi dan vitamin dalam satu hidangan.Ia samada diolah daripada pelbagai sayuran dan buah2an atau bahan tunggal yang mempunyai pelbagai nutrisi,asid amino dan vitamin.Saya sering mencadangkan pesakit kanser yang menghadapi masaalah untuk mengambil makanan menjadikan “superfood” sebagai makanan utama yakni diambil secara kerap.

Aphanizomenon flos-aquae juga dikenali secara meluas sebagai blue green algae dan Cyanobacteria.Malah Spirulina juga  dirujuk sebagai “blue green algae” olih para penyelidik rumpaiair.Chlorella adalah jenis algea bewarna hijau.Ketiga2 jenis algea ini mempunyai kekurangan dan kelebihan tertentu dari segi kandungan mineral dan vitamin.

Dalam konteks ini para pengeluar AFA Klamath Lake menggunakan istilah perbezaan produk mereka adalah AFA mereka dituai dari Tasik Klamath yang hidup liar manakala Spirulina adalah jenis rumpaiair yang dibiakkan dalam ladang menggunakan pelbagai teknologi pertanian terkawal.

Olih itu para penyelidik bebas  “blue green algae” atau rumpaiair biru hijau kebiasaannya tidak merujuk hanya semata2  kepada algea dari Klamath Lake dalam jernal penyelidikkan mereka.

Hanya para penyelidik yang ada kepentingan dengan syarikat2 berkaitan Aphanizomenon flos-aquae Klamath Lake sahaja yang berbuat demikian.Kekeliruan ini harus diperbetulkan kerana secara umumnya faedah kesihatan dengan mengambil Spirulina dan AFA dari Klamath Lake mungkin sahaja hampir mempunyai persamaan termasuk dari segi kandungan mineral dan vitamins.Rujuk senarai berikut mengenai Spirulina:

Total Protein: 1789 mg / 71%

Total Carbohydrates: 300 mg / 12%

Total Lipids: 120 mg / 7%

Total Minerals: 240 mg / 10%

Total Calories: 208 per jar / 6.5 per serving

AMINOACIDS

Histidine: 18 mg

Isoleucine: 62 mg

Leucine: 100 mg

Lysine: 60 mg

Methionine: 26 mg

Phenylalanine: 50 mg

Threonine: 54 mg

Tryptophan: 14 mg

Valine: 70 mg

Alanine: 82 mg

Arginine: 82 mg

Aspartic Acid: 112 mg

Cystine: 11.4 mg

Glutamic Acid: 182 mg

Glycine: 56 mg

Proline: 42 mg

Serine: 42 mg

Tyrosine: 46 mg

VITAMINS

Vitamin A (as 100% ß -Carotene): 26600 IU

Thiamine HCl (Vit. B-1): 2 mcg

Riboflavin (Vit. B-2): 54 mcg

Niacin (Vit, B-3): 286 mcg

Vitamin B-6 (Pyridox.HCl): 14 mcg

Vitamin B-12: 1866 mcg

MINERALS

Calcium: 10 mcg

Iron: 12 mcg

Phosphorus: 20 mg

Iodine: .8 mcg

Magnesium: 60 mcg

Zinc: 26 mcg

Selenium: .4 mcg

Copper: .66 mcg

Manganese: 60 mcg

Chromium: 1.8 mcg

Potassium: 32 mg

Sodium: 16.6 mg

PHYTONUTRIENTS

Phycocyanin: 280 mg

Chlorophyll: 20 mg

Gamma Linolenic Acid (GLA): 22 mg

Superoxide Dismutase (SOD): 10600 IU

ß-Carotene: 1.6 mg

Zeaxanthin: .14 mg

Other Carotenoids: 2.4 mg

Secara umumnya Spirulina mempunyai jumlah kombinasi yang tepat asid amino,omega 3 dan omega 6 fatty acids,vitamin B1 hingga B12,glycolipids dan sulfonolipids,spekturum penuh pelbagai vitamins,17 jenis beta carotenoids,hampir 2000 jenis pelbagai enzim,spekterum penuh pelbagai mineral dan jumlah yang tinggi zat besi dan magnesium.

Malah Spirulina adalah satu2nya jenis algea biru hijau yang mempunyai phycocyanins dengan jumlah yang tinggi yang sangat penting untuk pencambahan antibodi.Spirulina juga mengandungi kadar gamma linolenic acid ( GLA ) yang kedua tertinggi selain susu ibu.Selain itu ia mempunyai kandungan 0.5 peratus glycogen iaitu sejenis glukos,9 peratus rhamnose iaitu sejenis gula yang penting untuk membawa pelbagai nutrisi melintasi “blood brain barrier” dalam otak.

Spirulina juga mempunyai konsentrasi tinggi mucopolysaccharides yang memudahkan dinding sel menyerap protin dan karbohidrat untuk memperkuatkan membran sel.Dengan kelebihan2 tersebut spirulina sangat berguna untuk menanggani pelbagai jenis penyakit degenaratif seperti kanser,diabetes,kekurangan zat,darah tinggi,jantung dan lain2 jenis penyakit.

Sebab itu telah terdapat dalam pasaran kini produk2 rumpair yang menggabungkan Klamath Lake Aphanizomenon flos-aquae,Spirulina dan Chlorella dalam satu adunan.Malah kita juga dapati para pengeluar AFA Klamath Lake juga melakukan pelbagai penambahbaikkan dalam produk2 keluaran mereka untuk tujuan2 menarik minat pembeli sepertimana produk  StemEnhance olih syarikat Cell Tech.

Kelebihan AFA Klamath Lake adalah ia mengatasi Spirulina dalam soal2 pemerkasaan sistem saraf dan otak.Selain itu AFA juga mempunyai konsentrasi tinggi  neuropeptide precursors berbanding spirulina.AFA juga mempunyai 7 kali konsentrasi Vitamin B12 berbanding Spirulina.Selain dari itu AFA dan Spirulina adalah dalam kedudukkan yang setara dalam soal2 pencegahan dan merawat penyakit2 degenaratif.

“We found that spirulina increased proliferation/mitochondrial respiration of CD34+ stem cells in culture. The results of this study demonstrate that spirulina can negate the negative effects of inflammation on neurogenesis, indirectly by decreasing astrogliosis and by potentially acting directly on the stem cells and promote proliferation of bone marrow and CD34+ human stem cells in culture”.

https://www.ncbi.nlm.nih.gov/pmc/articles/PMC2864748/

Nama2 rumpaiair dalam penyelidikkan saintifik

AFA, Algae, Algas Verdiazul, Algues Bleu-Vert, Algues Bleu-Vert du Lac Klamath, BGA, Blue Green Algae, Blue Green Algas, Blue-Green Micro-Algae, Cyanobacteria, Cyanobactérie, Cyanophycée, Dihe, Espirulina, Hawaiian Spirulina, Klamath Lake Algae, Klamath Blue/Green Algae, SF, SBGA, Spirulina, Spirulina Blue-Green Algae, Spiruline, Spiruline d’Hawaii, Tecuitlatl.

Nama2 saintifik rumpaiair

Arthrospira platensis, Arthrospira maxima, Microcystis aeruginosa, Microcystis wesenbergii, other Microcystis species, Spirulina maxima, Spirulina platensis, Spirulina pacifica, other Spirulina species; Anabaena species, Lyngbya wollei, Aphanizomenon flos-aquae, Nostoc ellipsosporum.

Saya berpendapat olih kerana kepesatan perniagaan dalam bidang permakanan superfood ini,tidak mustahil satu hari nanti AFA Klamath Lake ini juga bakal dibiakkan dalam ladang sepertimana spirulina.Ini tidak mustahil kerana telah terdapat pelbagai pihak samada dari organasasi alam sekitar dan pihak farmasutikal sedang melobi pihak berkuasa negeri Oregon untuk mengawal pengeluaran rumpair dari tasik Klamath.

Cyanobacterial Toxins Found in Upper Klamath Lake, Oregon: Implications for Endangered Fish

Algal Toxins in Upper Klamath Lake, Oregon: Linking Water Quality to Juvenile Sucker Health

http://www.oregonwild.org/waters/klamath/the-klamath-river/klamath-river-water-quality

Aphanizomenon flos-aquae secara umumnya  mula diselidiki secara saintifik sejak 30 tahun yang lampau dan mula diperdagangkan sekitar tahun 1998.Ini termasuk AFA dari Klamah Lake.Tasik yang dikenali sebagai Klamath Lake menjadi tumpuan para pengeluar AFA kerana disinilah dikatakan mempunyai Aphanizomenon yang paling berkualiti di dunia.

https://en.wikipedia.org/wiki/Upper_Klamath_Lake

Antara individu terawal yang memasarkan AFA Klamath Lake ini ialah Victor Kollman, melaui syarikatnya K. C. Laboratories of Klamath Falls, Ore.pada tahun 1983.Namun demikian syarikat ini menghadapi masaalah apabila terdapat kes kematian akibat keracunan  dan diperintahkan olih mahkamah untuk membayar ganti rugi kepada waris dan semua pembeli2 yang ingin memulangkan produk tersebut.

Kemudian syarikat ini diambil alih olih Christian Drapeau dan Gitte S. Jensen,Kedua mereka adalah ahli lembaga pengarah dalam syarikat Cell Tech yang  berkonsepkan MLM.

Pada tahun 2002 Jasen dan Drapeau menerbitkan jernal penyelidikkan mereka yang antara lain mengatakan AFA Klamath Lake berupaya merangsang pengeluaran stem sel yang matang dari tulang sum sum ( bone marrow ).

Beberapa bulan kemuadian ( 2004 )melalui satu lagi syarikat penyelidikkan mereka StemTech Inc mereka menghasilkan satu produk yang berasasakan AFA Klamath Lake yang dinamakan StemEhance yang dikatakan telah melalui ujian makmal yang mengesahkan teori mereka bahawa AFA Klamath Lake berupaya untuk mencambah dengan banyak jumlah pengeluaran sel2 stem dewasa.

StemEhance berjaya memperolihi paten dari pihak berkuasa Amerika Syarikat.


http://www.astrologyzine.com/stemtech-stemenhance-stem-cell-enhancer.shtml

 

Semenjak dari itu terdapat pelbagai syarikat di Amerika yang meghasilkan produk2 beasaskan penggunaan AFA Klamath Lake dan untuk bersaing kebanyakkan  syarikat besar ini mempunyai makmal2 sendiri untuk mempelbagaikan atau menambahbaik produk2 mereka untuk kekal kompetitif dalam pasaran AFA.

Anda bolih menaip perkataan “Aphanizomenon” atau “blue green algae” dan disana terdapat pelbagai jenama yang menjual produk ini secara online yang tidak berkonsepkan MLM.

Apakah Sel Stem

Sel Stem terbahagia kepada 2 yaitu embryonic stem cell dan “adult stem cell”( sel stem dewasa ).Embryonic stem cell  adalah sel2 asas kepada semua tisu dalam badan kita.Embryonic stem cell  bolih  berkembang tanpa had untuk menjadi pelbagai jenis sel yang berbeza dalam badan sepanjang kehidupan kita.Setiap sel stem yang baru mempunyai potensi sama ada untuk kekal sebagai sel stem   atau menjadi satu lagi jenis sel dengan fungsi yang lebih khusus, seperti sel otot, sel darah merah, sel2 hati,sel2 otak dan sebagainya.

Adult stem cell pula  terdapat di seluruh bahagian tisu badan dan berfungsi  untuk mengganti  sel-sel mati dan membaikpulih  semula tisu2 organ yang rosak. Ia juga dikenali sebagai sel2 somatik.

Sel stem secara umumnya berbeza daripada lain-lain jenis sel-sel dalam badan. Ia mempunyai 3 karektor yang berbeza iaitu ia mampu membelah dan memperbaharui diri sendiri,ia bolih bercambah kepada jenis2 sel2 yang berbeza dan ia tidak bersifat sel2 pegun.

Umpamanya sel-sel seperti sel-sel otot, sel-sel darah, atau sel2 saraf adalah tergulong dalam jenis2 sel yang biasanya tidak meniru diri sendiri.Sebaliknya sel2 stem boleh meniru berulangkali untuk berkembang.

Salah satu sifat asas sel stem  adalah bahawa ia tidak mempunyai struktur tisu tertentu yang membolehkan ia untuk melaksanakan fungsi-fungsi khusus. Sebagai contoh, sel stem dewasa tidak boleh  boleh membawa molekul oksigen melalui saluran darah (seperti sel darah merah). Sel stem dewasa biasanya menghasilkan jenis sel2 tisu di mana mereka menetap.

Hingga kini para ahli sains termasuk Jasen dan Drapeau belum benar2 memahami bagaimana proses peniruan ini berlaku.Namun kebanyakkan pakar genetik berpendapat ia ada kaitan dengan isyarat2 yang dihantar olih lembaran2  DNA yang panjang dan berselang seli dengan sokongan rembesan2 bahan kimia dari sel2 yang bersebelahan.

Aphanizomenon flos-aquae dikatakan berupaya merangsang sum2 tulang untuk memperbanyakkan pengeluaran sel2 stem embroynic untuk disebarkan keseluruh sistem untuk samada menjadi stem sel somatik.Nota:Penyataan ini adalah dari penyelidikkan yang dilakukan olih Christian Drapeau dan Gitte S. Jensen dari Stem Tech yang memasarkan StemEnhancer.

http://www.stemtech.com/CA/ST5.aspx

Bersambung…

 

cafemlm08@gmail.com sms/whatsApps 019-2594593

1 visitors online now
1 guests, 0 members
Max visitors today: 7 at 01:01 am UTC
This month: 24 at 06-07-2017 12:11 pm UTC
This year: 56 at 01-04-2017 11:49 pm UTC
All time: 187 at 04-25-2010 08:29 pm UTC
error: Content is protected !!