Potassium chloride

potassium

Potassium adalah mineral yang ditemui dalam pelbagai jenis makanan dan diperlukan untuk beberapa fungsi badan terutamanya yang berkaitan degupan jantung.

Potassium  digunakan untuk mencegah atau merawat permasaalahan berkaitan  kekurangan potassium dalam darah atau disebut hypokalemia. Tahap rendah kandungan potassium berlaku adalah disebabkan diantaranya

Penyakit buah pinggang kronik
Komplikasi penyakit diabetes
Cirit-birit
Penggunaan alkohol yang berlebihan
Peluh berlebihan
Kekurangan asid folik
Penggunaan dadah diuretik
Muntah dan cerit berit

Potassium adalah bahan kimia (elektrolit) yang penting untuk fungsi saraf dan sel2 otot sel terutamanya sel-sel otot jantung.

Biasanya, tahap potassium dalam darah kita adalah 3,6-5,2 millimoles per liter (mmol / L). Tahap potassium yang rendah (kurang daripada 2.5 mmol / L) boleh mengancam nyawa dan memerlukan rawatan perubatan segera.

Penyakit kanser adalah salah satu penyakit yang yang membawa terlalu banyak komplikasi sampingan samada yang berkaitan kanser itu sendiri atau kesan2 sampingan yang diakibatkan olih penggunaan kimoterapi,sinaran radiasi dan penggunaan pelbagai jenis dadah.

Pesakit kanser juga mempunyai masaalah pengambilan pelbagai jenis makanan khususnya makanan2 yang mengandungi potassium.Adakalanya sesetengah jenis kanser terutamanya kanser berkaitan usus atau perut merumitkan lagi keadaan pesakit kerana penyerapan zat2 ini tidak dapat
dilakukan.

Pengambilan potassium dalam bentuk suplimen adalah kaedah yang sesuai untuk membekalkan potassium kepada badan dengan pantas dan berkesan.Namun demikian dosage pengambilan perlu diberi perhatian kerana lebihan potassium dalam badan bakal memberikan simptom2 berikut

Hyperklemia
keletihan atau kelemahan
rasa kebas atau kesemutan
loya atau muntah-muntah
masalah pernafasan
berdebar-debar atau degupan jantung tidak sekata

cafemlm08@gmail.com sms/whatsApps 019-2594593

7 visitors online now
7 guests, 0 members
Max visitors today: 17 at 06:08 pm UTC
This month: 24 at 04-10-2017 09:11 pm UTC
This year: 56 at 01-04-2017 11:49 pm UTC
All time: 187 at 04-25-2010 08:29 pm UTC
error: Content is protected !!